Apa Yang Perlu Parents Buat Bila Anak Masuk Dual Language Programme (DLP)? - MARINA BASHAH

Apa Yang Perlu Parents Buat Bila Anak Masuk Dual Language Programme (DLP)?

Tak banyak maklumat yang kita dapat bila search di internet mengenai Dual Language Programme ni kan? Marina pada awalnya mencari juga serba sedikit tentang DLP ni. Masa kat sekolah pon ada dah cikgu beri penerangan. Tapi maklumlah masa tu, Marissa anak yang first bersekolah. Masuk DLP pulak tu. Risau.

Guru besar sekolah anak Marina menyakinkan kami yang parents ni untuk masukkan anak-anak dalam program DLP. So penerangan dan contoh pencapaian pelajar yang Guru Besar sampaikan tu, sedikit sebanyak melegakan perasaan Marina. Masa tu takde kawan yang boleh refer. Takde kawan yang anaknya masuk program DLP. So Marina redah je dan tengok sendiri macam mana perkembangan anak.

Ada parents di luar sana yang email Marina bertanya mengenai DLP ni. So Marina cuba sedaya upaya Marina untuk jawab soalan yang ditanya berdasarkan pengalaman Marina. Pertama sekali nak bagitau, Marina bukan cikgu, lecturer, jauh sekali bekerja di bahagian pendidikan. Marina cuma parents biasa yang risaukan pelajaran anak-anak macam parents di luar sana juga.

Tahun 2020 ni, anak Marina 2 orang yang menyertai DLP program. Yang Sulung Marissa darjah 2 dan anak yang kedua, Miza darjah 1. Alhamdulillah. Bagi Marina, Marina nak anak-anak Marina menguasai Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam lagi. Tapi ibunya dahlah cakap English pon tak fluent. Hihihi.

Di sekolah anak-anak Marina, ada ibu bapa yang anaknya tak lepas ujian DLP tapi mintak rayuan untuk masuk DLP. Best ke masuk DLP ni?

Ok, apa yang Marina nampak, kenapa Marina masukkan program DLP sebab masa hadapan anak-anak. Macam mana diorang nak survive dan keboleh pasaran mereka di masa hadapan? Diorang perlu bersaing. So dari awal kena persiapkan diorang. Marina rasa mereka yang fluent berbahasa Inggeris ni hebat. Kagum dengan mereka. Marina pon nak anak-anak Marina macam tu.

Sebenarnya Marina pon risau tahap pelajaran anak-anak Marina. Parents mana yang tak risau kan? Tapi nak pantau diorang kadang kita pon penat kan? Balik kerja penat. Uruskan rumah penat. Tapi demi anak-anak, kuatkan jugak semangat. Kadang-kadang anak yang tanya bila nak belajarnya. Rasa serba salah pulak diri ni.

Mungkin ada parents tak tau apa yang nak dipantau kan? Marina pon pada awalnya tak tau apa yang nak dipantau. Sampailah cikgu sekolah bagitau masa Pentaksiran Bilik Darjah. Hopefully apa yang Marina kongsi ni membantu parents di luar sana.


[Baca juga] : Dual Language Programme Bagus Ke Tak?

Persoalan yang ditanya tentang DLP:
1. Kalau tak pandai bercakap atau tak bercakap Bahasa Inggeris di rumah boleh ke masuk DLP?
Pada Marina takde masalah. As long as anak-anak faham soalan pon cukuplah.

2. Kalau rezeki anak dapat masuk Sekolah Berasrama Penuh atau MRSM atau Sekolah Agama pelajar-pelajar DLP ni diterima ke?
Pelajar-pelajar DLP diterima untuk sekolah-sekolah ni. No worries.

Buku aktiviti Sains dan Matematik dari kementerian. Dan yang belakang tu pihak sekolah mintak beli jugak. Beli dari kedai buku sekolah

3 penerbit buku Aktiviti Matematik dan 3 penerbit buku Aktiviti Sains yang Marina beli dari luar 

Buku Aktiviti Sains Dwi Bahasa yang Marina beli dari luar. Yang fully English pon Marina ada beli

Buku Aktiviti Matematik dari Kementerian. Apa pendapat Parents?

Apa Yang Perlu Parents Buat Bila Anak Dah Masuk DLP?
1. Pantau perkembangan anak dan kefahaman anak menjawab soalan Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris.

2. Semasa Pentaksiran Bilik Darjah, tanya pada cikgu matapelajaran Matematik dan Sains tentang anak kita. Adakah dia boleh ikut apa yang cikgu ajar di dalam kelas. Adakah dia faham soalan dalam Bahasa Inggeris.

3. Beli buku latihan selain daripada yang digunakan oleh sekolah. Kalau parents perasan, buku aktiviti yang digunakan dikeluarkan oleh pihak kementerian ni basic sangat. Anak-anak pon dah belajar masa di tadika. Sekolah anak Marina ada inisiatif untuk guna buku dari penerbit luar untuk pelajat-pelajar menguasai Matematik dan Bahasa Inggeris. Marina pon ada beli beberapa buku dari kedai buku luar untuk beri latihan lebih pada anak-anak, supaya lebih menguasai Bahasa Inggeris untuk pelajaran Matematik dan Sains. Ni Marina ada share beberapa buah buku yang Marina beli dari kedai buku luar.

4. Buat latihan Matematik dan Bahasa Inggeris bersama-sama anak. Jangan tinggalkan anak terkapai-kapai buat latihan seorang diri. Inisiatif nak beli buku dah bagus tapi biarkan anak belajar sorang-sorang pulak. Syok sendiri buat jawapan.

5. Hantar tuisyen. Buat masa ni Marina tak hantar anak-anak Marina di mana-mana pusat tuisyen. Masih awal lagi rasanya. Marina rancang untuk hantar anak-anak ke tuisyen mungkin bila mereka Darjah 4 atau 5 nanti.

6. Cuba praktikkan sehari seminggu Berbahasa Inggeris dengan anak-anak.

Buat masa ni, ni je lah apa yang Marina rasa boleh bantu anak-anak yang memasuki Dual Language Programme ni. Semoga perkongsian Marina ni sedikit sebanyak dapat membantu parents di luar sana.

Apa-apa yang nak dikongsi, boleh email kat Marina.

15 comments:

  1. anak saya pun ikut program yg sama.. mmg pening juga pada permulaannya.. kita kena banyak bantu mereka

    ReplyDelete
  2. Thank you sharing. Anak2 memang kena rajin la nak menguasai dua2 bahasa kan tapi tak apa untuk masa depan diorang juga

    ReplyDelete
  3. anak yang kena belajar mak yang pening hahaha biasalah tu nak make sure anak boleh follow the flow dengan silibus apa semua

    ReplyDelete
  4. Anak-anak saudara Rawlins masuk DLP nie - depa lagi pening sebab masuk sekolah Cina now kena belajar Mandarin sekali hehe

    Tapi nampak depa suka je setakat nie

    ReplyDelete
  5. I believe DLP is good for kids. Bagus anak2 dilatih dgn dual language. Good luck to you children’s.

    ReplyDelete
  6. Anak sis pun ambik DLP ni, dia yang pilih sebab penguasaan dia dalam bahasa Inggeris lebih bagus dari bahasa Malaysia. Tapi kalau dia tanya mama soalan dalam bahasa inggeris..haaa mmg susah le mama nak jawab...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan. Dengan mamanye kena faham soalan sekali

      Delete
  7. Bagus ada program ni. Masa sekolah menengah dulu, start tahun 2003, belajar sains dan math in english. Alhamdulillah, boleh pergi dengan english walaupun tu tahun pertama. Macam2 test dibuat pada kami phewwww

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya learning science n math in english lebih mudah dari belajar dalam bahasa Malaysia... Especially bila dah masuk level2 tinggi mcm physic.. Chemistry semua tu... Sbb at the end dekat Uni pun kena learn in English kan... Formula and singkatan (initial) dia pun in English

    ReplyDelete
  9. Anak² seandainya dah terdedah dari awal Insya Allah akan cepat catch up. Yang penting kita sebagai parents sentiasa pantau dah tak serahkan 100% pada cikgu.

    ReplyDelete
  10. Pendedahan perkongsian yang bagus! Ramai yang mungkin tak tahu, DL ni bagus untuk anak-anak sebenarnya. As parents kena lebihkan support, pantau homework, luangkan lebih masa teman anak ulangkaji pelajaran dan mana yang mampu hantar ke tuition.

    ReplyDelete
  11. Mmg bagus program mcm ni....language ni nk kena praktikkn dari kecik baru sebati...lama2 mesti bdk akan pandau...

    ReplyDelete