Tips Gembirakan Isteri Vs Tanggungjawab Suami

Tips Gembirakan Isteri Vs Tanggungjawab Suami | Ada ke suami korang yang tak dapat bezakan antara tanggungjawab seorang suami dan gembirakan hati isteri? 

Orang kata hidup berumahtangga ni perlu bertolak ansur, barulah rumahtangga harmoni, kan? Tapi kebanyakan para suami lupa bagaimana nak gembirakan isteri mereka.

Tahun ni tahun yang kelapan, Marina digelar seorang isteri. Dah 8 tahun makan asam, garam dalam kehidupan.

Meh Marina ingatkan kembali. Betul tak masa sebelum kahwin, korang yang lelaki ni gigih nak gembirakan teman wanita korang? Buat surprise, belikan hadiah, menonton wayang atau makan bersama-sama kan? Tapi selepas kahwin, adakah korang masih mengekalkan apa yang dilakukan sebelum berkahwin dulu? Kalau ada, baguslah. Kekalkan dan sentiasa perbaiki hubungan antara suami isteri.

Marina percaya, kebanyakan para isteri tak mintak pon intan berlian pada suami sebagai tanda penghargaan setelah penat lelah menguruskan anak-anak dan rumah, tambah pulak isteri yang bekerjaya. Aduhai.

Jom baca perbezaan antara tanggungjawab suami dan gembirakan isteri. 



Tanggungjawab Suami Yang Wajib Disediakan Untuk Isteri

Suami perlu tahu beza antara yang wajib disediakan untuk isteri dan cara untuk gembirakan isteri. Adakah cara korang sebagai suami gembirakan isteri, sebenarnya itu adalah sepatutnya yang wajib dilakukan oleh suami?

Tanggungjawab suami yang wajib disediakan untuk isteri:
1. Menyediakan tempat tinggal yang selesa.
2. Menyediakan makan dan minum termasuklah menyediakan wang untuk beli bahan basah untuk dapur.
3. Menyediakan pakaian dan perhiasan yang bersih dan elok.
4. Menyediakan pembantu untuk isteri sekiranya mampu. Tanggungjawab mengemaskan rumah adalah ehsan dari isteri buat suami.
5. Menampung perubatan isteri sekiranya tiba-tiba isteri ditimpa sakit.


Tips Gembirakan Isteri

Rasanya tak susah pon nak gembirakan isteri ni. Ni antara tips-tips yang boleh dilakukan oleh para suami untuk buat isteri gembira. Nampak simple tapi inilah yang jarang dilakukan kan? :

1. Beli Sesuatu untuk Isteri

Yang ni rasanya paling biasa suami buat untuk menghargai dan gembirakan isteri. Beli sesuatu untuk isteri seperti emas, handbag, baju atau apa-apa sesuai. Murah rezeki suami.


2. Membantu Isteri Melakukan Kerja Rumah

Bahagianya kalau suami membantu isteri melakukan kerja di rumahkan? Bagi isteri yang bekerja dan yang tidak bekerja sekalipon, mesti mengharapkan suami membantu mengemas rumah, sapu sampah, mop lantai, masak, lipat kain kan? Ye lah sama-sama penat mencari rezeki, uruskan rumah kan? Apa salahnya bertolak ansur melakukan kerja rumah bersama. Dan seperti yang Marina senaraikan tanggungjawab suami di atas, kerja mengemas rumah ni adalah ehsan isteri untuk suami.

Kalau duk bersembang dengan kawan-kawan pejabat, guna ayat ni 'Kemas rumah bukan tanggungjawab isteri, isteri cuma membantu je.' Mulalah ada suara sumbang bersuara, 'Kalau bantu suami dapat pahala, nak pahala tak?' Dan kita pon terdiam.

Selepas ni, kalau ada suara sumbang lagi, kita jawab, 'Kalau gembirakan isteri, murah rezeki kan?'


3. Tidak panas baran 

Ramai rasanya yang bersetuju dengan Marina bab panas baran ni. Kalau berlaku ketidakpuasan hati untuk sesuatu perkara, atau marah anak-anak sebab tak behave, seharusnya suami sila tarik nafas dulu. Fikir kesan kepada anak-anak dan isteri bila korang marah tak tentu pasal.

Suami perlulah ada sifat sensitivi supaya isteri tak tersinggung dengan tindakan korang. Sama-sama penatkan? Dahlah penat menguruskan rumah, penat bekerja pulak, korang tambah lagi stress pada isteri dan anak-anak dengan panas baran korang. Belajar untuk menjadi seorang suami yang soft talker bukan sweet talker okeh.


4. Menguruskan anak-anak

Majoriti hal anak-anak mesti isteri yang uruskan kan? Cubalah sekali sekala, pihak suami offer kan diri untuk menyiapkan anak-anak seperti mandikan, siapkan beg sekolah dan gosok baju anak.


5. Me time

Paling heaven kalau isteri diberikan 'Me Time' ni. Masa untuk bersendirian, berehat dan bebas dari bebanan kerja untuk sementara waktu. Berikan isteri korang keizinan untuk dia lakukan apa yang dia suka seorang diri atau bersama-sama kawan perempuan seperti shopping, travel, spa untuk manjakan diri selagi ianya tak melanggar syariah.


6. Bercuti

Bawalah isteri dan anak-anak pergi bercuti, hiburkan diri. Takyah jauh-jauh pon takpe. Asalkan boleh lupakan tentang hal kerja dan rumah seketika. Boleh juga bawak pergi menonton wayang atau keluar makan bersama-sama.


7. Mudahkan perkara

Bila sesuatu perkara yang tak kena di mata korang sebagai suami, korang sepatutnya tak perlu merumitkan keadaan, menunjukkan tanda protes dengan perbuatan yang menyakitkan hati isteri korang atau meminta isteri buat itu ini sampailah korang berpuas hati. Apalah salahnya korang settlekan sendiri ikut selera korang. Sila mudahkan urusan isteri. Cukuplah perempuan je complicated, korang takyahlah merumitkan lagi keadaan.


8. Manjakan isteri

Offer diri korang untuk urut isteri korang. Kalau tak pandai urut, janganlah kedekut hulurkan wang korang untuk isteri pergi spa untuk mengurut, pedicure medicure, facial muka atau sebagainya.


Tiada yang Sempurna

Haaa dapat bezakan tak antara tips gemberikan isteri dan tanggungjawab suami dalam rumahtangga? Ini antara tips-tips yang Marina rasa korang boleh buat untuk gembirakan isteri korang. Banyak lagi perkara yang boleh gembirakan isteri ni. Tambahlah list korang sendiri. Nak gembirakan isteri mudah je kan? Cuma pihak suami perlu pandai tackle macam mana nak gembirakan isteri. Perempuan ni kan penuh misteri. Kalau ada ketidakpuasa hati terhadap pasangan masing-masing, sentiasalah berkomunikasi. Suami atau isteri perlu mencari idea berborak dengan pasangan supaya dalam sesebuah rumahtangga tu takdelah sunyi dan tidak timbulnya salah faham.

Nak mencari yang sempurna memang sampai sudah takkan jumpa. Kita sendiri pon tak sempurna. Hubungan antara suami isteri haruslah saling melengkapi, sentiasa kena bertolak ansur dan perlu banyakkk sangat bersabar. Ingatlah, perkahwinan tak selalu indah. Yang penting kita tahu cara nak handle jika ada masalah. Sentiasa perbaiki diri untuk menjadi yang terbaik untuk keluarga.

Marina doakan semoga rumahtangga korang diberkati dan baik-baik sahaja. Aamiin.

Post a Comment

19 Comments

  1. Happy anniversary Marina and husband. Semoga kekal berbahagia hingga hujung nyawa. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Aaamiinn, moga Marina bahagia hingga ke Jannah..
    Sangat setuju, tolak ansir dan faham memahami, itu jaminan untuk kebhagiaan berpanjangan...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilllah syukur . Moga bahagia till jannah Marina & Suami . Dalam meniti kehidupan berumahtangga ni terlalu banyak cabaran dan dugaan yang akan kita hadapi . Kena bertabah dan banyakkan bersabar . Pengakhiran yang manis akan diperolehi..

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya begitulah kan... untung sesiapa yang mendapat seorang suami yg memenuhi tips tips itu.

    ReplyDelete
  5. Suami ni tak bagi hadiah pun, Tpi kalau selalu tolong isteri kt rumah dah syukur sangat dah. Kira hadiah terbaik dh tu

    ReplyDelete
  6. Wah dah 8 tahun. Happy anniversary kak marina. Apa yang akak tuliskan betul. Kadang perlu diingatkan supaya kita sama2 beringat dan tahu peranan masing-masing. Sambil tu boleh hangatkan kembali kasih sayang

    ReplyDelete
  7. Even though I haven't married yet, but my mom selalu remind me mesti ada tolak ansur dalam family. Sometimes satu mesti la berkorban dan tidak kira husband or wife, both boleh ganti2 nak lakukan house work. Congratulations on your 8 years of marriage too! <3

    ReplyDelete
  8. Congratulation for your 8 years of marriage... For me, bertolak ansur always the main key point

    ReplyDelete
  9. Happy Anniversary to you both. Terima kasih di atas perkongsian ini. InsyaAllah akan membantu ramai pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sebagai panduan melayari bahtera mereka kan.

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas tips yg diberikan. in shaa Allah saya akan cuba aplikasi dalam perkahwinan saya kelak.

    ReplyDelete
  11. tips yang baik kepada mereka yang dah kawin atau bakal melangsungkan perkahwinan. ingatlah, pasangan anda adalah pelengkap kehidupan anda.

    ReplyDelete
  12. happy anniversary ke 8 Marina dan suami. Thanks sharing tips ni, sangat bermanfaat. Rumah tangga yang bertahun terbina ni lah perlukan tips2 penting yang kadang kala terlupa nak di amalkan

    ReplyDelete
  13. Tips yang sangat berguna untuk orang yang belum berkahwin ni.hehehe.Insyaallah akan digunapakai kelak..hehehe

    ReplyDelete
  14. Memng bgus tips ni.. Kalau suami paham , diaorang akan buat tapi kalau baca tapi ade rasa sifat ego mmg diaorang buat donno je

    ReplyDelete
  15. bagus tips ni, cuma kadang tu lelaki/suami ni tak membaca sangat, jadi mereka jarang baca benda2 gini

    ReplyDelete
  16. Yea betul. X susah pun nak gembirakan isteri. Bawa keluar pi travel, bagi me time, belikan brg2, bertanggungjawab. Dh cukup menggembirakan isteri.

    ReplyDelete