Oxymel Khal In-Sanivir Alternatif kepada Ubat Selsema

Oxymel Khal In-Sanivir Alternatif kepada Ubat Selsema | Tak selesakan bila terkena selsema? Hidung tersumbat, susah nak bernafas, lagi-lagi masa nak tidur, terpaksa bernafas ikut mulut. Kalau kita yang dewasa ni asyik merungut rimas sebab selsema, apatah lagi anak-anak kecil. Kalau korang aware, doktor takkan bagi sembarangan ubat selsema pada kanak-kanak kerana kandungannya tak sesuai untuk kanak-kanak. Ada ibu bapa yang mengambil pendekatan untuk merawat selsema menggunakan bahan semulajadi sebab takut membahayakan kesihatan mereka dan anak-anak. Pernah korang dengar tentang Oxymel? Ni baru pertama kali Marina tahu pasal Oxymel. Marina tengok dekat Tiktok ramai minah salleh mengamalkan oxymel ni dalam pemakanan diorang. Rupanya diorang amalkan oxymel ni sebagai minuman kesihatan yang dikatakan elok untuk merawat selsema dan meningkatkan sistem imunisasi. Pada korang yang nak cuba merawat selsema secara tradisional, korang boleh cuba Oxymel Khal In-Sanivir. 


Punca Dijangkiti Selsema

Selsema disebabkan oleh jangkitan virus yang menyerang sistem pernafasan manusia. Punca utama selsema adalah kemasukan virus ke dalam badan. Virus yang paling kerap menyebabkan selsema adalah rhinovirus, coronavirus, dan influenza virus.

Penularan virus ini berlaku melalui titisan air yang keluar dari hidung atau mulut individu yang sudah dijangkiti. Seseorang boleh mendapat selsema jika terdedah kepada titisan tersebut, terutamanya apabila menyentuh muka, mulut atau hidung. Sentuhan dengan permukaan yang tercemar oleh virus dan kemudian menyentuh hidung atau mulut juga boleh menyebabkan kita dijangkiti selsema.

Selain itu, korang yang alergi terhadap debu, bulu haiwan, serbuk bunga atau perubahan suhu dan cuaca juga boleh menyebabkan selsema. Seseorang juga boleh dijangkiti selsema apabila terdedah kepada asap rokok atau pencemaran udara.

Oxymel Khal In Sanivir




Apa itu Oxymel, Khal dan In-Sanivir?

Oxymel adalah merupakan campuran herba, cuka dan madu yang digunakan sebagai ubat. Oxymel datang dari perkataan Latin iaitu 'Oxy' - asid (cuka) dan 'Meli' - madu.

Khal adalah merupakan perahan buah-buahan terpilih yang akan diperap bagi menghasilkan cuka.

Manakala In-Sanivir adalah merupakan ramuan yang diadun khas untuk memberi kelegaan bagi mereka yang mengalami demam, batuk dan selsema.

Oxymel khal in-sanivir


Oxymel Khal In-Sanivir

Oxymel Khal In-Sanivir adalah merupakan ramuan daripada ketiga-tiga campuran Oxymel, Khal dan In-Sanivir untuk menghasilkan minuman cuka yang terbaik untuk kesihatan. Ianya halal, diproses dan diperap sendiri (buatan tangan).

Oxymel Khal In-Sanivir diperbuat daripada : 
• Bahan semulajadi
• Tiada bahan kimia, 
• Tanpa bahan pengawet
• Tanpa gula
• Tanpa perisa
• Tanpa pewarna


Kandungan dan Khasiat Oxymel Khal In-Sanivir Merawat Selsema

Kandungan oxymel Khal In-Sanivir diperbuat daripada bahan-bahan yang terpilih yang mampu untuk merawat selsema. Selain selsema, oxymel khal in-sanivir juga mampu mengurangkan batuk dan juga demam. Kandungan oxymel khal in-sanivir terdiri daripada :
• Cuka kurma ajwa - bersifat antibakteria, merendahkan kolestrol dalam badan, merendahkan paras gula dalam darah, kesihatan hati
• Madu hutan tropika - meningkatkan stamina, meredakan batuk
• Ekstrak daun pudina - melegakan hidung tersumbat, melegakan sakit kepala, melegakan sakit perut, melegakan senggugut
• Ekstrak rumpai laut - menurunkan tekanan darah tinggi, meningkatkan sistem imunisasi badan





Kelebihan dan Kebaikan Oxymel Khal In-Savinir

Ramai yang telah menggunakan Oxymel Khal In-Sanivir untuk kesihatan mereka. Ini kerana kelebihan dan kebaikan di dalam Oxymel Khal In-Sanivir mampu untuk :
• Merawat selsema, batuk dan demam.
• Meredakan sakit kepala dan pening.
• Meredakan kahak dan mengecilkan mukus di rongga.
• Melancarkan pernafasan.
• Membuang angin dalam badan.


Cara Pengambilan Oxymel Khal In-Sanivir

Cara minum oxymel Khal In-Sanivir untuk dewasa dan kanak-kanak adalah berbeza :

Dewasa
1. Minum 1 sudu besar
2. Diambil selepas makan
3. Selepas itu minum air putih 2 gelas
4. Minum sehari 2 kali atau bila perlu

Kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas
1. Minum 1 sudu kecil
2. Diambil selepas makan
3. Selepas itu minum air putih 2 gelas
4. Minum sehari 2 kali atau bila perlu

Selain minum secara terus, korang boleh juga campurkan oxymel khal in-savinir ke dalam jus atau makanan korang.


Cara Penyimpanan Oxymel Khal In-Sanivir

Bagi menjaga kesegaran Oxymel Khal In-Sanivir, cara penyimpanan perlulah betul supaya tidak rosak :
• Simpan pada suhu bilik. 
• Elakkan daripada suhu panas dan cahaya matahari. 
• Tidak perlu simpan dalam peti ais.


Review Marina Selepas Amalkan Oxymel Khal In-Sanivir

Marina dah cuba Oxymel Khal In-Sanivir ni memandangkan Marina kerap batuk dan selsema. Ni jujur bagitahu, kalau Marina batuk atau selsema, Marina memang tak makan mana-mana ubat selsema atau batuk. Marina biarkan je selsema dan batuk tu reda sendiri. Salah satu sebabnya kalau Marina ambil ubat di klinik, majoriti ubatnya kurang berkesan. Biasanya bila bawak anak ke klinik sebab batuk, selsema atau demam, anak takkan makan ubat yang klinik bagi sebab tak sedap. Sakit hati juga, bawak klinik lepas tu taknak makan ubat pulak.

Marina cuba alternatif lain untuk bagi anak senang makan ubat. Makanya Marina beli Oxymel Khal In-Sanivir untuk kegunaan satu rumah. Rasanya sedap tau. Rasanya manis madu dan cuka kurma, ditambah pula dengan sedikit herba seperti pudina memberi kesegaran dalam tekak.

Tekstur Oxymel Khal In-Sanivir tak begitu likat dan warnanya coklat kejernihan. Ianya takkan buat korang mengantuk tetapi memang melegakanlah selsema dan batuk korang. 

Marina ikhtiar merawat selsema dengan bagi anak minum Oxymel Khal In-Sanivir ni, alhamdulillah dia minum. Lepas ni takde dahlah anak-anak menanggung demam, batuk dan selsema tanpa makan ubat. Yang penting, Oxymel Khal In-Sanivir ni tak meninggalkan kesan yang membahayakan dan menyebabkan alahan kepada anak-anak sebab ianya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi.

Ubat selsema




Merawat Selsema Secara Semulajadi Dengan Oxymel Khal In-Sanivir 

Pada korang yang nak merawat selsema, batuk atau demam secara semulajadi, taknak makan ubat klinik, korang boleh dapakan Oxymel Khal In-Sanivir di Shopee https://shope.ee/7fAsaS4iyp



Post a Comment

0 Comments