McDonald's Malaysia Hulurkan Sumbangan Bantuan Makanan Kepada Medical Frontliner Di Hospital Seluruh Negara

McDonald's Malaysia Hulurkan Sumbangan Bantuan Makanan Kepada Medical Frontliner Di Hospital Seluruh Negara | Satu usaha yang murni dari pihak McDonald's Malaysia apabila organisasi tersebut taja makanan kepada petugas perubatan kepada hospital di seluruh Malaysia bagi membantu meringankan beban dan meningkatkan semangat petugas barisan hadapan (frontliner) kita yang bertungkus lumus berkhidmat dalam bidang perubatan untuk rakyat Malaysia di bawah program #KitaBoleh. 

Di kala kita sebagai rakyat Malaysia sedang duduk di rumah ketika pandemik Covid-19 kerana mematuhi arahan kerajaan untuk melaksanakan PKP, frontliner bertungkus lumus bertugas setiap masa setiap hari sejak Disember 2019 demi menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia. 

Setiap hari Pusat Covid 19 Malaysia mengemaskini status terkini kes Covid 19 di Malaysia sebagai panduan untuk rakyat Malaysia supaya bersama-sama mengambil tindakan mematuhi SOP pada musim pandemik Covid 19 ini. 

Terkini, menurut informasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia, kadar penggunaan katil Covid 19 di ICU telah meningkat daripada 96% pada 24 Mei 2021 kepada 104% pada 6 Jun 2021. Marina percaya petugas perubatan barisan hadapan yang terdiri daripada doktor, jururawat dan staff perubatan sudah penat dan kelesuan menghadapi situasi Covid 19. Tetapi demi negara, mereka terus berjuang demi kesihatan rakyat Malaysia. 

Melihat kepada situasi ini, McDonalds ambil peduli tentang keadaan yang dilalui oleh petugas barisan hadapan dengan memberikan sumbangan kepada medical frontliner. Apakah yang dilakukan oleh McDonalds dalam melaksanakan kempen #kitaboleh ini? 




Tentang Kempen #KitaBoleh McDonalds

Inisiatif tajaan makanan terbaru yang dilaksanakan oleh McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh di seluruh negara, di mana pihak McDonalds telah memulakan program ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang pertama dilaksanakan tahun lalu. 

Program ini adalah salah satu usaha McDonald's Malaysia yang ambil peduli tentang keadaan semasa negara.

Konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa yang sukar ini. 

Slogan #KitaBoleh juga merupakan panggilan kepada seluruh negara untuk menyampaikan keberanian bertugas tanpa sedar para petugas barisan hadapan yang merisikokan diri sendiri bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak tersebut.



Bagaimana yang Dikatakan Program #KitaBoleh Tanda McDonalds Peduli Tentang Keadaan Semasa Negara?

Sebagai tanda penghargaan dari McDonald's Malaysia terhadap usaha dan pergorbanan frontliners yang berkorban masa, tenaga dan kehidupan mereka, organisasi ini memberikan sumbangan bantuan makanan kepada para petugas barisan hadapan. Program #KitaBoleh ini menunjukkan McDonald's Malaysia ambil peduli tentang keadaan semasa negara yang kini dilanda pandemik Covid 19.

McDonald's Malaysia menaja makanan ke lebih daripada 70 buah hospital di seluruh Malaysia. Penghantaran makanan dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu ke setiap hospital.

Tajaan makanan untuk hospital-hospital yang merawat pesakit COVID-19 ini, menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan (frontliners).

"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) yang pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai fasa kehidupan semasa wabak ini," kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

"Apa yang kekal konsisten sepanjang tempoh yang sukar ini adalah ketabahan para barisan hadapan yang tidak berubah, yang bekerja setiap hari supaya membuatkan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir.

Azmir juga mengenali pasukan restoran yang telah bertugas untuk menghantar makanan ke hospital, sambil tersenyum kepada petugas perubatan barisan hadapan.

"Syabas kepada pasukan restoran McDonald's yang menghubungi pihak hospital, dan memastikan frontliner menerima makanan kegemaran mereka," kata Azmir.






Tahniah McD!

Tahniah buat McDonald's Malaysia di atas keprihatinan dan memberikan sumbangan makanan kepada frontliner yang bertarung nyawa dan mengorbankan kehidupan mereka bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Semoga McDonald's Malaysia dapat terus melaksanakan program komuniti seperti ini, membantu mereka yang memerlukan. 

Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban dan memberikan semangat kepada semua frontliner kita untuk terus berkhidmat kepada negara. #KitaBoleh


Mengenali McDonald's Malaysia

McDonald's Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Lionhorn Pte Ltd dari Arab Saudi, di bawah sistem francais yang dikenali dengan "Developmental Licensee" (DL).

Syarikat Lionhorn adalah salah sebuah anak syarikat Reza Group yang diterajui oleh Sheik Fahd dan Abdulrahman Alireza. Mereka memiliki pengalaman selama lebih 20 tahun dalam mengendalikan lebih kurang 100 buah restoran McDonald's di bahagian barat dan selatan Arab Saudi, termasuk 23 buah restoran McDonald's di Kota Suci Mekah dan Madinah. 

Restoran McDonald's di seluruh Malaysia giat menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti menyumbang makanan ke rumah-rumah kebajikan, mengadakan gotong-royong, kempen derma darah dan pelbagai jenis program komuniti lain. 

Post a Comment

31 Comments

  1. Usaha murni dari pihak MCD ni harus dicontohi tau. Kempen yg sgt bagus. Terharu baca marina. Tqq share!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Bgus kempen ni...

    ReplyDelete
  3. Allhamdulillah. Tahniah McD byk buat charity

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Terima kasih McDonalds..

    ReplyDelete
  5. Terbaik lah McDonald's. Inisitif yang bagus dalam membantu frontliners dengan menaja makanan. Thank you McD.

    ReplyDelete
  6. Jom support usaha McD ni bantu petugas kesihatan. Jom #KitaBoleh

    ReplyDelete
  7. Tahniah McD atas usaha yang sangat murni. Siapa lagi nak hargai frontliners kalau bukan kita kan.

    ReplyDelete
  8. Bagus usaha McD ni. Moga frontliner kita terus cekal dan bersemangat.

    ReplyDelete
  9. banyak usaha murni yang mc donald kelolakan, bantuan kpd frontliner tu memang terbaik sebab banyak pengorbanan mereka

    ReplyDelete
  10. bagus la gini.
    tahniah mcD.
    menghargai frontliners.
    berbunga hati mereka bila dihargai sebegini.
    perut kenyang, suka hati :)

    ReplyDelete
  11. Usaha Mcdonals ni harus diberi peniktirafan dari masyarat sekeliling Tahniah dan Syabas! moga dipermudah urusan frontliner semua

    ReplyDelete
  12. Semoga happy semua frontliners dpt makan McD. Rezeki mereka. Semoga Frontliners diberi kesihatan Dan dijauhkan dari Covid.

    ReplyDelete
  13. Wah ada hospital Bentong. Rindu nak balik kampung.haha..tahniah mekdi semoga program berlanjutan selalu..

    ReplyDelete
  14. Usaha yang bagus daripada McDonald’s Malaysia ni. Jom sama-sama kita support seruan #kita boleh

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah, bagus betul inisiatif McDonald’s Malaysia untuk usaha menjayakan kempen peduli sesama rakyat sebegini. Moga terus maju jaya!

    ReplyDelete
  16. Tahniah Mc Donald's Malaysia dalam menjayakan kempen sebegini demi membantu frontliners dan rakyat ketika pandemik covid-19 ni. semoga terus maju okayy!!

    ReplyDelete
  17. McD memang selalu buat program CSR mcm ni kan. Bantu kanak2 kurang bernasib baik, cikgu2, dan kali ni frontliners pulak. Mmg terbaik la.

    ReplyDelete
  18. terima kasih mcdonald prihatin pada frontliners. dah lama frontliners bekerja keras kan.

    ReplyDelete
  19. Good job mekdi.. Suka sgt pendekatan n csr mekdi ni

    ReplyDelete
  20. McDonald's tak pernah tak prihatin.. tahun ni sekolah banyak tutup beralih pulak ke frontliner.. harap-harap nanti tetiba ada McDonald's free depan opis kita pulak.. hahaha

    ReplyDelete
  21. Tahniah mcd atas sumbangan yg diberikan. Moga terus menjadi inspirasi pada syrkt besar yg lain

    ReplyDelete
  22. Alhamdulilah, sekurangnya masih ada yang peduli kann.. tahniah buat semua yang terlibat dalam program bantuan ini..

    ReplyDelete
  23. Yaeh! This is a good initiative from Mekdi to support and appreciate out medical frontliners.

    ReplyDelete
  24. Paling suka baca artikel macamni. bagi good vibes :) Terimakasih share artikel bermanfaat sebegini

    ReplyDelete
  25. Bagus la McDonald ni tak pernah henti dengan their CSR program! Lepas satu, satu! Hopefully more yang memerlukan akan dpt manfaat dari program mereka!

    ReplyDelete
  26. Kudos to McDonalds for willingly taking the proactive step to celebrate our frontliners who have sacrificed so much for our country.

    ReplyDelete
  27. Tahniah MCD! Untuk rakyat pulak, jangan lupa daftar vaksin, ini lah cara kita hargai frontliners.

    ReplyDelete
  28. Tahniah mcdonalds malaysia diatas inisiatif ini.. moga dpt diteruskan usaha murni ini.. kepada frontliners, korang adalah wira kami!

    ReplyDelete