Movie Review : Fast & Furious : Hobbs & Shaw

Assalamualaikum. Hai.

Semalam 31/7/19 Marina dan family pegi tengok wayang yang dinanti-nantikan. Fast & Furious: Hobbs & Shaw.

Filem : Fast & Furious : Hobbs & Shaw
Genre : Action, thriller
 Running Time:  2 Jam 16 Minit
Pelakon Utama:  
Dwayne Johnson, Jason Statham, Vanessa Kirby, Idris Elba, Helen Mirren
Pengarah: David Leitch

Sinopsis :
Untuk mengelakkan virus dicuri oleh team Brixton, Hattie terpaksa muat turun virus tersebut ke dalam badannya. Hattie mempunyai masa selama 72jam untuk mengeluarkan virus itu dari badannya.

Aksi bermula apabila Hobbs & Shaw diarahkan untuk bekerja bersama menumpaskan Brixton. Hobbs & Shaw perlu berhadapan bukan dengan manusia biasa. Brixton mempunyai kuasa 'Superhuman' yang sukar hendak ditumpaskan oleh manusia biasa.

Review :
Filem Fast & Furious : Hobbs & Shaw merupakan filem yang dinanti-nantikan. Cerita ini mengisahkan 2 orang agen yang pernah dipaksa bekerjasama semasa Fast & Furious 8, dipaksa lagi sekali untuk bekerjasama di dalam filem ini.

Ceritanya bermula apabila Brixton dan teamnya hendak mencuri virus untuk diprogramkan semula untuk memusnahkan umat manusia. 

Anggota MI6 Hattie, berjaya menyelamatkan virus tersebut daripada dicuri oleh Brixton dengan memuat turun virus tersebut ke dalam dirinya.

Untuk menyelamatkan Hattie daripada diculik oleh Brixton, Hobbs & Shaw ditugaskan untuk melindungi Hattie. Hobbs & Shaw juga terpaksa berhadapan dengan Brixton yang mempunyai kuasa 'Superhuman'.

Hattie mempunyai 72 jam untuk menghentikan virus daripada merebak ke dalam badannya. Virus boleh dikeluarkan melalui satu mesin yang terletak di makmal team Brixton di Moscow.

Filem Fast & Furious seringkali dikaitkan dengan kereta mewah, berkelajuan tinggi, menggunakan nos dan keutamaan family.

Untuk seketika Marina terlupa filem ini merupakan filem Fast & Furious. 

Adegan yang menarik pada Marina adalah apabila Hobbs pulang ke kampung halamannya di Samoa setelah 25 tahun tidak balik ke kampung. 

Kesimpulannya, bagi Marina filem ni berbaloi untuk ditengok. Lepas satu-satu thriller dia buat. Baru selesai satu thriller, datang thriller baru plak. Sampai anak nak go toilet pon suh tunggu sat. Hahaha. Kejam tak? Rating Marina bagi 9/10.



43 comments:

  1. tak tengok lagi movie ni sebab sibuk repeat spiderman/aladdin/annabelle hahaha lepas ni boleh tgk ff pulak

    ReplyDelete
  2. Tak berpeluang lagi menonton movie ini. Banyak review dan pendapat rakan2 Naim cakap best. Lepas ini nak pi layan movie ini. hehe

    ReplyDelete
  3. Dah lama sgt tak tgk wayang.. last aritu sekali masa parent dtg dia bg kami laki bini dating. Hahhh

    ReplyDelete
  4. wauu bagi 9/10. sedap teruk ni. memang nak tengok juga movie ni.

    followed here #14

    ReplyDelete
  5. kalu rating 9/10 kena tengok la weekend ni. memang BBL tertunggu jugak movie ni keluar dari awal tahun, tapi mesti full house 2 3 hari ni.. ke nak tunggu hari biasa je.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pegi tengok awal sejari dari sepatutnya release kat Malaysia. Intai2 website citer ni keluar awai. Kita tengokla awai.hehe

      Delete
  6. Pergh! Jelesnya. Teruja betul bila baca sinopsis dia. Bilalah berkesempatan nak menonton wayang agaknya. Anak2 kecil sgt hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marina bawak je anak-anak. Hihi. Paling kecik 3 tahun

      Delete
  7. Fast & Furious ni memang menarik ceritanya.. Kalau ada masa nanti nak jugalah ke panggung wayang untuk tonton filem ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  8. masih belum tonton lagi filem ni i tunggu keluar di netflix je la.. husband tak berminat nak pergi wayang sejak ada anak anak ni.. tapi cerita budak budak okey la.. anak anak i kalau bawa panggung wayang kena bawa mereka pergi yang dekat puchong tu yang ada playground tu.. hahaha... tapi teringin nak tengok cerita aksi.. cerita adults.. bosan tengok kartun sepanjang hari :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marina bawak je anak-anak. Diorang pon ok je..anak paling kecik 3 tahun.

      Delete
  9. wahhhh ada sequel terbaru dari F&F. okay nanti nak plan tengok movie nie dengan kawan2. ramai kata best dan beri feedback positif

    ReplyDelete
  10. rasanya dah hampir setahun tak masuk pawagam ni...llast masuk pun time tengok ceta munafik 2. hermmm sapa nak temankan tgk FF ni...tengok trailer macam best je..

    ReplyDelete
  11. Bila beranak pinak ni ( anak tigo) dah merasa tengok wayang dah. Tunggu anak besar sikit konon bila ada yang besar keluar plak hat kecik­čść

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..marina anak paling kecik 3 tahun. Balun je bawak sekali tengok.

      Delete
  12. Rawlins dah tengok dan setuju dengan your review. Memang best citer nie tapi sama la, terlupa yang nie F&F sebenarnya sebab dulu banyak kereta - now tak banyak hahaha

    ReplyDelete
  13. oh ada the rock!! F&F mmg syok ok ngan keta laju2... smua episode sis layan... haaa citer action cam gini sis suka... nervous gitu.. x prnh tgk lg citer ni.. nk terjah gak la.. mcm best sangat2

    ReplyDelete
  14. nak kena tengok sbb fav actor kita ada..the rockkkk!!! suka layan cerita fast and furious sbb aksi-aksi dan stunt tu memang power.klau pelakon pulak yang best sanggup tunggu husband off utk tarik tengok sekali

    ReplyDelete
  15. Nice review. Tapi sebelum I nak bawak anak2 gi panggung nak tanya sikit hihi. Cerita ni banyak part sensored x? macam tokyo drift dulu aduuhhh. Tak sesuai budak tengok.huhuhu

    ReplyDelete
  16. omg Marina tq so much for sharing. plot dia nmpk exciting giler, harap2 smpat nk tengok movie ini minggu dpn!

    ReplyDelete
  17. Macam menarik je baca review ni. Memang dah lama giler x tengok watang. Sejak ada anak anak. Hehe. Suami pon sama dengan kita bukan kaki wayang . Duku sebelum ada anak layan juga ktorang pergi wayang. Tengok carton haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Pi lekaih layan movie. Angkut je anak2 sekali.hihi

      Delete
  18. Ramai yg bagi feedback cerita ni sgt best and berbaloi tonton. Sebab 2 main characters dia dah memang hebat. Huhu ni yg makin membuak nak tgk

    ReplyDelete
  19. Kita tak tengok lagi Fast & Furious ni tapi memang kita suka lakonan The Rock ada unsur humor dan juga aksi yang best tak sabar nak tengok ni...

    ReplyDelete
  20. F&F satu-satunya filem yang saya dengan from seasons one until the latest seasons. Time season 1 tu saya masih remaja hinggalah dah agak lanjut usia ni masih minat dengan F&F hehe

    ReplyDelete
  21. Memang lia nak tengok gak cita ni tau. Sebab memang layan fast & furious dari dulu lagi. Tak sabar nak tengok versi yang ini pulak. Mesti best action kali ni.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  23. A must tgk ni, marina.
    Pelakon nyer pon semua top top, feveret!
    Hmmmmmm... Aida x dpt la nak ke panggung these few days :)
    Anak nak upsr. Hormat kan hak dia kan.
    Next week boboiboy camne lah.
    Adik nyer dah sebut2 dah ni...

    ReplyDelete
  24. Tak tengok lagi.. T_T..
    hujung minggu ni la.. macam best je. Semua review kata best

    ReplyDelete
  25. Tak tengok lagi cerita ni. sblum2 ni mmg x pernah miss tengok ff dekat wayang. anak still kecil payah nk bawah ke wayang. tkt ganggu orang lain

    ReplyDelete
  26. Alaaa bestnya dapat tengok wayang. Sejak ada anak, memang tak pernah tengok wayang. Lagi dah ada 3 ni, huhu

    ReplyDelete