4 Sebab Memilih Sunscreen Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

4 Sebab Memilih Sunscreen Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature | Sebelum ini Marina pernah kongsikan cerita mengenai sunscreen gold nano cc cream dari Hansaegee Nature. Apakah ciri-ciri cc cream yang membuatkan cream ni berbeza dari sunscreen lain yang berada di pasaran,  kelebihan dan keistimewaan krim pelindung matahari, fungsi, cara penggunaan gold nano cc cream dan pengalaman Marina menggunakan sunscreen ini. 

Sekarang ni setiap kali keluar rumah, Marina apply sunscreen dari Hansaegee Nature ni sahaja menggantikan bedak compact. Pada yang baca entri Marina sebelum ni, Marina bukan jenis yang ber make up. Sebelum ini, foundation atau apa jua jenis krim pon Marina tak guna kat muka ni. Marina hanya tempek bedak compact sahaja di muka. 

Ini merupakan botol yang kedua dah Marina gunakan cc cream dari Hansaegee Nature. Kenapa Marina suka guna cc cream ini berbanding krim pelindung matahari yang lain? Di sini Marina nak kongsikan dengan korang kenapa Marina suka guna Gold Nano CC cream dari Hansaegee Nature ni. 




4 Sebab Memilih Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

Gold Nano CC Cream merupakan krim yang cepat dan senang dipakai setiap hari, sangat sesuai digunakan terutamanya untuk para wanita di Malaysia. Gold Nano boleh juga dijadikan sebagai base make up. Make up korang takkan rosak dan tahan lama walaupun muka korang terdedah kepada cahaya matahari. 

Gold Nano CC Cream boleh mengawal warna dan mencerahkan kulit. Walaupun krim ini berwarna putih, apabila pakai pada kulit, krim ini akan bertukar warna mengikut tona kulit korang. Yang bestnya krim ini juga merupakan krim anti kedut.

Ini merupakan 4 sebab Marina memilih sunscreen gold nano cc cream dari Hansaegee Nature. 


#1 CC krim senang digunakan

Gold Nano CC Cream ini mempunyai SPF 50 PA++ yang berfungsi untuk melindungi kulit muka daripada sinaran UV, menjadikan kulit lembut dan glowing. Ia seimbangkan dan membaiki tona kulit secara semulajadi. 


Marina suka pakai cc cream dari Hansaegee Nature ni sebab senang  nak pakai. Marina apply cc cream ni gunakan jari je, tak perlu guna berus untuk sapu krim ni di muka. Kat rumah Marina pon memang takde berus. Marina ni jenis tak ber make up, kalau tetiba nak pakai eye shadow tenyeh pakai jari je. Jimat masa Marina. Kalau Marina bergegas nak ke pejabat, tak sempat nak pakai cc cream di rumah, Marina guna cc cream Hansaegee Nature ni kat pejabat je. Kawan office pon tak sedar Marina bersiap di office. Cepat dan mudah nak jadikan muka flawless dengan Hansaegee Nature cc cream. 


#2 Mempunyai SPF50+ PA+++

Hansaegee Nature CC cream ni mempunyai fungsi pelindung cahaya matahari SPF 50 PA++. So tak payah dah nak pakai banyak jenis krim dah. Tak payah pakai krim siang, lepas tu nak pakai sunscreen pulak. 


Seperti namanya Color Control Cream (CC Cream), walaupun krim ini berwarna putih, tetapi bila dah blend pada kulit muka dengan menggunakan jari, beberapa saat sahaja ia akan bertukar warna mengikut warna kulit korang. 


Marina suka pakai cc cream ni sebab tak payah dah pakai foundation dan memang Marina jenis tak pakai foundation. Lagi satu foundation kan banyak jenis kod warna, nak pilih warna pon pening. So, cc cream Hansaegee Nature ni senang nak guna, Marina sekarang tak pakai bedak compact dah, Marina guna Gold Nano cc cream ni je. Muka nampak cerah, glowing, natural dan lembut sepanjang hari. 

#3 Tekstur Krim Ringan

Paling Marina suka tentang Gold Nano cc cream dari Hansaegee Nature ni dia tidak melekit dan tidak berminyak. Bila Marina apply cc cream ni terasa krimnya ringan di muka. Bila muka Marina ni terdedah pada waktu panas terik, walaupun kulit berpeluh dan berminyak, kulit muka Marina masih kekal nampak segar, tak bercapuk dan makin glowing dengan Gold Nano CC cream. Bila touch up balik dengan cc cream ni di atas muka yang berminyak pon takde masalah. Muka still nampak glowing dan natural. 



#4 Senang Dibawa 

Marina selalu bawak Gold Nano CC cream dari Hansaegee Nature ni dalam beg Marina. Krimnya tak bocor pon walaupun diletakkan di dalam beg sebabnya penutup krim ni jenis "TWIST-LOCK" menjadikan ianya ketat. Senang nak bawak CC Cream ni ke mana-mana. Takdelah beg kita kotor penuh dengan kebocoran krim!




Selepas menggunakan Gold Nano cc cream dari Hansaegee Nature ni, Marina rasa confident dengan diri sebab takde dah muka bercapuk walaupun muka terdedah pada panas. Muka Marina tak berminyak, nampak sekata dan nampak cerah semulajadi je. Kalau keluar ke mana-mana, Gold Nano cc cream ni sentiasa dalam beg Marina. 

Pada korang yang berminat nak cuba produk Hansaegee Nature atau perlukan konsultansi mengenai masalah kulit korang, boleh ke website mereka :

Post a Comment

25 Comments

  1. Zaza pun pengguna cc cream ni jgk..paling senang nk pakai...sapu2 gitu je

    ReplyDelete
  2. Menarik la, juju suka pelembab dari brand ni. So lembab!

    ReplyDelete
  3. Org pun guna yang ni... Best, tak melekit...

    ReplyDelete
  4. Best cc cream ni.. Ada spf 50..sesuai semua jenis kulit.. Cepat siap.. Senang apply

    ReplyDelete
  5. wahh tinggi jugak kan spf dia :)

    ReplyDelete
  6. Esok raya. Pakai krim hansaegee ni walau kat rumah jom

    ReplyDelete
  7. dah lama tertarik dengan hansaegee punye brand ni

    ReplyDelete
  8. Ramai gak orang pakai hansaegee ni ye.

    ReplyDelete
  9. kite tak dan nak mencuba produk ni.. hee~ nanti lah nak cari.. tengok marina pakai produk ni, cantik betul.. jeles kite..

    ReplyDelete
  10. pernah guna krim ni..mmg best sebab ianya cepat blend dan nanti terus nampak natural jer

    ReplyDelete
  11. Good to know that it is effective in providing uv protection without being sticky. :)

    ReplyDelete
  12. senang kan cc cream tapi siap dah ada spf. takyah nak pakai banyak2 produk

    ReplyDelete
  13. Wow! SPF 50 tu! Nie yang buat Rawlins makin tak tahan nak membeli gak. Banyak dah review yang bagus produk Hansaegee nie

    ReplyDelete
  14. Kena pakai juga tabir suria ni sebab cuaca kat Malaysia ni panas ya amat. Tinggi SPF dia sampai 50 tu.

    ReplyDelete
  15. Tak pernah cuba CC Cream brand ni lagi. Tapi memang CC Cream memudahkan rutin penjagaan wajah. Cepat dan simple.

    ReplyDelete
  16. Dah lama teringin nak beli CC Cream ni tapi asyik tertangguh je nak membelinya. Tengok ramai gak yg pakai n kata bagus

    ReplyDelete
  17. Suka tengok dia blend dengan kulit. Nampak serasi sangat dengan marina

    ReplyDelete
  18. Sis pengguna setia CC Cream dia.. suka sebab tak payah nak tepek bedak lain dah..

    ReplyDelete
  19. Bagus kan CC cream ni! Ke 4-4 sebab tue sangat penting bah! Boleh guna ni before shooting juga untuk tampil lebih menarik kan! Siap ada SPF, penting pakai ni walaupun kat rumah jer!

    ReplyDelete
  20. Senang la pakai cc cream ni, jimat masa. Sekarang ni pakai mask, malas nak makeup sgt. Yg penting sunscreen.

    ReplyDelete
  21. Pernah dengar jenama Hansaegee Nature ni da lama da .. 3 tahun lepas pernah guna produk dia tapi bukan cc cream la..produk dia ok

    ReplyDelete
  22. Produk bgs xpernah juga guna jenama ini

    ReplyDelete
  23. Saya pun baru discover nak start pakai cc cream. Haritu cuba terus jatuh cinta, lagi simple daripada foundation.

    ReplyDelete
  24. huda pun guna hansaegee CC Cream ni. memang baguskan, serasi pakai dah sebulan. terbaik!

    ReplyDelete
  25. Thanks for sharing this Hansaegee Nature Sunscreen Gold Nano CC Cream, nanti sis nak cuba sebab ramai yang recommend.

    ReplyDelete