McDonald's Malaysia Taja Makanan Buat Petugas Perubatan Barisan Hadapan Di Hospital Sungai Buloh - MARINA BASHAH

McDonald's Malaysia Taja Makanan Buat Petugas Perubatan Barisan Hadapan Di Hospital Sungai Buloh

McDonald's Malaysia Taja Makanan Buat Petugas Perubatan Barisan Hadapan Di Hospital Sungai Buloh | Seperti yang kita sedia maklum, Hospital Sungai Buloh merupakan salah sebuah hospital yang merawat pesakit Covid-19 di Malaysia. Sebagai tanda penghargaan terhadap pekerja petugas perubatan barisan hadapan, pihak McDonald's Malaysia telah melakukan inisiatif membantu dengan taja makanan kepada pekerja medical frontliner di hospital-hospital dan pusat-pusat perubatan yang merawat pesakit Covid-19 sejak dari bermulanya virus pandemik ini mula melanda rakyat Malaysia pada penghujung tahun 2019.

Walaupun pada tahun 2021 penularan Covid-19 di Malaysia ada pasang surutnya, pihak McDonald's Malaysia sentiasa terus memberikan sokongan kepada medical frontliner. Sebagai sebahagian daripada sokongan dan penghargaan yang berterusan oleh pihak McDonald's Malaysia terhadap petugas perubatan barisan hadapan untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia semasa pandemik, restoran perkhidmatan  segera (quick service restaurant) ini meneruskan tajaan makanan untuk pekerja medical frontliner di Hospital Sungai Buloh.

McDonald's Malaysia Taja Lebih 10,000 Makanan Sejak Bemulanya Covid-19

Sebagai antara beberapa hospital pertama yang mendapat tajaan McDonald’s Malaysia semasa bermulanya pandemik Covid-19, Hospital Sungai Buloh sejak itu menerima lebih daripada 10,000 makanan untuk kakitangan perubatannya. Dalam pengaktifan semula penajaan baru-baru ini yang disambung semula pada awal Mei, McDonald’s Malaysia menaja 300 makanan, tiga kali seminggu, sambil memastikan pematuhan terhadap langkah-langkah keselamatan yang ketat semasa penghantaranmakanan.
 
Dengan lebih daripada 70 hospital yang merawat pesakit Covid-19 mendapat manfaat daripada sumbangan makanan, McDonald's Malaysia tetap komited dalam memainkan peranannya dalam menyokong usaha pemulihan negara.

McDonald's Malaysia  Bangkit Semangat Petugas Perubatan Barisan Hadapan - Dr Kuldip Kaur

Marina pasti petugas perubatan barisan hadapan sangat gembira dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan penat dan beban mereka apabila menerima sumbangan makanan daripada pihak McDonald's Malaysia. 

"Sebagai salah sebuah pusat perubatan utama bagi rawatan pesakit Covid-19 di negara ini, kakitangan perubatan kami di Hospital Sungai Buloh  bertugas tanpa mengira masa bagi memenuhi dan mengurus keperluan pesakit kami," kata Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur.
 
Bagi pihak hospital, Dr Kuldip Kaur hadir untuk menerima bungkusan makanan dari McDonald's Malaysia.
 
"Kami berterima kasih atas keprihatinan pihak McDonald's Malaysia, yang bermula semasa PKP pertama pada bulan Mac 2020. Ini meringankan beban kakitangan perlu  kami dan membantu bangkitkan semangat mereka dan menceriakan hari mereka," tambahnya.


Hospital Sungai Buloh Merupakan Antara Hospital Pertama yang Menerima Tajaan Makanan Dari McDonald’s Malaysia

Untuk makluman korang, petugas perubatan barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh merupakan antara hospital pertama yang menerima sumbangan makanan daripada pihak McDonald’s Malaysia.

"Hospital Sungai Buloh adalah salah satu hospital pertama yang mula disokong oleh McDonald's semasa Covid-19 mula menular di Malaysia. Selagi negara melalui masa-masa yang sukar ini, kita terus  berterima kasih kepada barisan hadapan yang gagah berani kerana menjaga keselamatan kita semua. Kami akan meneruskan sokongan kami melalui inisiatif ini dalam jangka masa yang panjang, sehingga kami dapat menyantuni lebih banyak petugas barisan hadapan , ” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

Kempen #KitaBoleh Inisiatif Menyeru Rakyat Malaysia untuk Terus Bersatu

Inisiatif oleh McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan dari inisiatif #KitaBoleh, yang dimulakan syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ) pertama tahun lalu. Konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan mengekalkan  semangat juang walaupun pada waktu yang sukar. #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk mengkhabarkan  keberanian dalam diam para petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti lelah dalam memerangi pandemik tersebut.

Putuskan Rangkaian Covid-19, Patuhi Arahan Kerajaan dan Hargailah Jasa Frontliner

Di kala kita mengeluh penat, bosan dan hilang pendapatan akibat perlaksanaan PKP, jangan kita lupa pada tanggungjawab kita untuk menjaga SOP. Hargailah jasa frontliner yang berkorban masa, tenaga dan keluarga mereka bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan rakyat serta negara. 

Jika tidak mampu memberikan sumbangan untuk membantu frontliner atau kepada mereka yang memerlukan, bantulah dengan mengikuti saranan kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid-19 seperti duduk di rumah, amalkan penjarakan sosial, mengambil vaksin dan lain-lain. 

Tahniah kepada pihak McDonald's Malaysia yang telah taja makanan kepada para petugas barisan hadapan di seluruh hospital dan pusat perubatan di Malaysia yang merawat pesakit Covid-19. Semoga usaha begini dapat dilakukan secara berterusan dan membantu pekerja frontliner yang bekerja tanpa mengenal erti penat lelah dalam membantu kerajaan memulihkan negara dengan memastikan pesakit Covid-19 sihat dan seterusnya mengurangkan jumlah pesakit.

Terima kasih kepada semua pekerja barisan hadapan yang sentiasa komited semasa bekerja dan memastikan rakyat Malaysia berada dalam kesejahteraan.

Kepada rakyat Malaysia, bantulah kerajaan untuk sama-sama membendung Covid-19. Ramai di antara kita yang terjejas pendapatan akibat pandemik ini. Janganlah kita menjadi punca berlakunya kluster baharu dan meningkatkan kes Covid-19 di Malaysia. 
Untuk maklumat terkini mengenai McDonald's Malaysia, sila layari  www.facebook.com/My.McDonalds/.

20 comments:

  1. Alhamdulillah.. Tahniah buat McDonald's Malaysia atas inisiatif ini.. Moga ia dpat diteruskan lagi agar lebih ramai yg mendpat manfaat darinya..

    ReplyDelete
  2. bagus tu..moga di dalam kepenatan frontliners ni dengan sedikit tajaan makanan seperti ini dapat memberi sedikit senyuman buat mereka. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. Terbaik lah McD. Mesti suka abg2 doktor dan nurse tu bila ada yang menghargai kan.

    ReplyDelete
  4. dah ramai yg ke depan untuk memberi bantuan semoga dapat menringankan beban mereka yg terjejas :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah. Rawlins doakan lebih banyak syarikat, orang perseorangan dan berkemampuan memberikan something kepada frontliners kita nie. Bahagia diorang kan.

    ReplyDelete
  6. Rasanya McDonalds banyak betul buat sumbangan. Tak putus-putus sumbangan dorang bagi. Memang terbaik! Bukan setakat sumbangan je, penghargaan pun McD ada buat jugak.

    ReplyDelete
  7. Bagus inisiatif yg diusahakan oleh mcd.. menyokong frontliner dalam keadaan negara yg sedang gigih menangani masalah covid

    ReplyDelete
  8. this is so amazing to read! so happy that big companies are doing something to give back to the community :)

    ReplyDelete
  9. Bagus McD ni, selalu beri rezeki kepada mereka yang memerlukan.. tahn iah buat semua yang terlibat..

    ReplyDelete
  10. bagus betul mekdi ni selalu biat CSR kan utk public health..keep it up mekdi..nk makan mekdi dan sambil tu menyumbang pada tabung

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas sokongan yang berterusan buat petugas frotliners kita

    ReplyDelete
  12. so proud of McD with this great CSR campaign drive, wish more & more big corporate are doing the same too. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah
    bagus usaha Mcdonalds Malaysia yang masih prihatin dengan nasib frontliner kita
    tahniah MCD :)

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, inisiatif yg mcm ni mmg bagus. Good job McDonalds Malaysia.

    ReplyDelete
  15. Inisiatif yang bagus. Semoga dapat diteruskan. Mesti frontliners happy dengan sumbangan ini. Well done Mekdi.

    ReplyDelete
  16. Bagus initiatif daripada McDonald's. Hope they would contribute food to the underprivileged also.

    ReplyDelete
  17. Great work McDonalds, at these difficult times, it'll definately be great help.

    ReplyDelete