Bekerja dan Bercuti di Flamingo Hotel, Penang : Tempat Menarik di Penang yang Harus Dikunjungi - MARINA BASHAH

Bekerja dan Bercuti di Flamingo Hotel, Penang : Tempat Menarik di Penang yang Harus Dikunjungi

Bekerja dan Bercuti di Flamingo Hotel, Penang : Tempat Menarik di Penang yang Harus Dikunjungi | Hari Jumaat lepas, lagi sekali bos panggil untuk datang meeting di Penang. Baru je hari Rabu ritu turun Penang. Laaa ni kena pergi lagi. Panggil last minit pulak tu. Seminggu 2 kali turun Penang. Tapi nak wat cemana, nilah kerja yang Marina perlu hadap. Hujung-hujung tahun ni memang sibuk pasal nak mintak budget untuk projek tahun hadapan. Syiok travel? Seronok tapi penat drive. Disebabkan hari yang kena pergi meeting tu hari Jumaat dan esoknya cuti, Marina decide nak pergi short vacay. Gigihla hari Khamis tu, duk mencari hotel. Setelah discuss dengan husband, kiteorang decide untuk try Hotel Flamingo di Tanjung Bungah.


Flamingo Hotel

Selepas abis meeting, kiteorang bergerak ke pulau. Ofis Marina kat tanah besar. Punya lama la tak bercuti di dalam pulau. Sampai di Flamingo Hotel, Marina ke lobby untuk check in. Berjanggut menunggu turn nak check in. Ramai sangat orang yang check in time tu. Sampai di bilik, kiteorang rehat sekejap.

Sebelum memulakan aktiviti meninjau-ninjau di sekitar Pulau Pinang ni, kita tinjau bilik dulu. Bilik Marina nampak laut sipi-sipi je. Rate bilik yang mengadap laut mahal sikit. Rasa macam rugi ambil bilik yang mengadap laut, sebab mostly banyak masa duduk di luar bilik. Bilik yang Marina ambil, Deluxe room Hill View. Biliknya besar jugakla. Berlantai jubin dan ada balkoni, cuma dalam bilik takde iron. Kena call reception mintak iron. Mostly Marina puas hati dengan bilik dia tapi satu je yang agak leceh sikit, tempat parking kereta. Parking di Flamingo hotel ni agak terhad. Malam tu cadangnya nak ke area Batu Feringghi,  nak meninjau kawasan pasar malam kat sana. Tapi kiteorang ambil keputusan untuk tidak keluar berjalan sebab takut susah nak cari parking yang selesa. Ada customer, parking tepi-tepi jalan je. Parking lot yang kat bawah hotel pon macam tak best. Sebab takde lif untuk naik ke lobby. Bayangkan kena mendaki 2 tingkat tempat parking untuk ke lobby, lalu di ramp kereta. Nasib baik hotel dekat dengan laut, terubat juga hati ini.

Hari pertama di sini, kiteorang banyak habiskan masa di kolam. Marina dan husband tak join mandi dengan anak-anak. Pantau dari tepi je. Yang bestnya kat Hotel Flamingo ni dari tempat swimming pool dia, boleh turun ke laut. Setelah anak-anak dah puas mandi,(sebenarnya tak puas mandi lagi tapi nak elak dari orang ramai berebut-rebut mandi shower yang disediakan di swimming pool sebelum naik bilik), kiteorang pi cari makan. Kiteorang beli Nasi Kandar Beratur di Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown. Tapau makan kat bilik je.









Tempat Menarik Di Penang

Pada keesokannya, kiteorang check out awal, nak pusing-pusing dalam Penang. Sebelum tu singgah dulu breakfast di warung tepi jalan di Teluk Bahang. Sedap jugak roti canai dia kat sini. Tak pernah-pernah anak makan abis. Selalu makan mesti tak abis. Memang betul sedap agaknya.

Selepas makan, kiteorang bergerak ke Entopia. Tapi tak masuk sebab kesuntukan masa. Mau berjam-jam kalau masuk ke sini. Banyak lagi tempat nak explore. Makanya Marina dan husband ambil keputusan untuk ke Craft Batik dulu. Marissa suka sangat kalau bab-bab yang melibatkan seni ni. Ingatkan nak tengoklah diorang mencanting batik. Masuk je kedai, tengok sekeliling, semua hasil kraftangan menjual batik. Baju, lukisan, bag malahan getah rambut pon daripada corak batik. Di belakang kedai ni ada bengkel untuk mencanting batik tapi apakan daya tutup pulak. Takde rezeki nak tengok live orang mencanting batik. Menurut staff di situ mencanting batik hanya dilakukan pada hari Isnin hingga Jumaat. Pengunjung yang datang ke kedai boleh tengok cara-cara batik dicanting.

Selepas itu, kiteorang menuju balik ke arah Tanjung Bungah. Dalam perjalanan, kiteorang singgah sekejap di Masjid Terapung. Sempatlah mengambil gambar sekeping dua di sini. Masjid ini pernah dilanda tsunami pada satu ketika dahulu tetapi masih utuh. Ianya telah dibesarkan lagi untuk memuatkan ramai lagi jemaah. Perjalanan meninjau Penang disambung dengan menuju ke Georgetown untuk melihat mural. Lagi sekali malangnya, tiada parking di situ untuk kiteorang berjalan kaki di lorong-lorong di sini. Terlampau ramai sangat pengunjung yang datang ke sini dan kami hanya mampu tengok dari dalam kereta sahaja.

Oleh sebab dah tidak tahu ke mana, akhirnya kami decide untuk keluar pulau dan ke Design Village. On the way ke Design Village, husband baru teringat tentang Muzium P. Ramlee. Nak patah balik macam malas. So hasrat terkubur gitu je.

Di sini Marina senaraikan tempat menarik di Pulau Pinang yang boleh korang kunjungi. Banyak rupanya tempat best-best yang boleh korang pergi kat Penang. Marina tak sempat nak explore semua tempat ni. Korang boleh klik link di tajuk untuk mengetahui lebih detail tempat-tempat yang disenaraikan

Senarai tempat Menarik di Penang :

Photo via Google
Sesiapa yang berminat teddy bear bolehlah berkunjung ke Teddyville Museum ni. Kalau anak Marina pergi ni mau taknak balik ni.

Photo via Google

Dulu Entopia ni adalah taman rama-rama. Dari luar, Marina tengok menarik tempat ni. Selain rama-rama macam-macam serangga lain yang boleh didapati di sini. Lanskap dia cantik-cantik. Sesuai untuk instagrammers untuk mengambil gambar di sini.  Entopia ni rupanya terletak dekat sangat dengan dam. Marina suka tengok dam. Ntah kenapa walaupun terasa gerun sebab tinggi sangat cerunnya. 

Photo via Google

Terletak di Bukit Bendera. Korang wajib naik kereta api (kabel car) untuk ke The Habitat ni. Tiket kabel car ni lain, tiket ke the habitat ni lain ye. Nak tahu details boleh klik tajuk kat atas.

Photo via Google
Merupakan muzium yang memaparkan pelbagai pameran sains. Terletak di dalam bangunan KOMTAR.

Photo via Google

#6 Kampong Agong Penaga
Terletak di luar pulau. Pemandangan dan hiasan di sini sangat menarik. Kampong Penaga ini merupakan tempat viral yang harus dikunjungi. Sesuai untuk instagrammers yang suka mengambil gambar di tempat-tempat yang cantik.

Photo via Google

#7 Craft Batik
Kedai yang menjual hasil kraftangan yang berunsurkan batik. Terletak di Teluk Bahang. Dibuka setiap hari.


#8 Design Village
Terletak berhampiran IKEA. Lebih kurang 1km dari IKEA. Design Village ni adalah seperti Genting Highland Premium Outlet dan Johor Bahru Premium Outlet. Gitulah. Pelbagai barangan branded ada dijual di sini.



#9 Masjid Terapung
Terletak di Batu Feringghi. Kawasan penempatan penduduk di sini dibangunkan semula selepas kejadian tsunami.


#10 Escape Theme Park Penang
Terletak di Teluk Bahang. Theme park ini berdekatan Entopia.

Photo via Google

#11 Rumah P.Ramlee
Rumah yang merupakan tempat kelahiran seniman agung tanah air kita iaitu Allahyarham P.Ramlee. Korang boleh baca kisah P.Ramlee dan pencapaian beliau di sini.

Photo via Google

Banyak lagi tempat menarik di Penang yang boleh korang kunjungi selain dari yang Marina senaraikan ini. Tak cukup bermalam satu hari.

Pada yang berhajat nak pergi Entopia, korang boleh beli tiket masuk Entopia yang murah berbanding di kaunter. Korang boleh beli online kat Tiket Online Entopia murah


[Entri berkaitan] : Selamat Datang ke Pulau Pinang,  Pulau Mutiara

[Entri berkaitan] : Tempat Menarik di Penang untuk dilawati

[Baca juga] : Pelembap Muka Yang Tidak Berminyak Dari Hansaegee Nature (Aqua Whitening Cream) 

5 comments:

  1. Lama tak jalan Penang .. keadaan dh stabil nanti leh plan ke sna nnti..

    ReplyDelete
  2. Marsha tak pernah ke Entopia lagi. Design village dan ikea sana pun belum jejak lagi. Tapi Flamingo Hotel tu best sebab dekat sangat dengan pantai.

    ReplyDelete
  3. Berpuluh tahun tak berkunjung ke Penang. Mesti banyak perubahan fizikal di sana. Mudah-mudahan ada kesempatan untuk bercuti di situ.

    ReplyDelete
  4. Jelous much tengok orang g penang. Husband ai tak suka. kalau dapat pergi tu memang bertuah sangat.

    ReplyDelete