Tempat Makan yang Halal dan Menarik di Genting Highlands - MARINA BASHAH

Tempat Makan yang Halal dan Menarik di Genting Highlands

Tempat Makan yang Halal dan Menarik di Genting Highlands | Korang tercari-cari kedai makanan halal di Genting Highland? Marina pon tengah mencari makanan halal di Genting Highland terutamanya makanan Melayu. Selalu yang jumpa fast food sahaja. Kira-kira 15 tahun yang lepas hanya jumpa kedai mamak je yang jual makanan berasaskan nasi. Marina siap tanya pada staff di situ, takde kedai yang jual nasi ke? Staff situ cakap, kedai mamak je yang ada, itupun kedai makan untuk staff.

Pada bulan Februari haritu, Marina dan family ke Genting Highland tapi balik hari je. Makanan yang jumpa masa tu hanya fast food sahaja. Masa untuk berjalan-jalan di Genting Highland pon agak terhad. Terlampau ramai pengunjung yang berkunjung ke Genting semasa waktu cuti. Marina bercadang nak pergi terjah hotel on the spot. Tapi haritu hotel semua full booked. Yang tinggal hanya bilik yang berharga RM800 semalam. Pada Marina tak berbaloi duduk di bilik yang mahal sebab kita banyak nak berjalan di luar. Tapi mungkin di antara korang berlainan pendapat, nak bilik yang selesa untuk tidur setelah penat berjalan. Terpulang pada masing-masing, yang penting tujuan utama korang ke Genting tercapai.

Hujung bulan Julai ni Marina nak repeat lagi sekali ke Genting Highland. Sejak PKPP dilaksanakan ramai yang ambil peluang ini pergi bercuti bersama keluarga atau-kawan-kawan. Ye la mungkin ada di antara mereka yang dah lama merancang untuk pergi bercuti tapi terpaksa ditangguhkan sebab kerajaan meminta rakyat Malaysia untuk melaksanakan PKP. Alhamdulillah Marina booking hotel ni, kerajaan dah benarkan merentas negeri dan taman tema pon dah dibuka pada public. Tak payah bersusah payah tunda tarikh.

Melalui perkongsian gambar-gambar dari rakan-rakan di Facebook dan Instagram masing-masing, Marina lihat ramai yang memilih untuk bercuti di Genting Highland. Mungkin tempat percutian di tanah tinggi ini berdekatan dengan tempat tinggal mereka dan tidak mengambil masa yang lama untuk sampai di situ serta tidak memakan belanja yang besar. Tak sabar rasanya nak ke sana. Seronok melihat rakan-rakan yang dah ke sana melayan kabus tebal di Genting Highland. Ala-ala di luar negara gitu.

Kalini Marina dah buat perancangan awal, dah siap booking hotel pada bulan Februari haritu. Siap cari kedai makan yang nak diterjah dan aktiviti yang nak dilakukan di sana nanti. Ye la kalini planning pergi beramai-ramai dengan keluarga sebelah husband. Tak syok plak berjalan tanpa hala tuju. Tambahan kat Genting Highland ni dah banyak kedai makan, mudah nak tuju bila dah tahu kat mana. Tak macam dulu, agak susah nak cari makan.

Okeh banyak pulak Marina membebelkan. Di sini Marina kongsikan tempat makanan halal yang boleh korang kunjungi semasa berada di Genting Highland untuk panduan korang dan jugak Marina. Marina dah sediakan link kat bawah ni korang hanya perlu klik pada tajuk dia je untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tempat-tempat makan yang ada di Sky Avenue,  Genting Highland ni.


Tempat Makan Halal di Genting Highland


#1 Medan Selera Sky Avenue, Genting Highland




Medan selera ini terletak di aras bawah Sky Avenue. Bersebelahan pintu masuk Outdoor Theme Park. Seronok dah ada Medan Selera di Genting Highland ni. Macam-macam jenis pilihan makanan yang korang boleh pilih. Antara kaunter yang terdapat di Medan Selera ini ialah :

~ Rice & Spice : Antara makanan yang dijual ialah Nasi Lemak dan Nasi Kandar
~ Noodles : Antara makanan yang dijual ialah Mee Bandung, Char Kiey Tiaw dan Bakso
~ Laksa : Pelbagai jenis laksa boleh didapati di sini
~ Western Asian : Makanan dari Negara Arab seperti Shawarma Ayam
~ Crispy & Chips : Antara menu yang ada di sini ialah Fish & Chip,  Chicken Popcorn dan Chicken Chop

Medan selera ini dibuka dari jam 8 pagi sehingga 10 malam.

[Entri berkaitan]: Medan Selera Food Court, Sky Avenue

Photo kredit Kerex Studio

#2 36 Jam Makan di Sky Avenue, Genting Highland




Banyak ke banyak tempat makan di Sky Avenue? 36 jam keliling Sky Avenue untuk semata untuk makanan je! Hahaha. Antara tempat makan yang ada di dalam Sky Avenue adalah Starbuck,  Madame Waffle,  Pappa Rich dan pelbagai lagi cafe yang ada di sini. Pilih je ikut selera tekak korang.


Amacam? Banyakkan tempat makan yang halal yang boleh korang terjah. Sekarang masalah nak pilih nak makan kat mana pulakkan? Semoga apa yang Marina kongsikan ni dapat jadikan panduan semasa korang jejak Genting Highland nanti.

[Baca juga] : Tips Untuk Kaki Shopping Jimat Berbelanja Online

28 comments:

  1. Banyak tpt makan kat sky avenue. Tapi mse ade theme park dulu selalu lepak makan kt dlm theme park sbb byk jual makanan kat dlm tu..

    ReplyDelete
  2. Saya dah lama tak keluar, jalan2 and makan with my friends and family. I can recommend these places to them if we ever decide to go for a short vacay at Genting. hehe

    ReplyDelete
  3. Sebelum PKP start bulan March haritu, ada naik ke GH. Memang banyak kedai makan cuma mahai benor. haha. kalau ke GH ni, kena sediakan ongkos lebih sikit part makan especially datang beramai-ramai dengan family.

    ReplyDelete
  4. lama betul tak ke sana, entah bila gaknya..mesti dah banyak perubahan kan? tempat makan pun dah banyak tu

    ReplyDelete
  5. Lama terperap kat rumah..sebelum buka sekolah ramai yang cuti-cuti Malaysia. Ni Marina dah share sini mudahlah bg mereka yang nak ke GH.

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak ke Genting Highlands apatah lagi theme park dah buka... seronok gak klu pg nanti.

    ReplyDelete
  7. lama dah x ke GH. ada bangunan baru yer?

    Memang common dulu2, asal naik GH je mesti makan fast food. Boleh la ni nak plan next trip nak enjoy kat GH

    ReplyDelete
  8. Memang bagus artikel ini, kerana ramai orang Islam tak ambil penting bab Halal dan Haram. Alhamduillah dengan artikel sebegini anda boleh beritahu di mana yang halal. Dah lepas fardhu kifayah anda.. good job~ :)

    ReplyDelete
  9. Sudah Lama I tak pergi Genting. Miss food dekat genting pulak.

    ReplyDelete
  10. Kalau ke Genting. Akak prefer makan di hotel atau food court aje. Sebab mudah nak kawal anak-anak. Hahaha. Bila la akak nak ke Genting ni? Hehe

    ReplyDelete
  11. Kedai makan kat atas sana banyak yang mahal. Tak padan ngan harga makanan huhuhu. Kalau datang ramai2 rasa pening gak bab makanan ni. Tapi biasa makan fast food la kalau naik sana ..

    ReplyDelete
  12. Arrggghhh terliur tengok nasi kandar ketam tu. Bukan senang nak jumpa nasi kandar lauk ketam. Sedapnya lah

    ReplyDelete
  13. okay, saya tak pernah lagi ke genting highland. in shaa Allah lepas ni kalau ke sana, dah tahu nak pilih tempat makan yang mana. :)

    ReplyDelete
  14. Teringin nak makan sambil enjoying DC cartoons - lagi best kalau boleh layan movie sekali hehe.

    ReplyDelete
  15. Kesahnyaa ekk...masa Sis pergi dulu tu, kami makan di bawah aje, naik atas hanya main manjang, cuma beli air dan eskrem...next time dah tau leee kedai halalnya...

    ReplyDelete
  16. Yup dulu mase muda remaja mkn kfc je.. Sekrg dh bnyk makann dekt situ. Bgus kan

    ReplyDelete
  17. makan kat medan selera dia je aritu

    ReplyDelete
  18. Banyak juga port makan dkt genting ni. Liez selalu mkn dkt foodcourt GPO je.. nnt boleh cuba

    ReplyDelete
  19. Wow. Kami dua tahun lepas makan kat GPO je. Rupanyaa kat Sky Avenue banyak lagi choice. Bolehlah plan untuk trip lepas ni.

    ReplyDelete
  20. Lama dah tak ke Genting . Dengar banyak gak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Nanti keadaan dah lega kita pi shopping .. hehhe

    ReplyDelete
  21. Laaa baru tahu. Hehe sebab tak pernah pergi sana. At least dah boleh tahu tempat makan halal di sana. Kena standby budget jela 😅

    ReplyDelete
  22. Teringat pulak kenangan dok mencari tempat makan halal masa ke Genting Highlands time pregnant anak ke-4 dulu... dah 6 tahun lah tak ke sana maknanya... hehehehe... nanti nak plan ke sanalah apabila keadaan dah semakin pulih... laaa nih masih belum berani lagi...

    ReplyDelete
  23. senang kalau adarestoran makanan halal di Genting. kalau dulu berani makan kat fast food ajelah.

    ReplyDelete
  24. banyak betul tempat makan best yang ada kat sky avenue next time datang genting boleh singgah sini

    ReplyDelete
  25. Za x nyempat lagi nak naik genting yg dah renovated ni.. Boleh pegi dah ni.. Haha

    ReplyDelete
  26. Kat sana memang banyak tempat makan best. EMi dah lama tak ke sana. Rindu pulak rasanya.

    ReplyDelete
  27. plan lps raya haji ni nak pegi genting tapi bila dgr kes covid ada semula..rasa takut nk pergi bercuti😢

    ReplyDelete
  28. nak pergi, tapi tk sanggup tengok jammed dia tuuu

    ReplyDelete