Frozen 2 Tidak Sesuai Ditonton Oleh Kanak-Kanak?

Frozen 2 Tidak Sesuai Ditonton Oleh Kanak-Kanak? | Betul ke Frozen 2 ni tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak? Pada Marina, Marina rasa macam ok je. Masih ada kecantikan Elsa dan Anna di situ yang masih diterima oleh kanak-kanak. Kanak-kanak kan suka pada princess dan tak faham sangat pon jalan cerita dia kan? So enjoy je layan Frozen 2.

Frozen 2 masih trending lagi ke ni? Dalam radio Marina masih dengar duk sebut-sebut lagi pasal Frozen 2. Banyak review yang Marina baca tentang Frozen 2 ni. Biasalah ada yang suka, ada yang tidak. Hanya korang yang dah tengok je yang boleh nilai sendiri. Taknak tengok wayang, tunggulah CD keluar. Hihihi.

Masa pergi tengok Frozen 2, anak-anak Marina request nak pakai baju Elsa. Layankan aje. Si Miza tu pada awalnya pakai juga baju gaun Elsa, tapi tak jadi pakai sebab dia kata gatal. Sudahnya pakai sweater Elsa. Jadilah. Elsa jugakkan. Masa sampai sana, semua mata tertumpu pada diorang. Teruja diorang tengok anak-anak Marina pakai baju Elsa. Siap nyanyi Let It Go, Let It Go. Anak-anak Marina lagilah seronok, fefeling Queen Elsa gitu.

Baju Marissa dan Miza dah lama beli. Dari Frozen 1 lagi. Baju Miqaila tu baru beli semata-mata nak pakai time tengok wayang. Gigih tak gigih ibu dia Nasiblah dapat ibu yang suka pada kecantikan walaupon diri sendiri ni tak cantik. Hihihi.

Filem : Frozen 2
Genre : Musical, Comedy, Mystery
 Running Time:  1 Jam 43 Minit
Pelakon Utama:  
Idina Menzel sebagai Elsa, Kristen Bell sebagai Anna, Jonathan Groff sebagai Kristoff, Josh Gad sebagai Olaf
Pengarah: Jennifer Lee, Chris Buck

Frozen 2

Sinopsis 

Elsa terdengar suara bisikan memanggil dan memintanya untuk mengikut suara tersebut. Oleh kerana sifat ingin tahu Elsa yang sangat tinggi, Elsa mengikut suara tersebut. Akhirnya dengan tidak sengaja Elsa telah melakukan sesuatu yang menyebabkan Arendelle diganggu dan diserang oleh kuasa alam. Elsa harus menyelamatkan kerajaannya daripada terus ditimpa kemusnahan. Pabbie meminta Elsa pergi ke 'Enchanted Forest' untuk mencari kebenaran dan punca yang menyebabkan suara yang memanggil Elsa mencarinya.


Review 

Pada Marina, Marina suka Frozen 2 berbanding Frozen 1. Anak-anak Marina pon enjoy je tengok Frozen 2. 

Untuk Frozen 2 ni, Marina suka watak Anna sebab dia lebih matang. Dan of course watak Olaf sentiasa menghiburkan. Walaupon tak habis-habis membebel, tetapi bebelannya kadang-kadang masuk akal jugak. 

Marina ada baca review Frozen 2 ni lebih sesuai untuk ditonton oleh remaja dan tak sesuai untuk kanak-kanak. Ini antara review yang Marina terbaca :
1. Ada part kissing. - Tak salah Marina Frozen 1 pon ada kan? 
2. Watak Elsa dalam Frozen 2 agak lasak, dah tak selembut Frozen 1.
3. Lagu melalak-lalak. - Marina rasa lagu dia best je.

Walau apapon komennya, kita sepatutnya menilai mesej yang ingin disampaikan oleh sesuatu cerita itu dan bukan melihat perubahan sifat karekter tersebut. 

Selepas tengok wayang, Marina suka berkomunikasi dengan anak Marina. Bukan sekadar lepas tengok, menghiburkan diri, lepas tu lupa macam gitu je. Marina akan bercerita balik pada anak-anak tentang sikap-sikap positif yang ada dalam cerita tersebut.


[Baca juga] : Maleficient : Mistress of Evil Filem Maleficient Terakhir?


Apa yang Marina Suka daripada Cerita Frozen 2 Ni?

Ikatan adik beradik

Ikatan adik beradik antara Elsa dan Anna sangat kuat. Walaupon Anna yang tidak mempunyai kuasa, tetapi dia sanggup ikut Elsa ke mana sahaja walaupon ia membahayakan dirinya.

Anna juga memilih untuk bersama-sama kakaknya Elsa untuk mengharungi apa jua rintangan berbanding memikirkan cinta hatinya, Kristoff.


Rasional

Anna bersikap rasional di saat Elsa buntu untuk membuat keputusan. Anna menasihati Elsa untuk menyelesaikan masalah bersama-sama dan tidak membuat tindakan yang akan memudaratkan diri.


Tidak putus asa

Marina suka sikap Anna yang tidak berputus asa. Anna tidak membiarkan dirinya terus dibelenggu kesedihan, sebaliknya dia terus mencari jalan untuk terus bangun demi menyelamatkan Arendelle.


Sifat Melindungi

Elsa tidak membenarkan Anna ikut bersama-sama ke 'Enchanted Forest' atas sebab keselamatan Anna. Tetapi Anna tidak bersetuju dengan Elsa. Anna berpendapat mereka perlu bersama-sama untuk menghadapi apa jua situasi.


Bijak

Walaupon watak Anna macam sengal-sengal, tapi dia bijak membuat keputusan dan berjaya menyelamatkan keadaan apabila Elsa menghadapi masalah dan tidak berdaya untuk membuat apa-apa.

Kenapa Elsa dilahirkan dengan kuasa?
Suara siapa yang Elsa dengar?
Kenapa suara itu memanggil Elsa?
Apa yang Elsa temui di 'Enchanted Forest'?

Marina bagi 8/10 untuk jalan cerita Frozen 2 ni. Pada Marina jangan hanya baca review penonton yang dah tengok Frozen 2. Taste kita tak sama. Pergi tengok dan nilai sendiri. 

Yang dah tengok, takyahla tarik orang lain supaya tak suka tengok sekali. Jangan jadi spoiler okeh. ;)

Okeh yang belum tengok lagi, pi tengok lekaih. Selamat menonton.

Post a Comment

21 Comments

  1. Yup..betul frozen satu pun ada part kising... Apa pun...atas pilihan masing2... Singgah hari selasa.

    https://yamanaimy.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul pilihan masing-masing. Thank you singgah :)

      Delete
  2. setuju. kena tgk sendiri, then nilai.
    aida lom tgk lagi ni. takde time plak.
    ni jumanji pun dah kluar hu hu hu hu...
    kena tunggu kluar kat tg lah gamak nyer, marina.

    ReplyDelete
  3. Alamak nak gi tengok tak pergi2 lagi, asyik tak ada kesempatan nak gi tengok

    ReplyDelete
  4. Hehehe anak2 lelkai tak suka tgk frozen. Anak pompuan pkn dah besartak layan jugak. Frozen ni utk anak2 pompuan akolah rendah ok kot layan ..

    ReplyDelete
  5. Pernah dengar isu ni. Mungkin klu datang dengan ibubapa under pengawasan ok kot. Tapi still ada moral dalam cerita

    ReplyDelete
  6. Sehari lepas keluar je movie ni,kami anak beranam terus serbu. Keluar je wayang sampai kat rumah nyanyi aaahh ahh.. Lol.. Kita bagi 9 bintang, kurang 1 bintang sebab husband tertido ��

    ReplyDelete
  7. Saya pun dah tengok dengan anak-anak. Jalan cerita best la. Cuma nyanyian banyak sangat saya rasa bosan giler. Anak anak girls suka lah.

    ReplyDelete
  8. Best ke? Haritu duk plan nak pergi tengok, tapi kebetulan pulak banyak hal kena uruskan masa tu. Terus lupa nak pi tengok, hehe

    ReplyDelete
  9. itu lah yang ada part kissing tu dia tak cover sangat risau budak-budak tengok

    ReplyDelete
  10. Saya pun dah tengok, biasalahkan.. ada yang suka dan ada yang tak suka cerita Frozen 2 ni. Bagi saya, dua-dua pun best juga. Cuma yang Frozen 1 lebih better sikit

    ReplyDelete
  11. Tak tengok lagi cerita frozen ni jarang layang movie yg animation hihi

    ReplyDelete
  12. Tak tengok lagi tak boleh nak komen lebih-lebih. Tapi kalau cerita animasi luar negara adegan kissing tu memang normal la cuma kita kena terangkan pada anak2 la benda itu tak boleh dibuat

    ReplyDelete
  13. Sis tak pandai tgok cerita2 macam ni, faktor usia mungkin. Mayb anak dara sis suka lah kot..cuma tak pernah pulak dia ajak tgok

    ReplyDelete
  14. Kalau tonton dengan adanya parents bersama ok kot. Sambil tu kita explain pada anak² tentang moral of story ke..
    tekankan perkara² baik yang ada dalam movie pun boleh

    ReplyDelete
  15. Disebabkan saya tak tengok lagi filem ni, jadi saya tak tahu sama ada filem frozen ni sesuai untuk golongan mana hehe.

    ReplyDelete
  16. Depends sebenarnya sesuai ke x. Bg Iza cerita frozen kali ni berat sikit kalau nk compare dgn yg dulu. Dulu lebih fun yg ni lebih matured. So ada setengah budak mungkin xleh terima.

    ReplyDelete
  17. Tak tengok lagi frozen 2 ni.. Mungkin tak sesuai lagi nak bawak anak-anak.. Entahla.. Haahaha.. Nak sanagtbtengok tapi bapknya sush diajak.. So tunghu jela dalam tv.. Moral sekrg ikatan adik beradik yangvkuat.. Boleh diajar dekat situ

    ReplyDelete
  18. kita tak tengok lagi frozen 2. uwaaaaa ! sekarang cerita kanak-kanak pon memang banyak kiss cium2. mungkin sebab benda tu cartoon jadinya xde rasa mcm xokay kot. padanlah sekarang banyak je scene cium dlm movie cartoon

    ReplyDelete