Madu Saffron Iran Bantu Menjaga Fungsi Otak dan Meningkatkan Kualiti Tidur

Madu Saffron Iran Bantu Menjaga Fungsi Otak dan Meningkatkan Kualiti Tidur| Korang tahu tak Madu Saffron Iran ni dapat membantu menguatkan memori dan meningkatkan kualiti tidur korang? Marina pun baru tahu. Baru-baru ni, kan anak-anak Marina baru habis peperiksaan akhir di sekolah. Masa minggu peperiksaan tu, Marina suruh diorang tidur awal sebab esok bila nak jawab peperiksaan takdelah mengantuk, otak cerdas dan boleh fokus. Tapi diorang ni selalu tidur lewat, kata diorang tak mengantuk lagi. Marina yang risau sebab takut diorang ni tak dapat nak jawab peperiksaan sebab hilang fokus dan tak cukup tidur akibat keupayaan otak terjejas. Lepas ni boleh suruh diorang amalkan minum Madu Saffron Iran ni. Kalau madu semua dah sediamaklum kebaikannya kan? Bagaimana pula dengan Saffron? Apa itu Saffron?

Madu Saffron Iran




Apa itu Saffron?

Saffron atau zafran di dalam bahasa Melayu merupakan sejenis rempah yang dihasilkan daripada kuncup bunga Crocus sativus. Rempah berwarna merah jambu keemasan ini digunakan dalam pelbagai hidangan untuk memberikan warna, aroma dan rasa yang unik.

Proses penghasilan saffron melibatkan penanaman bunga crocus, di mana stigma atau benang halus di dalam kuncup bunga dikumpulkan secara manual. Jumlah besar bunga diperlukan untuk menghasilkan kuantiti saffron yang sedikit, menjadikannya rempah yang mahal dan dihargai.


Kegunaan Saffron

Saffron mempunyai banyak manfaat, terutamanya dalam masakan dan perubatan tradisional. Ia sering digunakan dalam masakan untuk memberikan warna keemasan dan rasa yang unik kepada hidangan seperti nasi beriani dan beberapa jenis kuih. Saffron juga digunakan dalam minuman seperti teh saffron.

Saffron dikatakan mempunyai sifat antioksidan, anti-radang dan anti-kanser dalam perubatan tradisional. Ia juga dikaitkan dengan keupayaan untuk mengurangkan kegelisahan dan meningkatkan mood.


Madu Saffron Iran

Madu Saffron adalah merupakan campuran beberapa jenis madu hutan asli dengan perapan helaian bunga saffron yang berkualiti tinggi dan diimport dari Iran. 

Madu saffron Iran diperbuat daripada : 
• Bahan semulajadi
• Tiada bahan kimia 
• Tanpa bahan pengawet
• Tanpa gula
• Tanpa perisa
• Tanpa pewarna



Kandungan dan Khasiat Madu Saffron Iran

Kandungan madu saffron Iran diperbuat daripada bahan-bahan yang terpilih yang mampu untuk menguatkan ingatan dan memberi tidur yang lena pada waktu malam. Kandungan madu saffron terdiri daripada :
• Madu hutan asli - menjaga kesihatan otak, 
• Pati asli saffron - Membaiki mood, menguatkan memori, meningkatkan fungsi otak
• Su'dun 
• Zam zam - Meredakan sakit kepala


Kelebihan dan Kebaikan Madu Saffron

Ramai yang telah menggunakan Madu Saffron Iran untuk kesihatan mereka. Ini kerana kelebihan dan kebaikan di dalam Madu Saffron Iran mampu untuk :
• Menajamkan minda.
• Menguatkan ingatan.
• Menenangkan hati dan fikiran.
• Menambahkan tenaga rohani dan jasmani.
• Meningkatkan imuniti badan.
• Memberi tidur yang lena pada waktu malam.
• Melegakan sakit sendi.


Cara Pengambilan Madu Saffron Iran

Madu Saffron Iran ini sesuai diamalkan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Cara minum madu saffron Iran :

• Menajamkan akal fikiran
Minum 2 sudu besar pada waktu pagi selepas sarapan

• Amalan Harian
3 sudu besar madu dibancuh dengan sebotol air putih. Minum sepanjang hari

Menenangkan diri 
Bancuh 3 sudu besar madu dengan secawan air sejuk. Minum sehingga habis

Masalah sakit sendi dan mendapatkan tidur lena pada waktu malam
Minum 1 sudu, 30 minit sebelum tidur. Kemudian minum segelas air

• Boleh juga diamalkan seperti madu-madu lain yang biasa korang amalkan.




Cara Penyimpanan Madu Saffron Iran

Bagi menjaga kesegaran Madu Saffron Iran, cara penyimpanan perlulah betul supaya tidak rosak :
• Simpan pada suhu bilik. 
• Elakkan daripada suhu panas dan cahaya matahari. 
• Tidak perlu simpan dalam peti ais.


Review Marina Selepas Amalkan Madu Saffron Iran

Marina dah cuba Madu Saffron Iran ni. Marina cuba bancuh dengan air. Madu Saffron Iran ni, bila korang bancuh dengan air sejuk dan minum, korang akan rasa macam teh o ais. Sedap. Kalau teh o korang kena bancuh dengan gula, tapi madu saffron Iran ni korang hanya perlu tambah air sejuk je, tak perlu gula pun. Pada anak korang yang tak suka minum madu, mesti suka kalau minum Madu Saffron Iran ni. 

Tekstur Madu Saffron Iran tak begitu likat dan warnanya perang keemasan. Ianya akan berubah warna menjadi kekuningan apabila korang bancuh dengan air.

Marina suka minum Madu Saffron Iran ni sebab ia tak terlalu pekat yang akan menyebabkan rasa ketakselesaan di tekak. Marina bancuh Madu Saffron Iran ni dengan air sejuk. Best minum madu ni bersama air sejuk. Terasa tenang selepas minum Madu Saffron Iran ni.





Tingkatkan Fungsi Otak dan Kualiti Tidur Dengan Madu Saffron Iran

Pada korang yang nak menguatkan memori dan meningkatkan kualiti tidur, korang boleh dapatkan Madu Saffron Iran di Shopee https://shopee.com.my/bknetwork



Post a Comment

0 Comments