Razin Zain Professional Studio Photoshoot Memberi Kelainan dan Menjadikan Gambar Raya 2024 Nampak Unik!

Razin Zain Professional Studio Photoshoot Memberi Kelainan dan Menjadikan Gambar Raya 2024 Nampak Unik! | Berapa hari lagi je kita nak sambut Hari Raya Puasa kan? Baju raya, kuih raya, kasut raya dan kelengkapan raya lain dah ready ke? Pada Marina, tak lengkap rasanya bila Hari Raya ni tak ada gambar kenangan bersama keluarga. Tak kisahlah ambil gambar di rumah, di luar rumah ataupun serahkan pada photographer profesional untuk photoshoot gambar raya korang di studio. Raya tahun 2024 ni, Marina photoshoot gambar raya di Razin Zain Professional Studio di Seri Iskandar, Perak. Cerita yang betulnya, husband baru beli rumah kat Seri Iskandar ni. Setiap weekend biasanya kiteorang suka lepak kat Seri Iskandar sementara tak ramai lagi yang pindah di sini. Kebetulan dapat tahu dari kawan ada photoshoot studio di Seri Iskandar yang dekat dengan rumah, yang mana hasil gambarnya memuaskan hati dan menarik dengan harga yang berpatutan iaitu Razin Zain Professional Studio. Makanya kiteorang photoshootlah gambar raya di studio Razin Zain ni. 



Razin Zain Professional Studio

Pemilik studio ini adalah Encik Razin Zain. Beliau berasal dari Seri Iskandar, Perak dan memilih untuk berbakti di tempat asalnya di sini setelah tamat belajar. Encik Razin dah 13 tahun berkecimpung dalam dunia photography. Beliau merupakan bekas pelajar yang mengambil jurusan Art & Design di UITM Shah Alam.

Di Razin Zain Professional Studio ni, bukan hanya korang boleh photoshoot gambar raya sahaja. Di sini juga ada menawarkan photoshoot gambar perkahwinan, pre wedding, gambar keluarga, corporate video dan juga gambar produk untuk marketing. 


Perkhidmatan yang ditawarkan di Razin Zain Studio

Perkhidmatan yang disediakan di Razin Zain Studio tidak terhad hanya mengambil gambar (photography) sahaja. Encik Razin juga menawarkan perkhidmatan seperti :
• Videography
• Graphic Design
• Printing
• Editing
• Coaching
• Advertising service
• On site photography (penggambaran di rumah customer) 




Kenapa Perlu Memilih Razin Zain Professional Studio untuk Mengabadikan Gambar Raya sebagai Kenangan?

Sebelum membuat keputusan untuk bergambar, beberapa perkara yang telah Marina pertimbangkan sebelum memilih lokasi untuk photoshoot gambar raya. Antara perkara yang dipertimbangkan adalah tema, kemudahan yang disediakan, hasil kerja dan harga pakej yang ditawarkan.


Pilihan Tema

Di Razin Zain Studio, terdapat 3 tema yang korang boleh pilih apabila bergambar di kedai gambar Razin Zain ni iaitu klasik, vintage dan moden. Ada beberapa pakej yang disediakan oleh Razin Zain Professional Studio yang boleh korang pilih mengikut bajet korang. Apa yang menarik di sini, korang boleh gabung tema klasik dan moden dalam satu gambar!


Kemudahan

Encik Razin menyediakan beberapa kemudahan bagi memastikan pelanggan selesa semasa bergambar di studio beliau. Tempat bergambar yang disediakan di Studio Razin Zain luas. Kemudahan lain yang disediakan di sini :
• Ruang berhawa dingin⁠
• Tandas


Hasil kerja

Sebelum bersetuju untuk mengambil gambar, Marina duk intai hasil kerja Encik Razin Zain di sosial media beliau. Marina suka dengan hasil kerja yang dipaparkan di media sosial beliau, gambar yang diambil cantik, menarik dan unik. Idea yqng diberikan untuk menggayakan gambar raya pun menarik!


Harga Berpatutan

Banyak dah berhabis untuk membeli kelengkapan raya untuk diri sendiri dan keluarga kan? Bajet untuk photoshoot gambar raya di studio takde. Tapi korang masih boleh bergambar di studio mengikut bajet korang. Serahkan pada yang pakar untuk  mengambil momen yang indah bersama keluarga atau kawan-kawan. Ada beberapa pakej ditawarkan di Razin Zain Studio yang mesra poket.

kedai gambar seri iskandar

Photoshoot studio seri iskandar


Pengalaman Sendiri Photoshoot di Studio Razin Zain

Marina sekeluarga enjoy semasa menjalani sesi penggambaran di Razin Zain Professional Studio ni. Photographernya, Encik Razin ramah dan banyak berkomunikasi dengan customer dan meminta kiteorang posing. Serius Marina tak tahu nak menggayakan gambar raya. Hasil idea-idea yang dilontarkan dan diarahkan oleh Encik Razin kepada kiteorang menjadikan gambar-gambar yang diambil sangat menarik dan unik. Gambar Raya 2024 kiteorang lain daripada yang lainkan? Ada penceritaan di situ. Tidak seperti gambar raya yang lain di mana gambarnya hanya sekadar sebuah potret keluarga yang biasa. Tapi itu terpulanglah kepada korang nak abadikan gambar rayakorang macam mana kan? 

Semasa penggambaran, alhandulillah anak-anak memberi kerjasama yang baik sekali walaupun dengar sedikit keluhan sebab penat. 

Bukan setakat photoshoot gambar sahaja, kiteorang juga mengambil video raya di sini. Tapi hasilnya belum di release lagi. Nanti korang kena datang balik kat blog Marina untuk tonton video raya.

Marina suka prop yang disediakan di Razin Zain Professional Studio. Dengan pengunaan prop Gambar yang dihasilkan   Razin tunjuk hasilnya, Marina kagum. Ada penceritaan pada gambar dan gambarnya nampak seakan-akan hidup.   

Kedai gambar seri iskandar


Booking Slot Photoshoot Gambar Raya 2024 Sebelum Full! 

Pada yang nak tengok hasil kerja atau mendapatkan perkhidmatan photographer di Seri Iskandar dari Encik Razin, korang boleh hubungi Encik Razin di sosial media beliau. 

Whatsapp : 

Facebook : 

Instagram :



Post a Comment

2 Comments

  1. tahun depan boleh cuba nie...sebab bakal duduk area situ jugak...hihihi

    ReplyDelete