5 Idea Hebat untuk Merancang Dekorasi Bilik Tidur Bayi Bertemakan Travelling

5 Idea Hebat untuk Merancang Dekorasi Bilik Tidur Bayi Bertemakan Travelling | Korang dah ada idea untuk deko bilik tidur anak? Tambahan pada parents yang sedang menunggu kelahiran bayi. Mesti excitedkan terutamanya kepada pasangan yang baru pertama kali bakal digelar ibu dan ayah. Dah prepare bilik bayi korang? Menghias bilik tidur anak adalah penting supaya bayi dapat tidur dengan nyenyak, suasana yang aman dan selesa. Bayi juga dapat bermain dengan selamat di ruangan yang telah korang sediakan. Banyak manfaat yang korang dapat apabila korang menghias bilik tidur, antaranya dapat meningkatkan mood, menambah sentuhan yang menyegarkan di dalam bilik tidur tersebut sehingga mampu menambah nilai sentimental sesebuah rumah itu. 

"Banyak model dekorasi yang bisa diaplikasikan ke kamar buah hati anda, tak terkecuali bertemakan perjalanan. Jika anda suka berpetualang dan bepergian dengan membawa barang bawaan anda, anda bisa mengaplikasikannya di kamar bayi anda," -BestSpy Indonesia. 

Maksudnya di sini, banyak idea yang sesuai yang boleh korang gunakan untuk menghias bilik tidur bayi korang, salah satunya termasuklah yang bertemakan travelling.  Jika korang yang suka travelling dan mengembara dengan beg pakaian,  korang boleh letakkan juga beg luggage tersebut di dalam bilik tidur bayi untuk dijadikan sebagai perhiasan. 


Credit to IKEA

5 Idea Menghias Bilik Tidur Bertemakan Travelling

Untuk menambahkan lagi nilai sentimental pada bilik tidur bayi korang bertemakan travelling, Marina kongsikan di sini artikel yang ditulis oleh BestSpy Indonesia. Berikut adalah perkongsian yang memberikan korang 5 idea yang hebat untuk merancang bilik tidur bayi bertemakan travelling daripada BestSpy Indonesia :

#1 Gunakan Wallpaper yang Bertemakan Travelling

Menggunakan wallpaper di dalam bilik tidur bayi adalah idea yang bagus terutamanya travelling yang dilakukan oleh korang sekeluarga. Jika pernah bercuti di pantai atau gunung, korang boleh gunakan salah satu gambar yang diambil semasa percutian tersebut dijadikan sebagai wallpaper.

Tidak terhad kepada gambar pantai atau gunung sahaja, terdapat banyak lagi jenis kertas dinding yang boleh dipilih yang bertemakan travelling seperti daun, rumah api, haiwan liar dan macam-macam lagi. 

Apabila sudah memilih kertas dinding yang berkenan di hati, pilihlah produk yang senang dibersihkan dan pilih warna yang neutral untuk bayi korang. 

Credit to Pinterest

#2 Pilih Perabot yang Bertemakan Travelling

Selepas wallpaper yang bertemakan travelling telah dipilih dan dipasang, korang boleh mula melengkapkan perabot di dalam bilik tidur bayi. 

Banyak pilihan perabot yang boleh korang lengkapkan di dalam bilik tidur bayi seperti almari baju, tempat menyalin pampers dan katil bayi. 

Sebelum membeli perabot ini, pastikan tiada bahan kimia yang berbahaya pada perabot tersebut. Selain itu, cuba cari dan pilih perabot yang mesra alam, supaya dapatlah korang menyumbangkan sesuatu pada alam sekitar dengan menjadikan persekitaran di dalam bilik tidur bayi lebih baik. 

Credit to Pinterest

#3 Aksesori yang Sesuai Pada Lantai Bilik Tidur

Korang juga boleh menambahkan aksesori pada lantai seperti karpet untuk menambahkan lagi ciri tema travelling di dalam bilik tidur bayi. Korang boleh memilih gambar karpet yang bertemakan travelling seperti payung terjun, lanskap, pantai atau pemandangan alam semulajadi yang lain.  

Pilih karpet yang bersesuaian untuk bayi dari segi jenis material karpet, karpet yang tak licin serta pilih warna yang menarik dan sesuai dengan hiasan bilik tidur bayi. 

Credit to Pinterest

#4 Pencahayaan Bilik

Untuk menambahkan lagi ciri bertemakan travelling yang menyejukkan mata, langkah yang paling penting untuk idea dekorasi bilik tidur bayi bertemakan travelling ini adalah menggunakan pencahayaan yang semulajadi untuk bilik tersebut.  

Pencahayaan semulajadi bukan sahaja dapat mencantikkan sesuatu ruangan, malahan bayi yang terdedah kepada cahaya matahari dapat membantu tumbesaran mereka.

Dengan cara ini, korang tak perlu bersusah payah dah membawa bayi korang keluar rumah untuk menikmati cahaya matahari. 

Credit to Pinterest

#5 Penggunaan Cadar Bertemakan Peta Dunia

Pemilihan corak cadar adalah sangat penting. Ini kerana bayi lebih banyak berada di tempat tidur berbanding di tempat lain. 

Bagi menampakkan lagi bilik tidur bayi korang bercirikan travelling, korang boleh menggunakan cadar bercorak peta dunia. Dengan penggunaan cadar ini, dapat menggambarkan keperibadian korang yang suka travelling.

Credit to Pinterest 

Tips Pemilihan Dekorasi Bilik Tidur Bayi Bertemakan Travelling

Banyak perkara yang korang boleh lakukan untuk menggambarkan aktiviti pengembaraan yang korang jalani untuk diekspresi di dalam bilik tidur bayi korang dari pemilihan perabot, kertas dinding sehingga ke karpet. 

Pemilihan tema travelling untuk bilik tidur bayi korang tidak boleh dilakukan sembarangan. Ada beberapa tips yang perlu dititikberatkan untuk menghias bilik tidur untuk si kecil jika memilih tema travelling. Antara tips-tips yang perlu dipertimbangkan adalah :

1. Pemilihan barang-barang perlulah memilih yang comel yang bersesuaian untuk bilik tidur bayi. 

2. Perancangan untuk mendekorasi bilik tidur bayi yang bertemakan travelling jangan dilakukan secara melulu. Korang harus memastikan tempat tidur bayi jauh dari benda berbahaya yang dapat mengancam keselamatan bayi korang. 

Credit to Pinterest

Inilah 5 idea hebat untuk merancang dekorasi bilik tidur bayi korang yang bertemakan travelling yang dikongsikan oleh BestSpy Indonesia. Semoga korang dapat menghias bilik tidur bayi idaman korang dengan menjadi lebih optimum. 

Tentang BestSpy Indonesia

BestSpy Indonesia merupakan sebuah website yang memberikan pendapat untuk membuat pilihan tentang sesuatu produk untuk kegunaan pengguna. Produk yang dibincangkan di BestSpy Indonesia tidak terhad kepada satu kategori produk sahaja. Antara kategori produk yang dibincangkan di website ini adalah tentang produk bayi, produk kecantikan, pakaian, barang elektrik dan macam-macam lagi. 

Jika korang memerlukan bantuan untuk membuat pilihan untuk membeli sesuatu produk, korang boleh ke website mereka untuk membaca keistimewaan sesuatu produk sebelum membuat keputusan untuk membeli produk tersebut.  

Post a Comment

19 Comments

  1. Bestnya... Cantiknya bilik si comel tuuu. Teruja nak his cecantik gini. Thanks sharing idea

    ReplyDelete
  2. Deco bilik budak best sebab barang comel-comel.

    ReplyDelete
  3. Nasib anak sorang je...kalau anak ramai dan dah ada kehendak jenuh nak deco lain2 kan..Dania bila tido dia japanese style...

    ReplyDelete
  4. bestnya, anak2 pun mesti feeling travel luar negara

    ReplyDelete
  5. Cantiknya! Syok anak anak dapat dok bilik lawa macam tu

    ReplyDelete
  6. Memnag tengah cari cara nak hias bilik budak2 ni. Namapk entry ni. Mmenarii

    ReplyDelete
  7. Cantiknya if dpt deko mcm ni.....mmg suka deko2 nih.

    ReplyDelete
  8. wah thank you for sharing! untuk mommies gn daddies ni sukalah sebab dapat idea untuk dekoratif bilik anak masing-masing. nanti kalau ada anak nanti khai boleh refer sini hehehe

    ReplyDelete
  9. Ini yang buat Rawlins nak tukar wallpaper bilik Rawlins nie. Nampak menarik dan lively bila tukar wallpaper. Eh. takpe kan pakai kat bilik dewasa hahaha

    ReplyDelete
  10. seronok tengok deko bilik baby. dokan saya dikurniakan anak. teringin nak deko camni

    ReplyDelete
  11. Wah lawa sungguh bilik macam contoh tu. Rupanya ada perabot bilim tema travel mcm ni ya. Tk pernah terfikir pula. Nice sangat!

    ReplyDelete
  12. Semua cantek suka tgk... Nampak lain drpd konsep biasa utk anak. Kreatif sgt

    ReplyDelete
  13. Tak terfikir plak kalau nak mendeko bilik anak tema travel gini.. biasa kan budak suka yang katun, dino laa, angkasa laa.. bila tengok deko gini lawaa laaa pulak kann..

    ReplyDelete
  14. all these ideas are so cute and beautiful. i am sure children will be so in love with the decor!

    ReplyDelete
  15. Wahhh, very interesting and cantiknya decoration bertemakan traveling ni.. Idea for me to deco my studio ni...

    ReplyDelete
  16. Menariknya idea-idea deko untuk bolik tidur anak ni... tapi, Bestspy ni ada ke branch kat Malaysia ya?... those ideas are fresh and interesting... nanti nak cubalah deko-deko bilik anak guna theme yang menarik camni...

    ReplyDelete