Tak Boleh Makan Durian dan Minum Kopi Dalam Masa yang Sama?

Tak Boleh Makan Durian dan Minum Kopi Dalam Masa yang Sama? | Marina dengar tak boleh makan durian sulam dengan air kopi, betul ke? Sejauh mana kebenaran tentang perkara ini? Tak habis-habis lagi cerita tentang durian kan? Dengan rasa lemak-lemaknya dan isinya yang lembut, tak hairanlah ramai yang sanggup habis ratusan ringgit demi durian. 

Masa Marina balik Batu Kurau Raya Aidilfitri haritu, pakcik Marina kata, durian yang dia punya di bukit nun lambat lagi nak luruh. Duriannya baru sebesar pinang! Katanya mungkin nak dekat Raya Haji baru ada duriannya. Sebelum ni Marina dah cerita perihal harga durian di Batu Kurau kat SINI

Macam-macam mitos yang Marina dengar dengan pasal durian ni. Disebabkan Marina tak makan durian, Marina tak berapa nak ambik port sangat tentang mitos durian ni. Walaubagaimanapun, Marina kongsikan mitos tentang durian yang patut korang tahu.






Mitos Tentang Durian

Mitos 1: Jangan makan durian dengan alkohol. Boleh bawa maut!

Mitos ini sudah lama berlegar-legar dalam kalangan pemakan durian yang tegar. Tapi, betul ke makan durian dengan arak boleh menyebabkan kematian?

Durian mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi. Makanan yang kaya dengan karbohidrat mengandungi banyak fiber yang tidak dapat diuraikan oleh badan.

Walaupun fiber bagus untuk kesihatan, terlampau banyak serat juga akan membuatkan korang rasa kembung perut. Ini merupakan salah satu keburukan makan durian secara berlebihan!

Samalah seperti minuman beralkohol seperti arak. Minum arak dan makan durian boleh menyebabkan perut korang rasa tak selesa. Korang mungkin akan alami kembung perut, tapi tak adalah sampai membawa maut!

Mitos 2: Makan durian bersama buah sejuk seperti manggis

Dalam perubatan moden, tidak ada istilah mengenai buah sejuk ataupun panas. Malah, kenyataan ini langsung tidak disokong oleh kajian saintifik.

Manggis dan durian selalunya berbuah dalam musim yang sama. Mungkin mitos ini timbul untuk mengelakkan orang ramai daripada membazir. Yelah, kalau semua orang nak makan durian, siapa nak makan manggis?

Mitos 3: Durian mempunyai kolesterol yang tinggi

Berita baik untuk penggemar durian. Antara kebaikan makan durian ialah buah ini tidak mempunyai sebarang kolesterol! Tapi, jangan keliru antara kolesterol dan karbohidrat ya!
Durian mengandungi karbohidrat LDL (low density carbohydrate), sejenis karbohidrat yang baik untuk jantung. Namun, durian masih lagi mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi. Jadi, individu yang mempunyai kencing manis dan sakit jantung jangan makan terlalu banyak durian ya! Efek makan durian kepada korang mungkin buruk.

Mitos 4: Tingkatkan libido seks antara manfaat makan durian

Jangan tertipu ya! Tidak ada sebarang kajian yang boleh membuktikan bahawa durian boleh tingkatkan libido seks seseorang. Tetapi, ada juga kebaikan makan durian tau! Ada kajian yang membuktikan bahawa durian boleh mengurangkan tekanan dan membantu korang untuk tidur. Durian mempunyai sejenis asid amino yang bernama tryptophan – asid amino yang boleh menaikkan kadar serotonin dan melatonin di dalam badan. Dua hormon ini dapat membantu korang untuk kurangkan tekanan dan juga tidur dengan lebih lena!

Mitos 5: Tak boleh ambil durian dan juga kopi pada masa yang sama!

Mitos bahawa durian tidak dapat dimakan bersama-sama kopi juga adalah tidak benar sama sekali. Makan durian bersama minuman apapun tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit jantung. Sakit jantung merupakan satu penyakit yang berlaku akibat daripada tabiat pemakanan seseorang. Oleh itu, jika individu tersebut selalu mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat, maka lebih mudahlah untuk dia menghidap sakit jantung. Walaupun ada banyak kebaikan makan durian yang kaya dengan vitamin dan mineral ini, anda tetap harus berjaga-jaga supaya tidak terlebih makan.

Mitos 6: Makan durian banyak-banyak boleh akibatkan demam dan batuk

Ini merupakan satu lagi mitos yang awal-awal lagi perlu disangkal. Tidak ada sebarang kaitan antara makan buah durian dengan demam atau batuk. Makan durian secara berlebihan mungkin boleh buatkan anda rasa kembung perut, tetapi bukannya demam! Secara saintifik, mungkin makan durian boleh meningkatkan sedikit suhu badan. Tetapi itu tidak bermakna ia akan menyebabkan batuk ataupun demam!

Mitos 7: Makan durian dengan susu pun tak boleh?

Sama seperti makan durian bersama dengan alkohol, susu juga mempunyai kadar fiber dan karbohidrat yang tinggi. Minum susu secara berlebihan pun boleh sebabkan kembung perut, apatah lagi minum susu sambil makan durian!

Ada banyak kebaikan makan durian sebenarnya!

Durian merupakan buah yang sangat berkhasiat. Banyak manfaat makan durian, setanding dengan gelarannya sebagai raja buah. Walau bagaimanapun, itu bukan alasan korang boleh makan durian dengan banyak ya! Ada banyak juga efek makan durian. Dalam apa jua keadaan, beringatlah supaya mengambil makanan dalam keadaan sederhana. Amalkan panduan pemakanan sukusukuseparuh yang disarankan kerajaan. Kalau korang rasa tidak selesa selepas makan terlalu banyak durian, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor di klinik yang berdekatan ya!



Kredit : Hellodoktor.com

Post a Comment

1 Comments

  1. Asal musim durian je banyak sangat fakta tak benar yg keluar kan.

    ReplyDelete