Pinky's House Warming Party : Gibbon di Sunway Lagoon Berpindah ke Upcycled Floating Island yang Diperbuat Daripada Bahan Kitar Semula - MARINA BASHAH

Pinky's House Warming Party : Gibbon di Sunway Lagoon Berpindah ke Upcycled Floating Island yang Diperbuat Daripada Bahan Kitar Semula

Pinky's House Warming Party : Gibbon di Sunway Lagoon Berpindah ke Upcycled Floating Island yang Diperbuat Daripada Bahan Kitar Semula| Pada 17 September yang lepas, Marina berpeluang bersama-sama memeriahkan parti sempena Pinky's House Warming Party di Sunway Lagoon. Parti Pinky? Pinky tu siapa? Pinky adalah Gibbon. Sempena Gibbon nak pindah ke rumah baru, Sunway Lagoon nak buat surprise party untuk Gibbon. Gibbon akan berpindah ke rumah barunya yang terletak di pulau buatan manusia yang dikenali sebagai Upcycled Floating Island. Rumah Gibbon ini terletak di Sunway Lagoon Wildlife Park.

Gibbon di Sunway Lagoon ini bertangan putih yang berumur 15 tahun adalah sangat pandai dan nakal. Gibbon ini juga dikenali sebagai lar gibbon (Hylobates lar), merupakan spesies terancam dalam keluarga gibbon, Hylobatidae. Bulu Gibbon mempunyai variasi dari warna hitam, coklat dan perang. Tangan dan kaki Gibbon berwarna putih dan mempunyai kolar putih. Muka Gibbon ini berwarna hitam.

Pinky's House Warming Party

Jam 9.30 pagi, Marina daftar kehadiran di luar pintu masuk C Sunway Lagoon. Bagi yang tak tahu, Sunway Lagoon ni ada 2 pintu masuk. Setiap yang hadir ke parti ini, diberikan goodies bag dari bahan kitar semula yang diberi nama Upcycled Terrarium. Tin yang digunakan untuk menanam pokok ini adalah bahan yang dikitar semula.

Dah settle mendaftarkan diri di pintu masuk, dalam jam 10.00 pagi, Marina bergerak ke Sunway Lagoon Wildlife Park. Sebelum pelancaran bermula, Marina breakfast dulu. Menu yang disediakan ialah sandwhich dan teh o panas. Semua yang digunakan untuk menyajikan makanan adalah menggunakan bahan yang boleh dikitar semula.

Pelancaran rumah baru Pinky dimulakan dengan ucapan dari Penolong Kanan Sunway Lagoon, Mr. Magendran dan Ketua Pegawai Operasi Sunway Property and Facility Management, Mr. Cheng Jew Keng. Sejurus selepas ucapan, rumah baru Pinky ini dilancarkan.

Sebelum, menikmati makan tengahari, Marina berpeluang memberi ikan makan di tasik. Selepas itu, Marina menuju ke Rimba untuk makan tengahari. Pelbagai menu yang menarik yang disajikan. Menu yang disediakan di parti ini adalah Skewer & Popcorn Chicken, Coconut Rice, Fried Banana with chocolate dan Beverage & Ice Cream. 



Nampak tak Gibbon? Gembira dia pindah rumah baru

Sustainable Development Goals (SDGs) melalui Upcycled Floating Island 

Selari dengan visi dan misi bagi mencapai Matlamat 15 : Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu Kehidupan di darat, untuk melindungi, memulihkan dan mempromosikan penggunaan ekosistem terestrial secara lestari, Sunway Lagoon mempromosikan United Nation's global Sustainable Development Goals (SDGs) ini melalui Upcycled Floating Island buatan manusia. Pulau ini diperbuat daripada bahan kitar semula lebih daripada 300 kilogram yang terdiri daripada Styrofoam, botol plastik dan tong klorin. 

Upcycled Floating Island ini adalah hasil titik peluh daripada lapan individu dan mengambil masa selama 14 bulan untuk membina pulau ini. Kos pembinaan pulau ini mencecah sehingga RM150,000.

Uniknya, pulau terapung ini terletak di tengah-tengah tasik dan penjaga zoo akan menaiki bot bagi memastikan keperluan Gibbon terjaga.

"Fokus SDG dikenali di seluruh dunia dan fokus kami adalah kelestarian dan pembelajaran yang berpanjangan menjadikan Sunway Lagoon tarikan terbaik di Asia. Kami bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat mengenai pentingnya untuk mengitar semula. Kami percaya pulau buatan manusia ini dapat memberikan kesedaran kepada semua, khususnya tentang pelbagai langkah yang boleh dibuat untuk melindungi alam sekitar sebelum menjadi sfera plastik," kata Penolong Kanan Sunway Lagoon, Magendaran Marimuthu.

Dia turut berkata," Kebaikan dan belas kasihan yang kecil buat haiwan mungkin tidak bermakna apa-apa tetapi ini budaya Sunway untuk mencintai alam sekitar dan bersikap baik antara satu sama lain."


Pengalaman Memberi Ikan Makan 

Semasa menghadiri parti Pinky, Marina juga berpeluang memberi makan ikan di sini. Ada platform kat dalam tasik ni. Marina turun di platform untuk berjinak-jinak dengan ikan yang ada di sini. Hihihi.

Tasik ini telah dibaikpulih oleh pihak Sunway dengan memasang teknologi diffuser inovatif pada tahun 2011 memperkenalkan 'compressed air' ke dasar tasik dan diikuti dos 'beneficial bacteria' dan enzim.

Air di tasik ini digunakan untuk menyiram seluruh lanskap di kawasan Bandar Sunway. Inilah salah satu cara pihak Sunway menyokong eco-green.

Pihak Sunway juga telah menemui beberapa habitat ikan air tawar di tasik ini seperti kelah merah, lampam jawa, jelawat dan ikan kaloi.

Nampak tak Pontoon Boat di sebelah kanan. 

Pontoon Boat Tour

Marina tak sempat nak menaiki Pontoon Boat ni. Macam-macam aktiviti buat kat sana semasa parti Pinky ni. Terlepas peluang pulak nak naik Pontoon Boat ni. Pontoon ni tersangatlah besar. Boleh memuatkan 3 biji kereta sedan rasanya. Bot ini dibuat adalah untuk penjaga zoo memantau Gibbon yang berada di pulau terapung. Nak beri Gibbon makan,  membersihkan rumah dan lain-lain keperluan. Pengunjung takleh naik Pontoon boat ni.

Goodies bag

Siap dah Upcycled Terrarium
Marina tersangatlah enjoy di Pinky's House Warming Party ni. Banyak experience yang Marina dapat di sini terutamanya meningkatkan kesedaran betapa pentingnya kitar semula dalam kehidupan seharian kita. Pada korang yang nak tengok keindahan rumah Gibbon depan mata korang, datanglah ke Sunway Lagoon.  

Untuk makluman lanjut mengenai Sunway Lagoon,  korang boleh ke :

Website :
www.sunwaylagoon.com


[Baca juga]: Gunakan Aromatik Minyak Kelapa Dara (AVCO) D'Aura untuk Merawat Masalah Rambut dan Kulit

20 comments:

  1. Nampak seronok dan menarik tempat ini , jika ada kesempatan nanti Naim ingin ke sana dan pada waktu sama biar covid-19 ini redaa sedikit, sekarang di kedah sangat aktif. Terima kasih berkongsi tempat yang menarik yang Naim belum pergi ke sana lagi.

    ReplyDelete
  2. Wahhh kolam tu bleh masuk. Saya selalu nampak kolam tu pekerja bersihkan aje. Gibbon tu comel la kak. Nanti nak plan ke Sunway Lagoon lg. Anak-anak suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa pelancaran ni je kot diorang bukak to public

      Delete
  3. Love the upclycling initiatives done by them! Sekarang semua nak go green, so memang kena recycle, upcycle.

    ReplyDelete
  4. lamaaaa dah tak datang sunway lagoon. dah banyak benda berubah and banyak benda baru. kena datanggg

    ReplyDelete
  5. tak tahu pula boleh masuk kolam tu bagi ikan makan. best dapat masuk sunway lagoon ni, dah lama tak pergi..

    ReplyDelete
  6. lama tak ke Sunway ni....ohh boleh masuk kolam bagi makan ikan tuu

    ReplyDelete
  7. bestnya Gibbon dapat rumah baru! Cantik pulak tu. Gibbon ni pandai berenang ke? Mahal jugak ea nak buat satu pulau terapung. Tapi hasilnya berbaloi!

    ReplyDelete
  8. Wah ada mcm2 benda baru lah kat sunway lagoon. Siap ada floating boat lagi.. Nak pegi la tapi tgu covid abes..hihi

    ReplyDelete
  9. dulu pergi sunway, tak dak lagi kan bg makan ikan mcm ni, bestnya ... experience ni... hopefully boleh pergi sunway soon utk rasa benda2 adventure yg baru ni....

    ReplyDelete
  10. Wow bestnya. Pernah pergi sekali dulu. Rasanya 15 tahun lepas kot. Sekarang ni, rumah dekat jer dgn Sunway Lagoon ni, tapi tak pernah lagi bawa anak-anak. Hehe

    ReplyDelete
  11. dah lama tak pi sunway lagoon. kena pi ni, macam2 benda baru ada. thanks sharing

    ReplyDelete
  12. Kitkat pun ada disitu juga aritu.. Meriah housewarming Pinky.. Suke initiative dari Sunway Lagoon ni.. Create awareness untuk public untuk sama2 upcycle!

    ReplyDelete
  13. Bilalah Sis nak masuk sunway lagoon ni, anak-anak dah besar ni macam tak happening plak nk ke sana, sebab jenis anak tak suka mandi manda...nanti nak bawa anak sedara aje laa ke sini...

    ReplyDelete
  14. Everyone had fun at Pinky's House Warming Party right! So good for Sunway Lagoon to have this initiative

    ReplyDelete
  15. comelnya..haiwan terbaru di sunway lagoon..kalau datang ke sini tak sabar nak jumpa haiwan ni..cute pulak tu hahaha

    ReplyDelete
  16. Comelnya floating island tu. Dari jauh memang nak unik dan menarik. Salah satu konsep kitar semula yang patut diamalkan dan dikomersilkan oleh pihak lain juga

    ReplyDelete
  17. Sunway suka buat benda2 yang sustainable. Banyak idea dorang ni. Idea floating island ni pun menarik. Dapat keseronok sambil bagi kesedaran utk org ramai.

    ReplyDelete
  18. Pergh bgusnya sunway lagoon ni.. Ada je aktiviti baru.. Ni floating house pulak.. Memngvorang akn tetrik nak perhi

    ReplyDelete
  19. OMG terasa nak pergi lar. Memang satu novelty untuk lepak atas island yang diperbuat daripada bahan recycle kan. Memang best lar kat Sunway Lagoon ni. :)

    ReplyDelete