29 Koleksi Resepi Masakan Sotong yang Menarik untuk Dicuba

29 Koleksi Resepi Masakan Sotong yang Menarik untuk Dicuba | Siapa di sini peminat masakan sotong? Pernah tak korang makan sotong yang liat? Tips untuk memastikan supaya sotong kekal lembut, beberapa perkara perlu korang dititikberatkan seperti memilih sotong yang segar dan elok, mengetahui cara-cara membersihkan dan cara memasak sotong adalah sangat penting. Di sini Marina kongsikan koleksi resepi sotong yang menarik untuk korang cuba.


29 Koleksi Resepi Masakan Sotong yang Menarik 

#1 Resepi Sotong Masak ala Thai 


Bahan-Bahan :
• 1/2 kg sotong
• 1 biji bwng besar
• 4 ulas bawang putih
• 8 biji cili padi
• 2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
• 2 sudu besar sos nampla 
• 1 sudu besar gula apung thai
(boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
• 1 biji tomato – potong dadu
• Sedikit daun ketumbar

Cara-Cara :
1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan.
2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bawang putih hingga agak halus.
3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja di atas sotong. 

Kredit : Wan Maslinda Wan Mohamed


#2 Resepi Sotong Sambal Cili Api Petai




Bahan-bahan :
• Sotong
• Cili api hijau
• Cili besar merah
• Cili besar hijau
• Bawang besar
• Bawang putih
• Halia (hiris)
• Garam & perasa
• Minyak masak

*Untuk cili kalau tak ada cili besar, boleh gunakan cili api sahaja. 

Cara-cara memasak boleh klik pada tajuk resepi di atas.


#3 Resepi Sotong Masak 3 Rasa + Ubi Kentang


Bahan-Bahan :
• Sotong setengah kilo
• Ubi kentang 2 biji (Goreng dulu dan ketepikan)
• Cili merah 3biji*
• Cili Padi 6 biji*
• Bawang kecik 3 ulas*
• Sedikit belacan*
• Bawang putih 2 ulas* 
(tumbuk bahan-bahan bertanda *)
• Serai sebatang ketuk
• Air asam jawa satu cawan
• Sedikit kicap manis
• Pati ayam knorr seketul
• Sedikit garam dengan gula

Hiasan :
• Cili padi 6 biji
• Cili merah sebiji
• Sedikit daun bawang

Cara-Cara :
1. Tumis bahan-bahan bertanda yang ditumbuk sampai pecah minyak. 
2. Kemudian masukkan air asam jawa, air lemon 2 sudu kecik, sedikit kicap manis, pati ayam, garam dan gula. 
3. Masak sehingga pekat, kemudian masukkan sotong sehingga kuah kering sedikit.
4. Kemudian masukkan ubi yang digoreng tadi.l dan hiasan.

Kredit : Siti Fatimah


#4 Resepi Sotong Masak Lada


Bahan-bahan :
• 10 ekor sotong
• 3 ulas bawang putih
• 1 biji bawang besar
• 1 ulas bawang kecil
• 1 batang lada merah
• 6-7 biji cili padi
• 1 SK serbuk kunyit
• 2 SB sos cili
• Sedikit serbuk lada hitam
• Serbuk perisa *jika suka
• Minyak masak
• Garam

Cara-cara memasak boleh klik pada tajuk resepi di atas.


#5 Resepi Sotong Singgang


Bahan-bahan :
• Sotong
• Serai
• Bawang Holland 
• Bawang Putih 
• Lengkuas
• Halia 
• Cili padi
• Asam keping
• Tomato
• Putik Jagung
• Daun Limau Purut 
• Daun Ketumbar 

Cara Penyediaan : 
1. Didihkan air dalam periuk.
2. Masukkan 2 batang serai diketuk, 1/2 biji bawang holland dihiris, 3 ulas bawang putih dihiris, 1 inci lengkuas, 1 inci halia, 10 tangkai cili padi diketuk.
3. Masuk asam keping 1/2 keping.
4. Betul-betul mendidih, masukkan sotong, tomato, putik jagung & daun limau purut.
5. Perasakan dengan garam & mushroom seasoning.
6. Masuk daun ketumbar sekali dengan akarnya.

Tips: Mendidih terus tutup api supaya sotong tak kecut

Kredit : Yatiekitchen


#6 Resipi Sotong Masak Sambal Cili Merah




Bahan-Bahan :
• Sotong (hidupan laut lain pon boleh)
• Cili merah 10 biji* (agak-agak lah. Kalau sotong banyak lebihkan cili)
• Bawang besar 2 biji*
• Bawang putih

Cara-cara memasak boleh klik pada tajuk resepi di atas.


#7 Resepi Sotong Sumbat Telur


Bahan-Bahan :
• 6 ekor Sotong saiz medium
• 1 bawang merah saiz medium - potong dadu kecil
• 4 telur gred A*
• 3 ekor Udang XL* (buat rasa sedap lagi, takde pun rasa sedap juga) - potong kecil
• Daun ketumbar* (Jangan banyak sangat. Nanti menyengat rasanya) - cincang halus
• Carrot* (suka hati nak letak banyak mana) - cincang halus
• Maggi cukup rasa
• Pencungkil gigi/lidi

Resepi sos thai serbaguna:
• Sos thai 
• Bawang putih - cincang halus
• Cili padi merah - potong kecil
• Daun ketumbar
• Sos ikan
• Gula
• Air limau nipis
• Campur semua. Korang agak-agak je la ye yang sos tu.

Cara-Cara :
1. Masukkan semua yang bertanda * & kacau sebati. 
2. Lepas tu, panaskan minyak sikit & goreng bawang merah sampai garing sikit.
3. Masukkan adunan telur tadi & masak seperti telur hancur. 
4. Lepas tu masukkan garam gula kalau yang tak guna MSG. 
5. Sumbat telur ke dalam sotong. Sumbat biar sotong jadi gemuk buncit semuanya. Ambil kepala sotong & letak kat tempat asal dia. 6. 6. Lepas tu cocok sotong dengan lidi ke pencungkil gigi dekat tempat kepala sotong supaya telur tak terkeluar.
7. Dah siap sumbat telur, kelar sikit sotong tu supaya sotong tak mengecut.
8. Bakar atas arang atau masak atas kuali ataupun guna air fryer.
9. Masak sehingga sotong masak. Jangan lama sangat nanti sotong jadi kering. 

Kredit : Mira Khan


#8 Resepi Sotong Kering Sambal


Bahan-bahan :
• 10 keping sotong kering
• 2 keping asam gelugur / air asam jawa
• 1 sudu gula atau 1 keping gula melaka 
garam secukup rasa

Bahan Dikisar :
• 10 tangkai cili kering 
• 2 labu bawang besar 
• 3 ulas bawang putih 
• 1 inci halia 
• 1 mangkuk air

Cara-cara memasak boleh klik pada tajuk resepi di atas.


#9 Resepi Sotong Phat Phet


Bahan-bahan A :

(KISAR/BLENDER KASAR)
• Cili api/cili merah - ikut kepedasan sendiri
• Bawang putih
• Bawang merah
• Kunyit hidup
• Serai
• Belacan
• Lada hitam- letak sikit

*Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti sotong

Bahan-Bahan B :
• Sotong
• Asam keping
• 1batang serai (titik)
• Sedikit garam dan gula
• Daun limau purut
• Bahan sayur ( kalu tak letak pun tak pe)
• Kacang panjang
• Carrot
• Bunga kobis

Cara-Cara :
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yg di titik sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air.
3. Kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut, garam dan gula.
4. Akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis. Kacau rata dan biarkan layu sedikit, lepas itu angkat.

Kredit : Juna Natull


#10 Resepi Sotong Masak Kunyit


Bahan-Bahan :
• Sotong 
• Bawang merah 1 biji
• Bawang besar 1 biji ( potong bulat )
• Bawang putih 2 ulas
• Cili
• Asam keping
• Serbuk kunyit
• Garam
• Minyak masak

Cara masak :
1. Panaskan kuali ( jangan letak minyak )
2. Masukkan sotong dalam kuali dan letak sikit serbuk kunyit dan garam biar sampai air sotong keluar dan terus angkat sekali dengan air dia..
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih..
4. Masukkan semula sotong dan air dia sekali, kalau rasa kurang kunyit boleh tambah.. kalau suka berkuah boleh tambah air lagi.. 
5. Masukkan bawang besar, cili dan asam keping.. bila dah mendidih tutup api.. siap ☺️

Kredit: akma


#11 Resepi Sotong Berempah


Bahan-bahan :
• Sotong 1/2 kg (masak sekejap keringkan air)

Bahan-bahan tumis :
• 2 ulas bawang putih + sebiji bawang besar dihiris
• 2 sk kunyit hidup (blend)
• 1 sk halia (blend)
• 2 sk serai (blend)
• 4 sk cili kering (blend)
• 2 sb serbuk kari ikan
• 2sb serbuk kari udang + ketam (refer gambar)
• Air setengah cawan

Cara-Cara : 
1. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga pecah minyak. 
2. Masukkan sotong dan 2 tangkai daun kari. 
3. Masukkan garam sikit.
 
Kredit : Mira Samsol


#12 Resepi Ketupat Sotong


Bahan-bahan :
1. Sotong 6 ekor yang besar
2. Beras pulut 2/3 cupak
3. Santan pekat secupak
4. Halba satu sudu kecil
5. Bawang merah sebiji
6. Bawang putih 3 ulas
7. Halia
8. Gula
9. Garam

Cara-cara memasak boleh klik pada tajuk resepi di atas.



#13 Resepi Sotong Masak Lemak Cili Padi


Bahan-Bahan :
• 1 kilo sotong segar
• 2 cawan santan pekat - boleh tambah
• 1 keping asam keping
• 2 batang serai di titik
• garam secukup rasa

Bahan ditumbuk :
• 3 biji cili merah
• 3 biji bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 1/2 inci kunyit hidup
• 1 inci halia *

Kalau kuah kurang tambah santan dan jika suka pedas tambah lagi cili .

Cara-Cara :
1. Bersihkan sotong dan di potong kecil serta ketepikan semua dulu.
2. Tumbuk semua bahan sampai lumat.
3. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi .
4. Masukkan santan , serai dan asam keping.
5. Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong , sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak.
6. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh la ditutup api dapur .

Kredit : nanie khuzaifah


#14 Sotong Masak Kicap


Bahan-bahan :
• 500 gram sotong (potong ikut suka)
• 3 sudu besar minyak masak
• 1 biji bawang besar (dihiris tebal- bulat)
• 2 batang daun bawang (dipotong-potong)
• 2 biji cili besar merah atau hijau (dihiris nipis)
• 1 biji capsicum – jika suka (dihiris nipis)
• Kacang atau hirisan lobak merah (jika suka)

Bahan Untuk Dikisar (boleh juga dihiris halus-halus):
• 4 biji bawang merah
• 2 biji bawang putih
• 1 cm halia

Bahan Campuran Sos Kicap Manis:
• 4 sudu besar kicap manis
• 1 sudu teh tepung jagung
• ½ sudu kecil serbuk lada sulah
• 1 sudu sos tiram
• 3 sudu besar air

Cara-cara memasak boleh klik pada tajuk resepi di atas.
 

#15 Resepi Sotong Masak Hitam Pedas


Bahan-bahan :
• Sotong 500g
• Dakwat sotong
• Cili kisar 5 sudu besar
• Perahan Asam jawa 1 sudu besar
• Serai 1 batang ( dikatok )
• Halia 1 cm ( dihiris )
• Lengkuas 1 cm ( dihiris )
• Daun limau purut 2 keping
• Serbuk belacan 1 sudu kecil
• Cili padi hijau 10 batang
• Bawang putih 3@4 ulas ( dikatok )
• Bawang besar 1 biji(dipotong bulat)
• Garam
• Serbuk perasa
• Serbuk kunyit

Cara Masak :
1. Masak air sehingga mendidih dan masukkan sotong (2-3minit) kemudian toskan.
2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang putih dan serai sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak, kemudian masukkan cili padi hijau, daun limau purut, halia, lengkuas dan serbuk belacan, diikuti dengan perahan air asam jawa.
4. Masukkan sotong, dakwat sotong dan bawang, gaul rata dan masak seketika.
5.perasakan dengan garam dan secukup rasa.

Kredit : Nurul Ateeka


#16 Resepi Sotong Telur Masin 


Bahan-Bahan :
• 10 ekor sotong (potong nipis)*
• 5 sudu besar tepung jagung*
• 3 sudu besar lada sulah*
• 1 biji telur*
• Sedikit garam*
• Beberapa helai daun kari
• 3 batang Cili padi
• 3 sudu besar Butter (salted)
• 1 sudu besar gula
• 1 sudu besar Serbuk pati ayam

Cara-Cara :
1. Gaul-gaul bahan bertanda * dan goreng 3 - 4 minit.
2. Cairkan butter dan masukkan telur kuning. Masak sampai berbuih.
3. Masukkan cili padi/daun kari/serbuk pati ayam - gaul rata semua.
4. Masukkan sotong goreng tadi dan gaul sampai rata/kering.
5. Tabur gula dan gaul lagi dalam seminit biar gula sebati dan rata.

**rebus telur masin 2 biji (ambil kuning sahaja & hancurkan sedikit)

Kredit : nita wan


#17 Resepi Sotong Percik 


Bahan-Bahan :
• Sotong 400g

Bahan A :
• 1 bawang besar
• 5 ulas bwang merah
• 6 tangkai cili kering
• halia
• 4 biji cli padi
• garam
• 1batang serai

Bahan B :
• kicap manis
• garam
• daun kari
• santan

Cara-Cara :
1. Blend bahan A dengan minyak. Jangan letak air lansung.
2. Tumis sampai garing bahan diblend dan masukkan bahan B.
3. Perap dengan sotong minimum 10 minit
4. Bakar sotong 3 minit.nampak dh kembang trus angkat nanti liat.

Kredit : mastura mukhtar


#18 Resepi Sotong Kam Heong



Bahan-bahan:
• 10 ekor sotong sederhana kecil.
• 2 sudu tepung jagung
• 2 ulas bawang putih(cincang halus)
• 1/2 bawang besar(cincang halus)
• 2 sudu udang kering(rendam,tos,cincang)
• 2 batang serai(hiris)
• 3-4 biji cili padi(hiris)
• 2 sudu serbuk kari ikan
• Sedikit air
• 1-2 sudu kicap
• Sedikit minyak
• Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Gaulkan sotong yang telah dipotong dengan tepung jagung. Biarkan seketika
2. Goreng sotong tadi dengan sedikit minyak masak selama 1 minit. Angkat dan asingkan di dala mangkuk.
3. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
4. Masukkan udang kering, goreng sehingga sedikit garing.
5. Masukkan serai dan cili padi. Goreng seketika.
6. Masukkan serbuk kari, tambah sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
7. Masukkan sotong dan gaul sebati.
8. Tambahkan kicap, gula dan garam secukup rasa. Gaulkan sehingga sotong masak.

Kredit : nurul saadah zainal

#19 Resepi Pais Sotong Ala Utara


Bahan Utama :
• sekilo sotong

Bahan-Bahan :
• 15 tangkai cili kering..potong dan buang biji pastu rendam air panas sekejap. Toskan (jika guna cili padi pun sedap buh 25 biji )
• 2 biji bawang besar (yang merah bukan holand)
• 5 ulas bawang putih
• 2 sudu teh biji ketumbar
• 2 sudu teh jintan manis
• 2 batang serai
• 1/2 sudu besar serbuk kunyit
• 1/2 biji kelapa parut
• 2 helai daun kunyit (hiris nipis..nak koyak2 pun boleh)
• 1/2 sudu besar gula
• 1 1/2 sudu teh garam
• Sedikit air asam jawa (cair2 ja tau nak 1/2 cawan)
• Sedikit bahan perasa
• 1/2 senduk minyak masak..

Cara-Cara :
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, serai, jintan manis, ketumbar, serbuk kunyit, air asam jawa dan sedikit air. Kisar halus.
2. Masukkan kelapa parut dan kisar sekejap sahaja.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali, masukkan bahan kisar, gula, garam dan sedikit bahan perasa.
4. Masak hingga garing, guna api sederhana dan sentiasa kacau.
5. Apabila dah garing dan sambal kelapa elok masak, masukkan sotong dan hirisan daun kunyit. Kacau rata.
6. Apabila sotong dah lembut sesuaikan rasa.

P/S : Nak lagi sedap, bahan sambal kelapa dah elok masak, gaul dengan sotong. Balut dengan daun pisang. Letak dalam kuali, tutup kuali dengan tudung periuk. Masak guna api perlahan hingga masak.

Kredit : Mariana Zainal


#20 Resepi Sotong Goreng Tepung



Bahan-bahan :
• 1 cawan tepung ubi
• 1 cawan tepung jagung
• 2 sudu tepung bestari
• Sebiji Telur
• 1 sudu kecil garam dan black pepper

Cara-cara :
1. Campurkan semua tepung bersama garam dan black pepper- tak perlu bancuh.
2. Pecahkan telur, gaul2 sotong, angkat terus golek-golek dalam tepung.
3. Letak minyak dalam kuali dengan kuantiti yang banyak, biarkan sehingga betul-betul panas dan api jangan kuat sangat.
3. Goreng sampai keperangan.

Kredit : Nurul Faidha


#21 Resepi Sotong Bakar Bersambal


Bahan-bahan :
• Sotong (saiz besar).. pemberian jiran hasil mencandat di pantai Mersing.
• 10 tangkai lada kering - dikisar
• 4 ulas bawang kecil
• 1 biji bawang besar
• 4 ulas bawang putih
• 4 biji buah keras
• 1 batang serai
• 2 sudu besar sos tiram
• air asam jawa -secukupnya
• garam dan gula
• Sedikit minyak masak

Cara-Cara :
1. Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus).
2. Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai).
3. Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
4. Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak.
5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
6. Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik2kan sotong) sehingga masak. jangan terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

Kredit Resepi: Dzanariah


#22 Resepi Sotong Kari Tanpa Santan


Bahan-Bahan :
• 1 kilo sotong (dibersihkan)
• 2 tangkai daun kari
• 1 biji bawang besar(dihiris)
• 3 ulas bawang putih(dihiris)
• 1 cm halia (dihiris)
• 3 sudu perahan asam jawa
•1 buah tomato(dibelah 6)
• Daun ketumbar(2-3 sudu besar)
• Minyak masak secukupnya
• Serbuk perasa
• Garam
• 7 sudu besar Serbuk Kari ikan
• Sedikit air
(Jadikan paste)

P/s : tidak perlu mengunakan air, kerana apabila memasak sotong nanti airnya akan keluar

Cara-Cara :
1) Panaskan minyak didalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari. Masak sehingga sedikit keperangan.
2) Kemudian masukkan paste rempah kari dan gaulkan sebati, masak sehingga pecah minyak. (mengunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik dan sentiasa kacau)
3) Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap.(Masih mengunakan API sederhana)
4) Masukkan sotong yang telah dibersihkan tadi, masakkan seketika.
5) Akhir sekali,masukkan daun ketumbar dan tomato. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.(boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan)tunggu sedikit kering Dan tutup api.

Kredit :Nurul Ateekah


#23 Resepi Sotong Kangkung Goreng Belacan


Bahan-bahan:
• 1 ikat kangkung
• 2 ekor sotong sederhana

Bahan tumbuk:
• 2 ulas bawang merah
• 1 ulas bawang putih
• 1 biji cili hijau
• 4 biji cili api merah
• Belacan sesedap rase korang
• Garam
• Gula
• 1 sudu serbuk perasa

Cara memasak:
1. Tumis bahan tumbuk. Tumis sampai agak garing, sampai naik bau.
2. Masukkan sotong dalam 4 – 5 minit. Kalau lama sangat sotong akan liat. Rasakan dengan garam, gula dan cukup rasa.
3. Masukkan pula kangkung. Masa ini boleh kuatkan api. Kacau laju-laju.

INFO: Boleh tukar cili merah ke cili padi bagi yang suka pedas.

Kredit resepi &gambar: dapur lazz


#24 Resepi Sotong Paprik



BAHAN A :
• 100gm udang
• 100gm sotong
• 100gm bunga kobis
• 5 gm kacang panjang
• 1/2 biji bawang holland
• 1/2 tangkai cili merah
• 2 tangkai cili padi
• Sedikit daun limau purut

BAHAN B :
• 3 ulas bawang putih
• 2 sudu besar cili boh
• Sedikit minyak masak

BAHAN C :
• 2 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar cili sos
• Sedikit kicap pekat
• Gula dan garam secukupnya

CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan tumiskan BAHAN B sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan udang dan sotong.
3. Biarkan seketika, lalu masukkan BAHAN A dan biarkan selama 2 minit sambil kacau.
4. Akhir sekali masukkan BAHAN C dan biarkan ia mendidih.
5. Sedia dihidangkan.

Kredit : Fauziah Yahya


#25 Resepi Sotong Kangkung





BAHAN-BAHAN :
• 1 pcs sotong kembang- direbus dan tos
• 2 ikat kangkung- dicelur
• Kacang goreng- disangai dan ditumbuk kasar
• Bijan - disangai

BAHAN KUAH SOS :
• 1 paket kecil taucu masin*
• 10 tangkai cili kering - di potong2 dan di rebus* (dikisar bersama taucu)
• 1/2 cawan gula merah
• 2 sudu sos cili
• 2 sudu makan kicap manis
• 2 sudu makan sos tomato
• 1 sudu kicap pekat manis
• 5 sudu petis udang
• 1 sudu besar tepung jagung bancuh dgn sedikit air.
• 3 cawan air.

CARA MEMBUAT SOS :
1.Sediakan periuk dan masukkan air.
2. Kemudian masukkan kesemua bahan kecuali bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Setelah itu masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos. Masak hingga dapat kepekatan yang dikehendaki.Tutup api dan ketepikan.
4. Satukan sotong kembang yang telah dipotong kecil bersama kangkung ke dalam bekas.
5.Tuangkan sos tadi, taburkan kacang tumbuk serta bijan dan sedia untuk dihidang. Sos tak perlu letak garam, sebab taucu dah masin. 

Kredit : Eniza M. Salim


#26 Resepi Sotong Kukus Thai Style


Bahan A :
• Kerang yang masih hidup rendam dalam air garam selama sejam. (Air akan berbuih dan bertukar hijau. Bilas bersih.)
• Sotong - Bersihkan dan tos kering.
• 1 perdu akar ketumbar

Bahan B :
• Cili padi secukupnya
• 2 ulas bawang putih
> Tumbuk.

Bahan C :
• Madu @ gula perang
• Sos ikan (nam pla)
• Jus limau nipis
• Air

Cara-cara :
1. Tumbuk bahan B.
2. Campur bahan B dan bahan C.
3. Panaskan periuk pengukus 
4. Susun sotong dan kerang dalam mangkuk tahan panas.
5. Siram bahan yang dicampur di atas bahan A.
6. Kukus selama 5 minit dengan api sederhana.
7. Dah siap kukus, tabur daun ketumbar.

Kredit: Suriawati Amirnuddin


#27 Resepi Sotong Sambal Tempoyak Belado


Bahan-bahan :
• 5 ekor sotong.
• 15 biji cili api*
• 1 senduk tempoyak*
• 1 biji bawang besar*
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• 1 helai daun kunyit (hiris halus)
• Kacang panjang (potong kecil)
• Garam, gula, perisa masakan (aji)
• Minyak untuk menumis

Cara-cara :
1. Sediakan kuali. Tuang minyak masak secukupnya.
2. Bila minyak dah panas masukkan bahan bertanda* yang telah di kisar. Tumis sampai garing.
3. Masukkan sedikit air, gula, garam, perisa masakan dan serbuk kunyit.
4. Perlahankan api. Biarkan mereneh hingga pecah minyak.
5. Masukkan kacang panjang yang telah dipotong kecil.
6. Masukkan sotong dan daun kunyit. 
7. Gaul sebati dan rasakan dengan garam.

Kredit resepi : Eniza M. Salim


#28 Resepi Rendang Sotong


Bahan-bahan :
• 500 gm sotong
• Santan
• 2 sudu besar kerisik
• Daun limau purut
• Garam
• Gula
• Minyak

Bahan kisar :
• 20 tangkai cili kering
• 10 biji bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 3 batang serai
• 3 cm lengkuas
• 3 cm halia
• 2 cm kunyit hidup

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak. Masukkan santan, kerisik, daun limau purut. Kacau sampai naik minyak.
2. Masukkan sotong. Perasakan dgn garam dan sedikit gula. Masakkan sekejap. Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat. Siap.

Kredit resepi : uncle nublikumz 


#29 Resepi Sotong Buttermilk (Shell Out)




Bahan kuah :
• Buttercup separuh buku
• Bawang putih 8 ulas cincang
• Cili padi merah 8 biji potong 
• 1 kiub ayam
• Gula 2 sudu
• Garam
• Susu cair 1 tin
• Daun kari

Cara penyediaan :
1.Cairkan buttercup
2. Tumis bawang putih sehingga naik bau
3. Masukkan cili padi potong
4. Masuk kiub ayam 1
5. Masuk susu cair 1 tin
6. Perasakan dengan gula dan garam tabur daun kari
7. Pekatkan dengan tepung jagung. (3 sudu tepung jagung dicampur air dan masuk dalam masakan). Agak-agak kuah pekat sangat tambah air sikit.

Bahan sayur :
• Brocoli
• Jagung
• Carrot
• Bunga kubis

Cara penyediaan :
1. Potong dan rebus semua sayur

Bahan lauk celup tepung :
• Sotong
• Udang
• Tepung gandum
• Tepung jagung
• Lada hitam
• Garam
• Telur

Cara penyediaan :
1. Cuci bersih sotong udang
2. Adunan tepung 1 senduk tepung gandum+ 1 senduk tepung jagung + garam + lada hitam
3. Panaskan minyak dalam kuali
4. Celup udang sotong dalam telur
5. Kemudiaan baru celup tepung dan goreng

*Nak tambah kupang kerang ke boleh rebus je dengan garam n bawang sikit lepas tu nanti ruang sekali
Akhir sekali makanla shellout dgn gaya anda sendiri. 

Kredit resepi: Fa Phong via mahn




Post a Comment

2 Comments

  1. banyaknya resipi. Tinggal nak pilih sahaja

    ReplyDelete
  2. haish terliur tengok masakan sotong ni semua..nak2 time tengahari ni..hehe

    ReplyDelete