5 Perkara Penting Memilih Pra-Sekolah : Swasta atau Awam?

5 Perkara Penting Memilih Pra-Sekolah : Swasta atau Awam? | Peningkan nak pilih Pra-sekolah untuk anak. Awam atau swasta menjadi pilihan korang? Marina pon sama, pening. Yang awam banyak pilihan, yang swasta pon sama. Pra-sekolah mana nak pilih ni?

Masa Marina nak pilih Pra-Sekolah anak-anak Marina serius bagitahu bukan satu perkara yang mudah. Bila dah dapat Pra-Sekolah yang ada beberapa ciri-ciri yang Marina nak, pon dah bersyukur sangat. Bagus atau tak bagus sesuatu tadika tu tolak tepi dulu sebab perkembangan anak pon bergantung pada ibu bapa dan anak itu sendiri kan?

Marina share tips ni berdasarkan pengalaman Marina sendiri. Banyak aspek yang Marina pertimbangkan bagi memilih pra-sekolah untuk anak. 5 perkara ni yang Marina tengok untuk memilih pra-sekolah untuk anak Marina. Yang no. 5 tu paling penting.

1. Waktu Persekolahan

First thing first, waktu persekolahan pra-sekolah tersebut Marina akan ambil tahu. Sebagai ibu yang bekerjaya, Marina akan mencari pra-sekolah yang boleh mengikut time Marina bekerja. 

Syukur Marina kerja waktu pejabat, mostly pra-sekolah mengikut waktu pejabat. Tetapi untuk pra-sekolah awam biasanya separuh hari iaitu waktu operasinya sehingga jam 12 tengahari. Sebelah petangnya terpaksa hantar pada pengasuh atau taska yang menawarkan mengasuh budak berumur 5 dan 6 tahun.

Marina prefer pra-sekolah sampai ke petang sebabnya nak ulang-alik ambil anak, agak jauh. Nak bawa anak pergi lunch, hantar ke pengasuh atau taska, agak mengambil masa.

Ada juga parents yang menggunakan perkhidmatan transit. Ambil anak dari pra-sekolah, hantar ke taska atau pengasuh. Yang ni Marina tak harap sangat. Marina kenal anak-anak macam mana, so Marina pilih pra-sekolah sampai ke petang.

2. Latar Belakang Pra-Sekolah

● Selidik latar belakang sekolah. Macam mana pencapaian sekolah tu.(yang ni boleh tanya pengalaman kawan-kawan atau jiran yang pernah hantar ke pra-sekolah tersebut).

● Datang terus ke Pra-sekolah tersebut untuk dapatkan info yang diperlukan seperti kelayakan umur, silibus, aktiviti

3. Lokasi

Penting hantar anak ke pra-sekolah sama ada yang berdekatan dengan rumah atau pejabat tempat kita bekerja. Bila nak hantar dan ambil anak ke pra-sekolah senang, satu jalan. Jimat minyak dan tak terkejar-kejar bila nak menghantar atau mengambil anak dari pra-sekolah.

Marina juga tengok kawasan persekitaran pra-sekolah tersebut. Senang nak drop anak-anak, keselesaan dan terurus. Kalau luaran nampak tak terurus, yang dalaman bagaimana la agaknye kan?

4. Perbelanjaan

Paling penting yang perlu diambilkira adalah perbelanjaan untuk ke pra-sekolah. Ini ikut kemampuan ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa perlu mendapatkan informasi secara terperinci daripada pihak pra-sekolah mengenai yuran, peralatan yang perlu dibeli dan sebagainya.

Marina pada awalnya agak terkejut jugak masa hantar anak masuk ke pra-sekolah. Ingatkan yuran pada awal kemasukan dah selesai dan tiada lagi yuran yang dikenakan. Rupanya yuran pada awal kemasukan tu hanya untuk semester pertama. Ada pulak semester kedua dan dikenakan yuran buku latihan pulak. Tapi yuran semester kedua tak semahal semester pertama la.

Contoh, semester pertama yuran RM300 untuk buku latihan, buku bacaan, baju dan lain-lain yang ni tak termasuk yuran bulanan. Selepas tu, bulan 6, masuk semester kedua kena bayar lagi RM200 untuk silibus semester kedua pulak. Yang ni pon belum masuk yuran bulanan.

Ni baru yuran, belum lagi kira aktiviti yang pra-sekolah buat. Macam contoh, konvo, kena beli baju, kena bayar yuran konvo lagi.

5. Perkembangan Anak

Ok. Yang ni ada yang Marina dengar dari ibu bapa yang lain, ada sesetengah pra-sekolah tak kiralah yang awam atau swasta.
● Anak belajar Iqra 1, setahun di pra-sekolah tak naik-naik ke Iqra 2.
● Tukang masak lagi bersemangat mengajar anak-anak membaca berbanding cikgu
● Dah nak abis 6 tahun masih tak pandai lagi membaca

Macam mana nak tahu pra-sekolah mana yang bagus dengan anak? Kena try and adjust. Rasa tak nampak perkembangan anak di pra-sekolah yang korang hantar, silalah ambil tindakan. Jangan menunggu sampai habis anak belajar di pra-sekolah, baru nak ungkit isu.

Tips untuk Ibu Bapa
● Selalulah berbincang dengan cikgu di sekolah anak-anak untuk masa depan anak.
● Jangan kita letak 100% pada cikgu sekolah sahaja.
● Kita sebagai ibu bapa pon perlu mendorong anak-anak. Pantau perkembangan anak-anak.


Bukan senang nak cari Pra-Sekolah yang betul-betul kena dengan ciri-ciri yang kita nak. Kalau dapat 3 daripada 5 tips ni pon dah bersyukur sangatkan? Apa yang penting,  anak selamat, dapat belajar dan kita pon gembira melihat perkembangan diorang.

Sampai sini je perkongsian Marina. Semoga dapat membantu ibu bapa di luar sana membuat pilihan yang tepat.

32 comments:

عبده العمراوى said...


شركات تنظيف منازل بالجبيل
شركات تنظيف بالجبيل
شركة المثالية للتنظيف بالجبيل
شركة المثالية للنظافة بالجبيل
شركة المثالية الدولية للتنظيف بالجبيل

Ziana Eunos said...

Lengkap semua tips tu. Tapi emang betul kena pilih terbaik utk anak kita kan.

Cik Puan Ena said...

Tahun depan anak pon masuk pra sekolah. Ena xkesah bab perbelanjaan tapi pikir lokasi dekat. Kebetulan Pasti belakang rumah je so jimat kos pengangkutan. Hehe. Lg pulak suami shift susah jgk. Jadi ena la senang nak pegi amek sekolah. Tak pikir gov or swasta janji dekat. Hope serasi lah dengan jiwa anak

mek yunie said...

semuanya saya sokong. dulu masa nak hantar anak ke taska / tadika sekarang hanya mengambil kira jarak dengan office sahaja tapi bila dah tengok perkembangan anak, alhamdulillah syukur taska / tadika yang mek pilih tu memberi manfaat kepada anak-anak.

Hanny Abdullh said...

Alhamdulillah..sis dah tak tempuh lagi dah semua ni, anak-anak semua dah besar dah. Tapi memang masa anak2 kecik dulu..memang masa nak htr anak Pra Sekolah..sis memilih sikit, maklum kita nakkan yg terbaik utk anak kita.

Shalimar Yusof said...

Bagus info nih.. anak Sha si bongsu pun akan masuk pra sekolah tahun depan..dah kena buat persediaan nii

cc kak fas said...

Info ni bergunauntuk mereka yang mempunyai anak yang akan ke pra sekolah.

Aerill Hassan said...

Pra sekolah ni tadika kan? Terima kasih atas info yang diberikan yang sememangnya sangat membantu untuk para ibubapa membuat keputusan dalam memilih yang terbaik untuk anak mereka.

raihanah said...

info yang berguna. kalau ikutkan yang kerajaan baguslah, tapi ada syrat dia dan biasanya cater untuk golongan tertentu. kalau nak pilih swasta kena tengok juga kepentingan untuk anak2 kita.

Mimie said...

Info yang berguna. Saya dari anak sulung memang anta tadika swasta. Bayaran memang mahal tapi waktunya yang sampai petang tuh yang buat saya memilih swasta. Bukan tak nak masukkan anak di pra sekolah tapi sampai tengahari saja kan. Nanti mengganggu waktu bekerja nak uruskan dia pulak. If dapat majikan yang memahami takpe jugak.

Julia Mahir said...

One of the point yg saya pun ambik kira masa nak hantar anak yg waktu persekolahan & transit tu. Sbb keje sampai ptg, takde siapa nak ambik waktu tghari tu kan.

Muhammad Naim Abdullah said...

Nasihat Naim. cuba akak hantar di Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI) . Sistem mereka terbaik. Alhamduillah anak-anak buah Naim semua belajar di PASTI. Bayangkan umur 5 tahun dah boleh hafal surah Al-fatihah walhal pelat cikit haha

I am Vee said...

ah... this is one very interesting topic. we all want the best for our kids , but nowadays really have to look through the environment and teachings. My daughter is just 2 years old and I am started to worry!

Azian Elias said...

salam kenal..
nice sharing..
zaman akak dah berlalu. tp memang anak2 masuk pre school private. sesuai dgn masa kerja kita.

AyuArjuna BiGoshh said...

Bagus perkongsian ini. Banyak tips yang boleh kita ambil. Perkembangan anak mmh sangat penting, ad parent kita kenalah berikan yang terbaik untuknya

Nadia Johari said...

Betul perkongsian yang marina buat..nad cari sekolah anak pun ikut jarak rumah, perbelanjaan semua, dekat sekolah dia buat apa je..lepas tu baru pilih nak yang mana..alhamdulillah..dpat dh sekolah Fariza ni

Marina Bashah said...

kann

Marina Bashah said...

betul. lokasi tu penting. mudah nak hantar dan ambil anak

Marina Bashah said...

hehe. betul tu

Marina Bashah said...

anak marina hantar ke tadika swasta. ada diajar baca surah, doa, iqra pon ada belajar

Marina Bashah said...

alhamdulillah

Marina Bashah said...

salam kenal kak. terima kasih. betul tu. cari tadika yang tak ganggu waktu kerja kita.

Marina Bashah said...

terima kasih. hehe

Marina Bashah said...

true. the environment to the kids is very important part

Marina Bashah said...

kann. betul sangat

Marina Bashah said...

betul. ada majikan yang memahami takpe

Marina Bashah said...

tu la ada gak yang apply kerajaan tapi full pulak. no choice

Marina Bashah said...

betul. pra sekolah ni tadika

Marina Bashah said...

betul. kena buat persediaan awal

Marina Bashah said...

hopefully dapat bantu parents di luar sana buat pilihan

Marina Bashah said...

alhamdulillah

Sharon Lee said...

Such a good information for all the parents out there. Thanks for the sharing, hopefully I can use it one day.

Powered by Blogger.