Di sini Marina share resepi untuk perut kalian rasa kenyang terutamanya semasa kita berpuasa.
Susu Kurma 3 Bahan
Bahan-bahan :- 7-10 biji kurma (ikut suka nak guna kurma apapon boleh)
- 1 cawan air panas (untuk rendam kurma)
- 2 cawan susu segar (yang diet bolehla guna low fat)
Cara-cara :
1. Keluarkan biji kurma.
2. Rendam isi kurma dengan air panas dan rendamkan kurma antara 10-15 minit.
3. Tuang kurma berserta air rendaman ke dalam pengisar dan masukkan sekali susu segar.
4. Kisar sehingga hancur.
5. Tuangkan ke dalam gelas dan boleh disejukkan terlebih dahulu atau minum terus.
Senangkan? Buat siap malam-malam, simpan peti sejuk. Esoknya waktu sahur minum terus.
Info : Tujuan rendam kurma terlebih dahulu untuk bagi dia kembang dan mudah untuk hancurkan kurma tersebut.
Khasiat Susu Kurma
#1 Yang berdiet elokla amalkan resepi ni untuk kurus. Dapat beri tenaga dan mengenyangkan.#2 Susu kurma ni elok sebagai milkbooster kepada ibu-ibu yang susukan anak.
No comments:
Post a Comment