Resepi Sup Fishball & Fishcake - MARINA BASHAH

Resepi Sup Fishball & Fishcake

Resepi Sup Fishball & Fishcake | Sup fishball dan fishcake ni tak ambil masa yang lama pon untuk disediakan. Ibu berkerjaya ni masa nak masak selepas bekerja tu agak terhad kan? Ada yang dah siap prepare bahan untuk seminggu teruskan? Siap siang ikan, siang ayam dan ada juga yang siap mesin bawang. Jimat masa untuk sediakan makan malam kan? Balik dari bekerja je campak-campak bahan, terus siap masak. Takdela husband dan anak-anak menunggu lama untuk makan malam kan?

Macam Marina ni, peti ais Marina kecik, so takdela buat preparation bahan basah untuk masak makan malam. Makanya Marina cari bahan masakan yang senang dan cepat disediakan.

Kelmarin masak menu yang cepat je. Lepas balik keje, dari keje memotong sampaila siap memasak, dalam sejam je dah ready. Simple tapi menu ni memang husband suka. Nak cari bahan-bahan dia pon mudah je. Kat kedai runcit depan rumah tu pon ada jual. Haha.

Resepi Sup Fishball ni muncul bila first time makan kat kedai makan di Tambun, Ipoh. Husband Marina order sup fishball ni. Servis kedai lambat sangat, mujur makanannya sedap. Berbaloi la menunggu lama. Nak dijadikan cerita, sup fishball di kedai ni kena selera dengan tekak husband.

Maka bermulalah sesi mencari resepi sup fishball ni. Resepi yang Marina cari time tu, semua ada menggunakan serbuk perasa. Marina tak minat sangat guna serbuk perasa. Arwah mak Marina pon sama. Kalau masak sambal, takkan letak sos tomato atau sos cili. Cara Marina masak memang follow arwah mak Marina.

Husband Marina pernah tanya, mana tau cara nak masak sup fishball ni? Marina kata cari resepi pastu ubah version sikit. Alhamdulillah husband suka.

Sini Marina kongsikan resepi sup fishball gaya Marina yang simple dan cepat dimasak.

Resepi Sup Fishball dan Fishcake

Bahan-bahan:
1. Ikan bilis segenggam dibasuh
2. Bawang putih 5 ulas
3. Bawang merah sebiji
4. Halia
5. Fish cake
6. Fish ball
7. Daun sup
8. Daun bawang
9. Garam
10. Gula

Cara-cara:
1. Rebus ikan bilis dalam 15minit (sambil potong bawang putih, merah dan halia). Rebus lagi lama lagi sedap.

2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang dipotong. Rebus dalam 15minit. (Sambil potong daun sup dan daun bawang).

3. Masukkan fish ball dan fish cake. Tunggu 15minit. Sampai mendidih. Nak lama sikit pon boleh. Lagi sedap sup dia.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Masukkan daun sup dan daun bawang. Masak dalam 5minit.

*kalau nak letak carrot/sawi lagi sedap. Rasa manis sayur tu. Anak tak makan sayur. Buh lauk ni je la.



Dah siap. Mudah kan resipi sup fishball dan fishcake cara Marina ni?

Marina suka masak menu yang anak Marina akan makan banyak macam sup fishball ni. Diorang suka meratah fishball dan hirup sup dia sekali. Kita yang masak ni pon happy bila tengok anak makan berselera.

Sesiapa yang nak diet pon bolehlah amalkan makan sup fishball ni tanpa makan nasi.

[Entri berkaitan] : Oden Simple Viral

19 comments:

  1. Looks yummy and matshida-licious. Thank you for sharing this recipe. Have a good weekend and enjoy it. Hehehe.

    ReplyDelete
  2. Easy recipe. Thank you for sharing. Will try it soon.

    ReplyDelete
  3. mudahnya. ni kalau anak makan mesti bertambah. lagi best letak suun lepas tu ada cili potong kicap. masyaAllah. nikmat makannya. terima kasih untuk resepi ni.

    ReplyDelete
  4. sedapnya,nanti boleh cuba.favorite nuna ni

    ReplyDelete
  5. Wah. Look yummy. Bagi anak ni mesti seronok. Anak abam suka jenis sup ni senang hadam. Nk cuba la resepi ni nanti tengok mcm mudah . Kena try dulu

    ReplyDelete
  6. Aaaaaaa sedapnyaaaaa lauk ni makan panas2 hirup panas2. Resepi pun sgt2 mudah. Belum pernah masak sup fishball. Nak buat lah lps ni. Tq share

    ReplyDelete
  7. saya paling suka masak lauk simple macam ni. anak-anak suka menu bersup sebab lagi laju diorang makan nasi, bila perut diorang kenyang sure happy sepanjang hari

    ReplyDelete
  8. Mudah betul tapi harap Qiss boleh cuba masak ni. Qiss kalau masuk dapur lintang pukang jadinya. Boleh save resepi ni. Mana tau teringin nak makan nanti.

    ReplyDelete
  9. Siapa yang suka sup macam ni bole la cuba cuma sis kurang suka dengan fish ball fiah cake dan yg sewaktu dgn nya... sis suka sup daging je especially sup tulang.

    ReplyDelete
  10. Eh. Macam sama dengan resipi Rawlins plak - nie adalah sup paling simple dan paling kerap Rawlins buat hahaha. Tapi yours lagi lengkap sebab ada daun sup dan daun bawang.

    ReplyDelete
  11. Mudahnya.. Thanks share resepi yang simple dan berkhasiat ni. Anak2 mesti suka makan ni.

    ReplyDelete
  12. Sangat mudah & menarik. Thanks for sharing this recipe! Yang penting cepat je nak siapkan.. jimat masa & sedap pula..

    ReplyDelete
  13. Sedapnya walaupun masakan simple tetap menyelerakan. And ni mmg feveret makanan anak2. Kalau makan dah x pandang depan belakang

    ReplyDelete
  14. mudah sangat! Nak buat jugak lepas tengok resipi ni sebab dah lama tak makan sup fishball dengan fishcake ni

    ReplyDelete
  15. Ya Allah mudahnya nk buat sup nie. Bahan2 pon xrumit. Okay nanti nk cuba buat. Kena beli fishball lh mcm nie.

    ReplyDelete
  16. Simple tapi sedap woo lauk mcm ni.. Kalau saya kan mesti hirup2 kuah ya sebab sedap.. Lama tak buat.. Nnt boleh buay

    ReplyDelete
  17. Sedap hirup sup panas-panas ni. makan fishball pun dah cukup kenyang

    ReplyDelete
  18. Wow! Mudah sgt.
    x semestinga ada ayam ekk.
    fishball fishcake pun da best gini.

    ReplyDelete