Assalamualaikum.Hai.

Memandangkan anak Marina yang sulung tu tahun 2019 ni darjah satu, makanya Marina wajib alert tentang sistem pembelajaran di Malaysia yang terkini iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Macam-macam pendapat/keluhan yang Marina baca dan dengar mengenai sistem PBD ni.

Apa itu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sistem pelajaran berdasarkan penilaian kepada murid oleh guru matapelajaran yang terlibat. Tiada lagi peperiksaan dilaksanakan.

Apa yang perlu ibu bapa perlu tahu tentang PBD?

1. Tiada peperiksaan pertengahan tahun atau akhir tahun.
2. Sistem ini dilaksanakan untuk murid tahun 1 sehingga tahun 3.
3. Murid dinilai oleh guru matapelajaran. 
4. Murid dinilai dari 3 aspek:
i. Secara keseluruhan (dalam kelas)
ii. Matapelajaran
iii. Individu
5. Murid akan diuji melalui kuiz dalam kelas, permainan, projek di kelas, bercerita dan pelbagai lagi cara mengikut kreativiti guru bagi matapelajaran berkenaan.
6. Ada 6 jenis tahap penilaian. Setiap tahap ni yang menentukan anak korang ni boleh menguasai matapelajaran tersebut atau tak.

Slip untuk keseluruhan subjek
Slip untuk subjek B.Inggeris

Ibu bapa akan diberi slip macam ni untuk lihat prestasi anak untuk keseluruhan pelajaran. Tapi slip ini kena bagi guru kelas balik. Yang boleh simpan, adalah slip penilaian yang diberi oleh guru matapelajaran. Agak-agak penilaian yang diberikan ni menyakinkan korang tak tahap penguasaan subjek anak-anak korang?

Macam kat sekolah anak Marina ni ibu bapa digalakkan untuk berjumpa setiap guru matapelajaran. Kalau penilaian untuk subjek sains lemah, boleh jumpa guru sains.

Murid juga dinilai dari segi nilai-nilai murni. Tolong kutip sampah, tolong guru angkat buku ke beg ke. Ada satu program yang dilaksanakan di sekolah anak Marina. Ada satu kad. Kalau murid rajin tolong guru, kad tu akan ditandatangan oleh guru terbabit. Kalau murid pandai bodek tinggi la penilaian murid tu ye?


Ada ibu bapa yang setuju tak kurang juga yang kurang setuju dengan sistem PBD ni.




Bila dengar keluh kesah selepas perjumpaan parents aritu, Marina pon sedikit terkesan. Marina pon tak berapa nak setuju dengan sistem PBD ni. Kalau anak-anak memang jenis senyap tak aktif tapi akademik ok dan sebaliknya pulak macam mana? Hanya parents yang melalui nya akan berasa risau dengan performance anak-anak.

Kita bukan nak bebankan anak dengan peperiksaan. Kita dulu pon ada periksa jugak. Ok je. Bukan kita nak bandingkan anak siapa lagi pandai. Cuma kita nak tahu anak kita menguasai atau tidak matapelajaran tersebut. Mana pelajaran yang anak kita lemah, kita bantu dan bimbing anak kita untuk subjek tersebut. Tak gitu?

Leka tak leka tu pon tak jugak sebab ada guru buat kuiz dalam kelas dan diberi ganjaran bagi pelajar yang dapat menjawab kuiz dengan betul.

Hopefully kementerian boleh kaji balik sistem ni. Esok bila dah naik darjah 4, peperiksaan dilaksanakan, tak ke anak-anak lagi rasa tertekan? Tak ke subjek yang lemah masa darjah 1 sampai darjah 3 tu agak makan masa untuk bimbing anak-anak untuk menguasai?

Marina sebagai parents hanya doakan yang terbaik buat anak-anak.


-bymarinabashah-
Assalamualaikum. Hai.

Blog lama dah tak berupdate. Berhabuk tahap dewa.😅

Sebelum start sesi persekolahan tahun 1, anak Marina ada menjalani penilaian untuk Dual Language Program (DLP) ni. Pada hari tersebut, pihak ibu bapa diberi taklimat mengenai DLP ni. Manakala anak-anak menjalani ujian di bilik darjah sebelah untuk menilai sama ada layak atau tidak untuk join DLP ni. Kami diberitahu untuk program ini boleh dilaksanakan, satu kelas mesti ada at least 15 orang murid. Kalau tak cukup murid, DLP ni tak boleh dilaksanakan.

Apa itu DLP?
Dual Languange Program (DLP) adalah satu program yang dilaksanakan oleh kementerian pendidikan di mana Matematik dan Sains dilaksanakan dalam bahasa Inggeris. Tujuannya untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris.

Apa yang Ibu Bapa perlu tahu tentang DLP?

1. Once anak korang dah melepasi ujian saringan, korang pon dah decide untuk masukkan anak korang untuk sertai DLP ni, korang akan diberi tempoh 6 bulan tak silap Marina untuk teruskan program ni atau tidak. Bila dah habis tempoh ni, korang tak boleh patah balik sampai la masuk sekolah menengah.

2. Guru yang ajar subjek Matematik dan Sains telah pergi kursus untuk DLP ni. Kalau ada pertukaran guru, kenala cari guru lain yang ada kelayakan DLP ni. Sekarang ni kelas anak Marina, guru Matematiknya baru pindah sekolah lain dan sekarang guru Matematik belum berganti.😅

3. Kalau ditakdirkan korang sebagai waris ni ditukar tempat keje, anak-anak kene follow korang, ketahuila korang kene cari sekolah yang melaksanakan program DLP ni jugak. Tak semua sekolah ada buat program DLP ni.

4. Peperiksaan untuk murid DLP ni akan dinilai dalam bahasa Inggeris. Murid DLP wajib menjawab peperiksaan di dalam bahasa Inggeris. Kalau bukan murid DLP, mereka bebas untuk memilih bahasa jawab peperiksaan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

5. Buku murid DLP dan bukan DLP untuk Matematik dan Sains berbeza. Of course. Sebab language.

Yang bagusnya program DLP ni, bahasa Inggeris anak-anak boleh improve. Kalau rezeki dapat melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS, mostly semua U menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara. So takde la anak-anak ni kekok kan?


Masa nak buat keputusan nak join atau tak ni punya la susah. Ok ke masukkan anak Marina ke program DLP ni. Discuss ngan husband. Tanya kawan-kawan. Risau kemampuan Marissa. Guru-guru semua berharap murid-murid yang berjaya ke program DLP ni join program ni. Akhirnya masukkan jugak Marissa untuk program ni.

Tak kisahla DLP atau bukan DLP kita sebagai parents kena pantau perkembangan pelajaran anak kan? Kena bantu diorang, ajar diorang mana yang diorang tak faham. Dan kerisauan Marina tu kurang sikitla sebab ada group wassap untuk parents kelas DLP ni.

Harap sedikit perkongsian Marina ni dapat bantu parents kat luar sana buat keputusan yang sewajarnya.

-bymarinabashah-