Bermain Salji di Snowalk I-City, Shah Alam

Bermain Salji di Snowalk I-City, Shah Alam | Dah lama Marina nak bawak anak-anak pergi tempat salji. Nak ke luar negara yang ada salji belum berkesempatan lagi. Doakan Marina satu masa nanti dapat ke luar negara yang bersalji eh. Asalnya nak main salji di Genting Highlands bersama family sebelah husband. Sesampai di sana, tutup rupanya tempat snow tu. Tanya staff di situ temporary closed sebab Covid ke? Katanya tutup terus kot. Takde rezeki anak-anak nak main salji. Semasa di Genting Highland kiteorang hanya main indoor game dan berjalan di shopping mall sahaja memandangkan outdoor belum siap dibina lagi. Selepas balik dari Genting Highland, nak dijadikan cerita, iklan di Instagram lalu berkenaan Snowalk di I-City, Shah Alam. Menarik jugak tempatnya. Dapatlah jugak bawak anak-anak merasa main salji. Sebenarnya ibu diorang pon excited nak main salji. Dulu hanya pernah pergi rumah empat musim di Bukit Cerakah di Shah Alam. Selepas duk survey apa yang ada di I-City, rupanya I-City ada buat pakej untuk theme park dia termasuklah Snowalk ni. Selepas berbincang dengan husband, plan untuk main salji di Snowalk on. 

Harga Tiket Snowalk I-City, Shah Alam

Harga tiket terkini korang boleh pergi ke website diorang. Harga dia berubah-rubah. Ceritanye, Marina beli tiket I-City theme park ni kat dia punya apps. Diorang ada buat harga by pakej. Mudah beli siap-siap. Tak perlu beratur dah untuk beli tiket. Hanya scan je di phone Marina ni untuk main atau masuk ke tempat yang di dalam pakej ni. Kalau hanya nak beli tiket Snowalk sahaja agak mahal la jugak. Untuk harga tiket Snowalk sahaja harganya RM65 dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak. Makanya Marina ambil keputusan untuk beli pakej yang ditawarkan. Harga tiket pakej I-City masa Marina beli tu RM65/person. Tak kira dewasa atau kanak-kanak harga dia sama je. Nama pon pakej kan. Pakej ni termasuklah :
• Waterpark
• Snowalk
• Trick Art Museum
• House of Horror
• Itsy Bitsy
• City of Digital Light
• Theme Park B - Ferris Wheel, Bumper car, Time travel 
• Centralwalk

Semua ride yang ada kat tempat yang Marina list ni korang boleh naik. Berbaloi kan dari pagi sampai ke malam korang boleh main. Setiap park ni adalah waktu operasi dia. Pandai-pandailah korang arrange masa dan tempat yang mana korang nak pergi dulu. 

Snowalk I-City, Shah Alam

Sebelum ke Snowalk, kiteorang ke I-City Waterpark terlebih dahulu sebab Snowalk buka pukul 3 petang. Kiteorang sampai di I-City pukul 10.30 pagi. Dari pagi sampai pukul 3 petanglah anak-anak duk berendam dalam air. Kat sini pon ada Vuvuzela tau, tapi Marina tak main pon sebab anak-anak takleh naik sekali. 

Dah hampir pukul 3 petang, siapkan anak-anak, salin baju untuk ke Snowalk pula. Actually Marina dan family dah siap pakai sweater dan kasut bertutup. Rupanya walaupon dah pakai sweater dan kasut, still kena pakai sweater dan kasut yang disediakan di situ. Tapi jangan risau, sweater dan kasut dah termasuk dalam pakej sekali, korang tak perlu bayar sewa dah. Korang hanya perlu sewa loker untuk letak kasut korang sahaja. Sarung tangan nak pakai boleh, tak payah pakai pon takpe tapi kalau anak-anak masih kecil tu disarankan untuk pakailah sebab memang sangat sejuk. Stoking memang wajib pakai. Samada pakai stoking siap-siap atau kalau terlupa nak bawak stoking, diorang ada jual stoking, RM1 rasanya. Anak Marina yang Miqaila tu pon masuk dalam 15minit je, dia dah nak keluar. Sejuk sangat. 

Kawasan Snowalk ni taklah begitu besar. Masa Marina pergi bulan 5 haritu, ada section yang dia closed. Tempat ukiran ais tu tak dibuka. Di situ ada ice car. Tapi oklah jugak boleh menikmati salji dan bergambar.  Section ni pon ada gelongsor jugak. Masuk Snowalk ni takde time limit. Korang nak duk dua jam pon ok je. Kalau tak tahan sejuk,  boleh keluar masuk.






Berjalan di I-City Theme Park, Shah Alam

Dah puas menikmati salji di Snowalk I-City ni, anak-anak Marina nak main di Itsy Bitsy pulak. Marina cakap boleh, tapi kita ke Trick Art Museum dan House of Horror dulu. Tahu dah kalau ke Itsy Bitsy ni memang diorang takkan ke mana-mana dah. Selepas beberapa mainan diorang dah naik di Itsy Bitsy, setelah dipujuk, barulah diorang nak ikut ke Ferris Wheel. Nasib baik masa sampai di Ferris Wheel ni, tak ramai sangat orang. Lepas je kami turun dari Ferris Wheel, barisan dah panjang. 

Destinasi terakhir kiteorang adalah City of Digital Light. Kat sini penuh dengan lampu-lampu pelbagai bentuk yang berkonsepkan flora dan fauna. Sempatlah kiteorang naik Spacewalk di situ. Spacewalk ni dia bawak keliling City of Digital Light. Kita dapat lihat City of Digital Light ni dari atas. Semasa naik Spacewalk ni, anak Marina nampak Marry Go Round dari atas. Sejurus je turun dari Spacewalk, diorang terus menuju ke Marry Go Round. Masa tengah berbaris tu, apps plak buat hal. Dia stuck, tak dapat nak bukak apps untuk scan. Area situ pon line tak berapa nak ok. Takde rezeki nak main Marry Go Round. Sian anak-anak tak dapat nak naik. Tapi overall Marina berpuas hatilah dapat berjalan di sini. Jom layan video semasa Marina ke I-City Theme Park. 








25 comments:

Ruby said...

Dah lama tak pi i-city. Kalau dulu ke sana, kami menginap di Hotel De'Art dan buat semua aktiviti di i-city sana. Tunggu habis PKPB ni, ingat nak beli pas ke sana.

www.modernmumthingy.com said...

pernah masuk yg dkt Genting jer .. sini belum berkesempatan lagi

Izyan Balqis said...

tak pernah masuk mana-mana yang ada snow, IQ dah ler tak taha sejuk...huhu

Rollinggrace said...

what a beautiful place. you have a beautiful family!

yanieyusuf.com said...

Hari tu nak pergi i-city Shah Alam jugak tapi sebab kes naik, wah bestnya. Tunggu keadaan reda sket dan habis PKPB. Nak sangat bawa babyfh main salji dekat iCity tu..

Rawlins GLAM said...

Alahai. Seronok betul la main ais tu kan. Bebudak paling bahagia kan. Kalau dekat, Rawlins dah angkut anak saudara dari Sarawak main kat situ hehe

Bae Roslan said...

bestnya. memang teringin masuk snow walk ni. haritu pu digital light je

Aerill Hassan said...

wah bestnya. saya dari dulu teringin na k masuk tempat salji tu. waktu study dulu kt shah alam selalu lepak2 je area i-city ni. :)

Cik Min said...

Suka la budak2 bila bawak ke sini. Lamanya tak gi icity, last sblm pkp dulu tu

Ummi | Ummi Goes Where? said...

Bestnya! Kat I-city ni yg saya pernah masuk, trick art museum tu je.

Nadia Johari said...

Pergh murah juga 65 utk semua.. Berbaloi ler.. Dh pernh masuk snowalk tu.. Best.. Sejuk dia sejuk betul la.. Dapat gakla rasa suasana salji tu walauoun tiruan.. Hehe

Hayati Suki said...

Sisyat yg dok dekat ngn icity ni pun belum sempat singgah lagi..hehe
Sebabnya ceita2 yg kata harga tiket mahal 😅.
Tapi kalo rm65/person dan boleh ke mana2 yg mcm list tu, mmg berbaloi sangat la.

Permatabiru said...

best last pergi disember 2019 ari tux sempat nak jalan semua tempat sbb unplan

Sis Lin said...

Waaa seronoknyaa...last Sis pergi i-city masa anak-anak sekolah menengah lagi..pastu lama gile tak gi, kalau ada pun lalu ajaa.. seronok lagi kalau ada anak kecik gini...

AyuArjuna BiGoshh said...

Lama x.ph sini. Walaupun rumah dekat heheheh.. cantik ganbar marina. Sangat sharp

MaisarahSidi said...

Seronok juga bawa keluarga bercuti di sini. Lama dah tak ke icity. Masa study dulu je sempat kejap.

AlongMurni said...

Bestnya dpt bonding time dgn anak2.. nnti pas pkpb nie AM pun nak bawa anak2 AM jenjalan ke sini..

Kitkat Nelfei said...

Best la icity ni, dah makin banyak attractions yang best.. Lama tak pergi dah lagi2 time mcm ni.. Nak repeat lagi la nanti... Best main snow...

Mira Cikcit said...

Boleh tahan jugak harga dia sekarang. Dulu masa i-city baru2 bukak rajin jugak pergi lepak2, tp sekarang bila dah ada anak ni tak sempat2 lagi nak pergi. Dah bertahun tak jejak kaki dekat sini.

Syaz Rahim said...

seronoknya! dapat tangkap gambar kenangan dengan family banyak2 :)

Cik Puan Ena said...

Memang best I-City ni. Ena pon bape kali pergi tak puas jugak. Hehe. Tunggu baby dah besar baru syok nak main snowalk tu

halimah muhiden said...

Wah.. memang best dpt main salji, kak xpernah lg sampai kat Snowalk I-City, Shah Alam tu.. tp dah merasa bermain salji masa bercuti di Turkey

Marina Bashah said...

Thank you :)

Marina Bashah said...

Betul. Budaklah paling excited

Marina Bashah said...

Kannn

Powered by Blogger.