6 Tips Berpantang Sendiri Semasa Musim Perintah Kawalan Pergerakan - MARINA BASHAH

Sunday, April 12, 2020

6 Tips Berpantang Sendiri Semasa Musim Perintah Kawalan Pergerakan

6 Tips Berpantang Sendiri Semasa Musim Perintah Kawalan Pergerakan | Agak mencabar jugakkan berpantang sendiri semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni? Ibu-ibu terpaksa berpantang sendiri tanpa bantuan sama ada daripada ibu sendiri, ibu mertua atau upah bidan.

Antara keluhan ibu yang Marina baca semasa tempoh berpantang di musim PKP ni, "Dah hari ke 20 berpantang, tapi tak berurut lagi. "

Tak dinafikan musim PKP ni memang sangat mencabar untuk menjalani tempoh berpantang. Lagi-lagi berpantang sendiri. Masa nak check up mengandung, bersalin, berpantang dan check up anak memang menguji kesabaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan ni kan?

Selepas bersalin, nak berpantang di rumah mak, musim PKP ni tak boleh balik kampung pulak. Nak upah bidan untuk jaga semasa pantang, membasuh baju, mandikan baby, memasak dan mengemas rumah, kita pulak yang risau terkena jangkitan Covid19. Mungkin kita juga tak selesa orang luar yang menjaga kita semasa berpantang melainkan ibu kita sendiri.

Marina minggu yang ketiga baru mengurut masa melahirkan anak yang kedua disebabkan bersalin secara ceaser. Mengurut pon sekadar urut kaki, tangan dan belakang badan sebab ceaser tak boleh urut perut. Terasa ngilu di bahagian ceaser. Tak berani nak urut kuat sangat.

Marina berpantang sendiri semasa melahirkan anak pertama lagi. Semasa melahirkan anak yang pertama, arwah mak Marina masih berkerja dan tak dapat bercuti masa Marina dalam pantang. Macam mana Marina buat?

Marina nak bagi tips pon tak pandai, tapi Marina share pengalaman Marina semasa berpantang sendiri dulu. (Tapi bukan musim PKP la). Semoga sedikit sebanyak membantu ibu-ibu di luar sana untuk berpantang sendiri di musim PKP ni.

Tips Berpantang Semasa Musim Perintah Pergerakan (PKP) 

#1 Kuatkan Mental

First thing first, korang kena kuatkan mental. Betul-betul kuat. Anak seorang ok lagi, mungkin boleh jaga bergilir dengan suami. Masa Marina melahirkan anak kedua, anak yang pertama baru berumur setahun 3 bulan. Betullah orang cakap seeloknya gapkan antara anak 2, 3 tahun. Tapi dah rezeki kan? Terima je. Anak kedua lahir secara pembedahan. Arwah mak Marina pon tak sempat nak tengok anak kedua Marina.

Masa berpantang anak kedua ni, serius bagitahu, memang sangat stress. Nak harapkan suami, suami kena jaga anak yang pertama. So memang banyak Marina yang jaga sendiri. Anak yang kedua ni, waktu tidurnya pada waktu siang. Malam berjaga macam burung hantu. Kalau berjaga dan baring saja takpe lagi. Ini siap nangis nak berdukung. Memang mental koyak waktu tu. Menangis tak payah cakap la. Tapi Marina kuatkan mental jugak. Pujuk hati untuk bersabar.

Orang kata, kalau baby tidur petang, kita tidurlah sekali. Kalau boleh memang nak tidur, siapa taknak kan? Walau badan penat sekalipon, Marina memang dah biasa tak tidur petang ni, paksa pon memang tak mau tidur petang.

Basuh baju, sapu sampah, kerja rumah pulak macam mana? Serius bagitahu, semua Marina buat sendiri. Orang kata tengah berpantang tak elok buat kerja, takut bentan. Kalau kita tak buat siapa nak buatkan? Mana yang ringan-ringan Marina buatlah. Kurangkan beban husband. Husband pon ada bahagian dia. Kena bertolak ansur.

#2 Kawal Emosi

Apa juga masalah yang korang hadapi semasa berpantang, hadapi dengan tenang. Jangan stress. Kita pon sedia maklum, hormon wanita berubah apabila time mengandung dan selepas bersalin. Kita perlu banyak bersabar, berfikiran waras dan bertenang. 

#3 Berkomunikasi

Apabila hormon tak stabil, emosi kita akan terganggu. Daripada kita simpan, pendam perasaan, adalah lebih baik kita berkomunikasi, menyuarakan dan berbincang baik-baik apa yang membuatkan kita tidak selesa dengan sesiapa yang berdekatan dengan kita.

#4 Meminta pertolongan

Mintalah tolong husband kalau kita betul-betul tak mampu nak handle. Kita kena faham, husband pon kena jaga makan minum kita kan? Husband kena masak atau belikan makanan. So part kita pulak belajar sendiri untuk mandikan dan uruskan baby.

Masa Marina dulu, kadang-kadang mak mertua masakkan lauk. Husband Marina yang ambikkan lauk dan bawak balik ke rumah. Faham mak mertua pon ada komitmen lain dan tak berapa sihat. Dia ada masakkan lauk pon dah bersyukur. Marina berpantang lebih banyak beli makanan di luar. Makanan yang boleh dimakan oleh orang yang sedang berpantang seperti daging masak halia. Itulah menu harian Marina. 

#5 Jaga Pemakanan

Penting sangat menjaga pemakanan semasa berpantang. Jangan makan sembarangan. Jangan makan makanan yang berangin, yang gatal, yang sejuk dan yang tajam. Nanti kita yang merana kemudian hari. Badan nak pakai lama uiii. Jangan biarkan perut kosong.

- Sarapan Pagi
Selepas Subuh, siap mandi dan melakukan amalan berpantang, Marina akan makan biskut kering dan minum horlicks. Sarapan pagi jangan miss. Nanti perut masuk angin.

- Makan Tengahari
Makan nasi putih dan banyak makan lauk yang mengeluarkan angin seperti halia. Marina memang banyak makan halia. Ikan bilis pon penting untuk tambah darah. Nasi makan panas-panas. Minum air suam. Tapi halia kena hadkan juga kuantiti jika anak ada kuning.

- Makan Malam
Biasa malam Marina makan lauk yang sama waktu makan tengahari.

Banyakkan minum air suam.

#6 Amalan Berpantang 

-Pagi
Selepas Subuh, mandi herba, Bertungku, Berpilis, Berparam, berbengkung. Marina guna tungku besi yang ada pemegang tu. Marina tak pandai untuk ikat besi tungku bersama daun mengkudu dan kain, so setiap pagi husband Marina yang tolong balutkan tungku. Dah habis bertungku, pastikan pakai stoking. Marina biasa bertungku mengambil masa satu jam. 

-Petang
Mandi sebelum pukul 7 malam.  Mandi air panas. 


Berurut penting atau tidak selepas bersalin? 

Berurut memang penting semasa berpantang supaya badan tidak sakit kemudian hari. Memandangkan musim PKP ni, ramai ibu yang berpendapat patut tangguhkan dulu berurut sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan wabak Covid19. 

So time PKP ni sebaiknya tangguhkan dulu berurut. Lambat pon takpe. Dah abis PKP ni,  ibu-ibu lepas bersalin bolehlah pergi mengurut. Ibu-ibu juga boleh meminta husband untuk mengurut sementara menunggu habisnya musim PKP ini.

Apa yang penting ibu yang sedang berpantang perlu menjaga pemakanan, jaga kebersihan dan melakukan amalan berpantang selain berurut semasa PKP ini. Makan makanan yang boleh memanaskan badan. Memakai baju lengan panjang dan tebal seperti sweater serta berstoking. Jangan biarkan badan kita sejuk. 

Alhamdulillah Marina berjaya melalui zaman berpantang sendiri di rumah sendiri. 

Semoga ibu-ibu yang berpantang di luar sana kuatkan semangat, kuatkan mental dan banyakkan bersabar. Marina doakan korang boleh menghadapi tempoh berpantang semasa musim PKP ini dengan jayanya.

[Baca juga]: 10 Aktiviti Pembelajaran Di Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

23 comments:

  1. mencabar sungguh musim2 MCO ni.. tabahla ibu2 semuaaa..

    ReplyDelete
  2. aida lama berpantang sendiri time anak sulung. sedih kalau ingatkan masa tu.
    tapi yg kedua dan ketiga, dgn mak sepenuhnya. alhamdulillah.
    yes. mental kena kuat.
    persediaan suami & isteri, both kena complete. kerjasama, kan.
    masa anak sulung tu, after 3 minggu, aida masak sendiri, sebab asben keje.
    simple jer. masa tu internet not so good mcm sekarang.
    tanya tanya jer la resepi :)

    ReplyDelete
  3. bertabahlah pada sapa2 yanv kena berpantang sendiri. anda semua super mommy. good tips, thanks

    ReplyDelete
  4. banyak juga cabarannya kan sis marina. rupanya tak semudah yang disangka. betul. kadang nak berurut kena panggil tukang bidan. lepas tu nak juga mak sendiri yang jaga. bukan tak berdikari jaga diri sendiri. tapi jagaan orang tua ni kadang dipercayai. nak bermanja sekejap dengan mak. haha. thanks for share :) nak share dengan kakak ipar yang tengah tunggu nak bersalin je bila-bila masa.

    ReplyDelete
  5. terima kasih share. tak tau pulak berpantang memang perlukan macam2 perkara untuk difikirkan. okayz lepas ni bila dah ada isteri dah tau mcm mana nak uruskan

    ReplyDelete
  6. Kesian pada mereka yang tiba-tiba berpantang sendiri, ye laa plan asal semua dah lari..lagi kalau kena yang Suaminya plak jauh, tak dapat balik, aduhh sedihnya...harap mereka semua bersabar dan tabah...stress pun tak boleh juga...

    ReplyDelete
  7. masa berpantang pun kira dalam perintang kawalan pergerakan juga lah kan marina bukan boleh keluar kecuali pi klinik hehe :)

    ReplyDelete
  8. K mid dulu anak pertama jer berpantang kat umah orang tua...lepas tue berpantang sendiri sbb dah tahu bole makan apa...nak buat apa...cuma jaga diri elok2 jer

    ReplyDelete
  9. Baca pun dah rasa mencabar inikan orang yang hadap nak berpantang ini. Bukan senang nak jadi ibu ini banyak pengorbanannya, nanti boleh share dengan kawan yang otw nak pantang. Jaga diri kak Marina.

    ReplyDelete
  10. Thank for sharing ! Veronica baru ada 1 anak je. Dan dah berpisah, so don't think so will have any kid in future. Tak de jodoh. My first daughter I pun buat pantang sendiri. So it's not a big deal for me pun. Dah biasa bersendirian.

    ReplyDelete
  11. stay safe akak. heeee sorry baru perasan tak follow lg XD

    ReplyDelete
  12. Di waktu PKP ni macammanalah nak berurut kan. Apa yg dikongsi sgt betul. Emosi ibu ni penting.semoga para ibu tabah.

    ReplyDelete
  13. Time PKP nie, semua kena cuba apa yang tak pernah buat, berpantang sendiri ni pun ada kawan yang alami tak boleh berpantang di kampung, jadi dia kenalah belajar sendiri melalui google, moga dia terjumpa entri yang dikongsikan ini moga bermanfaat

    ReplyDelete
  14. isu ni mommy pernah baca perbalahan antara doc popular di fb dengan pengomennya. doc tu cakap, berpantang la sendiri. orang yang komen cakap, jangan ambil mudah. macam mana ek nak cakap, bagi mommy masing masing punya situasi dan orang yang membantu di sekeliling. kalau ikutkan berpantang sendiri tu, diri sendiri dan baby je la.xd siapaaa dah

    ReplyDelete
  15. Baguslah berdikari dlm pantang tanpa bantuan sediapa kecuali suami dlm time PKP ni, kak mmg kedian tp bila dah msk anak kedua kita dah tau mcm mana nak jaga sendiri dlm pantang dan suami kena bantu isteri, time ni nak panggil org mengurut mmglah xdptkan? Jd plg utama jaga mkn, bertungku, berbengkung dan mkn jamu bila anak tak ada kuning sbb mkn jamu utk kedihatan dalaman dan luaran. Kak pun xdpt nak pg mengurut org skrg ni.. jd itulah cara terbaik.

    ReplyDelete
  16. Sis masa berpantang dulu mmg berpantang sendiri, maklum jauh dari keluarga dan suami pulak sibuk..so pandai2 lah sendiri buat. Itupun tak sampai tempoh pantang dah keluar kesana sini..huhuhu

    ReplyDelete
  17. Memang mencabar bagi ibu2 yg bersalin dan berpantang masa PKP ni.

    Bagus tips mcm ni. Panduan untuk ibu² yang dalam situasi PKP.

    Sabar ya kak Marina.

    Jgn lasak ya. Jaga luka baik².

    Jaga diri

    ReplyDelete
  18. berpantang kena ada cara yang betul juga kan. silap2 nanti boleh jadi masalah jugak

    ReplyDelete
  19. Tq kak share kan tips esp rutin berpantang. Sy tunggu lagi beberapa minggu je nak bersalin. Pg check up semua pon drive sendiri sejak PKP, 2 askar kecik lagi, husb yg jagakan. Yg paling risau time bersalin nti, mcm mana nk g hosp, anak2 siapa nak jaga, makan siapa nak masak n brg basahan siapa nk cuci. Sekarang pon dh terasa risau n stressny kak. Husb wfh, meeting hari2. Kita perempuan ni takut ganggu dia. Takut bila nak hadapi masa berpantang, akan bermain dgn emosi. Meroyan kalau mental x kuat. Doakan sy ye.

    ReplyDelete
  20. Ada org berpantang...langsung x masak...semuabharapkan mak atau mertua atau org lain.....semua bende x buat....nampak cam tuan puteri

    ReplyDelete
  21. Saya bakal melahirkan anak pertama saya dalam bulan July ini dan saya risau berpantang sendiri. Terima kasih untuk blog post ini.

    ReplyDelete