Birthday Surprise di Richiamo Coffee, Shah Alam

Birthday Surprise di Richiamo Coffee, Shah Alam | Pada 26hb dan 27hb yang lepas, Marina menghadiri kelas trading yang dianjurkan oleh Jofliam, husband kepada Cik Epal. Masa nilah husband duk pakat buat surprise birthday dengan surprise planner. Kat KL plak tu buatnya. Memang Marina tak expect langsung. Pandai husband duk pakat dengan surprise planner tu nak buat surprise masa kiteorang ada kat KL ni. Actually birthday Marina 28 September. Disebabkan 28 September tu hari Isnin, nak balik Ipoh dah pon time tu, makanya, husband set dengan surprise planner pada malam 27 haribulan untuk buat surprise birthday di Richiamo Coffee, Shah Alam jam 8.00 malam. Kelas trading habis jam 5.00 petang.

Sampai di cafe, lepas dah duduk dan bertenang dalam cafe, Marina macam biasalah, duk perhati sekeliling kedai. Menikmati kecantikan cafe. Terbaca kat logo di pintu cafe. Richiamo Coffee by Raja Ilya. Wowww Raja Ilya yang pelakon tu ke? Terus google. Eh betullah dia. Tak sangka. Nampak sangat Marina ni tak mengikuti perkembangan sangat.



Plan Surprise Party

Ceritanya gini. Ini lepas Marina tanya husband. Tapi Marina tak tanya detail sangatlah. Marina ni sejenis yang bukan banyak tanya punya orang. Ini berdasarkan apa yang husband cerita. Asalnya nak buat di Ipoh. Tapi cafe tu kata tak pasti tarikh berkenaan bukak ke tidak. Marina tanya macam mana boleh tahu Rochiamocoffee ni? Husband kata, dia cari di facebook surprise planner ni, surpsrise planner bagi pilihan kedai-kedai makan yang nak buat surprise party, so setelah dipertimbangkan husband agree nak buat di Richiamocoffee, Shah Alam. Husband kata party planner tu suggest untuk buat 17 September yang lepas, sebab masa tu pon kiteorang ada di KL menghadiri event. Husband kata takut tak sempat. Husband dah planning awai lagi rupenye.

Dulu, nak dijadikan cerita, Marinalah yang paling rajin beli barang online dan COD barang yang dibeli. Sekarang husband pon dah pandai beli online dan COD barang yang dibeli.

Masa hari yang nak ke KL pada 25hb tu, husband kata gini, "Malam 27hb nak ambil barang kat Shah Alam. 27hb awak dah free kan?" Marina ye kan je la. Takde fikir apepon time tu sebab dalam masa yang sama husband ada gak beli barang pos kat rumah. Siap mintak tolong jiran sebelah ambikkan pada abam pos.

27hb tu, masa ada dalam kelas trading, husband whatsapp, "Confirm ke abis kelas pukul 5?" Marina cakap confirmlah kot. Dalam hati, dah kenapa encik husband ni? Macam risau sangat kalau lebih dari pukul 5. Marina isteri yang solehah ni kecut perutlah kan. Hahahaha. Hari kedua kelas trading, habis awal. Lepas habis kelas, anak-anak ajak ke IOI Mall Puchong sebab kat situ ada Mr. Toy. Mainan kat situ murah-murah okey.

Jam 7 malam, husband kata, "Dah pukul 7, jom pergi Shah Alam. Dah janji nak ambil barang pukul 8." Marina duk bebel kat anak-anak, kalau dah janji dengan orang kena datang awal. Anak-anak kalau masuk kedai mainan dari pagi sampai malam pon sanggup bertapa kat situ.





Surprise Birthday di Richiamo Coffee, Shah Alam

Kiteorang sampai di Richiamo Coffee, Shah Alam dalam pukul 7.45 malam camtu. Cantik cafenye. Husband Marina ni, jarang nak makan kat cafe. So Marina tak expect dia nak makan kat situ lepas kononnya nak ambil  "barang" tu. Husband whatsapp dengan orang yang dia nak ambil barang tu. Orang tu kata tunggu kul 8.00 malam sebab dia takde lagi. So, husband kata nak gi solat Maghrib dulu. Lepas tu, datang balik ke Richiamo Coffee balik, husband kata, nak turun semua ke? Marina cakap takyahlah. Husband kata takpelah, jom turun semua. Dalam hati Marina, barang apalah dia beli sampai nak berpick up kat cafe ni. 

Masuk je Richiamo Coffee ni, ada sorang perempuan ni tengah duk rekod video kat pintu masuk. Marina dalam hati dah kenapa? Tengah buat review cafe baru bukak ke? Marina buat tak tahu je le, duk ngisahkan bebudak ni pakai mask. 

Dah masuk cafe, di satu sudut sebelah kiri ada meja dah decorate cantik. Nampak di situ tertulis Happy Birthday. Saje Marina bergurau dengan anak-anak, "Wahhh Birthday, macam tau je Birthday ibu esok." Rupe-rupenye itu memang meja kiteorang. Dah dekat dengan meja, barulah nampak frame gambar kiteorang satu family. Giler malulah semua duk pandang. Siap pasang lagu birthday di cafe tu. Serius tak sangka husband aturkan semua ni. Barulah tahu kenapa husband duk mintak gambar satu family sebelum kiteorang bergerak ke KL aritu. 


Dekorasi dan Makanan di Richiamo Coffee

Marina puas hati dengan servis surpsrise planner dia. Servis best kena kongsi dengan korang. Siap ada buat video sekali. Makanan di Richiamocoffee pon sedap-sedap. Marina baru tahu Richiamocoffee ni signaturenya adalah kopi. Nama kedai pon ada coffee kan. Marina bukanlah penggemar kopi, husband kata Mocha dia sedap. Murah pon murah dari kedai kopi DuitBintang. Hahaha. Richiamocoffee ni ada banyak cawangan di seluruh Malaysia. Bolehlah repeat makan kat sini lagi. Kot Raja Ilya nak belanja pulak ke kan? Hihi. Kat sini ada nasi lemak ayam rendang tau. 






Video dari Surprise Planner

Thank you sooo much husband for this lovely moment. I love you sooo much. Gembira dan appreciate sangat-sangat dengan usaha yang encik husband buat ni.

Video ni surpsrise planner yang buat, Marina tukar lagu dia. Ampunnn. Lagu ni kenangan lagu time Marina nikah dulu.


[Baca juga] : Menginap di Hotel De Art di USJ 21, Subang Jaya, Tak Bestlah!

Post a Comment

12 Comments

  1. bestnyaaa tak pernah lagi buat birthday party kat luar rumah

    ReplyDelete
  2. Wahh bestnya.. Anyway Happy Birthday ya.. Semoga terus dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu.... Nak try cafe ni juga la...

    ReplyDelete
  3. Mesti bestkan belajar trading dgn jofliam tu. Boleh start buat duit dari rumah da. Risau jgk dgr nak pkp balik, boleh praktikkan balik betul2 nanti

    ReplyDelete
  4. sweetnya korang.. mst tak lupa sampai bila2 kan.. HB Marina

    ReplyDelete
  5. Alolo sweetnyaaaa... Bestnya bila suami buat macam ni kan? Bukan semua lelaki pandai buat2 surprise mcm ni. Btw happy birthday ea kak

    ReplyDelete
  6. Surprise habis ni.. Hehehe.. Semoga sentiasa bahagia dan dipanjangkan usia

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday Marina, seronoknya ada birthday surprise

    ReplyDelete
  8. Wah! Romantika de amour gitu... Surprise yang sungguh menggembirakan kannnn... Semoga Marina beroleh segala kebaikan, kejayaan dan kesejahteraan juga diberian keberkatan umur dalam rahmatNya...

    ReplyDelete
  9. WAH! Sweet gitu, maaf terlambat, happy birthday to you ina.

    ReplyDelete
  10. happy birthday! smoga sihat2 selalu :)

    ReplyDelete