Review Bufet Ramadan 2026 Klana Beach Resort: Nikmati “Senja Seri Warisan” di Tepi Pantai Port Dickson | Mencari bufet Ramadan 2026 di Port Dickson yang menampilkan hidangan tradisional asli dan suasana berbuka yang selesa? Klana Beach Resort Port Dickson kembali memeriahkan Ramadan tahun ini dengan bufet bertemakan “Senja Seri Warisan”, menonjolkan juadah klasik Melayu termasuk Kibas Golek menu popular di Port Dickson. Dengan pilihan menu warisan, live cooking stall dan konsep mesra keluarga, bufet ini menjadi antara pilihan terbaik untuk iftar bersama insan tersayang sepanjang bulan Ramadan. Kalau korang tengah survey bufet Ramadan di Port Dickson, Klana Beach Resort Port Dickson antara yang wajib masuk dalam senarai.
Bufet Ramadan 2026 Bertemakan “Senja Seri Warisan”
Tema "Senja Seri Warisan" mengetengahkan keaslian masakan tradisional yang membangkitkan kenangan dan kehangatan hidangan warisan. Setiap hidangan disediakan dengan teliti oleh barisan chef berpengalaman yang diketuai oleh Chef Sarimah, menggunakan resipi klasik yang mengekalkan rasa asal tanpa diubah suai. Dari satu hidangan ke satu hidangan, jelas usaha untuk kekalkan citarasa tradisional yang autentik.
Paling dinanti setiap tahun semestinya Kibas Golek, menu signature yang memang sinonim dengan bufet Ramadan di Klana Beach Resort. Hidangan ini sering menjadi tumpuan kerana dagingnya lembut, berperisa dan dimasak sempurna, menjadikannya antara pilihan kegemaran pengunjung di Port Dickson. Selain itu, terdapat juga beberapa hidangan utama berasaskan resipi lama yang kini semakin jarang ditemui, sekaligus menjadikan pengalaman berbuka di sini lebih istimewa dan berbeza.
Antara menu utama yang mencuri perhatian termasuklah Kibas Golek, Gulai Kawah Batang Pisang dan Sup Kibas.
Stall “Warisan Tanah Beradat” – Identiti Negeri Sembilan
Keistimewaan bufet Ramadan 2026 kali ini adalah kewujudan stall “Warisan Tanah Beradat” yang mengetengahkan masakan autentik Negeri Sembilan.
Antara killer menu yang ditawarkan:
• Rendang Minang Ayam Tua & Maman
• Sambal Daun Kayu Tempoyak
• Rendang Kepayo (Rendang Betik)
• Masak Lemak Kuning Cendawan Hitam & Ikan Bilis
Selain itu, pihak resort turut menyediakan 4 menu putaran harian, antaranya:
• Rendang Tok
• Telur Belado
• Ayam Opor
• Gulai Kuning Ikan Masin dan Nenas
Pelbagai Live Stall & Pencuci Mulut Klasik
Selain menu utama, bufet ini turut dimeriahkan dengan pelbagai stesen masakan langsung dan gerai pilihan seperti:
• Somtam
• Roti Jala Serawa
• Pulut Mangga
• Popia Basah
• Keropok Lekor Picit
Untuk pencuci mulut pula, penggemar manisan tradisional pasti puas hati dengan hidangan seperti Nekbat, Puding Diraja dan Butir Nangka.
Kids Stall Khas Untuk Si Cilik
Datang berbuka bersama keluarga memang lebih tenang sebab Kids Stall turut disediakan khas untuk anak-anak. Antara menu kegemaran si kecil adalah Makaroni Bakar, Nugget Ayam dan Aneka jajan. Tak perlu risau anak cerewet tak jumpa makanan sesuai.
Bufet Ramadan 2026 Klana Beach Resort
Bufet Ramadan di Klana Beach Resort akan bermula pada 3 – 28 Ramadan 1447H (21 Februari – 18 Mac 2026).
Harga Bufet:
• Early Bird: RM60.00 (Dewasa sahaja – terhad, tersedia sekarang)
• Harga Normal (mulai 21 Februari 2026):
• Dewasa: RM70.00
• Kanak-kanak (5–12 tahun), Warga Emas (60+), & OKU: RM38.00
Promosi Pakej Bilik + Sahur
Untuk yang nak pengalaman Ramadan lebih relaks tanpa rushing balik rumah, Klana Beach Resort turut menawarkan pakej penginapan Ramadan yang lengkap dengan sahur. Lepas berbuka, boleh rehat terus di bilik, bangun sahur dengan tenang, dan nikmati suasana pantai waktu pagi.
Kenapa Perlu Cuba Bufet Ini?
• Menu tradisional autentik & resipi warisan
• Kibas Golek paling popular di Port Dickson
• Banyak pilihan & menu putaran harian
• Mesra keluarga & sesuai untuk berbuka beramai-ramai
• Suasana santai dengan vibe resort tepi pantai
Kalau korang mencari bufet Ramadan 2026 di Port Dickson yang menekankan rasa, kualiti dan suasana mesra, Bufet Ramadan “Senja Seri Warisan” di Klana Beach Resort memang antara pilihan terbaik untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Untuk Tempahan dan pertanyaan hubungi:
Klana Beach Resort Port Dickson: 06-648 7888
Puan Amalina: 016-661 9030
Encik Misraini: 016-661 9050
Puan Ayu: 016-661 6089














0 Comments