Kejut Anak Bangun Pagi

Hai. Assalamualaikum korang.

Marina nak share sikit pengalaman Marina kejut anak bangun pagi. Terutamanya time sekolah.

Anak Marina yang pertama, Marissa alhamdulillah senang bangun pagi. Mungkin dia rasa tanggungjawab atau takut dengan cikgu untuk hadir ke sekolah awal. Kena masuk sekolah sebelum 7.20 pagi. Selalu panggil along je. Kalau tak bangun Marina panggil nama penuh dia.

Anak Marina yang kedua ni payah sikit nak gerak. Umur 6 tahun Hantar ke tadika. Kadang sampai 20minit gerak tapi tak bangun-bangun. First thing Marina buat kat dia, gosok-gosok badan dia. Gosok dengan kasih sayang ye. Lepas tu Marina duk tepuk-tepuk pipi dia. Tak jalan juga, Marina angkat dia duduk kat riba. Bercakap dengan dia, lepas mandi, siap, tidur balik kalau mengantuk. Lepas dia bangun pergi mandi, Marina akan bagi pujian. Alhamdulillah berkesan cara ni.

Anak yang ketiga ni ikut mood. Umur 3 tahun. Kadang dia terjaga awal. Bangun sendiri. Kalau dia tidur lewat, payah sikit nak gerak dia. Kadang Marina kejut dia dengan panggilan baby, kadang Marina buat bunyi kucing 😂😂. Sebab dia suka buat bunyi kucing kalau bangun tidur.


Alhamdulillah walaupon kadang-kadang ada masa mencabar nak kejutkan diorang waktu pagi, masih sempat nak pergi ke sekolah sebelum waktunya.

Marina pon takla perfect sangat. Kadang ada jugak marah anak-anak. Ugut diorang nak tinggal diorang. Menangis tu biasa tapi kebarangkaliannya sikit je.

Cara Marina panggil anak-anak bangun pagi:
1. Panggil nama
2. Gosok-gosok
3. Tepuk-tepuk
4. Angkat dan komunikasi
5. Beri pujian setelah anak bangun pagi

Mummy kat luar sana ada masalah kejut anak tak?

-bymarinabashah-

0 comments:

Post a Comment