10 Aktiviti Pembelajaran Di Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

10 Aktiviti Pembelajaran Di Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) | Macam-macam aktiviti pembelajaran yang Marina fikirkan untuk anak-anak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni supaya diorang tak bosan dan ketinggalan jauh dalam matapelajaran. Kiranya homeschooling la ni.

Sepanjang Perintah Kawalan (PKP) ni, Marina dan anak-anak hanya duduk rumah sahaja. Menyahut seruan kerajaan dan membantu usaha kerajaan untuk membendung Covid-19 yang semakin meningkat. Keluar rumah apabila hendak beli barang keperluan sahaja. Kadang-kadang husband pergi, kadang-kadang Marina yang pergi.

Bagi ibu yang bekerjaya seperti Marina ni, agak mencabar jugak nak fikir aktiviti pembelajaran apa yang nak dibuat di rumah bersama anak-anak. Bukan ibu bekerjaya sahaja, surirumah juga turut terkesan dengan PKP ini. Selalunya pada waktu pagi atau petang anak-anak akan dihantar ke taska, tadika atau sekolah. Mereka akan belajar di sekolah. Ibu bapa hanya perlu pantau kerja rumah dan bersama-sama membuat ulangkaji apa yang dah diajar di sekolah.



Restricted Movement Order (RMO) ni sedikit sebanyak menjejaskan pelajaran anak-anak. Disebabkan Marina risau anak-anak ketinggalan dalam pelajaran, beberapa aktiviti pembelajaran boleh dilakukan bersama anak-anak di rumah.

Di sini Marina senaraikan 10 aktiviti pembelajaran menarik yang boleh dilakukan di rumah bersama anak-anak. At least anak-anak bolehlah belajar di rumah kan?


10 Aktiviti Pembelajaran di Rumah

#1 Buat Kerja Sekolah di Rumah yang Diberikan oleh Cikgu

Marina percaya majoriti ramai guru kelas mewujudkan group whatsapp untuk para ibu bapa yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat penting.

Di group whatsapp kelas anak-anak Marina, cikgu matapelajaran setiap hari aktif memberikan kerja sekolah yang perlu dilakukan di rumah.


#2 Menjawab Kuiz Online

Selain daripada kerja sekolah, cikgu-cikgu matapelajaran ada juga memberikan link-link website untuk anak-anak menjawab soalan kuiz online.


#3 Menonton Video Matapelajaran

Cikgu sekolah anak-anak Marina juga ada memberikan link website video-video matapelajaran untuk ditonton oleh anak-anak di rumah. Bukan takat menonton sahaja,  selepas menonton video,  Marina akan minta anak-anak buat latihan, (output yang didapati)  berdasarkan video yang ditonton. Apa input yang diorang dapat daripada menonton video tersebut.




#4 Membaca suratkhabar Bahasa Inggeris

Marina minta husband Marina belikan suratkhabar Bahasa Inggeris. Tak pernah-pernah beli suratkhabar. Tahap penguatkuasaan sebutan Bahasa Inggeris anak-anak Marina masih rendah. So Marina rasa baca suratkhabar lah yang paling bagus untuk menguatkan Bahasa Inggeris anak-anak.


#5 Melakukan Operasi Asas menggunakan Alat Tulis

Aktiviti ini dilakukan untuk menguatkan lagi pemahaman menguasai operasi asas dan untuk menjadikan pelajaran Matematik ini menarik. Disebabkan pemadam banyak di rumah ni,  memang sengaja beli banyak (husband konon buat koleksi), makanya pemadam ini digunakan untuk melakukan aktiviti ini. Anak-anak Marina memang enjoy buat aktiviti ni.


#6 Spelling Bee

Buat ejaan perkataan Bahasa Inggeris. Marina sebut perkataan yang perlu anak-anak eja, anak-anak akan eja dan tulis perkataan tersebut. Apa yang diuji dalam aktiviti ni ialah kemahiran mendengar.


#7 Membuat Latihan Buku Aktiviti

Selain dari kerja rumah yang disediakan oleh cikgu, Marina juga ada beli buku latihan untuk anak-anak buat latihan di rumah. Buku latihan ni Marina beli sebelum tempoh PKP lagi. So, time PKP ni, bolehlah diorang buat lebih lagi latihan.


#8 Jadi Detektif (Kemahiran Pemerhatian dan Menganalisa) 

Idea aktiviti ni datang dari Marissa. Kalau bab idea ni bagilah dia fikir. Katanya ni main detektif. So, Marina rasa aktiviti ni bagus jugak untuk mengasah kemahiran pemerhatian dan menganalisa diorang. Kemahiran ini terdapat dalam silibus Sains anak-anak.


 #9 Membuat handbag daripada kertas

Marissa ni seorang yang kreatif. Bagi kertas kosong kat dia, ada la benda yang dia hasilkan nanti. Then, adik-adik pon nak sekali. Jadinya, kenalah dia buat sekali untuk adik-adik. Aktiviti macam ni dapat mengembangkan kreativiti anak-anak. Secara tak langsung, adik-adik pon dapat mengembangkan minda dan cuba sendiri buat aktiviti yang melibatkan kreativiti seperti melukis. Si Miqaila tu pon pandai dah melukis sikit-sikit. Nampaklah jugak bentuk dia lukis Doraemon.



#10 Belajar Mengira 1 hingga 10 Menggunakan Mainan

Pernah terfikir tak, anak-anak yang masih tadika ni belajar mengira satu sampai sepuluh, adakah mereka ni betul-betul tahu mengira atau sekadar menghafal? Disebabkan nak tarik minat anak belajar mengira, Marina guna mainan ni untuk Miqaila mengira. Mainan ni dah lama beli. Bila ada masa terluang ni, Marina ajak dia untuk gunakan mainan ni untuk mengira satu hingga sepuluh. Dengan cara ni, bila bagi apajua barang di depan mata, diorang memang betul-betul tahu mengira dan bukar sekadar menghafal.



Menarik minat anak-anak belajar di rumah

Inilah 10 idea melakukan aktiviti pembelajaran di rumah bersama anak-anak waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini. Aktiviti pembelajaran seperti ini sedikit sebanyak dapat menarik minat anak-anak untuk belajar di rumah. Takdela diorang bosan duduk di rumah tanpa lakukan sebarang aktiviti. Banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Nanti nak buat aktiviti jual beli dengan diorang pulak.

Kalau takde idea, korang boleh ulang balik dari aktiviti 1 sehingga 10 pada minggu berikutnya. Semoga anak-anak kita tak jauh ketinggalan dalam pelajaran mereka.

Di sini Marina kongsikan link telegram bahan belajar untuk anak-anak lakukan di rumah. Bahan belajar ini untuk pelajar tadika, pelajar sekolah rendah dan juga menengah.

Bahan Belajar di Rumah untuk Tadika,  Pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Post a Comment

25 Comments

  1. Itulah..penting juga tu study dlm wajtu cuti pnjg ni supaya anak2 x ketinggalan jauh pelajaran..

    ReplyDelete
  2. menarik 10 aktiviti sis marina dengan anak-anak buat kat rumah. kita ni, even belum ada anak, risau juga tengok anak-anak buah. takut ketinggalan. nak suruh belajar punyalah payah. will share this artikel. boleh buat macam ni kot.

    thank u share sis :)

    ReplyDelete
  3. Bagus aktiviti ni, kurang sikit dgn gajet...elok utk pembelajaran berterusan anak2 ketika PKP ni

    ReplyDelete
  4. Betul inilah masanya nak ajar anak-anak apa apa pun malah dgn adanya e-learning anak2 bole terus berinteraksi dengan cik gu dan membuat homework.

    ReplyDelete
  5. Banyak aktiviti bagus. Macam saya dekat rumah ni semua dah besar panjang. 😅

    ReplyDelete
  6. ibu bapa seharusnya guna masa pkp ni sebaiknya untuk beraktiviti dengan anak2, bila dah kerja kekangan masa kan.

    ReplyDelete
  7. Bagus supaya anak2 tak ketinggalan di musim duduk rumah ni. Biar minda sorang sentiasa belajar dgn buat keje sekolahndan aktiviti lain. Ibu bapa kena dorong dan beri bantuanlah utk kejayaan mereka.

    ReplyDelete
  8. seronoknya dapat buat aktiviti bermanfaat camni dengan anak-anak... saya dan keluarga terpisah 430 km jauhnya sepanjang PKP ni... huhuhuhu... dapat hantar tugasan melalui WhatsApp group family aje la...

    ReplyDelete
  9. Banyak aktiviti boleh dilakukan dirumah bersama anak-anak, lebih lagi bila anak ramai..boleh macam2 buat, mesti seronok. Macam sis anak sorg dan dah besar..so dia buat aktiviti dia sendiri je le..kdg2 je tolong kita

    ReplyDelete
  10. anak2 aida yg dua tu dah besar, marina.
    diorang buat keje sendiri aje. tapi aida pantau la.
    homework semua cikgu wasap je. kuiz pun ikut google form :)
    so far takde la video conferencing.
    as for Izzat. tiap hari ada tugasan dari cikgu. google form. video. ada yg perlu ditampal dlm buku latihan.
    bagus la kan.
    ada keje assigned by cikgu ni, parents ada punca skit nak ngajar apa. terbaik.

    ReplyDelete
  11. Aktiviti 1 dan 2 memang wajib anak anak Mimi kena buat. Kalau tak ummi dia bertukar jadi mak ko hijo.hahaha..Tambahan aktiviti diorang belajar buat kuih atau kek.. Yela kita faham kan duduk terperap dalam rumah lama lama bodan jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Cikgu pon susah hati ngan anak2 murid. Hari2 bg keje sekolah

      Delete
  12. Duduk rumah ni anak anak pun naik tepu. Macam Anak kita, dia PRA. Haritu cikgu memang ada bekalkan homework. Dah settle buat. Nak buat homework lain, xtau apa dah. Nak keluar cari buku, ddy nya je keluar. Itu pun kena cpat.

    ReplyDelete
  13. Musim PKP ni memang anak-anak dah jadi buntu buhsan kan kat rumah, tak kisah le anak besar ke anak kecik..bila ada aktiviti sebegini, sedikit banyak melekakan anak-anak, takde la mereka rasa terkurung aje,...

    ReplyDelete
  14. Bagusnya siap buat kuiz online. Kalau zaman iena dulu-dulu memang takde la online2 ni kan..Untung budak-budak zaman sekarang. Zaman teknologi canggih :)

    ReplyDelete
  15. menarik aktiviti nih..boleh la za buat dgn anak2 pula .. dah bosan juga ni ketandusan idea nak buat apa kat umah..hihih

    ReplyDelete
  16. Sejak PKP ni, rupanya ramai ibu2 boleh homeschool anak2
    Tapi mencabar jugak ajar anak sendiri ni, lebih sukar dr ajar anak org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mencabar. Cakap cikgu nak dengo. Cakap parents tkmo dengar. Haha

      Delete
  17. Seronok jugak time PKP ni kalau masa anak2 dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama kita kan.. Alahai.. Rindu pulak kat harraz.. Walaupun dia belum masuk sekolah.. Selalu teman dia main toys2 education dia tu.. Kira macam waktu belajar dia jugak la tu.. Tapi dalam tempoh TB berpantang ni.. Terpaksa hantar Harraz kat rumah adik.. So tak dapat lah nak melayan dia buat masa ni.. Rindu kat dia dah ni.

    ReplyDelete
  18. Menarik.. tp adik sy liat nak buat homework huhu T-T

    ReplyDelete
  19. bila baca artikel ini terus terpikir nak buat story yang hampir sama sebagai kenangan belajar dimusim covid..... nnt dah siap entri kita share insyallah dalam konteks yang agak lain

    ReplyDelete