Berhari Raya Dengan Songkok Lipat Style Tun

Berhari Raya Dengan Songkok Lipat Style Tun | Tinggal lagi berapa hari je kita nak menyambut Hari Raya Puasa kan? Ada yang mencari songkok atau kopiah untuk raya nanti? Pernah dengar tak mengenai Songkok Style Tun? Songkok ini adalah songkok jenis lipat. Marina kongsikan keistimewaan Songkok Style Tun ni selanjutnya di bawah.





Sejarah Mengenai Songkok

Songkok adalah sebahagian daripada warisan budaya masyarakat Melayu dan beberapa komuniti Islam di seluruh dunia. Songkok berasal dari Kesultanan Melaka, di mana bangsawan menggunakannya sebagai lambang kedudukan sosial dan keagungan.

Songkok merupakan sejenis topi tradisional yang terkenal dengan reka bentuknya yang unik. Ia biasanya dibuat daripada bahan seperti kain atau kulit dan bahagian atasnya mempunyai ciri khas berbentuk lancip. 

Songkok mempunyai makna yang besar dalam budaya Melayu selain hanya menjadi aksesori fesyen. Sebagai lambang kebanggaan dan identiti etnik, ia sering dipakai dalam perkahwinan dan pelbagai acara dan majlis keagamaan. Selain itu, kerana songkok sering dipakai bersama pakaian tradisional seperti baju kurung atau baju Melayu, ia juga merupakan simbol keagungan dan kesopanan.

Reka bentuk songkok telah mengalami beberapa perubahan sepanjang sejarahnya, bergantung kepada zaman dan tempat. Tetapi ciri khas songkok yang berbentuk lancip di bahagian atasnya kekal sama, mengekalkan kesan tradisionalnya.


Cara Mengukur Saiz Songkok

Kalau beli songkok secara fizikal tiada masalah untuk pilih yang saiz songkok yang sesuai dengan ukuran kepala kita. Macam mana kalau nak tentukan ukuran songkok kalau kita nak beli songkok secara online? Di sini Marina kongsikan cara-cara untuk mengukur saiz songkok :
#1 Ukur dengan menggunakan tali pengukur.
#2 Lilit di sekitar kepala iaitu dua jari di atas bahagian bulu kening. 
#3 Ambil ukuran dalam inci.
#4 Sebagai contoh, jika ukuran lilit kepala korang adalah 22", maka saiz songkok korang adalah 22".


Kedai Songkok dan Kopiah Tok Uban di Masjid Al-Hasanah, Bangi

Haritu kan Marina ada workshop di Bangi. Biasanya kalau nak singgah masjid untuk solat atau ke tandas, Marina suka ke Masjid Al-Hasanah, Bangi. Masa pertama kali singgah, Marina baru tahu rupanya ada masjid yang menyediakan ruang untuk berniaga seperti di Masjid Al-Hasanah ni. Pelbagai produk yang ada dijual di sini seperti songkok, kopiah dan sarung tangan wanita, tudung dan bermacam-macam lagi. Disebabkan husband nak mencari kopiah untuk Hari Raya nanti, kiteorang mencari kedai yang ada menjual kopiah.

Di Masjid Al-Hasanal ni, kiteorang jumpa kedai Tok Uban, kedai yang menjual songkok dan kopiah. Pelbagai jenis kopiah dari pelbagai negara dijual di sini termasuklah songkok. Apa yang menarik perhatian Marina di kedai Tok Uban ni, dia ada menjual Songkok Style Tun. Kedai Tok Uban merupakan satu-satunya wakil tunggal yang di Selangor yang menjual Songkok Style Tun ni selain di Kedah.

Sempatlah husband grab kopiah Ustad Abdul Somad di kedai Tok Uban ni untuk Hari Raya nanti.






Keistimewaan Songkok Style Tun

Songkok Style Tun ni adalah songkok yang sering dipakai oleh Tun Dr. Mahadir bin Mohamad pada zaman beliau merupakan seorang Perdana Menteri. Songkok style Tun diiktiraf oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Korang boleh cuba google tengok. Beliau suka dengan rekabentuk songkok Style Tun ni. Sehingga kini Songkok Style Tun masih dicari oleh orang ramai kerana ia merupakan songkok jenis lipat yang mudah di bawa ke mana-mana. Dengan kotaknya yang cantik, ianya sesuai dijadikan sebagai hantaran untuk perkahwinan. Saiz songkok ada dari 21 inci sehingga 24 inci. Tinggi songkok 4 inci. Keistimewaan Songkok Style Tun ini :
• Boleh dilipat
• Tidak Mengecut
• Menggunakan material baldu
• Ringan
• Jahitan tangan
• Kotak songkok yang berkualiti tinggi
• Tidak panas dan beruap di kepala bila memakainya
• Tidak menggunakan bahan-bahan kitar semula



Pelbagai Jenis Kopiah dari Pelbagai Negara

Selain songkok, satu lagi keistimewaan di kedai Tok Uban ada menjual pelbagai jenis kopiah dari pelbagai jenis negara.
• Kopiah Dakkar - mempunyai batu pada kopiah
• Kopiah Oman - kopiahnya tinggi dan berwarna-warni
• Kopiah Uzbekistan - kopiahnya keras dan berwarna-warni
• Kopiah Hadramout/Yaman - kopiah bercorak tebal
• Selain daripada itu terdapat juga kopiah Abdul Karim, kopiah Capal, kopiah Ustaz Abdul Somad
• Kopiah kanak-kanak - Saiz S untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah, saiz M untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, saiz L untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah







Dapatkan Songkok dan Kopiah Raya di Tok Uban!

Pada yang sedang mencari keunikan pada songkok atau kopiah untuk Hari Raya nanti bolehlah berkunjung ke kedai Tok Uban di Bangi, Selangor. Nak tahu lebih lanjut songkok dan kopiah yang dijual dikedai Tok Uban ni korang boleh rujuk Songkok Bangi





Post a Comment

0 Comments