Tips Deko Rumah Nampak Mewah Dengan Barang Perhiasan Rumah yang Simple dan Menarik Dari Kedai Home Deco KayuHome Di Kuala Terengganu - MARINA BASHAH

Tips Deko Rumah Nampak Mewah Dengan Barang Perhiasan Rumah yang Simple dan Menarik Dari Kedai Home Deco KayuHome Di Kuala Terengganu

Tips Deko Rumah Nampak Mewah Dengan Barang Perhiasan Rumah yang Simple dan Menarik Dari Kedai Home Deco KayuHome Di Kuala Terengganu | Lamanya Marina dah tak jejak ke Terengganu. Musim Covid-19 ni tak boleh merentas negeri. Aduhai. Marina suka berjalan di sebelah sana sebab makanan seafoodnya murah-murah. Bukan setakat mencari tempat makan yang best dan menarik je, Marina juga suka pergi berjalan ambil angin laut dan pergi tempat-tempat menarik di Terengganu. Cakap pasal tempat menarik, Marina baru tahu terdapat satu kedai home deco di Kuala Terengganu iaitu KayuHome. Berkenanlah pulak Marina tengok barang perhiasan rumah yang dijual di sini. Majoriti barang perhiasan rumah yang dijual di sini berkonsepkan gold dan cermin. Kalau rumah korang dihiasi dengan barang dekorasi ini, rumah korang pasti tampak mewah. Untunglah orang Ghanu boleh ke kedai, cuci mata. Bilalah agaknya boleh rentas negeri ni. 

Musim PKP ni tak boleh ke mana-mana. Banyak masa terluang dan mostly banyak duduk di rumah je. Masa inilah kita boleh lakukan aktiviti menghias rumah agar kita merasa selesa duduk di rumah. 

Tips Dekorasi Agar Rumah Nampak Simple, Luas dan Mewah

Korang tak perlu berbelanja besar pon untuk menampakkan rumah korang nampak simple, luas dan mewah. Tak kira sama ada rumah korang besar atau kecil, kalau deko kena caranya, rumah yang kecil pon boleh nampak mewah. Apa yang perlu korang lakukan sebelum mendeko rumah adalah tentukan bajet dan berbincang bersama suami, adik-beradik, ibu, ayah atau kawan-kawan korang, tema dekorasi pilihan korang. Tips deko agar rumah nampak mewah :

#1 Pemilihan warna dinding. Kalau nak nampak rumah luas, perlulah memilih cat yang berwarna cerah.

#2 Barang perhiasan rumah. Dikatakan penggunaan warna gold untuk perhiasan, mampu menjadikan rumah nampak mewah.

#3 Kurangkan penggunaan perabot yang terlampau banyak pada sesuatu ruang. 

#4 Gunakan cermin kalau hendak menampakkan sesuatu sudut itu luas. 

#5 Elak menggunakan perhiasan yang bersaiz kecil seperti frame gambar kecil. Hiaskan terutamanya ruang tamu korang dengan perhiasan yang bersaiz besar untuk mewujudkan suasana ruang yang mewah. 


Kedai Home Deco KayuHome Di Kuala Terengganu

Sebelum ini Marina pernah share mengenai periuk batu dari KayuHome. Memang banyak permintaan dan cantik. Baru Marina tahu KayuHome pon ada menjual barang dekorasi. KayuHome merupakan pengimport dan menjual pelbagai jenis periuk memasak serta barangan hiasan rumah yang terdiri daripada pelbagai design yang unik dan menarik untuk para pelanggan. 

Kedai Home Deco KayuHome ni terletak di Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Lokasi kedai hiasan rumah ini terletak sebelum naik jambatan ke Pulau Duyung. 

Pelbagai barang hiasan rumah yang boleh korang dapati di sini, di antaranya, hiasan dinding, jam dinding, meja console, cermin, birdcage dan rak princess.






Kenapa Perlu Dapatkan Barang Dekorasi Rumah Dari KayuHome? 

Hiasan dalaman rumah yang cantik merupakan idaman setiap penghuninya. Memilih warna dan barang dekorasi memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan tema dekorasi rumah yang diingini. 

Kenapa korang perlu dapatkan barang dekorasi rumah dari Kayuhome untuk menghiasi rumah korang :
• Material yang digunakan adalah terdiri daripada metal. 
• Penjagaan yang mudah. 
• Rumah korang tampak mewah dengan pemilihan warna gold untuk barang dekorasi. 
• Tak mudah rosak. 
• Tahan lama. 
• Hiasannya nampak simple dan tak serabut. 
• Harga yang berpatutan. 


Keistimewaan Kedai Home Deco di KayuHome

Apa yang membuatkan kedai deco KayuHome ni istimewa adalah kerana : 

• Boleh bayar ansuran sebanyak 3 kali pada harga yang sama. Kalau harga barang RM300, sekali bayar RM100 sehingga cukup 3 kali, harga ansuran masih tetap RM300.

• Kedai Home Deco KayuHome boleh pos barang-barang yang korang beli kalau korang duduk jauh. 

• Membuka peluang kepada orang di luar sana yang minat berbisnes. Kedai Home Deco KayuHome sedang mencari Mak kutu dan agen. 

• Bukan sahaja membuka peluang bisnes, malahan kedai home deco KayuHome juga memberi reward emas dan barang dapur setiap bulan kepada agen-agen yang achieve sale target. 

Dapatkan Barang Perhiasan Rumah yang Cantik dan Menarik dari Kayuhome! 

Rambang mata ke tu? Marina pon rambang mata tengok koleksi hiasan dalaman yang dijual di sini. Kalau boleh rentas negeri ni, bolehlah serbu kedai hiasan dalaman kayuhome di Kuala Terengganu ni. 

Pada yang berminat nak dapatkan barang perhiasan rumah yang simple, menarik serta trendy boleh dapatkan dari Kayuhome. Banyak sangat pilihan yang pasti memikat hati korang. Kalau ada yang dah berkenan tu, jangan fikir panjang dah. Korang kena cepat sebab barang dekorasi dari Kayuhome ni macam pisang goreng panas. 


Facebook : 

36 comments:

  1. Cantiknya barang hiasan kat Kayu HomešŸ¤©

    ReplyDelete
  2. Wah serius cantik2 semua barang deko dekat Kayu Home nih..boleh pos lagi tu bestnya.

    ReplyDelete
  3. Fuhhh lawa2 memang rambang mata sumee barang2 deko

    ReplyDelete
  4. Cantiknya, boleh buat wishlist ni tuk deko rumah

    ReplyDelete
  5. Sekarang memang trend besi bunga2 tu eih...

    ReplyDelete
  6. Cantik betul barang² perhiasan yang dijual ya. Nanti nak pilih la..rambang dah mata ni

    ReplyDelete
  7. Untung org terengganu haaa … senanh nak pi beli

    ReplyDelete
  8. Cantiknya perhiasan rumah di Kayu Home ni. Design yg unik dan penuh berseni.

    ReplyDelete
  9. Aduhai. Serius rambang mata tengok dekorasi yang berbunga kerawang metal tu. Boleh letak kat ruang tamu jadikan center piece atau di kepala katil dalam bedroom kan. Indah!

    ReplyDelete
  10. menariknya. terutama yg frame dan jam tu. trending kan sekarang gaya gitu. kebetulan aida ni sedang dok survey frames penghias dinding, marina. da klik dah kat fb kayu home tu. ada ansuran, ok la sikit. terasa tak membebankan :)

    ReplyDelete
  11. Memang cuna sangat barang dekorasi dia..Macam2 dia jual..Berkenan pulak tengok

    ReplyDelete
  12. wah menarik juga barang perhiasan rumah dekat kedai ni! bolehlah nnti beli untuk rumah sendiri nanti. sekarang ni ada rumah parent je lah, tu pon dah penuh dengan barang perhiasan. :)

    ReplyDelete
  13. memang cantik-cantik dan uniklah dekorasi kat kedai ni, kalau tak pkp dah pi ushar dah ni

    ReplyDelete
  14. Lawa betul hiasan yang ada kat sana...orang ganu boleh la tgk2 lepas PKP nanti. Ada jual online juga ke Marina?

    ReplyDelete
  15. Waaaa ingatklan periuk batu tu jee ado, sekarang dah ada deko ekkk, cantiknyaaaa...

    ReplyDelete
  16. Cantik betul the deko2 berunsurkan kayu... Nice one ya! Boleh la have a look on this after this...

    ReplyDelete
  17. Cantiknya barang-barang perhiasan kat kayuhome ni.

    ReplyDelete
  18. Wauuu cantiknya . Bestnya kalau kedai macam ni ada kat n9. Boleh lah cuci mata sambil cari ilham untuk deko sikit2 kat rumah. Barang dapur pun ada jugak ea. Semua lengkap

    ReplyDelete
  19. Cantiknya semua lagi meja kurus tu. Nice betul design dia. Tapi kalau material dia metal, berapa cas penghantaran ya. Berat tu

    ReplyDelete
  20. Kenapa di Kuala Terengganu ada semua ini!!!! Huwaaaa nak jugaaaaaa. Kita nak deko rumah. Tengok kat shopee berjam-jam tau. Nak pi Kayu Home lah nanti lepas boleh merentas negeri.

    ReplyDelete
  21. wow I like what I see there. all the decoration items so nice and cool

    ReplyDelete
  22. Wah.. Bestnya.. Kita suka deco2 ni.. Geram lama xleh pi cuci mata dekat kedai2 deco mcm ikea ka ssf ka...

    ReplyDelete
  23. Takde yang tak cantik. Semua hiasan yang dok ada menggamit jiwa sungguh la

    ReplyDelete
  24. Wah bagus lah kedai home deko ni, banyak pilihan and idea macam mana nak hias rumah.

    ReplyDelete
  25. Alaaa canteknya console table dia tu, jenuh cari haritu yg mcm ni, nampak elegan. Jauh la plk adehh.. Kalau tau kedai ni haritu sanggup tau order online hrmm.. next time la kot

    ReplyDelete
  26. so so nice all the deco items in this shop, next time I wanna go there to shopping. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  27. Ya ampunnnn cantiknya. Time PKPK ni ramai yang ambik kesempatan nak repair dan hiasa rumah masing2. Kalau dulu sentiasa jer tak ada masa tapi time PKP ni ramai yang dapat lebhan masa. Tapi seriuslah memang cantik2 sangat hiasan dia. Nak usharlah jugak kot ada berkenan bolehlah grab.

    ReplyDelete
  28. Apakah barangnya juga dikirim ke luar Malaysia. Indonesia misalnya. Jika ada layanannya mohon berbagi info ya.

    visit also my blog here : seribupena.com

    Thanks for sharing this info.
    Salam dari Indonesian Blogger.

    ReplyDelete