Lawatan ke Kilang Pau Al-Ain di Kaki Bukit

Assalamualaikum. Hai. Kalini entri panjang sikit.

Sempena ulang tahun tadika anak Marina yang ke-20, pihak tadika mengadakan aktiviti lawatan melawat ke kilang pau Al-Ain. Anak-anak tadika kemain seronok nak berjalan. Bagus pihak tadika buat aktiviti seperti ini. Anak-anak dapat experience di luar sana selain pelajaran di tadika.

Semua pelajar dan ibu bapa yang turut serta, berkumpul di tadika pada awal pagi hari tersebut. Ibu bapa juga diberi peluang untuk mengikuti anak-anak yang ke lawatan. Tapi tak ramai yang follow. Hihi. Marina je yang excited. Pelajar dan ibu bapa menaiki bas pergi ke kilang pau.




Kilang pau ini hanya mengambil 15 minit perjalanan dari Tadika. Kejap je pon perjalananya. Hari-hari balik jalan tu. Tapi kilangnye jauh ke dalam kena melalui kawasan taman perumahan.

Kilang pau Al-Ain ni terletak di kaki bukit. Belakang sekolah Al-Hidayah. Pada awalnya Marina ingatkan kilangnye di lot-lot kedai. Rupenye kilang ni dibina di lot sendiri. Jalan masuknye agak sempit sikit dan kena melalui Miaw Yuan Chan Lin Temple.

Disebabkan naik bas, kami kena berjalan dari tokong sampai la ke kilang pau, dalam 5 minit je. Dalam perjalanan tu kami nampak banyak sangat monyet di dalam tokong tu berkeliaran. Budak-budak ni suka kemain.

Anak-anak dipecahkan kepada 2 kumpulan mengikut kelas di tadika. Ruang buat pau agak kecil, so terpaksala staff  memberi penerangan secara berasingan. So, Marina kumpulan yang kedua, kena menunggu la sebentar. Dalam 30 minit kot.

Menurut staff yang beri penerangan, 2 guni tepung digunakan untuk satu batch pau. Satu batch ni akan dapat 2 kepingan besar. Lepas doh siap dibancuh, staff di situ akan memasukkan di dalam mesin untuk menjadikan doh tu menjadi kepingan yang besar.


Lepas itu, doh akan dimasukkan ke dalam mesin untuk memasukkan inti. Doh yang berinti akan dimasukkan ke dalam mesin untuk dipotong dan membentuk menjadi pau.

Inti dimasukkan ke dalam doh

Doh yang berinti dibentukkan menjadi pau

Staff di situ akan memilih pau yang cantik untuk disusun di atas tray bagi tujuan pengepaman. Pengepaman ini bertujuan untuk menjadikan pau kembang seketika. Pengepaman ini mengambil masa 20-30 minit mengikut keadaan suhu bilik.

Proses pengepaman. Tray bertingkat ditutup dengan kain
Selepas pengepaman, pau samada dikukus atau dibungkus terus untuk disimpan di dalam peti sejuk beku. Kilang pau Al-Ain ni ada dijual yang siap kukus dan juga yang frozen.

Kami diberi goodies bag oleh pihak kilang. Pihak kilang beri sebungkus pau kacang yang frozen dan sekotak air sebagai tanda penghargaan. Kami juga diberi pau ayam yang siap dikukus untuk merasa pau Al-Ain. (padahal dah pernah rasa). Hehe


Pembeli boleh datang terus ke kilang pau Al-Ain ni untuk membeli pau.



Melawat ke kilang pau ini merupakan satu pengalaman yang seronok. Kalau Marina tak follow, memang sampai bila-bila kot tak berpeluang tengok cara pau dibuat.

20 comments:

  1. Bestnyaa akak. Mesti excited budak2 tu. Dpt tgok cara kilang proses buat pau semua.

    ReplyDelete
  2. owh..budak2 tu x diberi peluang untuk hands on sendiri buat pau eh?kalau dpt, mesti lg seronok n kekal dlm ingatan school trip tu.2 3 tahun lagi pun dorg akan bercerita moment tu..silap2, diajaknya mak buat pau sendiri.hahaha

    Red Linda https://anakperak.com

    ReplyDelete
  3. Pernah cuba buat sendiri dan memang renyah kerjanya. Beli yang dah siap lagi mudahkan. Tinggal nak kukus dan ngap. Nyam...nyam...

    ReplyDelete
  4. Beruntungnya dapat explore cara pembuatan pau dari kilang. Kita yang besar ni pun tak berpeluang tengok sendiri. Cantik gebus pau nya. Pasaran pau ni kat mana eh? Tak pernah nampak

    ReplyDelete
  5. Sedap ke pau Al Ain ni? Belum pernah cuba... bagus ada pau milik Melayu.... tak ragu-ragu nak makan.

    ReplyDelete
  6. oh bagusnya. since tadika lagi ada program macam ni. pendedahan yang baik. bagus juga parents boleh pegi sama. alhamdulillah. semoga lebih banyak tadika dapat mencontohi program sebegini.

    ReplyDelete
  7. Wahh bagus lah kanak-kanak didedahkan dengan cara untuk menjadi usahawan berjaya dari kecil hehehehe kita pun teringin nak ada produk jenama sendiri macam ni ada kilang dan juga begitu diyakini kerana ia adalah produm muslim 100%...

    ReplyDelete
  8. Seronok anak2 ni dapat keluar jln jln dengan rakan kelas. Pergi kilang pau pulak tu. Mesti best sambil jalan2 dapat makanan best

    ReplyDelete
  9. I love paus!
    The paus are so lovely!
    Kids are lucky too! But it is best with they have the chance to make paus!

    ReplyDelete
  10. Seronoknya tengok pau dibuat. Mesti budak2 gembira. Dapatlah tengok sendiri cara membuat pau dengan betul.

    ReplyDelete
  11. Seronok sgt aktiviti yg pihak skolah sediakan. Lagi seronok budak2 dpt tgk dengan mata sendiri mcm mana proses pau dibuat. Eh tambah lg seronok dpt makan pau panas2. Beronok ronok!

    ReplyDelete
  12. Mesti excited anak-anak murid tu dapat tengok di depan mata cara penyediaan pau kannnn... kejadiannya pun wow!!! gebu-gebas gitu... kita yang dah dewasa ni pun excited kalau dapat pergi kan kan kannnn...

    ReplyDelete
  13. sedapnya pau! tak pernah try lagi yg ni. kena cari ni. seronok budak-budak tu pergi lawatan kilang ya. heheh.

    ReplyDelete
  14. Seronoknya bila anak2 dapat pengalaman seperti ini.. AM pun selalu galakkan anak2 AM supaya turut hadir lawatan2 seperti ini..

    ReplyDelete
  15. Memang enjoy kan pergi visit kilang buat pau!love steaming hot pao!

    ReplyDelete
  16. Seronok budak-budak dpt join mcm ni.. Dapat tengok cara membuat pau. Kalau nad pun wxcitwd nak ikut anak pergi rombongan.. Hehehe..

    ReplyDelete
  17. Best tau ada aktiviti macam ni, selain dapat jalan-jalan, dapat timba ilmu dan memperluaskan pengalaman kanak-kanak.

    ReplyDelete
  18. wah seronoknya dapat ke kilang pau! rombongan tadika pulak tu. teringat masa adik saya yang last sekali tu, ada rombongan tadika ke bomba, and saya yang temankan dia. seronok sebab kanak2 kecil ni sangat comel dan innocent :)

    ReplyDelete
  19. Suka dapat ilmu baru. Rindu pula nak ada trip sambil belajar macam ni. Nak rasa juga pau ni macam-macam perisa ada ya. Comel tengok semua belajar cara pemprosesan buat pau.

    ReplyDelete