Barbie dan Hot Wheels di Lost World of Tambun Musim Cuti Sekolah 2019!

Dah ada perancangan musim cuti sekolah yang akan datang ni? Biarkan Barbie dan Hot Wheels menceriakan percutian sekolah anak-anak korang di Lost World of Tambun!

Korang berani cabar diri melakukan sesuatu yang korang tak pernah buat tak? Bersedialah untuk mencabar diri sendiri melakukan apa saja pada musim cuti sekolah ni!

Pada 11 November yang lepas, Marina berkesempatan menghadiri ke pelancaran 'Awesome Holiday - Time to Play' di Lost World of Tambun.

Lost World of Tambun merupakan taman tema yang pertama bekerjasama dengan Hot Wheels dan Barbie untuk menjadikan percutian sekolah ini menjadi lebih menarik! Marina gerenti bukan anak-anak korang je yang akan teruja, mak kepada anak-anak pon teruja! Hehehe.

Korang dulu masa kecik-kecik pernah main Barbie Doll? Nak mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak ribena korang dulu, boleh lah datang dan enjoy bersama Barbie dan Hot Wheels pada musim cuti sekolah, 23 November sehingga 31 Disember ini.

Real macam Barbie kan?




Nantikan 23 November ini sehingga 31 Disember!

Barbie - "You Can Do Anything"
Pada tahun ini, Mattel mengumumkan jelajah Barbie "You Can Be Anything" sempena 60 tahun memberikan inspirasi tanpa batasan kepada setiap gadis.

Para pengunjung yang akan berkunjung ke Lost World of Tambun bermula pada 23 November ini akan berpeluang mengambil gambar di rumah impian Barbie. Mereka juga boleh menjadi ala-ala Barbie di mana almari dan meja solek Barbie juga akan disediakan untuk anak-anak korang bermain. Silap-silap korang yang over melayan Barbie kat situ. Korang dan anak-anak jugak berpeluang "Meet and Greet" serta minum petang bersama Barbie tau!

Tapi jangan jeles, Marina dah jumpa Barbie ALIVE dulu daripada korang tau! Sebijik tau suara Barbie seperti penyanyi Aqua lagu Barbie Girl tu. Serius rasa teruja jumpa Barbie.

"Selama 60 tahun, Barbie adalah gadis yang berjaya, memberi inspirasi kepada pelbagai generasi untuk menpercayai dan memberikan mereka dengan pelbagai pilihan. Lebih daripada 200 kerjaya, bertanding sebanyak 6 kali untuk presiden dan angkasawati pertama ke Bulan sebelum Neil Amstrong, Barbie terus berkembang menjadi contoh moden serta releven untuk semua peringkat umur." kata Lisa McKnight, Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan Barbie.

I'm a Barbie girl, in the Barbie world,
Life in plastic, its fantastic
You can brush my, undress me everywhere
Imagination, life is your creation

Ikut nyanyi ke tu?


Hot Wheels - Challenge Accepted
Lost World of Tambun membina trek lumba untuk Hot Wheels untuk peminat Hot Wheels. Kanak-kanak boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari. Korang juga boleh melawati zon Challenge Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan jam 4 petang setiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.

"Hot Wheels telah menyemarakkan semangat pencabar dalam generasi kanak-kanak selama lebih daripada 50 tahun, dan kini kami memperjuang belia dalam pelbagai sukan yang menguji kemampuan ke tahap maksimum dan memperbaiki kemahiran mereka," kata Ricardo Briceno, Pengarah Kanan Hot Wheels Global Pemasaran Jenama di Mattel.

Husband Marina pon collecter Hot Wheels. Satu kereta yang dia beli pon RM10. Sayang kemain ngan kereta Hot Wheels nya. Tapi kalau mengikut collecternya kalau tak bukak card dia boleh jual balik dengan harga yang mahal. Ikut jenis kereta yang mendapat tempat di kalangan collecter la. Marina pon tak tahu kenapa satu-satu kereta tu mahal. Husband siap beli display lagi. 



Pelancaran Kolaborasi Bersama Mattel
Sempena meraikan pelancaran kolaborasi bersama Mattel, Barbie dan Hot Wheels akan berlangsung di Lost World of Tambun dari 23 November sehingga 31 Disember. Pengunjung akan mendapat akses ke acara eksklusif ini pada RM77 (MYKad rate) dan akan mendapat barangan premium percuma untuk 3 tiket dan ke atas bagi setiap transaksi di mana ia terhad kepada 4000 unit sahaja.

"Barbie dan Hot Wheels adalah dua jenama mainan yang paling ikonik di dunia dengan peminat setia mereka sendiri dan gabungan kedua-dua jenama ini bagi kempen 'Awesome Holiday, Time To Play'. Setiap tahun, ketika cuti sekolah taman tema kami menjadi lokasi percutian yang ideal untuk keluarga menikmati percutian yang menggembirakan dan memuaskan. Kerjasama dengan kedua-dua jenama yang paling dikenali ini bersama dengan taman tema kami dijamin merupakan percutian yang sempurna untuk semua peringkat umur," kata Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Lost World of Tambun.

Teruja tak?


Jangan lupa Redeem Merchandise korang 

Aktiviti Malam di Lost World of Tambun
Aktiviti di Lost World of Tambun tidak terhenti pada waktu siang sahaja. LWOT juga menjanjikan aktiviti yang menarik pada waktu malam buat pengunjungnya.

Antara aktiviti yang korang boleh enjoy pada malam di LWOT adalah menghayati Luminious Forest. Hutan yang penuh dengan magical. Korang takkan sangka di sini terdapat hutan yang cantik, penuh dengan lampu-lampu yang menarik. Korang juga akan menikmati pengalaman menyusuri air di dalam Luminious Forest ni.



Selain dari Luminous Forest, part ni part yang paling Marina suka, Flaming Percussion. Korang akan berasa amaze sangat tengok pertunjukan api ni. Marina setiap kali pergi LWOT mesti tak lepas peluang tengok Flaming Percussion ni. Orang yang dikatakan Penjaga Luminous Forest ini, yang makan api ni, orang Malaysia. Rasa bangga orang Malaysia boleh buat pertunjukan api yang amazing sangat.


Marina share sikit video semasa launching dan aktiviti yang Marina explore di Lost World of Tambun. Sikit je la ye. Nak rasa kehangatan dan keseronokannya kena la datang Lost World of Tambun.


Untuk maklumat mengenai Lost World of Tambun, korang boleh ke website diorang,

Website : sunwaylostworldoftambun.com

20 comments:

  1. meriahnyaaaa kalau pergi ni humaira mesti suka ada barbie...

    ReplyDelete
  2. Memang seronok la budak2 jumpe Barbie n Hot wheels ni

    ReplyDelete
  3. Meriahnya! Bukan anak jer minat ngan barbie ni, mama nya pun sama teruja. Macam betul² laaa orang barbie ru, cantiknya dia! Nak bawak anak cuti sekolah nanti laaaa

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa!! Untung kita pun pergi time ni! Terkeluar my inner child punya karakter... nanti nak bawak anak buah

    ReplyDelete
  5. Teringat masa kecil-kecil dulu suka sangat mainan Barbie! Tapi time tu patung Barbie original sangat mahal. Ada 1 patung pun dah sayang sangat hihi. Memang seronok dapat bawa anak-anak berjalan ke lost world of tambun cuti sekolah nanti

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya ada aktiviti mcm ni. Budak2 mesti suka. Lama dah x ke Tambun. Boleh mai sini nanti. hehehe

    ReplyDelete
  7. wahhh bestnya dapat bercuti di tambun. nak2 tengah musim cuti sekolah nie. boleh bawak anak2 dan satu family datang ebrcuti kat sini

    ReplyDelete
  8. Memang best bila ke LWOT ni, dengan tarikan sedia ada, ditambah lagi dengan tarikan terbaru, memang tak rugi sesiapa yang bercuti ke sini. :)

    ReplyDelete
  9. Seronoknya. Siap ada barbie dan hot wheels sesuai untuk anak perempuan dan lelaki

    ReplyDelete
  10. Dah la tempat ni mmg best, siap ada Barbie & Hot wheels lagi.Budak-budak mesti seronok kan.

    ReplyDelete
  11. Budak-budak mmg suka kalau ke Lost World of Tambun ni. Ada pula aktiviti Hotwheel n Barbie ni, lagi la mereka suka

    ReplyDelete
  12. comelnyaaaa barbie, dulu masa kecik mmg pengumpul barbie tegar, dah besar ni ada anak boy, so tak dapat waris kan minat kat anak haha thansk for sharing :)

    ReplyDelete
  13. Belum ada perancangan lagi. Tapi tgk ramai post pasal lost world tambun ni terasa mcm nk pergi la pulak haha

    ReplyDelete
  14. Wah! Anak2 sy pasti teruja nak tengok Barbie kat sana. Hari tu gi Ipoh x singgah di Lost World of Tambun.
    Done follow your blog. No 80. Tq.

    ReplyDelete
  15. Wow best combo ni barbie and hot wheels!i takpernah lagi visit tambun!must visit soon!

    ReplyDelete
  16. Wah ad barbie dan hot wheels la kat lost world of tanbun. mesti meriah sangat cuti sekolah ni kat sana nanti.

    ReplyDelete
  17. Hihi bestnya... Girls tentu suka

    ReplyDelete
  18. I'm a big fan of BARBIE since I was a little! How I wish I have the chance to go it again~ I believe my daughter will love it too! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  19. seronoknya dapat ke tambun. bila lah nak plan ke sini jugak. last ke tambun 2012 rasanya. masa tu depa tengah renovate. boleh mandi pool sahaja. safari tak ada.

    ReplyDelete
  20. makin meriahlah lost world. dah la tempat tu dah meriah dah, makin bertambah meriah dengan peminat barbie dan hot wheels

    ReplyDelete