Bercuti di Ulek Beach Resort : Makan Udang Celup Tepung Murah di Dungun - MARINA BASHAH

Thursday, December 5, 2019

Bercuti di Ulek Beach Resort : Makan Udang Celup Tepung Murah di Dungun

Patutlah ramai suka pergi Dungun, bukan nak tengok penyu, nak cari Jodoh di UiTM rupanya. Hehehe. Gurau je. Best student UiTM Dungun ye. Kampusnya betul-betul depan laut. Nak release tension gi ngadap laut. Tenang. Marina mencari jodoh dengan celup tepung je kat sini.

Setelah balik ke sarang, balik dari Dungun, Terengganu dah duk teringat makanan kat sana. Murah dan sedap. Pantai area Pantai Timur ni tak boleh mandi. Laut lepas kan, menunggu masa nak makan orang. Serammm. Sebelum terjadi baik kita elakkan. Ye dok?

Marina dan family ke Dungun saje nak makan angin. Thank you Kelab Ben Ashaari belanja penginapan di Ulek Beach Resort.

Kiteorang bertolak dari Ipoh pukul 9 pagi. Berhenti makan jap kat KFC Gua Musang. Kalini pergi ikut Felda Aring. Masa bulan 4 aritu ikut Gerik sebab pergi ke Kota Bharu dulu tapi tak sampai ke Dungun nun.

Ulek Beach Resort
Ulek Beach Resort ni terletak di Dungun. Paling tepat di Sura. Dungun tu boleh dikatakan besarla jugak. Resort terletak betul-betul depan pantai.

Marina pilih bilik Superior Deluxe Room. Bilik ni Queen Bed. Sesuailah untuk 2 orang dewasa. Tapi ruang dalam bilik masih lagi luas. Anak-anak kecik still boleh fit in lagi. Kena mintak extra bed. Tapi tak sure kena caj atau tak. Marina ada bawak sleeping bag sendiri. Hihi.

Kat Ulek Beach Resort ni ada swimming pool. Yang ni la sebab utama pilih Ulek Beach Resort. Kalau pergi bercuti kat mana-mana mesti cari hotel atau resort yang ada swimming pool. Request dari anak-anak.

Kat sini pon ada Cafe. Cafe dia cantik. Ada western food dan masakan kampung jugak. Masakan kampung ni lebih kepada Nasi Goreng Kampung, Mee Goreng, yang goreng-goreng la. Tapi Marina tak makan kat sini. Marina cari makanan kat luar dari resort. Kat cafe ni beli Dorayaki dan Volcano Cake. Sedap.







Aktiviti di Dungun
Sampai je kat Dungun, terus cari Ulek Beach Resort. Marina sampai dalam pukul 3 petang. Hari yang Marina sampai tu tak hujan. Boleh tengok pantai walaupon tak boleh mandi. Suka layan ombak dan pantai. Tenang je.

Memandangkan tak boleh mandi pantai, makanya, anak-anak Marina enjoy mandi kat swimming pool di Ulek Beach Resort. Sebab ni lah Marina pilih Ulek Beach Resort untuk bermalam sebab ada swimming pool.

Bila kita ikut request anak-anak, senang kita nak gi bercuti. Diorang akan dengar kata dan ikut je program yang kiteorang rancang.

Tak banyak aktiviti Marina buat kat Dungun ni sebab sampai dah petang. Marina pusing-pusing area Dungun ni je. Pergi kawasan Kampung Nelayan. Pastu gi Pekan dia mencari bekalan kat 7 eleven.

Marina ni bukan jenis google kawasan sesuatu tempat tu. Kalau nak gi Ulek Beach Resort, Ulek Beach Resort je la yang Marina google. Hehehe. Marina ingatkan area resort tepi pantai susah nak dapatkan bekalan. Tapi macam-macam ada rupanya kat Pekan dia. Nak ke Pekan dari Ulek Beach Resort ni dalam 10 minit je. Pekan dia ada Pizza Hut, Pusat Pakaian Hari-Hari dan macam-macam lagilah ada kat sini, memang tak sangka sungguh la.

[Meh baca sini sekali Jimat beli kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari] : 5 Sebab Memilih Pusat Pakaian Hari-Hari




Pekan Dungun


Tempat Makan di Dungun
Dekat sini korang tak payah risau pasal nak cari makan. Kalau malas nak cari makan kat luar, kat Ulek Beach Resort sendiri pon ada cafe dia. Korang boleh order je makan kat sini.

Macam Marina dan husband suka cari makanan yang tak dapat kat Ipoh. Terengganu kan famous dengan Nasi Dagang. Makanya sesi jalan-jalan cari makan pon bermula.

Kat area Sura ni tak susah pon nak cari makan. Banyak sangat kedai-kedai sepanjang pantai. Pilih je ikut keselesaan korang. Marina makan dekat Warung Kak Ha ke namanya. Warna pink.

Serius sedap wehhh Nasi Dagang Warung Kak Ha ni. Bagi Marina nilah Nasi Dagang yang sedap. Kalau ada lagi sedap Marina tak tau la pulak kat mana. Sebelum ni makan Nasi Dagang kat satu hotel ni, memang takleh nak telan. Nasi lemak kat Warung Kak Ha ni pon sedap. Biasa kalau kat Ipoh sambal dia sambal ikan bilis. Kat sini memang pesen Nasi Lemak sambal Ikan Tongkol eh?

Satu lagi makanan yang best kat sini celop tepung. Marina order Udang Celop Tepung. Yaaa ampunnn heavennya dapat makan udang kat sini. RM10 untuk 10 ekor. Murah. Udangnye besar-besar kau. Kalau kat Ipoh tak dapat kot harga ni.

Ni menu yang Marina makan:
Udang Celop Tepung
Nasi Dagang Ikan Tongkol
Nasi Lemak Ikan Tongkol
Air kosong 2
Milo Ais
Limau Ais

Total Marina makan sekali dengan air RM21. Murah ke mahal?

Pastu jalan-jalan lagi area Sura ni jumpa pulak Tupat Sotong. 3 ekor ni RM6. Bestnye kat sini. Macam-macam makanan ada. Murah lak tu.

Cafe di Ulek Beach Resort
Menu cafe Ulek Beach Resort

Tupat Sotong

Udang Celop Tepung

Pandangan Marina tentang Ulek Beach Resort
First thing macam biasa, Marina tengok toilet dulu. Toilet dia cantikkk. Terasa macam kat spa gitu sebab bath tub nye sunken. Lagi rendah dari lantai toilet. Sakanla anak Marina mandi bath tub. Takde masalah air. Pressure air kuat. Secondly Marina check iron. Iron ada dalam bilik. Senang ku nak gosok tudung. Sejadah pon ada disediakan di sini.

So far Marina berpuas hati duduk dekat Ulek Beach Resort. Bilik cantik, kemas dan agak luas. Resort biasanya ada semut tapi Marina tak jumpa semut dalam bilik kat Ulek Beach Resort ni.



Lobby resort





Orait sampai sini je sharing Marina pasal Dungun, esoknya pulak Marina gerak ke Kuala Terengganu. Next entri plak Marina share.

Menurut website Ulek Beach Resort ni kalau nak buat team building, atau nak naik boat diorang boleh arrange. 

Website:

Instagram:

19 comments:

  1. Wah. Bestnya dapat cecuti sebegini. Now Rawlins rasa nak bercuti ke pantai gak nie - nak release tension katanya hahaha. Paling best adalah makanan banyak di sekitar resort, tu paling penting

    ReplyDelete
  2. Hahaha....... my Auntie dulu pernah jadik lecturer at UITM Dungun zaman beliau Muda-mudi. The resort looks beautiful. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  3. wah nanti nak check in sini lah! dekat je dengan KT ni!hehe

    ReplyDelete
  4. Udangggggg tuuuuu fav klu ada sotong lagi lah sy tempting nk huhuhu

    ReplyDelete
  5. eh ni kampung kita sis.. ulek beach resort ni memang cantik. depan tu dah pantai..memang nice tengok sunrise pagi lepas subuh

    ReplyDelete
  6. Wahhh bestnya tempat ni menarik dan juga suasana kampung yang menggoda kita lak lama tak pergi ke Terengganu ni hehehe ok lah nak makan udang celup tepung tu lah hehehe menarik sotong pun besar...

    ReplyDelete
  7. Cuti sekolah ni dah ada idea nak kemana, ramai yg kongsi percutian diaorg, rasa best pulak..:D. Owwh udang goreng tepun tu nampak sedap tapi kalau sotong lagi le sedap kan

    ReplyDelete
  8. Kalau sampai ke Dungun bolehlah menyinggah menginap di sini. Suasana macam ni sis suka. Dah ke teampat orang, harus sis terjah cari makanan paling sedap dan popular. Tambah ketupat sotong tu. KL sini rare nak jumpa.

    ReplyDelete
  9. Menariknya percutian di Dungun.. Nak masukkan dlm wish list AM la.. N one more thing AM nak cuba tupat sotong tue.. Xpenah rasa tapi nmpk ramai berckp pasal tupat sotong nie.

    ReplyDelete
  10. The resort looks clean and many places to explore nearby the resort.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya tengok makanan kat situ. Tempat ni mmg cantik dan mwnarikkan. Suka tengok. Nampak selesa juga

    ReplyDelete
  12. Syoknya Marina..Kalau stay dengan family memang cari ada kolam renang kan. Baru enjoy anak-anak.

    ReplyDelete
  13. wah.. nampak selesa je Ulek Beach Resort ni kan.. rasa macam nak pi bercuti jugak je bila baca entri ni..

    ReplyDelete
  14. rindunya terengganu. walaupun tak pergi ke dungun hari tu, tapi negeri terengganu memang menarik. in shaa Allah next year nak pergi lagi :)

    ReplyDelete
  15. cantiknya tempatnya..ini yang tempat eika tu kan.

    ReplyDelete
  16. cuti sekolah ni bolehla riki2 tempat ni utk percutian keluarga. cantik.

    ReplyDelete
  17. Kat Tganu banyak betul resortnya sampai tak tau nak pilih yg mana. Ulek beach resort ni menarik. Boleh bagi choice kalau nak bercuti ke Dungun! Thanks share.

    ReplyDelete
  18. aarhhhhhhhhhhhggggg bestnya la tengok orang travel. hehehehehe. teringin nak pi. nanti plan.

    ReplyDelete
  19. alamak alamak ! tetiba rindu dungun nih. pernah menginap sekali je di hotel uitm. serius, best sebab bangun pagi nampak pantai. celup tepung tepi pantai. hmm. macam kena plan trip dungun 2020 ni.

    ReplyDelete