Movie Review : BoboiBoy The Movie 2

Assalamualaikum. Hai

Marina kalau tengok wayang yang baru keluar sebolehnya memang first day tayangan keluar tu Marina akan pergi tengok. Marina pergi tengok BoboiBoy The Movie 2 pada 8.8.19. Anak-anak yang nak tengok sangat. Marina biasa kartun ni kurang berminat nak tengok kat panggung. Biasa layan CD je kat rumah.

Husband Marina cakap, "Entahla. Tengok kartun kat panggung ni, bosanla kot."

Filem : BoboiBoy The Movie 2
Genre : Action, Comedy, Adventure
 Running Time:  1 Jam 50 Minit
Pelakon Utama:  
Nur Fathiah Diaz sebagai BoboiBoy, Fadzli Mohd Rawi sebagai Retak'ka, Nizam Razak sebagai Papa Zola
Pengarah: Nizam Razak

Sinopsis :
Retak'ka yang dahulunya mempunyai kuasa Elemental yang dimiliki oleh BoboiBoy sekarang hendak merampas kuasa tersebut daripada BoboiBoy. BoboiBoy dan rakan-rakan berhadapan pelbagai rintangan untuk melindungi kuasa Elemental supaya tidak jatuh ke tangan Retak'ka.

Review :
Cerita ini mengisahkan misi Boboiboy dan rakan-rakannya berusaha untuk melindungi kuasa Elemental daripada jatuh ke tangan Retak'ka. 

Retak'ka muncul kembali apabila pencuri kristal yang mencuri kristal di mana Retak'ka berada di dalam kristal tersebut. Akhirnya Retak'ka berjaya keluar dari kristal tersebut. 

Retak'ka mula memburu BoboiBoy apabila pencuri kristal tersebut memberitahu BoboiBoy mempunyai kuasa Elemental tersebut.

Retak'ka bukan sahaja hendak mencuri kuasa Elemental daripada BoboiBoy tetapi Retak'ka juga pergi daripada satu planet ke planet yang lain, untuk mencuri kuasa yang dimiliki oleh penghuni planet-planet berkenaan.

Retak'ka berjaya mencuri kuasa Elemental daripada Boboiboy tapi bukan kesemuanya. Retak'ka berjaya mencuri 4 kuasa daripada 7 yang dimiliki oleh BoboiBoy.

Part yang menarik pada Marina adalah apabila rakan-rakan BoboiBoy sangat mengambil berat pada BoboiBoy apabila mereka sanggup ditinggalkan bersama Retak'ka dan Boboiboy dilarikan oleh Papa Zola sebelum Retak'ka dapat rampas kesemua kuasa yang ada pada BoboiBoy.


Lepas habih tengok Boboiboy the movie 2, husband kata, "Layan juga tengok BoboiBoy ni" Pada Marina serius Boboiboy The Movie 2 ni best dan kelakar. Rating 8.5/10

-bymarinabashah-

23 comments:

  1. hari isnin ni baru nak pergi tengok dengan family. ramai cakap best gila boboiboy ni tu yang tak sabar nak tengok

    ReplyDelete
  2. Suka boboiboy tapi rak berkesempatan lagi nak tgk ni. Memang dok tunggi keluar haritu. Nnti ada masa nak ajak husband tgk. Anak iza pun suka jugak.

    ReplyDelete
  3. haa, boleh la bawak budak budak ni pegi tengok this weekend alang alang kita ke negeri ada panggung wayang ehhehe. seb baik bace review ni sebab dalam kepala ni nk tgk hobs and shaw, kesian kat budak pulak

    ReplyDelete
  4. I am a fan of Boboiboy and excited to watch this movie soon. Btw, mana lagi best movie Boboiboy nie dgn Upin and Ipin Keris Siamang Tunggal?

    ReplyDelete
  5. Ala tak nak baca sinopsis lagi kita nak pergi tonton terus hehehe mesti lagi best daripada cite Upin Ipin tapi kita suka cite tu sebab ia lebih jiwa Malaysia yang ni modern sikit wakakakaka..

    ReplyDelete
  6. Wah.... Best ya! Anak-anak dah lama tak bawak pi tengok wayang. Maklum lah bila anak 5.orang nak angkut semua kos bukan sikit. Plus nanti nak itu ini, maka nya tunggu download jer nanti. Tapi mcm nak surprised anak-anak pas baca review kata best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Btol. Nak masuk oanggung mintak macam2. Hotdog la, popcornla. Nak tgk wayang ke nak makan?

      Delete
  7. Sis sempat tonton tayangan perdana. Memang best sangat sb sebelum ni mmg tak pernah tgk kartun BoBoiboy. Btw, kami tak ley nak cite semua spoiler. Hehehe. terpaksa la review ala kadar. Hehe. Very good movie sb semua ternanti2 kannya

    ReplyDelete
  8. Memang seronok betul boboiboy! Cx pon dah pergi haritu. Tak sempat lg nak review haha kang tak memasal tercerita semua hahaha. Mmg terbaik boboiboy boboiboy kali ni! Worth la !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Menahan nafsu gak supaya tak cerita semua

      Delete
  9. Nanti ada masa terluang nak bawa anak2 p terjah boboiboy the movie ni. Mesti seronok dapat lihat anak2 happy nanti kan :)

    ReplyDelete
  10. Seronok bawa anak tengok cerita Boboiboy, mouse mommy pun baru bawa ank2 tengok cerita Dora The Explorer!

    ReplyDelete
  11. Movie ni memang sesuai untuk sekeluarga, best untuk weekend treat for the kids also.

    ReplyDelete
  12. I saw the trailer and it looks really good! Will intro to my friend who have kids.

    ReplyDelete
  13. Memanggg best Sangat! Bukan anak je teruja, mak bapak pon sama ^_^ lagu siap download, pasang dalam kereta tauuu...

    ReplyDelete