Menginap di Hotel De Art di USJ 21, Subang Jaya, Tak Bestlah! - MARINA BASHAH

Menginap di Hotel De Art di USJ 21, Subang Jaya, Tak Bestlah!

Menginap di Hotel De Art di USJ 21, Subang Jaya, Tak Bestlah! | Tak bestlah duduk di Hotel De Art USJ 21, Subang Jaya kalau melepaskan peluang bergambar di setiap sudut di dalam hotel ni. Husbandlah yang jadi mangsa untuk jadi cameramen Marina sepanjang berada di Hotel De Art USJ ni. Hehehe. Ampunnn. Sabtu dan Ahad yang lepas, Marina menghadiri ke kelas trading yang diajar oleh influencer yang dikenali ramai iaitu Jofliam, husband kepada Cik Epal. Actually Marina ni berniaga tapi secara sambilan je la. Marina jual produk keluaran Cik Epal dan Jofliam iaitu Fair Fit dan Cimi. Sehubungan itu, pada yang menjadi stokis produk mereka, mereka offer untuk ajar kelas trading secara percuma. Tapi kat sini Marina bukan nak cerita pasal kelas trading. Mungkin next entri Marina cerita. Di sini Marina nak story pengalaman Marina menginap di Hotel De Art USJ 21, Subang Jaya sepanjang tempoh Marina menghadiri kelas trading tersebut. Kalini Marina terasa tertarik pulak nak mencuba Hotel De Art USJ 21 untuk merasai pengalaman menginap di hotel ini. Macam biasalah, nak cari hotel, mestilah kita google dulu ye dok? Korang Marina tak tahulah. Marina biasa survey harga bilik, tengok condition bilik dan facilities hotel dulu.

Pada hari kejadian, sampai je di depan Hotel De Art USJ 21 ni, Marina terkaku seketika. Hotel ke muzium art ni? Gitulah. Memang cantik. Masuk je kat lobby, bau harum semerbak menusuk hidung Marina. Hotel dia wangi, bau lavendar. Sesuailah dengan hiasan hotel ini yang berkonsepkan English Garden. Terasa seperti berada dalam cerita fairy tale seketika semasa berada di Hotel De Art di USJ 21, Subang Jaya ni. Serius cakap, kita tengok dalam gambar pon dah cantik, apatah lagi depan mata.

Hotel De Art di USJ ini berkonsepkan English Garden. Sepanjang di dinding-dinding hotel ini dihiasi dengan lukisan ilham daripada flora dan fauna.


Lokasi Hotel De Art USJ 21

Hotel De Art USJ 21 terletak di Jalan USJ 21/6, USJ 21, Subang Jaya. Pada yang ada urusan di Subang Jaya, jangan silap pilih Hotel De Art pulak, sebab Hotel De Art ni ada banyak cawangan dan semuanya cantik-cantik. Pilihlah Hotel De Art dekat dengan tempat urusan korang.

Apa Kemudahan yang Terdapat Di Hotel De Art USJ 21?

Kemudahan di dalam hotel

Di dalam Hotel De Art USJ ini ada disediakan :
• Pantry di lobby. Di sini ada peti sejuk, microwave dan penapis air.
• Surau di lobby.
• Tandas untuk OKU di lobby.
• Di satu sudut di lobby terdapat kedai mini yang menjual makanan seperti maggi dan biskut.
• Lif
• Seterika di luar bilik
• Free parking

Kemudahan di sekitar hotel

Suka sangat duduk di Hotel De Art USJ 21 ni sebab banyak kemudahan di sini. Hotel ini berdekatan dengan:
• Shopping Mall Main Place. Antara kedai yang ada di dalam shopping mall ini ialah Texas Chicken, Mr. DIY, ToyRUs, Caring Pharmacy, Uniqlo, Starbuck dan McDonald. Dari hotel, jalan kaki 2 minit je.
• Stesen LRT USJ. Jalan kaki dalam 9 minit.
• Deretan kedai seperti courier service, kedai makan, 24 hours mart. Banyak sangat kedai makan kat sini seperti Ayam Gepuk Pak Gembus, kedai mamak dan kedai Pasembor Penang.

Jenis Bilik

Memandangkan anak-anak dah besar, Marina pilih untuk menginap di family room. Biliknya besar, selesalah untuk kami berlima. Bilik Marina di tingkat 2. Facilities yang terdapat dalam family room ni :
• 2 katil Queen
• TV LCD
• Jug elektrik, cawan
• Water heater
• Sofa

Promosi yang ditawarkan Di Hotel De Art

Bagi yang selalu travel dan menginap di hotel mesti suka grab promosi yang ditawarkan kan?

Last Minute Super Saver

Untuk promosi last minute super saver ni, perlu booking 3 hari sebelum nak check in dan korang akan menikmati diskaun sebanyak 7%. Promosi ni :
• Harga bermula RM98.00/malam
• Ada Wi-fi access
• Tempat letak kereta percuma
• Non refundable booking
• Boleh upgrade bilik dan check out lambat sehingga jam 3.00 petang jika ada kekosongan
• Free stay untuk kanak-kanak bawah 12 tahun



Review Marina Mengenai Hotel De Art USJ 21, Subang Jaya. 

Ini pengalaman Marina yang selalu travel dan tidur di hotel ye. Marina suka tidur di hotel sebab bila jejak je hotel, pastu masuk ke bilik dia, Marina terasa beban dan penat lelah bekerja tu hilang. Beban tu seolah-olah ditinggalkan di luar pintu hotel. Tambahan stay di Hotel De Art yang unik dengan lukisan dinding-dinding hotel dan biliknya, mostly tiada pada hotel lain, memang rare la. Serius Marina terpana dengan keindahan Hotel de Art di USJ 21 Subang Jaya ni. First time jumpa hotel yang sebegini indah. Anak-anak Marina lagilah suka Hotel De Art USJ 21 ni. Mulut diorang tak lekang bercakap, "Waaaa waaa waaa, cantiklah, cantiklah," dari pintu masuk hotel, ke lobby sampailah masuk ke bilik. Perasaan tengok gambar dan merasa pengalaman sendiri tu memang berbeza sangat.

Marina pilih untuk merasai pengalaman di Hotel De Art USJ 21 ni sebab banyak facilities di sini. Senang Marina nak cari makan, berjalan di shopping mall dan of course nak bergambar kat Hotel De Art ni. Rugilah menginap kat sini kalau tak ambil gambar banyak-banyakkan? Nak buat cantik macam ni kat rumah sendiri, tak terbuat kot. Lapang dada tengok hotel yang cantik macam ni. Rasa tak mau balik rumah dah. Panjang pulak cerita Marina kan? Memang cantik, best dan selesa Hotel De Art USJ 21 ni. Lagi best korang sendiri yang pergi merasa. Sekali-sekala reward diri sendiri tidur hotel apa salahnya kan?

Jom tengok video Hotel De Art USJ 21 Tour kat sini :


Untuk reservation bilik atau nak buat event ke, korang boleh cari team Hotel De Art di :
Website :
www.hoteldeart.com.my

Facebook :
https://m.facebook.com/hoteldeart/

Instagram :
https://www.instagram.com/hoteldeart

Hotel De Art Usj
No. 21 Jalan Usj 21/6, 
Usj 21, 
47630 Subang Jaya Selangor
+603-5888 9099

#hoteldeart #hoteldeartshahalam #hoteldeartseksyen19 #hoteldearticity #boutiquehotel #themehotel #concepthotel #arthotel #itsallaboutart #functionroom #meetingroom #eventspaceshahalam #eventspace

[Baca juga] : Bawa Manfaat Produk Apotec Balik Raya Haji Untuk Kesihatan Mak Ayah di Kampung

15 comments:

  1. cantik juga interior dia. ala english gitu. lokasi plak dekat dengan tempat menarik. best la kalau bajet sederhana.

    ReplyDelete
  2. habis baca tak jumpa pun apa yang tak best nya .hhahaahahah pendek kata semua best lah kan? hehee nanti nak cuba stay sini juga lah! tq for sharing

    ReplyDelete
  3. Cantiknya Hotel nie ..Luar Dalam cantik..barulah selesa menginapkan sini, kemudahan pun banyak..ada peluang nak juga kak mid try menginap

    ReplyDelete
  4. cantiknya hotellllll bila la nak sampai niiiiii jelesssss

    ReplyDelete
  5. dah alam jugak perasan kewujudan hotel ni, selalu nampak rakan blogger review. memang cantik dekorasi dan seni dinding yang ada dkt hotel ni :)

    ReplyDelete
  6. Memang cantik dekorasi dalaman hotel nie. No wonder ramai recommend suruh menginap dekat sini kalau datang area Subang Jaya

    ReplyDelete
  7. Harga permulaan bilik tak mahal juga.. tapi puas hati bila nampak bilik cantik.. deco hotel pun menarik

    ReplyDelete
  8. Kalau Rawlins stay sini, memang kerjanya OOTD je la sebab banyak betul lokasi yang menarik dan unik

    ReplyDelete
  9. Seriously cantik bethol hotel ni.. Kalau Kitkat staycation kat situ, rasanya dah tak explore sekeliling dah... Ambik gambar OOTD all day long kat hotel ni jer.

    ReplyDelete
  10. Cantek bilik dia.. suka tgk..kalau tido sini.. mmg keje ootd jerlah hehe

    ReplyDelete
  11. Nice staycation at Hotel De Art USJ! Enjoy family time ok

    ReplyDelete
  12. Tak best ker hehehehe tapi tengok happy jer wakakaka tempat cantik dan menarik giler dalam hotel tu penuh dekorasi memang kita nak sangat time kerja banyak ni nak rest...

    ReplyDelete
  13. Suka tgk lukusan2 yg ada di Hotel De Art USJ mmg kreatif dan menarik, tgk bilik2 pun luas dan selesa

    ReplyDelete
  14. cantiknya la lukisan mural dia semua.. za suka yang usj nih.. tak kesempatan lagi nak pegi....

    ReplyDelete
  15. Cantik sngt hotel dia ni.. Memg aim hotel ni

    ReplyDelete