Resepi Ketupat Sotong Sedap - MARINA BASHAH

Resepi Ketupat Sotong Sedap

Resepi Ketupat Sotong Sedap | First tahu pasal ketupat sotong ni wujud masa husband beli pada kawannya. Senyap-senyap je dia beli. Wife kawannya yang buat. Terengganu mari. Asal ketupat sotong ni dari Terengganu. Biasanya ketupat sotong dibuat time musim mencadat sotong. Masa tu saiz sotong besar-besar. Sesuai buat ketupat sotong sebab nak sumbat pulut kat dalam sotong. 

First time merasa risau juga kot takleh terima tekak. Bila dah merasa, tersukalah pulak. Sampai mintak husband orderkan lagi. Air tangan orang yang dah biasa buat lagi sedap. Haha. 

Bila datang mood rajin, Marina nak cuba pulak buat ketupat sotong sendiri. Ada yang suka kuah putih. Yang kuah putih tu dia buang kulit sotong yang merah tu. Tapi ada yang cakap kulit merah ni ada khasiatnye. Makanya jadilah kuah merah.

Resepi Ketupat Sotong
Bahan-bahan:
1. Sotong 6 ekor yang besar
2. Beras pulut 2/3 cupak
3. Santan pekat secupak
4. Halba satu sudu kecil
5. Bawang merah sebiji
6. Bawang putih 3 ulas
7. Halia
8. Gula
9. Garam

Cara-cara:
1. Rendam beras pulut dalam sejam. Lagi lama lagi bagus.
2. Siang sotong bersih-bersih.
3. Masukkan beras pulut dalam sotong. 2/3 daripada sotong. Cucuk dengan pencungkil gigi supaya pulut tak keluar dari sotong.
4. Masukkan santan, bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Tunggu sampai mendidih.
5. Masukkan sotong. Masak dalam 30minit. Sampai beras pulut dah masak. Tambah air sampai sotong tenggelam. Kalau suka kuah pekat tambah lagi santan.


First time buat alhamdulillah menjadi walaupon pulut ada terkeluar sikit dari sotong. Rasa tu boleh diterimalah. Hehe. 

3 comments: