Pilots Kitchen

Assalamualaikum. Hai.

Marina dan family try dinner kat Pilots Kitchen Cafe di Pengkalan, Ipoh. Tak tahu nak makan apa. Kita try kat Pilots Kitchen plak. Lagipon dekat dengan rumah.

Masuk-masuk cafe, sangatla tenang. Kedainya bersih. Nak makan pon selesa. Lighthing pon terang je. Anak-anak dah buat macam kedai deme plak dah.

Ambik gambar dulu sebelum makanan sampai
Ayam black pepper, Sup sayur, nasi ayam dan ais kacang
sup sayur di syiokkk. Ada fishball

Ais kacang Pilots Kitchen. RM5.

Makanan yang Marina order :
-Nasi ayam takde ayam
-Sup sayur
-Ayam black pepper
-Fries
-Ais kacang
-Air 4 jenis

Semua ni RM50++

Pada hari yang lain plak Marina makan di Pilots Kitchen jugak. Makanan dia memang puas hati. Tu pasal la repeat berkali-kali.

Macaroni cheese dia memang best giler. Cheese tak kedekut
Roti bakar pon sedap

Tiap kali kalau tanya anak-anak malam nak makan mana? Mesti diorang cakap nak makan kat Pilots Kitchen. Sebab kena selera dengan diorang. Anak-anak Marina bab makan choosy sedikit. Kalau diorang nak makan sesuatu Marina akan beli je sebab diorang akan makan habih apa yang diorang mintak.

Untuk harga Marina bagi 7/10. Untuk makanan Marina bagi 8/10. Keselesaan kedai 9/10.

3 comments:

  1. utk harga pun mmg tgok standard cafe hipster la. tpi kalau sdp why not repeat kan cuma takleh selalu la haha

    ReplyDelete