Ejen Ali The Movie - Mamak Maju - MARINA BASHAH

Friday, December 20, 2019

Ejen Ali The Movie - Mamak Maju

Ejen Ali The Movie - Mamak Maju | Ada yang tak tengok lagi ke Ejen Ali The Movie? Marina lama dah tengok cerita ni, baru berkesempatan nak share pendapat Marina pasal movie ni.

Atas permintaan anak-anak pergi lah tengok jugak Ejen Ali The Movie ni. Padahal baru tengok Frozen II. Actually dekat televisyen pon Marina ada layan Ejen Ali ni. Husband Marina yang tak layan Ejen Ali kat televisyen ni agak tak faham jalan cerita Ejen Ali The Movie ni. Selepas Marina brief sikit barulah husband kata, "Oooo." 


Time tengok tu si Miqaila tak diam pulak. Cerita tak kena dengan selera dia agaknya. Mengantukla. Lepastu sibuk pulak nak pegang popcorn, akhirnya popcorn kecundang, jatuh ke bumi. Hahaha.



Filem : Ejen Ali The Movie 
Genre : Action, Comedy
 Running Time:  1 Jam 37 Minit
Pelakon Utama:  
Ida Rahayu Yusoff sebagai Ali dan Comot, Nabila Rais sebagai Niki, Noorhayati Maslini Omar sebagai Alicia, Shafiq Isa sebagai Bakar
Pengarah: Muhammad Usamah Zaid Yasin

Sinopsis :
Ali berubah setelah dia dapat tahu bukan dia seorang sahaja yang dapat menguasai IRIS. MATA telah menaiktaraf IRIS ke IRIS NEO yang akan menjadi peranti asas kepada semua agen. Ali mula persoalkan fungsi dia untuk terus kekal berada di MATA selepas ini. Konflik bermula apabila Ali menjalankan misi aksi dan merungkai misteri, di mana Ali telah mengejar Niki yang dipercayai telah mengancam bandar Cyberaya.

Review :

Kenapa Marina bersetuju nak tengok cerita animasi di panggung wayang? Yang pertamanya of course sebab anak-anak yang ajak. Kalau tak memang Marina tak layan filem animasi di panggung wayang. Secondly Marina rasa cerita Ejen Ali The Movie ni boleh layan jalan cerita dia sebab pernah tengok rancangannya kat televisyen.

Animasi
Kagum tengok animasi Ejen Ali The Movie. Animasinya cantik, smooth dan tak kaku. Anak Marina siap cakap, 'Nak kawen la dengan Ejen Ali, hensem.' Nampak tak betapa hidupnya watak animasi Ejen Ali ni di kalangan anak-anak. Satu hal pulak Marina kena explain the truth yang Ejen Ali tu hanyalah kartun. Hidup di alam fantasi. Hahaha.

Jalan Cerita
Pada awal cerita, wataknya macam confusing sikit. Aliya tu siapa, Niki tu siapa? Maklumla cerita kat tv pon bukannya layan sangat. Yang Marina kenal Ali, Alicia dan Bakar. Yang lain bekerja di MATA tu tak kenal. Jalan cerita dia seperti yang disangka-sangka, memang berkaitan misi menyelamatkan Cyberaya tapi ada kreativiti di situ. Pada Marina, Ejen Ali The Movie telah berjaya melakukan plot twist. Dari awal sampai ke akhir, Ejen Ali The Movie ni berjaya buat Marina fokus pada jalan cerita dia. Penonton akan tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Kalau termiss nak tengok sesuatu part, kita tak dapat nak kaitkan dengan jalan cerita seterusnya. Kena pergi layan Ejen Ali lagi sekali. Hihihi.

Cerita Ejen Ali The Movie ni memang berjaya menyentuh hati dan perasaan Marina. Terasa karekter dalam cerita ni seperti bernyawa. Di saat Ali berasa sedih, Marina pon turut merasa sedih sampai meleleh air mata. Rasanya filem animasi ni, filem animasi yang pertama buat Marina meleleh air mata. Apabila Ali berasa kecewa sebab terasa dirinya tak diperlukan, Marina juga terasa apa yang dilaluinya.

Paling Marina suka bab Mamak Maju. Dah viral kan pasal tarian Mamak Maju ni. Memang gelak guling-guling tengok babak Mamak Maju ni. 

Nilai-nilai Murni
Bangun dari jatuh. Inilah yang Marina nampak pada Ali dalam cerita Ejen Ali The Movie ni. Walaupon Ali ditipu dan pada awalnya tidak yakin pada dirinya, dia tidak lemah dan terus bangkit, mengambil risiko dan teruskan perjuangannya. 

Tidak pentingkan diri sendiri. Ali tidak membiarkan dirinya dibelenggu oleh emosinya apabila dia perlu membuat keputusan. Dia redha dan sedar, dia tidak boleh pentingkan diri sendiri untuk menyelamatkan Cyberaya.

Bersatu. Walau apa jua situasi yang menguji MATA, semua agen bersatu hati, bertungkus lumus memastikan dapat mengatasi masalah yang mendatang. 

Setiakawan. Walaupon kadang-kadang Ali ni macam sengal dan ada buat salah, tetapi kawan-kawannya tetap membantu Ali jika dia ditimpa kesusahan.

Mengaku kesilapan. Ali tidak jujur sebagai seorang agen. Akhirnya dia sedar yang dia telah melakukan kesilapan. Ali meminta maaf kepada kawan-kawannya atas kesilapan yang telah dilakukannya.

Orait setakat ni je review pasal Ejen Ali The Movie. Rating untuk jalan cerita Marina bagi 9/10. 

Haritu husband ada kata nak beli CD Ejen Ali The Movie pulak. Aritu tengok wayang tak dapat nak fokus. Si Miqaila tak diam. Kan dah tak faham jalan cerita dia. 

17 comments:

  1. SA pun x tengok lagi citer ni..hahaha...Dania ada ajak..mama dia je tak nak

    ReplyDelete
  2. saya pun jarang follow cerita dia kat tv, yg tahu pun watak ali je lah..haha. tak sempat lagi nak tengok movie dia :(

    ReplyDelete
  3. Da tgok juga ari tue..mmg best cite ejen ali nie..boleh dikatakan box offixe jgak filem nie..sampaikan ank ajak tgok lgi..

    ReplyDelete
  4. Rawlins kagum dengan perkembangan animasi di Malaysia. Memang sangat cantik animasinya dan boleh pergi jauh,
    Tarian kat Mamak Maju tu - TERBAIK hahaha

    ReplyDelete
  5. Ramai yg puni filem ini. Sis jarang nak tgk filem animasi tapi bila dengar org kata bagus macam nak p gak tgk..

    ReplyDelete
  6. Thanks for the recommendation was cracking my head what is the next movie to watch with my kids.

    ReplyDelete
  7. Yeahh. Dh tengok. Puas hati. Rasa mcm nak tengok lagi je ni. Tunggu download keluar la 🤣

    ReplyDelete
  8. Thanks atas recommendation ni..nanti nak pergi tengok laa,best pula.

    ReplyDelete
  9. Tak tengok lagiii huwaaa. Ramai kata cerita ni best, tapi belum sempat lagi nak pergi tengok. Kalau dah rating 9/10 , memang kena tengok ni 😋

    ReplyDelete
  10. Yer memang meletop citer ni. best sangat. Terbaru dah 25 juta kutipan dalam masa 3 minggu. Tahniah lah Primework Studio.

    ReplyDelete
  11. Heheheh ramai orang kata Mamak Maju ni viral wakakak kita jer tak tonton lagi movie ni hehehe bagus lah dia buat time cuti sekolah memang ibu bapa bolehbawa anak-anak pergi sekali kita pun bangga dengan taraf kualiti movie animasi tempatan sekarang ni...

    ReplyDelete
  12. Dah tengok dan rasa nak repeat pun ada. Cuma part aksi gaduh tu dok risau hero² tiru. Mesej yang disampaikan memang bagus untuk anak² berfikir ..

    ReplyDelete
  13. Tak sempat nak tengok lagi. Hujung tahun ni banyak jugak filem best, tapi saya macam sibuk sangat. Nampak gaya macam kena download nnti ;)

    ReplyDelete