Bawa Anak-anak ke Waterpark di Bukit Merah Laketown Resort Sempena Cuti Merdeka

Bawa Anak-anak ke Waterpark di Bukit Merah Laketown Resort Sempena Cuti Merdeka| Dah lebih 20 tahun Marina tak ke Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) ni. Last sekali Marina pergi masa tu Marina masih lagi belajar. Bukit Merah Laketown Resort pon masih lagi baru dibuka pada waktu itu. Pulau Orang Utan pon belum ada lagi ketika itu. Dah lama sangatkan? Marina tak ke sini sebab BMLR boleh dikatakan dekat jugaklah dengan Ipoh. Perjalanannya mengambil masa sejam lebih. Balik hari je pon boleh. So memang asyik bertangguh je la ceritanya. Persoalannya sekarang ni, best ke tak Bukit Merah Laketown Resort? Berbaloi ke tak datang ke sini?

Cuti 3 hari tak tahu ke mana. Sebelum ni cuti sekolah pon tak bawak anak-anak pergi bercuti. Bukan apa, Marina pasti, pergi ke mana-mana tempat percutian mesti jammed. Hotel pon kebanyakannya dah full book. Marina kalau boleh nak pergi bercuti yang berdekatan je. Pilihan Marina sama ada Lumut, Cameron Highland atau Bukit Merah Laketown Resort. Bila search harga tiket BMLR, BMLR tengah buat promosi. Ok on jadi. Harga kaw kaw murah punya. Rupanya BMLR baru sahaja dibuka 28 Ogos haritu akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara kita dan BMLR buat renovation. Sampai bila harga promosi ni tak tahulah. Salah satu sebab pilih BMLR sebab tak payah bermalam di sana. Takyah susah-susah booking hotel sebab dekat dengan Ipoh. Tapi hotelnya dah full book okeh.

Marina bergerak dari Ipoh dalam pukul 8.30 pagi dan tiba di BMLR lebih kurang hampir-hampir pukul 10.00 pagi. Marina siap cakap kat husband, kalau jadi apa-apa,  tak jadi masuk BMLR sebab ramai orang ke takpelah. Redho je. Tak terasa sangat sebab tiket tengah murah kot. 5 orang RM80.00.

Sampai di sana, sempat jugak dapat parking yang berhampiran dengan pintu masuk. Orang ramai dah mula beratur di pintu masuk. Sebelum masuk, pengunjung perlu scan terlebih dahulu dan temperature diambil oleh staff. Dah masuk, korang yang belum beli tiket, boleh pergi ke kaunter tiket di sebelah kiri dari pintu masuk. Marina dah siap beli online, tapi masih perlu ke tiket kaunter untuk redeem tiket. Online tiket yang Marina beli tu takde mention pulak Marina kena print tiket untuk claim tiket di kaunter. Staff minta Marina email ke diorang tiket online yang Marina dah purchase. Nasib baik prosedur dia kejap je. Cumanya nak beratur redeem tu take time sikit sebab ramai sangat orang.




Pintu masuk waterpark


Bukit Merah Laketown Resort

BMLR terletak di Semanggol. Dari Ipoh, Marina keluar tol Bukit Merah. Dah keluar dari tol Bukit Merah, BMLR ni tak jauh dah dari tol. Seminit je dah sampai. Terletak di sebelah kanan jalan. Di BMLR bukan sahaja ada waterpark, aktiviti lain juga ada disediakan di sini.

Pintu masuk utama


Waktu Operasi

Pada waktu cuti sekolah, public holiday dan hari Jumaat sehingga Sabtu, BMLR dibuka pada pukul 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang.

Isnin, Rabu dan Khamis dibuka pukul 11.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Setiap Selasa BMLR ditutup untuk maintenance kecuali jika cuti sekolah dan public holidays BMLR akan dibuka.





Harga Tiket Promosi

RM20/person
RM30/2 person

Murah kan? Harga promosi ni tak kiralah dewasa atau kanak-kanak, sama je harga dia. Biasanya harga untuk seorang dewasa RM50++, marina pon tak sure berapa RM. Kat SINI boleh dapat harga diskaun untuk tiket BLMR. 

Lepas masuk pintu utama akan jumpa mural arts ni di sebelah kanan

Lepas masuk pintu utama, jalan depan sikit akan jumpa pintu masuk ke pulau orang utan. 

Check beg di pintu masuk ke waterpark


Aktiviti yang boleh dilakukan di BMLR

Di BMLR banyak aktiviti yang boleh korang buat. Aktiviti yang disediakan :
• Waterpark
• Ecopark
• Adventure Park
• Recreation

Terdapat pakej-pakej yang ditawarkan. Korang boleh ke website diorang untuk maklumat lanjut.

Pondok ini pon ada disediakan untuk letak barang pengunjung. Tapi yang ini berbayar. Yang tak berbayar pon ada tapi siapa cepat dapatlah
On the way nak ke Bubble Giant akan jumpa kedai jual makanan. Ada satu lagi di depan. Berdekatan kedai souvenir. 


Facility yang Ada di BMLR

Marina rasa dah banyak kemudahan disediakan di sini berbanding dulu. Marina ke sini sebelum kahwin dulu. Antara kemudahan yang disediakan untuk para pengunjung :
• Surau
• Tandas
• Kedai menjual makanan
• Shower room
• Baby room
• Locker
• Tube rental





Seronok ke tak Bukit Merah Laketown Resort?

Ini pendapat peribadi Marinalah kan mengenai BMLR. Disebabkan dah lama sangat Marina tak ke sana, Marina rasa BMLR dah banyak perubahan. Di waterpark Bukit Merah Laketown Resort banyak sangat yang dah improved dari segi aktiviti yang ada di sana. Tak salah Marina, dulu hanya ada belon yang besar, slide yang tak berapa panjang serta kolam mandi yang ada mushroom tu sahaja.

Sekarang, dah banyak slide dan kolam. Siap ada kolam yang ada ombak dan ada pasir seperti di pantai bersebelahan kolam ombak ni.

Marina tak berkesempatan untuk main slide, boomerang (slide berbentuk U),  sebab duk menjaga anak-anak main. Dari pukul 10.30 pagi sampailah pukul 5.00 petang deme duk berendam. Tak sedar masa bergerak begitu pantas. Tu pon diorang duk sentap taknak balik, tak puas main air. Gambar diorang main air pon tak banyak snap sebab sorang ke sana, sorang ke sini. Rambang mataa.

Pasal makanan jangan risau, ada 2 kedai makan kat situ. Harga makanan dia berpatutanlah jugak. Marina beli nasi tomato RM7. Sedap jugak makanannya.  Makanan dari luar tak boleh bawak masuk. Sebelum masuk waterpark diorang check beg dulu.

Kesimpulannya, Marina berpuas hati dan enjoy sepanjang berada di Waterpark Bukit Merah Laketown Resort ni. Marina rekemen korang datang sekarang sebab harga tiket ke waterpark tengah murah.

Jom tengok video kat sini untuk tengok kawasan dalam Bukit Merah Laketown Resort ni.



Korang nak jana pendapatan sambil melancong? Maklumat lanjut boleh rujuk SINI


Post a Comment

22 Comments

  1. owh jeti tu macam tu..ramai yang share p pulau orang utan, tak pernah tau mcmna gambarannya

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak pergi sini walaupun ada rumah di Taiping maybe pasni akan pergi juga la bawa budak2...

    ReplyDelete
  3. Anak-anak lah paling happy kan bila bercuti ni. Seronok tengok semua gambar keluarga have fun!

    ReplyDelete
  4. Bestnyaa.. Lama tak pergi mandi manda.. Seronok tengok

    ReplyDelete
  5. angan-angan memang nak kesini.Tapi tak taulah bila.Tempat dan permainan pun semua best2 kan..

    ReplyDelete
  6. Betul Marina, mana-mana pun ramai sekarang. Marsha tak pernah jejak lagi BMLR ni. Boleh masuk wishlist nanti.

    ReplyDelete
  7. wah! ada promosi ek sekarang. zul ingat lagi time kecik pergi sana paling takut nak dekat dengan buaya tu. HAHAHAH pastu best sebab ada belon besaq tu

    ReplyDelete
  8. 5 orang rm80? murah sangat ni... thank you for this info..
    bestnyaa the kids dapat jalan2 p bukit merah :)

    ReplyDelete
  9. wahhhh bestnya datang ke waterpark. budak2 kalau dibawa ke sini memang suka lah dorang. best best !

    ReplyDelete
  10. Liez lama tak ke sana.. dulu masa kerja travel agency memang selalu ke sini bawa group

    ReplyDelete
  11. lama x ke sini rindu pulak..seronok tempat ni sebab ada pulau monyet tu...nanti kalau ke utara bolehlah singgah

    ReplyDelete
  12. Alarh seronoknya dapat ke bukit merah laketown resort. Cx ni nasiblah jauh. Entah bila nak jejak ke sana. Dok tgk orang kongsi pengalaman je. Seronok pula

    ReplyDelete
  13. Ohh Bukit Merah ni masih meriah lagi yer hehehe ingat dah macam sunyi sepi tapi menarik daya tarikan dan juga harga berpatutan ok lah boleh lah bawa keluarga hujung minggu hehehehe tempat lain macam mahal sangat kan...

    ReplyDelete
  14. Serius tak pernah lagi ke sini. Baca pengalaman kawan2 ke sini pun nampak seronok giler. Bukan takat anak2, mak pak pun seronok ni

    ReplyDelete
  15. Dah lama tak pergi bukit merah tapi lama jugaklah 10 tahun lepas. Macam best jugak waterpark ni

    ReplyDelete
  16. tahu tak berapa cas utk sewa locker dan pelampung tu?

    ReplyDelete
  17. Bersiar siar dengan family macam ni mesti agak limit awal awal MCO dulu... anak anak mesti rasa happy sangat dapat buat aktiviti macam semula dengan keluarga...tempat ni nampak simple tapi still cantik juga untuk ambil gmbar kenangan dengan family.

    Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
  18. Bestnya pergi bukit merah lake town resort dengan familly..da lama dah iena tak pergi bukit merah lake town resort..jauh hehe..kalau dekat selalu pergi agaknya :)

    ReplyDelete