Apa yang Ibu Bapa perlu tahu tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Apa yang Ibu Bapa perlu tahu tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)| Assalamualaikum. Hai. Memandangkan anak Marina yang sulung tu tahun 2019 ni darjah satu, makanya Marina wajib alert tentang sistem pembelajaran di Malaysia yang terkini iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Macam-macam pendapat/keluhan yang Marina baca dan dengar mengenai sistem PBD ni.


Baca : Zikir Anak Exam

Apa itu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sistem pelajaran berdasarkan penilaian kepada murid oleh guru matapelajaran yang terlibat. Tiada lagi peperiksaan dilaksanakan.




Apa yang perlu ibu bapa perlu tahu tentang PBD?

#1 Peperiksaan 

Tiada peperiksaan pertengahan tahun atau akhir tahun.


#2 Sistem Perlaksanaan

Sistem ini dilaksanakan untuk murid tahun 1 sehingga tahun 6. Sekolah menengah pun ada juga. 


#3 Penilaian Terhadap Pelajar

Murid dinilai oleh guru matapelajaran. 


#4 Aspek Penilaian

Murid dinilai dari 3 aspek:
i. Secara keseluruhan (dalam kelas)
ii. Matapelajaran
iii. Individu


#5 Pengujian Pelajar

Murid akan diuji melalui kuiz dalam kelas, permainan, projek di kelas, bercerita dan pelbagai lagi cara mengikut kreativiti guru bagi matapelajaran berkenaan.


#6 Tahap Penilaian

Ada 6 jenis tahap penilaian (TP1 sehingga TP6). Setiap tahap ni yang menentukan anak korang ni boleh menguasai matapelajaran tersebut atau tak.

Slip untuk keseluruhan subjek

Slip untuk subjek B.Inggeris

Ibu bapa akan diberi slip macam ni untuk lihat prestasi anak untuk keseluruhan pelajaran. Tapi slip ini kena bagi guru kelas balik. Yang boleh simpan, adalah slip penilaian yang diberi oleh guru matapelajaran. Agak-agak penilaian yang diberikan ni menyakinkan korang tak tahap penguasaan subjek anak-anak korang?

Macam kat sekolah anak Marina ni ibu bapa digalakkan untuk berjumpa setiap guru matapelajaran. Kalau penilaian untuk subjek sains lemah, boleh jumpa guru sains.

Murid juga dinilai dari segi nilai-nilai murni. Tolong kutip sampah, tolong guru angkat buku ke beg ke. Ada satu program yang dilaksanakan di sekolah anak Marina. Ada satu kad. Kalau murid rajin tolong guru, kad tu akan ditandatangan oleh guru terbabit. Kalau murid pandai bodek tinggi la penilaian murid tu ye?




Feedback Daripada Ibu Bapa Mengenai Pentaksiran Bilik Darjah

Ada ibu bapa yang setuju tak kurang juga yang kurang setuju dengan sistem PBD ni.




Bila dengar keluh kesah selepas perjumpaan parents aritu, Marina pon sedikit terkesan. Marina pon tak berapa nak setuju dengan sistem PBD ni. Kalau anak-anak memang jenis senyap tak aktif tapi akademik ok dan sebaliknya pulak macam mana? Hanya parents yang melalui nya akan berasa risau dengan performance anak-anak.

Kita bukan nak bebankan anak dengan peperiksaan. Kita dulu pon ada periksa jugak. Ok je. Bukan kita nak bandingkan anak siapa lagi pandai. Cuma kita nak tahu anak kita menguasai atau tidak matapelajaran tersebut. Mana pelajaran yang anak kita lemah, kita bantu dan bimbing anak kita untuk subjek tersebut. Tak gitu?

Leka tak leka tu pon tak jugak sebab ada guru buat kuiz dalam kelas dan diberi ganjaran bagi pelajar yang dapat menjawab kuiz dengan betul.

Hopefully kementerian boleh kaji balik sistem ni. Esok bila dah naik darjah 4, peperiksaan dilaksanakan, tak ke anak-anak lagi rasa tertekan? Tak ke subjek yang lemah masa darjah 1 sampai darjah 3 tu agak makan masa untuk bimbing anak-anak untuk menguasai?

Marina sebagai parents hanya doakan yang terbaik buat anak-anak.


Post a Comment

29 Comments

  1. Bagusnya info ini utk pengetahuan ibu bapa di luar sana. Saya pun baru tau hari ni tentang ni haha

    ReplyDelete
  2. Saya yang cikgu pun tak tau pbd ni. Padahal ada je anak darjah 3. Yang saya perasan, pbd ni lebih kurang dengan PBS sblm ni. Ada band 1-6. Pastikan anak dapat band 3 ke atas.

    ReplyDelete
  3. Dah tak ada anak kecil bersekolah jadi ini baru tahu adanya sistem begini. Bagus juga anak-anak tak perlu lalui stress bila fikir ada ujian kan?

    ReplyDelete
  4. Baru tahu tentang sistem ni, tapi rasanya betullah macam perlu dikaji semula je. Bagi pendapat peribadi saya, lebih baik ada peperiksaan walaupun baru tahun 1, di situ baru kita dapat tengok dimana kelemahan anak kita yang perlu kita perbaiki.

    ReplyDelete
  5. Complicatednya sekolah zaman skrg. Kalau macam zaman kita kecik-kecik dulu, simple and easy je kan mudah. Tapi nnt kena ambik tau gak sbb anak nak masuk sekolah dah.

    ReplyDelete
  6. Agar susah sistem yang baharu ini. Mungkin para ibubapa kena ada sesi bersama Guru di dalam menerangkan apa itu sistem baharu. huhu

    ReplyDelete
  7. owhh..macam tu ye...tahun depan anak darjah 1..terima kasih sis share artikel ni...

    ReplyDelete
  8. Laaa baru sis tahu dh x ada exam utk tahun 1 hingga 3. Susah lah ekk sb tak tahu sgt dgn prestasi anak. Setakat cikgu yg menilai rasanya mmg susahlah kot. Lagipun nanti masuk tahun 4 anak2 jd shock bila nk ambik exam. Nasib baik anak2 sis dh besar..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol. Tak tahu tahap penguasaan anak tu macam mana.

      Delete
  9. wah ilmu baru ni memang kena amik tau menda-menda alah sebegini kan, walaupun tak de anak kena tambah ilmu jugak tau

    ReplyDelete
  10. izzat darjah 1. at first dulu, risau jugak tau. better ada exam, agar anak terbiasa, kan.
    izzat skola swasta, marina.
    and skola nyer maintain kan style lama --- ujian, exam mid year & end of the year.
    dpt la tgk prestasi izzat camne kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Sekolah swasta maintain sistem lama. Risau jugak ngan anak Marina ni

      Delete
  11. oh sistem baru ye.. teringat waktu zaman sekolah dulu setahun dua kali mak ayah datang ke sekolah jumpa cikgu kelas untuk ambil buku prestasi anak-anak. sekarang dah makin maju & banyak improvement BBL boleh nampak..

    ReplyDelete
  12. Nervous pulak rasa nak tunggu anak masuk start darjah satu. Padahal baru umur 4 tahun. ade jugak dengar pasal dieorang dah tak buat exam untuk darjah 1 hingga 3 ni. Tahun ni start kan? Nak tengok macam mana jugak progress dia

    ReplyDelete
  13. First time knowing about Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). My standard 4 girl never mention this to me. Thanks for the useful information will check it out

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Start standard 4 dah takde PBD ni. Sampai standard 3 je

      Delete
  14. rindu nak ke sekolah rendah, nak alami suasana masa kecil, tak payah fikir pasal kerja dan juga masa hadapan. hanya main dalam kelas sahaja. haha :) baru tahu yang sudah tiada exam. terima kasih share ya

    ReplyDelete
  15. banyak benda baru sekrng ni erk..kita anak baru masuk sekolah tahun depan..tu pun pra sekolah..hehee..tak tau la apa lagi yanga da tahun depan ni

    ReplyDelete
  16. sis suka info info yang macam ni.. at least boleh ambil tahu juga apa sebenarnya yang berlaku kat sekolah tu.. camana anak belajar. yelah walau anak dah ramai dan yang besar dah di alam sekolah menengah tapi ada je skop baru kan. so tak sempat gak nak kejar semua

    ReplyDelete
  17. Sebenarnya perkara ni ayu mmg banyak bincangkan dengan suami dan guru. Dia ada pro and cons. Problem skrg ni bila dah tak ada peperiksaan anak2 macam x motivate utk belajar. Suruh belajar sgt liat. Smpi dowang kata buat apa bak belajar bukan ada periksa. Even kita cakap ngan anak belajar bukan utk periksa tapi pemahaman dowang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tiap kali balik sekolah, bila ada keje sekolah, tanya ibu balik, macam mana nak buat ni ibu? Kat sekolah cikgu tak ajar ke? Apoooo.

      Delete
  18. This is actually a good policy but whether or not it is being implemented well is another different issue altogether. So more training is needed.

    ReplyDelete