Resepi Ikan Sardin Masak Kicap Pedas Simple - MARINA BASHAH

Thursday, April 30, 2020

Resepi Ikan Sardin Masak Kicap Pedas Simple

Resepi Ikan Sardin Masak Kicap Pedas Simple | Disebabkan teringin nak makan ikan masak kicap pedas, makanya Marina masaklah menu ni. Ceritanya kawan Marina ada masak ikan masak kicap pedas ni,  sampai teringat-ingat kesedapannya. Nak cari kat kedai makan memang susah nak dapat masakan kicap pedas ni. So kita trylah masak sendiri. Alhamdulillah jadilah resepi ikan sardin masak kicap versi Marina

Resepi ni dah lama masak sebenarnya, baru nak up kat sini. Hihi. Dulu tak aktif berblog, sekarang dah aktif kita up entri di Facebook ke blog plak.

Marina masak kuah kicap pedas ni yang tak pekat. Ada yang suka letak sos cili, kicap pekat.

Bahan-bahan:
1. Ikan sardin
2. Cili boh 1 1/2 sudu makan
3. Cili padi 4biji
4. Bawang besar 1 biji
5. Bawang putih 4 ulas
6. Halia sebesar ibu jari
7. Kicap manis kipas udang

Cara-cara:
1. Lumurkan ikan sardin dengan garam dan kunyit. Goreng sampai garing. Toskan. Letak tepi.

2. Tumbuk bahan 3,4,5.

3. Masukkan minyak sikit je. Ngam ngam untuk menumis. Tumis bahan 3,4,5 sekejap dan masukkan cili boh. Tumis sampai cili boh warna merah pekat.

4. Masukkan air dan halia. Tunggu sampai mendidih. Masukkan kicap manis kipas udang.

5. Masukkan garam dan gula.

6. Dah mendidih, masukkan ikan goreng sardin.  Takyah masak ikan lama sebab dah goreng tadi. Balik-balik je dah boleh angkat.


Ni antara resepi ikan yang paling simple yang boleh korang cuba selain resepi ikan rebus goreng je kan?

Hajat nak makan ikan sardin masak kicap pedas termakbul juga.

[Baca juga] : Resepi Nasi Lemak Paling Simple dan Mudah

2 comments: