Resepi Oden Simple Viral - MARINA BASHAH

Resepi Oden Simple Viral

RESEPI ODEN SIMPLE VIRAL | Orang kata Oden ni viral. Ye ke? Nampak macam steamboat. Rasa dia memang steamboatla. Disebabkan viral, Marina pon teringinlah nak masak sendiri oden ni. Kat sini Marina share kan resepi oden yang dikatakan viral ni. Resepinya ada macam-macam versi, makanya korang bolehlah try and error ikut sedap tekak korang. 

Menu oden ni ramai yang suka masak sebab cepat dan mudah disediakan. Ramai juga yang buat juadah semasa hari raya. Bahan-bahan pon mudah juga didapati. Campak-campak je dah siap. 

Ada yang suka makan dengan maggi, ada juga suka makan dengan nasi. Kalau Marina, Marina suka ratah dan hirup kuah dia gitu je. 


Bahan-bahan:
1. Pes tomyam adabi - 2 paket
2. Pes asam pedas adabi - 1 paket
3. Pes Sup siam adabi - 1 paket
4. 2 kiub pati ayam
3. Satu paket bebola ikan
4. Satu paket fish cake
5. Satu paket fish cake leper
6. Sosej
7. Carrot (option)
8. Cendawan (option)
9. Gula
10. Garam

Cara-cara:
1. Masukkan 8 gelas air.

2. Masukkan pes tomyam, pes sup siam, asam pedas dan kiub ayam. Tunggu sampai mendidih.

3. Sambil tunggu mendidih, carrot rebus asing sebab lambat empuk.

4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

5. Masukkan bebola ikan, fish cake, fish cake leper,sosej Tunggu sampai mendidih.

6. Masukkan carrot dan cendawan.

Dah siap. Senangkan? Selamat mencuba. Rasa memang sama macam kat kedai steamboat tu.

*Bahan-bahan boleh pelbagaikan taknak sosej ke, bebola ikan ke, boleh tukar lain
*Kalau ikutkan bebola ikan, sosej tu cucuk kat lidi. Iolls malas. Nak masuk perut sendiri je pong.😁😁



5 comments:

  1. baru pertama kali sy dgar tu oden.. haha.. terima kasih share resepi :)

    ReplyDelete
  2. Aduh jalan2 sini ternmpk resepi oden. teringin pulak nak buat. hritu buat dah sekali

    ReplyDelete
  3. oden...selalu dengar..tapi tak pernah try sebab tak berapa fish cake and the geng...huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. wow!!! selalu nampak kat KK Mart je... bolehlah try nanti...

    ReplyDelete