Sambut New Year 2020 di Lost World of Tambun

Marina beli tiket Lost World of Tambun (LWOT) sebenarnya dah lama, bulan Oktober aritu. Time tu ada offer. Murah kot harga tiket dia. Beli open tiket. Tapi tak decide lagi nak pergi bila. Marina cadang pada husband nak pergi time ada Barbie dan Hot Wheels ni. Boleh anak-anak jumpa Barbie. Husband pulak decide nak pergi 31st Disember. Boleh sambut New Year. Ok set. Time tu Barbie dan Hot Wheel ada lagi. Dah confirm tarikh, bagitau agen tiket, 31st Disember nak masuk Lost World of Tambun.

Pada 31st Disember, anak-anak dah excited nak pergi Lost World of Tambun. Marina cadang nak pergi after lunch memandangkan nak sambut New Year sekali. Takut anak-anakla tak larat nak stay sampai pukul 12 malam. Pagi dalam pukul 9, dapat wassap daripada agen jual tiket, katanya kalau LWOT buat event, kena keluar LWOT pukul 6 petang. Nak stay sampai malam kena beli tiket lain. Ok fine. Lepas ni tau dah. Kalau nak sambut New Year di LWOT, kena beli tiket waktu petang punya sahaja.

Dah dapat agak dah perancangan nak pergi Lost World of Tambun lepas lunch tak kesampaian. Disebabkan anak-anak tak menyabor, pukul 10 pagi kiteorang dah keluar rumah pergi brunch.

Masa nak sampai LWOT nampak banner LWOT. Barbie dan Hot Wheels dilanjutkan sehingga ke Chinese New Year atas permintaan yang tinggi. Woww sangatkan?!

[Baca juga] : Awesome Holiday - Barbie dam Hot Wheels di Lost World of Tambun

Cuba cari Marina mana satu?


Aktiviti di LWOT pada 11.00 pagi sehingga 6.00 petang
Dah pesan awal-awal pada anak-anak, sampai LWOT jangan mandi dulu. Main dulu di Amusement Park, Lupe's Adventure, Catopia, Barbie showcase dan berbasikal di Hotwheels spot. Petting Zoo tak pergi sebab sebelum ni dah pergi. Marina betul-betul tak sangka anak-anak Marina punya berani naik Roller coaster di Lupe's Adventure terutamanya Miqaila. Berapa kali kiteorang naik roller coaster tu. Dah puas main di tempat kering, seperti dijanjikan, bawaklah anak-anak mandi kolam. Dari pukul 2 petang sampailah pukul 4 petang. Selepas tu kiteorang naik train pusing-pusing satu Lost World of Tambun ni.

Seronok pergi LWOT kali ni sebab first time dapat main roller coaster dan first time main Tube Riders kat sini. Selama ni ke LWOT tak pernah naik roller coaster sebab melayan kerenah anak-anak nak mandi kolam.

Selepas pukul 6 petang, kiteorang diarahkan keluar dari LWOT sebab pengunjung yang beli tiket khas sempena sambutan tahun baru 2020 mula nak masuk pada pukul 6 petang.

Banyak sebenarnya aktiviti yang dijalankan di LWOT ni, cuma tak terkejar nak tengok semua persembahan. Animal feeding Marina pernah tengok diorang bagi harimau makan je. Haiwan yang lain tak berkesempatan nak tengok. Dalam risalah LWOT ada bagitau pukul berapa diorang bagi haiwan-haiwan di sini makan.

Sambutan New Year 2020 di Lost World of Tambun (LWOT)
Pengunjung yang beli tiket LWOT untuk sambutan New Year dibenarkan masuk lewat sikit sebab nak clearkan pengunjung pada waktu pagi dulu.

Dah masuk, kiteorang gi serbu mandi di Hot spring dulu. Seronok mandi kat kolam ni. Di Topaz Pool ni suhunya 40-45 darjah celcius. Memang panas weiii.

Setelah selesai solat, pukul 8 malam kiteorang gerak ke Jungle Wave Bay. Persembahan dari band-band dah bermula. Memang best sangat. Enjoy giler sambil mandi tengok live band dari Mieja Band dan 3 Quarter Band. Power betul persembahan diorang.

Pukul 9.00 malam persembahan Flaming Percussion yang diadakan di Hot Spring & Night Park Stage bermula. Antara banyak-banyak persembahan di LWOT, Marina paling suka persembahan Flaming Percussion ni.

Selepas habis tengok Flaming Percussion, kiteorang sambung balik tengok persembahan di Jungle Wave Bay. Persembahan diteruskan oleh DJ Wyntella pula. Anak-anak Marina enjoy sangat mandi di sini diiringi persembahan dari DJ Wyntella siap menari-nari lagi.

Sampai pukul 10 lebih malam, Miqaila dah mengantuk. Boleh pulak dia tidur dalam keadaan tengah basah dan sejuk. Kiteorang ambil keputusan untuk salin baju dan tunggu pertunjukan bunga api pula.
Lepas salin baju rupanya ada persembahan Flaming Percussion gelombang kedua di lokasi lain pulak. Kali ini berdekatan Haunted Chambers. Selepas dah habis persembahan, kiteorang ke Jungle Wave Bay kembali untuk bersama-sama countdown New Year.

Pertunjukan bunga api tak salah Marina berlangsung selama 2 minit. Lama jugak. Puas nengoknya. Bukan itu sahaja. Tanglung pon ada dibakar. First time tengok pembakaran tanglung ini dibuat. Menarik dan kagum tengok tanglung-tanglung berterbangan di udara.



Persembahan dari DJ Wyntella







Review Marina sambutan New Year di LWOT
Ini tahun pertama Marina sambut New Year di Lost World of Tambun. Tak sangka semeriah ini sambutannya. Memang berbaloi dengan harga tiket. Bukan setakat tengok persembahan band dan tengok bunga api je. Aktiviti malam yang diadakan di LWOT pon boleh tengok seperti di Luminious Forest, Flaming Percussion dan Malayana Story.

Satu memori yang takkan dilupakan buat Marina dan family. In sha allah ada rezeki lagi, nak sambut lagi New Year di LWOT.

Selamat Tahun Baru 2020!


Post a Comment

12 Comments

  1. Macam best je Lost World of Tambun ni. Kalau balik Ipoh tak pernah pulak singgah sini. Kena set juga la nak menginap kat sini. Aktiviti pun nampak best jer.

    ReplyDelete
  2. lost world ni tempat berjimba dari kecik sampai ke besor datang banyak kali pun tak jemu hahaha

    ReplyDelete
  3. Nampak macam best LWOT ni, masuh dalam wishlist la bawak anak-anak ke sini nnt.

    ReplyDelete
  4. Wah!!!!!!! Meriah giler nampak sambutan new year Di Tambun. Happy new year 2020.

    ReplyDelete
  5. Woww bestnya dapat sambut New Year kat Lost World Of Tambun, sure meriah kan. Sis dah lama sambut kat rumah je..tak larat nak keluar dalam org reramai tu, mayb faktor usia kot..:D

    ReplyDelete
  6. Seronok betul sambut new year kat Lost World of Tambun ni.. happening dan meriah

    ReplyDelete
  7. Mariahnya sambutan kat LWOT. Dapat tengok fireworks live pulak tu.

    ReplyDelete
  8. LWOT memang best! Tahun 2019 dua kali saya dapat jejakkan kaki ke sana. In shaa Allah tahun 2020 ni nak bawak family ke sini :)

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi ke Lost World of Tambun ni. Kawan2 cerita boleh tahan best tempat ni. Lagi best dpt sambut tahun baru dgn mcm2 aktiviti. Pengalaman yg best utk anak2

    ReplyDelete
  10. Cuti lpas... Ramai gak kwan2 saya ke sini... Tgk best ja.. Next time nak jugak la datang ke sini and stay kat sini.. Baru puas boleh main dari pagi sampai ke malam kan

    ReplyDelete
  11. Menariknya. macam2 ada di LWOT sekarang ni ye. Dulu tak ada pun yang Marina senaraikan tu. Lagipun Atul memang dah lama tak pergi, last pergi pun masa study dulu.

    ReplyDelete
  12. Meriah betul sambutan tahun barunya. Spend masa time cuti sekolah sementara masa masih ada ye. Hehe. Saya pun suka grab tiket masa ada offer. Berbaloi2.

    ReplyDelete