Otaci Skincare Rose Passion : Rahsia Kecantikan Wajah Wanita Turki kini Terbongkar!

Otaci Skincare Rose Passion : Rahsia Kecantikan Wajah Wanita Turki kini Terbongkar! | Selama berabad-abad, bunga mawar telah digunakan dalam produk kecantikan dan penjagaan kulit kerana kebaikan dan manfaatnya. Sifat anti-radang dan anti-penuaan bunga mawar terkenal kerana aromanya yang memikat. Pelbagai cara bunga mawar digunakan dalam rutin penjagaan kulit wajah antaranya air mawar, pencuci muka mawar dan penyegar mata mawar. Air mawar ni elok sangat diamalkan untuk segarkan, serikan dan lembapkan wajah. Wajah bertambah awet muda dan penggunaan yang lama kulit wajah akan semakin cerah. Di sini Marina nak kongsikan mengenai Otaci Skincare Rose Passion yang diformulasikan dari ekstrak bunga mawar untuk korang cuba. 

Otaci Rose Passion yang berasaskan dari bunga mawar didatangkan dari Turki khas untuk korang yang kulit sensitif. Tak hairanlah apabila menggunakan skincare daripada Otaci ni wangi datang daripada bunga mawar. Untuk pengetahuan korang, Otaci telah berleluasa dijual di Watson di Turki dan telah mendapat kelulusan KKM di Malaysia yang diuruskan oleh HG Mart Asia!


Salasilah Otaci

Otaci bermaksud : Doctors in ancient tribes of Asia who heal with plants. (Doktor di Asia pada zaman dulu yang merawat dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan)

Sejak tahun 1955 lagi Otaci telah menjadi jenama perintis untuk penjagaan kulit wajah, kosmetik dan farmasi dunia; yang pertama mengeluarkan produk syampu herba, gula-gula sakit tekak dan supplement makanan dari bahan semulajadi.


Otaci Skincare Rose Passion

Amalkan 4 rutin Otaci Skincare Rose Passion ni, Face Mist, Micellar Cleansing Water, Tonic dan Facial Cleanser Foam, korang akan rasa kulit korang makin segar dan bersih.

Otaci Skincare Rose Passion ni diperbuat daripada bunga mawar yang berasal dari Ispartan. Ispartan Rose ini kelopaknya dipetik sendiri satu persatu oleh pekebun untuk menghasilkan Otaci Rose Passion.

Otaci Skincare Rose Passion mampu melembap, menyegar, menghidrasi dan melembutkan kulit kita. Penggunaan yang lama dapat mencerahkan kulit kita.

Otaci Rose Passion TIDAK mengandungi Paraben, Silikon, Alkohol, Formaldehite, Animal product, Sulphate, SLS, SLES, Colorant, Mineral Oils dan synthetic perfume. Ianya adalah produk vegan, gluten dan cruelty free.

otaci

Rutin Penjagaan Kulit Wajah Menggunakan Otaci Skincare Rose Passion

Rutin penjagaan kulit wajah adalah langkah penting dalam usaha untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit kita. Kulit wajah merupakan salah satu bahagian terluar tubuh yang terdedah kepada persekitaran dan elemen-elemen seperti sinaran matahari, pencemaran dan faktor-faktor penuaan. Oleh itu, untuk menjaga kulit wajah yang sihat dan bersinar, adalah penting untuk menjalani rutin penjagaan kulit yang baik.

Rutin penjagaan kulit wajah adalah satu rangkaian langkah yang bertujuan untuk membersih, melembapkan dan melindungi kulit daripada kerosakan dan masalah kulit. Ia juga membantu mengurangkan masalah seperti jerawat, kedutan dan bintik-bintik gelap. Setiap individu mungkin mempunyai jenis kulit yang berbeza dan oleh itu, rutin penjagaan kulit perlu disesuaikan mengikut keperluan kulit individu. Di sini Marina kongsikan langkah-langkah menggunakan Otaci Skincare Rose Passion :


Facial Cleanser Foam

Pencuci muka Otaci ni berbentuk foam. Orang kata yang jenis foam ni bagus untuk kulit wajah. Ianya dapat membekalkan oksigen pada kulit wajah kita. So apalagi, gunalah Otaci sebagai rutin skincare korang!


Tonic

After dah cuci muka dengan Facial Cleanser Foam, korang apply la tonic ni kat muka untuk melembutkan kulit.


Face Mist

Digunakan sebagai finishing after korang dah make up. Kalau korang tak makeup pon boleh guna. Guna after korang dah pakai toner.


Micellar Cleansing Water

Untuk korang yang biasa apply makeup, wajibla korang bersihkan muka dulu menggunakan Micellar Cleansing Water sebelum korang cuci muka dengan cleanser. Kalau korang guna Otaci Rose Passion ni serius muka korang tak pedih. Senang je makeup nak tanggal. Takyah nak gosok kuat-kuat nak tanggalkan makeup.



Inilah rahsia kecantikan kulit wajah wanita Turki!

Otaci Rose Passion ni sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Kulit normal, berminyak atau kombinasi pon boleh. Serius wangi gila. Bila korang guna skincare ni, korang rasa segar je.

Untuk korang yang sayangkan kulit wajah korang, Otaci Rose Passion is the best untuk korang sebab ia takkan merosakkan, menghakis dan tak mengeringkan kulit wajah korang.

Nak kulit seperti orang Turki, korang boleh jadikan Otaci rutin skincare korang!

Korang boleh purchase Otaci Rose Passion ni di website Otaci . Yang BESTNYE korang boleh dapat diskaun tsu. Guna code marina19 untuk dapatkan 10% diskaun! Dapatkan Otaci Rose Passion sekarang!😉


Pengalaman Marina menggunakan Otaci Skincare Rose Passion

Selepas menggunakan Otaci Skincare Rose Passion, kulit Marina terasa segar dan tegang. Dengan bau bunga mawar, susah nak skip skin routine ni, sentiasa rasa nak cuci muka. Serius wangi wehhh Otaci Skincare Rose Passion ni. Memang Marina in love lah bau dia. Rasa macam ada di taman rose gitu.

Pada korang yang berminat hendak dapatkan Otaci skincare Rose Passion ni, korang boleh lawati laman web Otaci Malaysia untuk maklumat terperinci:

Website: hgmart.asia





Post a Comment

15 Comments

  1. Besar jugak packaging tu. Boleh tahan lama tu.. Jimat sgt2

    ReplyDelete
  2. My sisters will go crazy over this products as they have been going crazy over air mawar. Semua nak pakai air mawar - sampai diorang paksa anak2 diorang pakai juga haha

    ReplyDelete
  3. Air mawar memang bagus. Banyak produk dah buat skincare menggunakan air mawar ni. Tapi sayangnya muka nisa tak sesuai dengan rose water. Mampu tengok je la orang pakaiii huhuhu~

    ReplyDelete
  4. Selepas ini para wanita tidak akan pakai produk2 dari Korea la. Ada produk yang baharu ini. hehe

    ReplyDelete
  5. jadi cantik macam orang turki la lepas ni siapa yang pakaikan

    ReplyDelete
  6. Penah dengar jugak kebaikan air mawar ni. Patutla orang turki cantik2. Hehe. Minat cerita dari sana. Skin flawless mcm korea jugak.

    ReplyDelete
  7. Wahhhh tak pernah lagi dengar brand Otaci. Tapi peminat bunga mawar mesti tertarik sungguh dgn keluaran Otaci ni kan. Ermmm agak2 lepas pakai cantik mcm org turki tak hehehe

    ReplyDelete
  8. ini rupanya rahsia orang Turki untuk wajah cantik. Bolehlah saya hadiahkan dekat mak ngn kakak saya nnti. Nampak saiz produknya besar, mungkin boleh tahan lama? :) apa2pun terima kasih atas perkongsian ya

    ReplyDelete
  9. Tak pernah dgr lagi brand ni. Packaging pun nampak besar. Sure leh tahan lama. Nanti nak gitau gan kakak lah sb dia mmg suka air mawar ni

    ReplyDelete
  10. I saw your youtube video!
    thanks for sharing it again, and you look good with your spectacle~ next time tak payah tanggal when doing video ~
    thanks for sharing!

    ReplyDelete
  11. Bau ros tu yang menggamit-gamit saya sekarang ni... terbayang-bayang kelembutannya... memang akan cuba ni... lebih-lebih lagi bila saya tengok packagingnya tu... penjimatan in the air gitu sebab saya fikir mungkin ia boleh tahan lama...

    ReplyDelete
  12. Ramailah orang perempuan makin cantik sekarang ni heheh ini rahsia meraka tapi tak ada lagi produk untuk kehenseman orang lelaki wakakakak bagus lah banyak pilihan dan produk berkualiti macam ni...

    ReplyDelete
  13. Ooo..patutla muka akak nmpak cantik dan berseri sepanjang masa..inilah rahsianye ye..btw xpena dgr lgi brand otaci nie..nanti nd nk try la..nak jugak cntik mcm akk..

    ReplyDelete
  14. bestnyaaaa bau rose,sue suka betul apa2 yg ada wangian rose.

    ReplyDelete
  15. Produk ni dari turki ya.. tapi mesti bau dia harum seperti bunga mawar. Best2 kita mmg suka produk yg ada bau wangi.. terapi sgt

    ReplyDelete