Menu Sahur Yang Kenyang Lebih Lama Semasa Berpuasa : 15 Idea Resepi Telur

Menu Sahur Yang Kenyang Lebih Lama Semasa Berpuasa : 15 Idea Resepi Telur | Makan makanan yang kenyang lebih lama untuk bersahur adalah penting semasa menjalani ibadah puasa. Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membuatkan perut kita tahan lama sepanjang kita berpuasa. Salah satunya adalah dengan memakan telur. Dari pembacaan, baru Marina tahu rupanya makan telur ni membuatkan perut kita kenyang untuk masa yang lama. Menu telur ni dah menjadi satu jenis lauk yang wajib untuk hidangan makanan kan? Selain kaya dengan protein, telur ni mudah didapati di mana-mana kedai. Nak masak macam-macam resepi telur ni pon mudah. Ada di antara kalian yang berdiet hanya dengan memakan telurkan?

6 Makanan Untuk Sahur Yang Kenyang Lama Sepanjang Berpuasa

1. Kekacang
2. Oatmeal
3. Epal
4. Telur
5. Sayuran
6. Sup ayam


15 Idea Resepi Telur : Makanan Kenyang Lebih Lama Untuk Bersahur Semasa Berpuasa


#1 Telur Goreng Cara Kedai Tomyam


Bahan-bahan :
- 3 biji telur ayam
- Separuh biji bawang besar
- 1 sudu tepung beras
- Garam

Cara-cara :
1. Pecahkan telur dan bawang besar ke dalam mangkuk.
2. Campurkan 1 sudu besar tepung beras dan sedikit garam.
3. Pukul telur sampai sebati.
4. Goreng telur dengan minyak yang banyak.



Kredit : Siti Is Cooking


#2 Resepi Telur Bistik Ala Thai 


Bahan-bahan:
1. 2 atau 3 biji telur
2. Isi ayam/daging/sosej di potong dadu - nak masuk semua ni pun tak apa atau nak pilih antara dua pun boleh.
3. 1 ulas bawang besar (dihiris)
4. 2 @ 3 ulas bawang putih (dihiris)
5. 2 biji cili padi (potong kecil) -Jika suka pedas boleh tambah
6. 3/4 batang lobak merah (nak letak Frozen mixed vegetables pun boleh)
7. 3 sudu sos cili
8. 2 sudu sos tomato
9. 2 sudu sos tiram
10. Sedikit lada benggala potong dadu(Jika tak ada tak apa)
11. Minyak masak
12. Gula dan Garam

Cara-cara:
1.Mula-mula pecahkan telur dan kacau telur sehingga berbuih/cair.
2.Kemudian panaskan minyak dan goreng telur tadi. Bila dah masak angkat letak dalam pinggan atau bekas yang sesuai.
3.Lepas itu, panaskan sedikit minyak, masukan bawang besar, bawang putih dan bila dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4.Masukkan lobak merah/Frozen mixed vegetables, cili padi, lada benggala dan ayam/daging/sosej. Tunggu sehingga masak.
5.Setelah itu perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
6.Bila dah siap masak bolehlah dicurahkan ke atas telur tadi.



Kredit: Buat Orang Lapo


#3 Sup Telur Chinese Style


Bahan utama:
✓ Bawang putih (cincang halus)
✓ Halia (cincang halus)
✓ Kiub pati ayam (tiada MSG)
✓ Filamen ketam (dihiris nipis)
✓ Telur ayam (dibancuh)
✓ Tepung jagung (dibancuh)

Cara memasak:
1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.
Selamat mencuba.



Kredit : Zurina Zulkefli


#4 Telur Masak Kicap


Bahan-bahan : (utk 4 biji telur)
*2 ulas bwg putih
*2 hiris nipis halia
*1/2 biji bawang besar
*sedikit lada hitam
•2 sudu cili blender
•sedikit lada sulah
•sedikit shj sos cili
•kicap
•cili padi di ketuk(ikut suka nak byk mana)
•hirisan bwg besar(ikut suka nk byk mana)
•garam & gula

Cara-cara :
1. Bahan2 yg bertanda *** ditumbuk rencah-rencah shj..nak lumat pun boleh...takde masalah.
2. Selepas itu bolehlah ditumis bahan2 ditumbuk tadi sehingga naik bau.
3. Masukkan cili blender...sos cili...kicap(kicap ni terpulang nak kicap apapun..asalkan kicap kaler hitam..eh...hahahaha)....lada sulah...
4. Masukkan sedikit air utk kurangkan kepekatan.Ini kerana kita nak biarkan kuah menggelegak masak.
5. Masukkan cilipadi...hirisan bawang merah. Time ni kena pandai2 rasa... nak ada rasa masin....manis..pedas dari cilipadi..lada sulah... Lada sulah juga dpt mewangikan kuah kicap.
6. Last sekali masukkan telur yg digoreng.
7. Tabur hirisan daun bawang serta bawang goreng.





#5 Resepi telur masak kurma


Bahan-bahan :
10biji telur -rebus
2paket kecil rempah kurma
5ulas bawamg putih (hiris)
1labu bawang merah besar -hiris besar)
1inci halia
2biji tomato (optional)
1biji lobak merah
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Air asam sikit
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara :
1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang sampai naik bau.
2. Masukkan rempah kurma yg telah dibancuh dgn air. Tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan air asam, dan air sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati. 
4. Masukkan kentang, lobak, msak sehingga empuk. 
5. Masukkan telur, cili merah, tomato, dan garam secukup rasa ..lepas tu adjust lah kuah dia nk pekat @ cair ...





#6 RESEPI TELUR REBUS SAMBAL SIMPLE


Bahan-bahan :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - hiris (takletak)
4 sudu besar cili kering kisar
Sos cili ikut rasa
Sedikit belacan (optional)
Garam
Gula
Air asam jawa
Telur - rebus, kupas & goreng

Cara-cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga garing dan wangi.
Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing.
Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik.
Masukkan garam, belacan (optional) dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.



Kredit : Mazni Maz


#7 Kari Telur


Bahan-bahan :
5 biji telur rebus
150g rempah kari
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah -kisar
2 ulas bawang putih -kisar
2 biji terung bulat -belah empat
1 tangkai daun kari(ambil daun sahaja)
375g santan
Garam secukup rasa.
Minyak masak

Cara Membuat:
1- Tumis bawang putih dan bawang merah kisar bersama daun kari hingga naik bau.
2- Bancuh serbuk kari dengan sedikit air hingga menjadi pes dan masukkan ke dalam periuk. Kacau rata.
3- Masukkan terung dan masak hingga terung layu.
4- Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5- Masukkan telur dan biarkan mendidih.
6- Sedia dihidang




Kredit : vinnity



#8 Resepi Telur Masam


Bahan-bahan :
Telur
Bawang merah
Bawang Putih
Halia
Biji sawi
Asam jawa
Timun
Cili merah
Cili padi

Cara-cara :
1. Telur yang dah direbus, kopek kulit dan goreng jap. (Ketepikan)
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dipotong. Masukkan
sedikit biji sawi.
3. Masukkan air asam jawa. Jangan berkuah sangat. Agak2 je la.
4. Dah menggelegak masukkan telur goreng tadi, timun, cili merah, cili padi
dan bawang besar.
5. Masukkan garam dan sedikit gula.
6. Rasa masin masam secukupnya. Siap!!




Kredit : Amy aziq Mohamed via mahn


#9 Telur Masak Palembang


Bahan-Bahan:
10 biji telur ayam- di rebus
2 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
1 sudu besar kerisek
1 cawan kicap lemak manis
minyak utk menumis

Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
1 cawan cili kisar

Bahan Tumis :
3 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 biji bawang merah-hiris-Yatie tambah
2 ulas bwng putih-hiris -Yatie tambah

Cara Memasak :
1. Telur hendaklah di rebus dulu bersama air dan sedikit garam. Bila dah masak, buang air panasnya, masukkan air paip dan sejukkan. Kopek telur dan kelar2kan sikit putihnya.
2. Sementara itu, panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai yg dititik sehingga pecah minyak.
3. Masukkan telur rebus dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana.
4. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan.
5. Biarkan masak hingga telur mesra. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. 
6. Masukkan kerisek dan gaul rata. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutupkan api, angkat danhidangkan.



Kredit : Resepi Ummi 

#10 Telur masak lemak


Bahan-Bahan :
6 biji telur, direbus
2 kotak kecil santan pekat
2 kotak kecil air
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, dihiris halus
10 biji belimbing buluh, dibelah dua
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
15 biji cili api
2 inci kunyit hidup
2 biji bawang besar

Cara-Cara :
1. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk, serai dan secawan air.
2. Kacau bahan tersebut dan masak sehingga mendidih dan air sedikit kering.
3. Kemudian, masukkan pula santan dan tambahkan sedikit air lagi. Gunakan api yang sederhana dan kacau perlahan supaya santan tidak pecah minyak.
4. Bila kuah sudah mendidih, masukkan belimbing buluh, daun kunyit dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kuah sekali lagi. Pastikan kuah sentiasa dikacau perlahan.
5. Perlahankan api dan masukkan telur satu persatu. Biarkan seketika sehingga kuah dan telur masak serata. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Tips :
Anda boleh menggunakan telur ayam kampung atau telur itik. Kalau anda tidak menggemari belimbing, anda boleh gunakan timun atau kentang.



Kredit : Saidah Nafisah Khairuddin


#11 TELUR DADAR STAIL GERAI


Bahan-Bahannya:
4 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh mayonis
1 biji cili merah - dicincang halus
1 biji bawang besar - dicincang

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan dan gaul rata.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. 
3. Dadarkan telur.
4. Kecilkan api, tutup kuali hingga bawah telur kuning keemasan.
5. Terbalikkan telur. Masak lagi hingga telur masak.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.



Kredit : Ilham Media


#12 Telur Scramble


BAHAN-BAHAN :
5 biji telur
1 biji bawang besar
4 sudu besar butter
serbuk lada hitam dan garam secukup rasa

CARA MASAK :
1. Masukkan telur dalam mangkuk yang sesuai kemudian dicampur dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya , kacau semua bahan biar cukup rata . Kupas bawang dan potong nipis-nipis .
2. Panaskan kuali dan masukkan semua butter dan masukkan bawang merah yg sudah dipotong nipis-nipis . Kacau semua bahan sampai bawang layu dan masak , perlahankan api dapur dan boleh la dimasukkan semua telur tadi .



3. Biarkan telur masak secara perlahan-lahan dan sentiasa kacau telur. Rasa telur jika kurang masin baru ditambah garam lagi . Jangan biar telur masak terlalu lama nanti telur akan menjadi berketul-ketul dan keras.



Kredit : Ilham Media


#13 Resepi : Telur Dadar Berkeju II


Bahan-bahan:
5 biji telur gred B
1/2 labu bawang besar - potong dadu
3 batang daun sup - hiris halus
7 biji cili padi - hiris halus
1 cawan hirisan keju Cheddar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
mentega

Cara-cara :
1. Campur telur bersama semua bahan di atas kecuali mentega dan hirisan keju.
2. Panaskan kuali non-stik saiz kecil, dan cairkan sedikit mentega.
3. Masukkan 1/3 bahagian adunan telur ke dalam kuali.
4. Masukkan 1/3 cawan hirisan keju Cheddar.
5. Apabila permukaan telur dadar kelihatan kental, terbalikkan dengan berhati-hati.
6. Setelah telur dadar kelihatan kuning keemasan, angkat.
7. Ulangi 3,4 & 5 hingga selesai.



Kredit : Amie's Little Kitchen


#14 Sambal Telur Ikan Bilis


Bahan-bahan :
4 biji telur, digoreng mata kerbau
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
1 pokok daun bawang, hiris halus
Daun salad secukupnya untuk hiasan

Bahan sambal tumis :
2 senduk nasi cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3/4 inci belacan*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)

Cara-cara :
UNTUK SAMBAL :- 
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah jus asam jawa dan masak hingga pekat. 
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK SAMBAL TELUR IKAN BILIS :- 
1. Susun daun salad dalam bekas sesuai, kemudian susun pula telur mata kerbau tadi. 
2. Ratakan sambal dan tabur dengan ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang. 
3. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.



Kredit : Mat Gebu

#15 Resepi Rendang Telur Rebus


Bahan-bahan :* Telur anggaran 30 biji rebus ( Pas tu grg.x grg pun ok je).
* Serai 5 btg .halia 2 in.lengkuas 2 in.
11 ulas bwg merah.
* Cili kering / cili api ikut suka bnyk mne.
* 2 sudu mkn rempah kari daging babas.( rempah rendang jenama ape ikutlh.)
* 1 sudu mkn serbuk jintan manis.
* 2 sudu mkn kerisik.
* 1/2 caw santan kotak..( mak mmg guna santan X bnyk ).
* 2 helai daun kunyit.
* Asam kpg gula dan garam secukup rasa.

Cara-cara :
1. Blend bawang halia lengkuas serai dan cili blend dan sehelai daun kunyit. Sehelai lagi utk hiris2 nti bila rendang dah siap masak.
2. Tumis bahan yang diblend sampai wangi. 
3. Masukkan rempah kari/ rempah rendang dan serbuk jintan manis.
4. Masukkan santan, asam keping, gula & garam. Tambahkan sikit air.
5. Masukkan kerisik. Dah mendidih, pelankan api.
6. Masukkan telur.

* Taburkn hirisan daun kunyit yg tinggal 
sehelai tadi tu.....dh siap.



Kredit Resepi : siti anah saleh


Macam Marina kan, masa bulan puasa ni nafsu nak makan tu kurang, lebih kepada nak minum. Nak makan nasi pon tak lalu terutamanya masa nak sahur. Kadang-kadang hirup sup je. Nasi tak makan. Pada korang yang macam Marina ni jugak, suka hirup sup, Marina kongsikan resepi aneka sup untuk berbuka dan sahur DI SINI.

Post a Comment

1 Comments

  1. Boleh cuba menu sahur di sini,hari hari nak pikir menu

    ReplyDelete