Tempat Makan Best dan Halal di Ipoh : Cafe Ala Hipster Ipoh - MARINA BASHAH

Tempat Makan Best dan Halal di Ipoh : Cafe Ala Hipster Ipoh

Tempat Makan Best dan Halal di Ipoh : Cafe Ala Hipster Ipoh | Ipoh. Tempat kelahiran dan juga tempat Marina membesar. Dahulunya dan mungkin juga sekarang, orang menggelar Ipoh sebagai tempat tinggal orang pencen. Mungkin sebab suasana di Ipoh yang tenang. Sesuai untuk orang yang dah pencen dari bekerja. Tapi memang betul pon. Ramai kawan yang berasal dari Ipoh (ada juga yang bukan dari Ipoh) tetapi bekerja di luar Ipoh, pernah bercerita pada Marina, lepas pencen dari bekerja, mereka hendak menetap di Ipoh. Nak ketenangan. Setelah beberapa tahun yang lepas, Ipoh menjadi terkenal dan dikenali sebagai Bandar Hipster. Kedai makan yang bercirikan hipster makin banyak, tumbuh bak cendawan. Ramai yang suka datang ke Ipoh untuk ke cafe-cafe hipster yang cantik dan menarik. Kalau nak cari tempat makan mesti korang nak cari tempat makan yang viral, cantik dan selesa, tak gitu? Sedap tak sedap nombor 2. Eh betul ke?

Actually most of the cafe yang Marina senaraikan ni, Marina sendiri yang duk Ipoh pon tak pernah cuba lagi. Bukan apa,  mostly cafe-cafe yang femes ni susah nak parking dan sangat ramai orang. Marina tak gigih nak park kereta jauh-jauh dan bersesak untuk ke cafe famous ni. Biasanya Marina akan tapau dan makan di rumah atau di ofis sahaja. Cafe-cafe ni pon agak jauh dari rumah Marina. Marina pernahlah beli makanan di Nins Cabin. Itupon tapau dan makan di ofis je. Makanan di Nins Cabin memang puas hati. Portion banyak, sedap dan harga berpatutan. Servis pon laju.

Jom tengok senarai cafe ala-ala hipster di Ipoh yang nampak menarik dan best dikunjungi untuk isi perut korang tu.


Cafe Ala-ala Hipster Ipoh

#1 Chokodok Reggae House

Lokasi : Jalan Sultan Iskandar, Taman Jubilee

Waktu beroperasi : 
> Isnin - Khamis 5.00 petang sehingga 12.00 malam
> Jumaat - Sabtu 5.00 petang sehingga 1.00 pagi
> Ahad tutup

Cafe ni berkonsepkan Reggae. Nama pon Reggae kan. Di sini ada disediakan bilik untuk backpackers menginap. Live band juga ada di sini.

Photo via Instagram

#2 Konda Kondi Cafe

Lokasi : Jalan Sultan Idris Shah

Waktu beroperasi :
> Isnin - Ahad 5.00 petang sehingga 12.00 malam
> Selasa tutup

Cafe Konda Kondi ni pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan TV3 tau. Selain menu western Food, Konda Kondi juga ada menyediakan makanan Malaysia seperti Nasi Lemak.

Photo via Instagram

#3 Miker Food

Lokasi : Jalan Bandar, Ipoh

Waktu beroperasi :
> Selasa - Ahad 5.00 petang sehingga 12.00 malam
> Isnin tutup

Terletak di Ipoh Padang. Kalau korang jumpa bendera Perak yang besar di area Sekolah St.  Michael, di situlah terletaknya Miker Food.

Photo via Instagram

#4 Warteg Ipoh

Lokasi : Jalan Raja Musa Aziz

Waktu Beroperasi :
> Selasa - Khamis 3.00 petang sehingga 12.00 malam
> Jumaat 3.30 petang sehingga 12.00 malam
> Isnin tutup

Kedai makan Warteg ini famous dengan Shell Out. Siapa yang suka Shell Out boleh try makan di sini.

Photo via Instagram


#5 Nins Cabin

Lokasi : 13 Jalan Tun Sambathan

Waktu Beroperasi :
> Isnin-Jumaat
> 11.00 pagi-10.30 malam

Terletak di lot kedai berhadapan Padang Ipoh

Photo via Instagram

#6 Food Project

Lokasi : No. 1, Jalan SCI 1/7, Sunway City Ipoh

Waktu Beroperasi :
> Setiap hari
> 4.00 petang - 11.00 malam

Photo via Instagram

#7 Thumbs Cafe

Lokasi : 133, Jalan Sultan Abd Jalil, Greentown

Waktu Beroperasi :
> Monday - Sunday
> 3.00 petang - 12.00 malam
> Selasa Tutup

Photo via Instagram

#8 Tam & Teh Cafe

Lokasi :
25, Jalan Dato' Ahmad Said

Waktu Beroperasi :
> Setiap hari
> 5.00 petang - lewat malam

Photo via Instagram

#9 Cottage75Cafe

Lokasi :
76, Jalan Meru Impian A1,
Pusat Perniagaan Meru Impian

Waktu Beroperasi :
> Selasa - Ahad
> 3.00 petang - 11.30 malam
> Isnin tutup

Photo via Facebook

Ok ni antara senarai cafe yang ada di Ipoh. Banyak lagi cafe di Ipoh yang boleh korang kunjungi. Senarai ini adalah cafe yang Marina tahu, ada banyak lagi yang Marina tak tahu, mungkin korang tahu. Datang dan nilailah sendiri kesedapan makanan kat cafe yang Marina senaraikan ni.

[Baca juga] : Bekerja dan Bercuti di Flamingo Hotel, Penang : Tempat Menarik di Penang yang Harus Dikunjungi

[Baca juga] : Amalkan Joymix Hello Bong untuk Merawat Resdung dan Ulser Mulut

7 comments:

  1. Replies
    1. Marina duk Ipoh pon blom sampai. Bilela nak pegi terjah ni

      Delete
  2. dlm bnyk2 tu, miker food je yg i penah try.

    ReplyDelete
  3. tak pernah lepak ipoh,bestnyaaaa....wish list ni ...

    ReplyDelete
  4. Dapat terjah semua ini best ni. Bab makan.ajak un yaaa

    ReplyDelete
  5. Ipoh, bandarnya pun dah hipster teruk.

    ReplyDelete
  6. Banyak xafe hipster kat sini erk. Menarik

    ReplyDelete