Program Deepavali Cheer Program 2019 ini bertujuan untuk memberi keceriaan kepada komuniti-komuniti B40 yang bakal menyambut perayaan Deepavali serta menekankan kepentingan pendidikan kepada semua murid-murid. Seramai 900 pelajar dari pelbagai sekolah yang terlibat.
Program Lawatan Sambil Belajar di Lost World of Tambun
Sempena sambutan Deepavali pada kali ini, Kumpulan Sunway telah menganjurkan program lawatan sambil belajar kepada 160 pelajar dari 4 sekolah iaitu SKJ(T) Klebang, SJK(T) Ladang Chemor, SKJ(T) Kg Simee dan SJK(T) Ladang Strathisla.
Aktiviti dimulakan dengan bersarapan di Lost World of Tambun. Selepas bersarapan, pelajar-pelajar dibawa melawat di Petting Zoo dan melakukan aktiviti membina terrarium.
Program diteruskan di Malayana Ballroom, Lost World of Tambun Hotel iaitu ucapan dari Wong Wan Wooi, Pengarah Eksekutif Sunway City Ipoh seterusnya ucapan dari YB Sivanesan Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Negeri.
![]() |
Wong Wan Wooi, Pengarah Eksekutif Sunway City Ipoh |
![]() |
YB Sivanesan Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Negeri |
Pelajar juga berpeluang menikmati makanan yang lazat. Pihak Sunway juga turut mengagihkan barangan keperluan pelajar seperti beg sekolah, alat-alat tulis, makanan dan minuman, vitamin, ubat gigi dan sabun mesra alam daripada Sunway Hotels & Resorts.
Inisiatif Kembali ke Sekolah
Kumpulan Sunway juga akan meneruskan program #sunwayforgood Deepavali Cheer dengan mengagihkan barangan keperluan kepada baki 740 pelajar pada 14 Oktober di SJK(T) Klebang, SJK(T) Kg Simee dan SKJ(T) Ladang Chemor.
![]() |
Seronok pelajar-pelajar ni menerima beg sekolah dan keperluan yang lain |
Program R.E.A.D
Kumpulan Sunway akan memperkenalkan program Sunway R.E.A.D (Reading Enhances Aspirational and Drive) yang bertujuan untuk membantu menambahbaik kemudahan perpustakaan di SJK(T) Klebang.
Program "ICT Literacy Aid"
Kumpulan Sunway juga dalam proses untuk menjalankan program "ICT Literacy Aid" pada tahun hadapan yang bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka.
Video Deepavali
Sempena coming soon Deepavali ini, video Deepavali dari Kumpulan Sunway juga ditayangkan semasa program ini. Video ini memaparkan kepentingan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, dab bagaimana kita dapat menghargai keunikan dan perbezaan budaya kita. Marina ada selitkan sikit video Deepavali dalam video kat bawah ni.Marina berharap agar usaha murni seperti ini dapat diteruskan oleh mana-mana badan untuk mereka yang memerlukan. Kalau bukan dari segi wang ringgit, beri sokongan moral pada mereka pon dapat membantu mereka.
Website : www.sunway.com.my
FB : Sunway Group
28 Comments
Wah , bagus nya LWOT buat program sebegini. Secara tak langsung usaha macam ini dapat memberi pendedahan dan juga mendekati masyarakat.
ReplyDeleteBetulll
Deletetahniah sunway group untuk event ni. semoga lebih ramai lagi yang akan diraikan nanti. terasa nak ke tambun lah pulak.
ReplyDeleteBagusnya usaha sebegini. Rawlins harap ianya dapat diperkembangkan ke Sabah dan Sarawak gak untuk keluarga yang memerlukan. Mesti bebudak tu bahagia sebab dapat bersekolah dengan kelengkapan baru.
ReplyDeleteHopefully sunway akan ke sana
DeleteBagus ya Lost World Of Tambun buat aktiviti kemasyarakatan macam ni. Mesti seronok semua kanak-kanak yang terpilih tu. Semoga diteruskan lagi usaha sebegini setiap tahun
ReplyDeleteWah oklah tu bantuan diberi kepada lebih 700 pelajar. Di musinm perayaan, dapat pula peralatan sekolah baru dan berjalan-jalan kat LWOT mestilah bebudak ni happy. Kudos to Sunway Group.
ReplyDeleteInisiatif yg bagus. Dapatlah cerikan anak2 ni sambil berjalan-jalan. Tahniah LWOT
ReplyDeleteKannn
DeleteTahniah Sunway Group. Seronok anak-anak ini diraikan dengan meriah. Ringan dah beban mak ayah awal-awal dah dapat bantuan persekolahan.
ReplyDeleteWow thats a great . Looks at the children have time to play and their happy fresh thats good.Congrats to LWOT
ReplyDeleteBagusla pihak sana buat mcm ni semua..seronok budak-budak ni dapat masuk LWOT..mana yang tak pernh pergi dapat pergi mesti happy giler..
ReplyDeleteTu la. Ada sesetengah budak yg bukan golongan b40 pon belum tentu dapat pegi sini
DeleteTahniah diucapkan kepada Sunway dan Lost World Of Tambun kerana membuat aktiviti sebegini untuk anak-anak. Mesti seronok sangat kan, tambah untuk mereka yang belum pernah ke situ.
ReplyDeleteSemoga LWOT ada banyak aktiviti yang bermanfaat macam ni.
ReplyDeleteTahniah buat sunway group atas program yang dijalankan. Sgt membantu mereka yg memerlukan. aktiviti2 pun menarik. Mesti kanak2 tu semua gembira.
ReplyDeleteterbaik sunway group!
ReplyDeletebagus yer usaha sunway , program kebajikan masyarakat untuk golongan yang memerlukan. Suka tengok muka pelajar sekolah yg terlibaat semua happy
ReplyDeletebagusnya Sunway, tahniah dan terima kasih sebab berikan keceriaan kepada mereka.
ReplyDeleteBagus diadakan program sebegini untuk membantu dan menceriakan golongan yang memerlukan, harap banyak lagi program sebegini diadakan. Tahniah Sunway Group
ReplyDeleteUsaha yang patut dipuji.Mesti anak2 tu syok dan happy je dapat pergi LWOT.Tak semua mampu ke sana.Semoga lebih ramai yanh bertindak sebegini.
ReplyDeleteBetul. Tak semua mampu
DeleteBagus CSR program yg Sunway buat ni.. Usaha yang perlu dipuji... Mesti Budak2 tu pun happy ja kan
ReplyDeleteProgram csr yang baik. Happy anak2 tu kan
ReplyDeleteCSR program is always good for our community! Keep it up the great effort!
ReplyDeletebagus bila ada prog macam ni. kanak-kanak boleh dekati dengan haiwan dan pelbaai lagi. plg penting prog csr ini jga meraikan anak2 yg tidak bernasib baik jugakkan... mmg terbaik
ReplyDeleteTahniah sunway group.. Moga program sebegini memberi manfaat buat semua terutama generasi muda
ReplyDeleteWow its such a great initiative to give these children have an opportunity to experience the fun there.
ReplyDelete