26 Malaysian Mommy Best Blogger Year 2021 - MARINA BASHAH

26 Malaysian Mommy Best Blogger Year 2021

26 Malaysian Mommy Best Blogger Year 2021 | Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita tengok senarai 26 Blogger Mommy Malaysia yang Best Tahun 2021. Of course mommy blogger ini merupakan seorang ibu. Yang tak tersenarai bukan tak best, next entri Marina senaraikan lagi top blogger mommy okey.  Ada yang baca dan dah follow blog diorang? Marina cerita serba ringkas mengenai blog diorang, nak tahu kisah menarik tentang blogger tu sendiri, korang wajib terjah blog diorang. Banyak perkongsian dari mereka berkenaan pengalaman mereka, tips tentang menguruskan anak-anak dan pelbagai isu yang berkaitan perjalanan menjadi seorang ibu. 

Blog marinabashah.com

Korang pernah baca blog marinabashah.com? Nama penuh Marina ialah Normarina Bashah. Marina dah lama sebenarnya berblog since tahun 2010. Teruja masa tu nak berkongsi kisah hidup, masa tu tengah buat preparation nak kawen. Actually Marina ni seorang yang pendiam. Jarang berkongsi masalah atau kegembiraan dengan kawan-kawan yang terdekat. So, pada masa tu, Marina cerita kegembiraan, kesedihan, kemarahan, semua di blog. (walaupun tahu tak ramai yang baca). Banyak kali dah Marina create blog dengan pelbagai nama. Sekarang blog yang dulu semua dah tak aktif, ada yang dah delete. Marina mula serius berblog semula tahun 2019 dengan menggunakan nama sendiri untuk berblog. 

Marina merupakan seorang ibu yang bekerjaya. Ibu kepada 3 orang anak dara. Sebagai seorang ibu, Marina banyak sharing tentang persekolahan anak-anak, ragam anak-anak dan juga pengalaman menjadi seorang ibu. 

marinabashah.com

26 Malaysian Mommy Best Blogger Tahun 2021

Di sini Marina senaraikan 26 Blog Mommy yang Best Tahun 2021 yang wajib korang terjah dan follow. 

#1 www.sishawa.com

Nama empunya blog ialah Siti Awadah. Mula berblog pada tahun 2017. Blog kini dah berusia 4 tahun. Awa merupakan seorang surirumah tangga sepenuh masa dan mempunyai 6 orang cahaya mata. Blog Awa merupakan blog yang bercirikan lifestyle, parenting dan banyak berkongsi ilmu blogging.

#2 www.ilhamdini.com


Nama empunya blog ialah Ardini Humaira. Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Katanya pernah keguguran sebanyak 5 kali. Dni berhenti kerja demi keluarga ketika mengandung anak kedua (selepas 5 kali keguguran). Dni minat menulis sejak zaman sekolah. Dni berblog sekadar suka-suka, menjadikan blog seperti diari yang bermula pada awal tahun 2008. Dni mula serius berkecimpung dalam bidang blogger pada tahun 2010.


Pemilik kepada blog ini ialah Nabiha Mohd Mashut. Blog ini bermula dengan perkongsian sebagai BRIDE-TO-BE, sehinggalah MAMA-TO-BE kepada 3 orang cahaya mata yang masih suka dengan aktiviti DIY bersama keluarga dan anak-anak untuk menjimatkan kos. Sekaligus memberikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang sedang mencari idea untuk aktiviti DIY (hari jadi, akikah,dll) untuk anak-anak mereka.



Mrs Pip merupakan ibu kepada 3 orang anak. Merupakan surirumah sepenuh masa dan suka melayan KDrama. Mrs Pip berhenti bekerja untuk jaga anak sejak tahun 2013. Mrs Pip mula berblog pada tahun 2015.


Lea Razali merupakan ibu kepada 2 orang anak. Lea seorang suri rumah dan mula ingin jana pendapatan melalui blog. Di blog, Lea berkongsi resipi, travelog, info-info kesihatan dan panduan blog.


Azlinda merupakan mummy kepada 3 orang cahaya mata. Bekerjaya sebagai financial consultant AIA, business online dan menulis blog sebagai hobi. Seorang yang pentingkan keluarga, gemar habiskan masa lapang dengan aktiviti bersama keluarga. 


Pemilik blog ini Marina gelarnya Kak Fuzy. Kak Fuzy merupakan umi kepada 6 anak. Merupakan surirumah sepenuh masa. Kak Fuzy mulanya menulis di blog sebagai diari berkongsi pelbagai cerita, kisah kehamilan, tugas sebagai agen pelancongan dan resepi masakan. Kini Kak Fuzy mengambil upah sebagai penulis upahan, penulis konten dan pegawai media sosial (PMS).



Mamy Syu merupakan Mommy Blogger Malaysia. Ibu kepada 3 orang anak. Naufal, Nufael dan Hawraa. Syu berkongsi pengalaman menjaga anak sendirian kerana PJJ dengan suami. Tak lokek berkongsi tip penyusuan susu badan,review,resepi serta lifestyle suami isteri jarak jauh. (PJJ selama 9 tahun)



Nama empunya blog ialah Alia Farhan. Alia merupakan mom of 2 princesses. Alia suka sangat memasak dan travel. Alia mula berblog hanya sekadar untuk suka-suka. Ketika itu, Alia banyak meluahkan perasaan dan stress di blog masa belajar dulu-dulu.


Pemilik blog ialah Wan Rokiah. Ibu kepada seorang anak. Wawa merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Dalam masa yang sama jana income bersama shaklee dan adsense. Wawa juga merupakan seorang youtuber @wanrokiahwanismail & @vitaminwawa.


Empunya blog ini Marina panggil dia CX, singkatan daripada Chaza Xiaojie. Nama gelaran yang digunakan di dalam alam maya. CX merupakan seorang mak kepada tiga orang anak. Merupakan seorang mommy blogger sepenuh masa. CX suka sangat menulis sejak kecil. Bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak membaca dan mengaji adalah azam CX sejak muda lagi. 



Pemilik blog adalah Nurul Aleya. Merupakan mommy kepada seorang anak. Sebenarnya Aleya sudah lama jadi blogger iaitu 10 tahun yang lepas dengan blog www.secantikmanis.com. Selepas tamat pengajian, Aleya mula bekerja dan blog pun semakin tertinggal. Minat menulis memang sentiasa ada, cuma kekangan masa. Bila berpindah ke Jb, Aleya join JDT blogger dan mula buat blog baru. Aleya mula blog yang baru dengan niche lebih kepada mommy blogger dan resepi.



Pemilik blog ialah Nora (Izarra). Merupakan mak kepada 3 orang cahaya mata. Nora bekerja di sektor kerajaan (sekolah). Dulu berblog hanya untuk suka-suka. Blog dijadikan seperti diary. Nora suka update tentang kisah peribadi, madah, dan sekarang banyak entri tentang perkongsian. Dulu Nora aktif join event, tetapi bila dah berpindah, blog dah jarang update. Tapi sebab masih sayang pada blog, maka masih kekallah blog www.ummizarra.com ni. 



Ciktom merupakan ibu kepada sepasang cahaya mata. Merupakan seorang fulltime mommy blogger. Pada awal berblog, Ciktom banyak share tips, tutorial blogging dan cara buat duit online. Sekarang, Ciktom lebih banyak create awareness pasal parenting, homeschooling dan emas sebagai hobi.



Yaya merupakan ibu kepada 2 orang anak lelaki. Mula membuat blog sebagai diari yang menceritakan hal anak-anak dan kemudian mula menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan. 



Nama pemilik blog ini ialah Rozita. Merupakan ibu kepada 5 orang anak, 4 lelaki dan seorang perempuan. Bekerja sebagai pegawai veterinar di sektor kerajaan. Rozita suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah. Bermula menulis blog sebagai hobi, mencerita tentang pengalaman hidup, memasak dan kongsi resepi baru, pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak-anak, suka juga berkongsi kisah travel dengan perkongsian tempat yang diinap semasa bercuti serta tempat makan best dan tempat menarik untuk dikunjungi. 



Bonde Zaidalifah merupakan ibu kepada seorang puteri. Menulis blog secara separuh masa mengenai lifestyle, travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan dan juga fesyen.



Meksah merupakan ibu kepada seorang anak lelaki yang berumur 3 tahun. Meksah bekerja di Sektor Swasta di dalam bidang Essential Services. Mula membina Blog pada Jun 2020 untuk berkongsi informasi dan pengalaman.


Fadzi merupakan mak kepada 2 orang anak lelaki iaitu Aneeq dan Anas. Merupakan mommy blogger Malaysia yang kini menetap di Sydney, Australia tapi dalam hatinya Malaysia tetap tanah tumpah darahku. Selalu menulis berkaitan dengan family lifestyle. Suka berkongsi tentang tempat makan menarik, tempat menarik, resepi, info dan tips untuk suri rumah. Selain menulis di blog, Fadzi juga suka berkongsi tentang pengalaman dan perkara menarik di Australia di fb.com/fadzirazak. Seorang yang pendiam tapi bila menulis, tak boleh berhenti. Fadzi bekerja sebagai freelance writer sambil jaga anak-anak di rumah.



Nama pemilik blog ialah Maesarah. Merupakan mama kepada 3 orang anak. Asalnya menulis blog sekadar suka-suka dan suka berkongsi tentang penyusuan anak, kemudian blog ini menjadi blog bisnes sekejap. Selepas itu, mula berkongsi tentang aktiviti seharian dan sekolah anak-anak. 


Pemilik blog yang bernama Atul Hamid,  merupakan seorang ibu kepada sepasang cahaya mata. Atul banyak berkongsian mengenai topik berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan personal di blog. 


Empunya blog dikenali sebagai Zaza. Zaza kembali berblog setelah 12 tahun berhenti. Menggunakan nama samaran sebagai Mama monsta. Zaza merupakan mama kepada sepasang anak-anak monsta comel. Merupakan full time housewife dan part time blogger. Zaza menulis blog menggunakan bahasa Inggeris di mana blognya mengenai lifestyle yang mengisarkan perkembangan anak-anak. 



Empunya blog ialah Aida Hanafiah. Aida merupakan ibu kepada 3 orang anak yang sempurna. Aida bekerja sepenuh masa. Menulis blog secara separuh masa untuk berkongsi kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, dekorasi dan susun atur rumah serta isu semasa. Suka menulis blog kerana ia satu cara meluahkan rasa dan idea dari kacamata seorang wanita, ibu dan isteri.



Nama pemilik blog adalah Siti Rohaida. Marina panggil Eda. Eda merupakan ibu kepada 2 orang anak perempuan. Di blog,  Eda berkongsi cerita tentang kekeluargaan, kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi. Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan adalah perkara yang paling disukai.



Pemilik blog ialah Norhana Rosmida. Merupakan ibu kepada 2 orang anak. Hana merupakan seorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.



Nama pemilik blog ialah Sharina. Sharina merupakan ibu kepada sepasang anak, edan dan eshal. Dahulu blog tempat meluah. Sekarang blog  dijadikan tempat mengaut rezeki. Blog Sharina menceritakan tentang lifestyle, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips.


Inilah 26 senarai blog mommy yang best tahun 2021. Mana yang korang belum terjah dan follow, bolehlah ke blog-blog mommy ni. Macam-macam tips dan petua tentang parenting korang boleh dapat kat blog-blog ni. Semoga bermanfaat. 

22 comments:

  1. terima kasih, melekat nama kita di situ. Selamat follow follow =D

    ReplyDelete
  2. semua nama-nama yang kita kenal dan seorang mommy yang berjaya..terbaik korang

    ReplyDelete
  3. wow, beest listmommy blogger kali ini

    ReplyDelete
  4. Hebat2 mommy blogger semua ni. Ada beberapa yg nur kenal, ada juga yg tak kenal. Maklumlah nur ni blogger baru nak up 😂

    ReplyDelete
  5. Wow......congratulations to you, Pn. Marina and all mommy bloggers. Wish a bigger success for the future.

    ReplyDelete
  6. Ada a few yang Rawlins 'kenal' sebab kerap gak bloghopping ke blog diorang. Pasni kena hop ke blog yang lain la nampaknya. Congrats to all mommy bloggers.

    ReplyDelete
  7. Wah, ramai ya mommy bloggers di Malaysia ni. Syabas kepada semua yang tersenarai dan semoga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  8. Hebat-hebat semua senarai Mummy blogger ni..
    Moga semuanya terus maju dalam penulisan..
    Sis mummy blogger juga tapi anak dah tua bangka hahahaha

    ReplyDelete
  9. Best la ada list macam ni.. Easy for people to find information yang berkaitan dengan parental tips from mommy blogger ni kan....

    ReplyDelete
  10. Wah congrats to all these mummies blogger, keep it up yo.

    ReplyDelete
  11. semua power-poer dalam list ni. Mommy blogger hebat yang boleh menjadi blogger walaupun ada anak..Tahniah yang tersenarai

    ReplyDelete
  12. hi Marina...akak singgah petang kat sini

    ReplyDelete
  13. wah semua hebat2 belaka...moga ibu2 ini terus konsisten menulis mengenai pengalaman mereka sebagai seorang ibu

    ReplyDelete
  14. what a beautiful and comprehensive list! i now know where to go to search for content related to motherhood :)

    ReplyDelete
  15. wahh ramainya mommy blogger sekarang ni. hehe iena ni bila la nak jadi mommy blogger haha..kwaen pon idak lagi

    ReplyDelete
  16. woow...didnt know we have so many mum bloggers, gonna check out each to learn how to taking care my little niece. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  17. Tahniah Marina , bersama2 mommy hot blogger di Malaysia, keep it up teruskan menulis dan beri manfaat pada ramai orang

    ReplyDelete
  18. Know a few of the bloggers here. Thanks for this list. This will help moms to find out more about other information related to parenting as well.

    ReplyDelete
  19. Ok..nanti Sa terjah setiap blog. Boleh kenal dengan geng blogger baru jugak . Tahniah korang‼️

    ReplyDelete
  20. Congratulations to moms! Have fun & and keep it up! Hopefully one day I can also be in that list.

    ReplyDelete