Marhuna, Shawl Mudah dan Cepat Dipakai Dengan Rekaan Hijab Berbentuk Pensel Pertama Di Malaysia - MARINA BASHAH

Marhuna, Shawl Mudah dan Cepat Dipakai Dengan Rekaan Hijab Berbentuk Pensel Pertama Di Malaysia

Marhuna, Shawl Mudah dan Cepat Dipakai Dengan Rekaan Hijab Berbentuk Pensel Pertama Di Malaysia | Korang pernah dengar tak jenama shawl Marhuna? Bila dapat tahu pasal Marhuna ni, Marina rasa tertarik pulak nak cuba pakai sebab rekabentuk shawl ni unik. Untuk pengetahuan korang, Marhuna merupakan shawl pertama di Malaysia dengan rekaan hijab berbentuk pensel. Menarikkan? Kenapa berbentuk pensel? Marina rasa penggemar shawl pasti tahu jawapannya. Salah satu sebabnya kerana cara pakai shawl Marhuna yang berbentuk pensel ini mudah, cepat dan cantik digayakan.

Marina kalau bab memilih shawl, Marina agak cerewet sikit. Kalau pakai apa-apa tudung sekalipun, Marina akan pastikan muncung tudung akan tajam dan tak melekap pada dahi. Inilah salah satu kriteria yang Marina cari daripada shawl sebab biasanya shawl susah nak bentukkan menjadi tajam, tambahan, Marina pakai cermin mata dan jenis material shawl yang terlalu lembut agak susah nak membentuk shawl. 

Sebelum ini banyak juga Marina beli shawl, salah satunya shawl pleated sebab terjebak tengok tutorial shawl dia menarik. Bila Marina dah pakai, ke laut dalam jadinya. Semuanya tak kena kalau Marina pakai. Sudahnya sebab teringin pakai shawl juga, Marina beli yang instant shawl, sarung je. Tapi pencarian shawl yang bukan instant masih diteruskan. 

Marina kongsikan pengalaman Marina menggunakan shawl Marhuna di bawah. 

Nama Di Sebalik Marhuna

Nama MARHUNA adalah berasal daripada nama seorang ibu, seorang ibu tunggal yang membesarkan pengasasnya iaitu Puan Nabiha Mohd Mashut dan adik-beradiknya dengan hasil pendapatan menjadi tukang jahit di Kampung Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor.

Berbekal minat dan niat untuk meringankan beban ibunya, Puan Marhuna Tauhib ketika belajar di universiti, Puan Nabiha memulakan perniagaan MARHUNA dengan menolong ibu beliau menjual kain pasang di blog pada tahun 2010. 

Pada 2021, MARHUNA telah dibangunkan semula dan diberi nafas baharu dengan misi membantu lebih ramai lagi wanita diluar sana untuk mendapatkan hijab yang berkualiti tinggi, di samping merealisasikan cita-cita ibu Puan Nabiha untuk mengubah nasib keluarga MARHUNA agar tidak terkubur begitu sahaja. Sekaligus, membantu masyarakat agar dapat sama-sama menjana pendapatan bersama MARHUNA melalui Program Dropship "Marhuna Squad Academy".

Pencilbie Signature Shawl : Shawl Berbentuk Pensel Pertama Di Malaysia

Baru-baru ini, Marhuna telah memperkenalkan rekaan hijab shawl yang diinspirasikan daripada bentuk sebatang pensel. Bila sebut tentang shawl, sudah tentu kita terus terfikirkan bentuknya yang segiempat sama kan? 

Namun, kelainan yang ada pada Pencilbie Shawl mampu menyerlahkan keunikan kepada pemakainya kerana bentuk tirusnya sengaja dicipta untuk membuatkan si pemakai nampak langsing dan tinggi. Ditambah lagi dengan penggunaan material yang berkualiti tinggi iaitu premium crepe chiffon untuk memberi efek flowy dan premium ketika menggayakannya. Panjang shawl Marhuna ini ialah 1.8 meter dan 
lebarnya 0.7 meter. Terdapat banyak pilihan warna yang boleh korang pilih antaranya Reddish, Smalt, Sienna, Mighty, Olive dan banyak lagi. 

Bertepatan dengan tagline Marhuna, "The Hijab Match-Maker", Marhuna mempunyai kepakaran membantu wanita dalam mencari padanan hijab yang terbaik dan berkualiti tinggi agar bersesuaian dengan personaliti serta penampilan diri mereka, sekaligus mampu menyerlahkan keunikan dan kecantikan semulajadi wanita.



Pengalaman Marina Menggayakan Shawl Marhuna

Kalau korang perasan, gambar-gambar Marina banyak menggunakan tudung bawal. Marina tak banyak guna shawl kalau ke pejabat atau keluar berjalan sebabnya pada Marina pakai tudung bawal lebih mudah berbanding shawl. Shawl bukan kawan yang baik pada Marina. Tapi bila tengok orang lain pakai shawl, cantik helok je dengan macam-macam gaya. Tutorial shawl yang Marina tengok pon mudah dan cantik. Jeles pulak Marina tengok. Teringin juga nak pakai shawl. 

Tapi bila pakai shawl pencilbie dari Marhuna ni serius bagitahu mudah nak pakai. Shawl berbentuk pensel dari Marhuna ni bukan shawl instant ye tapi senang je nak pakai. Tak payah lilit-lilit bagai nak bagi cantik. Marina pakai macam pakai tudung bawal biasa je. Takyah ikut panduan tutorial shawl pon untuk digayakan. 

Material yang digunakan memang cantik dan berkualiti, Marina nak bentukkan muncung tudung pun senang. Shawlnya yang berbentuk pensel memudahkan Marina terus pakai shawl dan dapatkan bentuk tirus di bahagian hadapan. 

Korang nak adjust shawl bagi labuh pun senang je. Boleh tarik bahagian kiri dan kanan shawl untuk ke hadapan atau ke belakang supaya korang dapat labuh yang korang nak.  



Marhuna On Sale! 

Marina tengok kat website Marhuna ni, diorang sedang mengadakan promosi. Banyak warna yang dah sold out! Korang boleh dapatkan shawl Marhuna di website Marhuna sebelum tamat promosi atau kehabisan stok! 

Website :
www.marhuna.com

Instagram :

#pencilbie #pencilbiemarhuna #marhuna #marhunas #marhunaofficial #marhunamalaysia

17 comments:

  1. The shawl looks beautiful and silky. :) I am sure ladies who need and want to wear a shawl will consider getting one from this seller.

    ReplyDelete
  2. tengok video kain shawl ni nampak berkualiti. macam tebal je. sedap pakai kain jenis ni

    ReplyDelete
  3. Mudah je cara pakai .. nanti Sal nak try jugakla sebab nampak senang. Lama sangat dah tinggalkan dunia shawl ni. Tapi best sebab senang bentuk

    ReplyDelete
  4. Comel jer nama tudung ni dan brilliant design dia.. Memudahkan dan sure ramai yang suke dengan concept ni... Boleh share ngan my colleague ni...

    ReplyDelete
  5. Cantik marina pakai suka tgk. Terletak kemas jer diatas kepala πŸ’—

    ReplyDelete
  6. Sekarang dah tau dah apa itu bentuk pensel hahahaha.. kalau pakai lawaa la jadinya hujung tu kann.. cantik dan nampak selesa di pakai..

    ReplyDelete
  7. Bedar, menarik sebba ade mucung tirus macam tu. Nampak senang dibentuk. Boleh usha shawl ni.. Lain dri yang lain

    ReplyDelete
  8. Cantik betul nama dia. Dulu ada pencil heels, pastu pencil skirt, now pencil shawl. Ada banyak warna? Nak cari for my sis

    ReplyDelete
  9. Nampak cantikla material dia. Flawless je.. design dia nampak memudahkan kita. Warna pn cantik. Will check on them. Tq

    ReplyDelete
  10. Shawl bentuk pensil ni bagus lah. Nampak labuh menutup aurat. I like! Nanti nak tengok warna apa yang ada. Bleh beli selai dua.

    ReplyDelete
  11. Ok cantik shawlnya.. Suka sbb syariah compliance sgt.. Love dis😍😍😍

    ReplyDelete
  12. dari dulu tak faham apa la bentuk pensil.. haha.. kesian kita wak.. nasib la awak dah tunjuk ni reti la jugak..

    ReplyDelete
  13. Kain yang senang nak bentuk memang jadi pilihan ramai.
    lagi2 kalau specky, nak bentuk shawl agar cantik kat muka tu penting.
    kekadang ada shawl bila kita drape , tak cantik dan tak padan dengan cermin mata, yang marhuna shawl ni nampak nice pula bila pakai.

    ReplyDelete
  14. oooo..ni laa tudung yang viral tu ehh...cantik

    ReplyDelete
  15. cantik.nampak kainnya pun mcm berkualiti. boleh nk cuba ni.

    ReplyDelete