Assalamualaikum. Hai.
Jumaat lepas Marina dan family pergi ke Fama Fest di RTC Gopeng, Perak. Lepas habis keje terus shoot ke RTC Gopeng.
Fruit, Flower & Food Fiesta 2019 ni berlangsung dari 25 Julai sehingga 29 Julai. Macam-macam aktiviti yang dijalankan selama 5 hari.
Pelbagai jenis makanan, buah-buahan, bunga dan juga haiwan-haiwan ada dijual disini.
Yang paling banyak dapat sambutan adalah di 'House of Durian. Penggemar durian tak melepaskan peluang untuk makan durian di sana. Terutamanya musang king. Musang King sekilo RM30
Anak-anak Marina paling suka Petting Zoo. Harga masuk petting zoo adalah RM3 seorang. Tak kirala budak atau orang dewasa. Mainla sampai lebam. Anak ayam yang colorful tu pon boleh dibeli dengan harga RM5 seekor.
Selain anak ayam, terdapat juga arnab, anak kambing, anak itik dan ayam.
Di seksyen lain plak ada menjual ikan laga. Marina paling tertarik dengan ikan laga ni. Bagi peminat ikan laga ni mungkin tahu kelebihannya tersendiri. Seekor ni RM2500. Abih duit gaji hakak kalau beli ikan laga ni. Sia-sia kalau beli, tak sampai beberapa minggu mati.
Kat Fama Fest ni pon ada penyu. Tapi anak penyu je la. First time kot tengok penyu depan mata.
Tumbuh-tumbuhan dalam balang pon ada dijual di Fama Fest ni. Tapi Marina tak tengokla harganya. Penuh kesabaran dan kreatif orang yang buat ni.
Banyak lagilah aktiviti yang ada kat sini. Ada booth pameran-pameran dari company seperti Aman Palestin dan Bukit Merah Laketown Resort. Kalau cerita semua takkan habih.
Marina suka bawak anak-anak tempat-tempat macam ni. Bagi pendedahan pada diorang. Anak-anak Marina pon suka meng'explore' new things. Dari situ diorang dapat pengalaman dan ilmu.
-bymarinabashah-

Fama Fest 2019 di RTC Gopeng Perak
Tags
# event
# Fama fest
# family activity
# perak
Share This

About Marina Bashah
perak
Labels:
event,
Fama fest,
family activity,
perak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
The Writer
I'm Marina | Work As Planning Engineer at Sewerage Company | Part Time Blogger | Part time Ghostwriter | For any review and collaboration kindly please email to : marinabashah@gmail.com
Best ni. Aida pon minat gi fest sebegini. Bunga. Pokok. Makanan. Memang heaven lah :)
ReplyDeleteKannn
Delete