Tempat Menarik di Pulau Langkawi : SkyCab Langkawi Cable Car - MARINA BASHAH

Tuesday, January 28, 2020

Tempat Menarik di Pulau Langkawi : SkyCab Langkawi Cable Car

Tempat Menarik di Pulau Langkawi : SkyCab Langkawi Cable Car | Pergi Pulau Langkawi mesti tak lepaskan peluang naik cable car kan? Rugilah kalau tak naik cable car menikmati pemandangan Pulau Langkawi dari puncak Gunung Mat Chinchang. Sebelum ni Marina dah pernah naik cable car di sini. Kalini nak bagi anak-anak merasa pulak naik cable car di Pulau Langkawi.

Marina beli tiket online siap-siap. Takyah beratur dah bila sampai di sini. Tapi sebelum naik cable car, kena redeem tiket dulu di kaunter 6. Marina beli tiket ni di website Tripcarte. Yang bestnya beli tiket kat Tripcarte ni dia open date. Korang nak pergi tarikh bila-bila pon boleh. Valid untuk 3 bulan rasanya. Time cuti am, cuti sekolah pon harga tak berubah.

Marina beli tiket pakej. Pakej termasuklah :
■ SkyCab + SkyDome + SkyRex + 3D Art Museum
■ Langkawi Island Hopping (Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding, Beras Basah)
■ Underwater World, Langkawi

Kesemua harga pakej ni untuk 3 Dewasa dan 3 kanak-kanak RM504.20



Buat Verification kalau tak sempat masuk SkyRex, SkyDome atau 3D Art Museum
Kalau dah ambil pakej SkyCab, SkyRex, SkyDome dan 3D Art Museum, kena habiskan melawat semua tempat ni pada hari yang sama. Tak boleh sambung pada keesokan harinya.

Marina naik SkyCab dan melawat SkyRex ni pada hari pertama Marina sampai ke Pulau Langkawi. SkyDome dan 3D Art Museum tak sempat nak melawat sebab kesuntukan masa. SkyDome, SkyRex dan 3D Art Museum tutup pukul 7.30 malam. Masa ni dah redho. Tak sempat pergi SkyDome dan 3D Art Museum pon takpela. Nak buat macam mana kan.

Masa kiteorang melawat SkyRex, tanya pada staff kat situ, SkyRex boleh masuk ke? Dia kata tayangan seterusnya pukul 7.15 petang. Dia suruh pergi SkyDome. SkyDome pon sama pukul 7.15 petang. Mintak anak-anak buat pilihan nak masuk yang mana. Diorang pilih nak masuk SkyRex.

Di SkyRex, staff tu bagitahu kalau tak sempat nak melawat tempat-tempat di situ, boleh buat verification di Customer Service. Baik sungguh staff tu bagitahu. Nasib baik jumpa staff ni. Kalau tak macam rugi je tak melawat tempat-tempat tersebut sebab dah beli tiketkan.

So Marina pergi lah ke Customer Service buat verification untuk masuk SkyDome dan 3D Art Museum pada keesokan harinya. Customer Service ni terletak di tingkat 2 di Sky Boutique.


SkyCab Langkawi Cable Car
Terletak 30 minit dari Pekan Kuah. SkyCab ni membawa korang ke puncak Gunung Mat Chinchang. SkyCab ni merupakan Cable Car yang tertinggi di Malaysia. Di puncak Gunung Mat Chinchang ni ada disediakan cafe, tandas dan menara teropong.

SkyBridge
Nak turun ke SkyBridge, ada 2 option. Option yang pertama menaiki SkyGlide dan option kedua naik turun tangga. Sekarang nak turun ke SkyBridge pon dah dikenakan bayaran.

• Natural Walk : RM5 Dewasa, RM3 Kanak-Kanak
• SkyGlide : RM16 Dewasa, RM11 Kanak-kanak

Dulu masa ke SkyBridge ni sejuk. Sekarang dah tak sesejuk dulu. Di atas jambatan ni terdapat section untuk glass view. Boleh tengok pemandangan di bawah jambatan ni.

SkyGlide
Dulu SkyGlide ni tak ada disediakan untuk menuruni SkyBridge. SkyGlide ni ada satu je. Itulah naik, itulah turun. So bila time peak season, bercinta lah nak menunggu turn naik SkyGlide ni.

Marina naik SkyGlide. Dah tau memang tak larat nak mendaki tangga. Tapi sudahnya time nak naik balik ke stesen cable car, kiteorang menaiki tangga sebab tak larat nak menunggu turn naik SkyGlide.

SkyDome
Panggungnya bergerak 360°. Tayangan selama 5 minit. Mengenai spaceship dan planet. Agak boring tayangannya.

SkyRex
Duduk di dalam bas. Tayangan mengenai pengembaraan ke zaman dinosaur. Kita seperti terasa betul-betul berada di alam dinosaur. Bila terlanggar sesuatu kita pon turut terasa. Kerusi bergegar-gegar. Tayangan mengambil masa 5 minit. Seronok jugak SkyRex ni.

Marina ke SkyRex ni selepas check in ke Malibest Resort. Hari pertama ni 2 kali Marina pergi ke area SkyCab ni.


3D Art Museum
Tersangatlah luas 3D Art Museum ni. Nak masuk sini kena bukak kasut. Cantik dan unik sangat drawing dia. Kiteorang tak lepaskan peluang untuk berkarya di dalam 3D Art Museum ni. Sejam pon tak cukup kot kalau masuk ke sini.






Selain yang Marina cerita ni ada jugak tempat-tempat yang Marina tak pergi seperti Time Travel dan Taman Arnab.
Selain itu, di sini juga terdapat Oriental Village. Oriental Village ni tempat untuk korang shopping souvenir. Macam-macam souvenir seperti baju, fridge magnet dan keychain ada dijual di sini.


Berbaloi-baloi berjalan-jalan dan melawat kawasan ni. Anak-anak Marina enjoy di sini.

Next entri Marina story pasal Langkawi Island Hopping pulak.

18 comments:

  1. Awal Dec lepas pergi Langkawi untuk Teambuilding. Lepas settle, memasing enjoy ke sini. Memang berbaloi beli online sebab mudah dan murah.

    ReplyDelete
  2. Waa bestnyaa jalan-jalan ke Langkawi tu..dah lama juga tak ke sana, kalau pergi mana2 mmg qeela pon suka beli jenis package je senang nk plan trip tu kan hehe..

    ReplyDelete
  3. Memang apabila nak ke kawasan cabel car ini sebaiknya pergi awal baru lah sempat melawat kr semua tarikan yang menarik di situ sebab bila dah naik puncak memang lama lah di situ nak menikmati pemandangan indah Langkawi.

    ReplyDelete
  4. Kiteorang pernah jugak pergi Langkawi Cable Car ni. Tapi tak naik sampai atas sebab time tu kabus terus. Rasa rugi sangat

    ReplyDelete
  5. plan nak ke langkawi tahun ni, tetiba jumpa post ni pulak. Ok la masuk dalam ittenary. Thanks sharing.

    ReplyDelete
  6. Ah! you buat I rindu langkawi. Last pegi dah berapa tahun lalu. I suka yng naik cable car tu.

    ReplyDelete
  7. seronoknya tengok cuaca elok, masa sy pergi dulu kebetulan hujan pulak. So tak dapat la naik cable car tu. Hurm nampaknya macam kena pi lagi Langkawi ni.. ahakss

    ReplyDelete
  8. Sekarang bestkan, sebab dah ada siap pakej masuk 3D tu semua..dulu beli tiket untuk cable car je. Baru-baru ni Sis pergi pun tak naik atas, sebab teman Emak yang berkerusi roda di bawah aje..bagi peluang yang lelain naik..

    ReplyDelete
  9. pi langkawi 3 tahun lalu, tak naik yang ni. sis gayat sikit, risau macam2 hal.

    ReplyDelete
  10. Aduh.. Gayatnya naik cable car ni.. Naik yg kt langkawi ni mmg seram.. Kalau kt genting tak rasa sgt... Sbb nampak sgt curam n tinnginya tu.. Huwaaa.. Kalau angin kuat rasa nak nangis ja🤣
    Sejenis gayat mmg mcm ni

    ReplyDelete
  11. dah lama tak ke sini. dah makan beberpa tahun dah kot. nanti nk kesinilahmacam dah banyakberubah je tempat ni.

    ReplyDelete
  12. Wahhh bestnya. Tapi nak tanya kalau beli tiket online ada beza harga tak dgn walk in?

    ReplyDelete
  13. Ohh masih blm berpeluang untuk naik cable car kt langkawi ni...mesti seronok + seram naik tinggi2..

    ReplyDelete
  14. bestnya gi Langkawi..k mid x pernah jemu.. thanks sharinh..good info tentang cara belian tic skycab dan pakej sekali

    ReplyDelete
  15. seronoknya berjalan di langkawi. in shaa Allah tahun ni bercadang nak ke sana. sekarang tengah gigih kumpul duit hehe :)

    ReplyDelete
  16. wauu bestnya semua aktiviti ni ..seronok nyaaaaabercuti!

    ReplyDelete