Pilih Saiz Kasut Sekolah Pallas Anak-Anak

Pilih Saiz Kasut Sekolah Pallas Anak-Anak | Korang dah beli kasut sekolah anak ke? Marina pilih kasut sekolah jenama Pallas untuk anak-anak Marina. Macam mana korang beli kasut sekolah anak? Korang bawa anak sekali ke kedai atau korang ukur saiz kaki anak siap-siap di rumah, lepas tu korang pergi beli sendiri? Kalau bawa anak-anak, macam mana korang pilih saiz kasut anak? Lebihkan satu jari di belakang kasut? Macam mana pulak korang ukur saiz kasut kalau korang nak beli online? 

Marina dah mula sediakan barang persekolahan anak-anak sedikit demi sedikit. Maklumlah banyak komitmen yang perlu menggunakan duit. Makanya Marina cari kasut sekolah diorang dulu.

Marina pilih kasut sekolah anak-anak secara online sebab senang nak dapat design dan saiz yang anak-anak nak. Anak 3 orang kan. Kadang design yang nak, ada, saiz pulak tak ada. Jenuh pulak nak cari kedai lain. Marina pilih dalam website Pallas je, jimat masa. Kalau pergi kedai takut takde design dan saiz yang dikehendaki. Makanya pilih je kasut sekolah anak-anak di website Pallas.

Kasut sekolah pallas




Tips Memilih Kasut Sekolah

Semasa nak memilih kasut sekolah anak-anak, beberapa perkara Marina pertimbangkan terlebih dahulu sebelum membeli kasut sekolah anak-anak. Perkara yang dipertimbangkan :


Banyak pilihan

Pelbagai jenis kasut yang sesuai dengan keperluan sekolah dan gaya hidup harian anak.


Keselesaan

Pastikan kasut selesa dipakai sepanjang hari, terutama apabila melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan atau berjalan.


Peraturan sekolah

Pastikan warna dan gaya kasut yang dipilih mengikut piawaian sekolah.


Saiz yang betul

Pastikan memilih saiz yang betul supaya anak-anak memakai dengan selesa.


Mudah Dijaga dan Tahan Lasak

Pilih kasut yang mudah dijaga dan tahan lasak. Ini boleh membantu kasut tahan lebih lama.


Pendapat Anak

Tanya anak anda tentang pilihan dan keperluan mereka untuk kasut. Ini boleh membuatkan mereka lebih berminat untuk memakai kasut tersebut.


Keselamatan 

Pastikan memilih kasut mempunyai cengkaman yang baik dan tapak kasut yang tidak licin bagi mengelakkan kemalangan.


Bajet

Pilihan kasut yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, mengikut bajet korang. Kalau korang bijak, beli kasut yang menawarkan diskaun.

Kasut sekolah


Cara Ukur Saiz Kasut

Macam mana cara nak ukur saiz kasut, sebenarnya? Risau tersalah ukur dan terbeli saiz kasut yang salah? Marina kongsikan cara nak ukur saiz kasut pada korang yang berhajat nak beli kasut secara online. Korang boleh ikut panduan seperti kat bawah ni supaya tak tersalah ukur :

 1. Letakkan kedua-dua kaki selurus yang mungkin dengan tumit dan sisi kaki menyentuh tepi kertas kemudian jejak di sekeliling kaki menggunakan pensil.
2. Kenal pasti hujung jari kaki terpanjang kedua-dua kaki dan tandakan X.
3. Letakkan titik pengukur permulaan pembaris di tepi bawah kertas.
4. Lukis garis serenjang dari titik X ke titik pengukuran pembaris untuk mengenal pasti panjang kaki.
5. Sebaiknya tambah sekurang-kurangnya 1cm pada panjang yang diukur untuk mengenalpasti saiz kasut yang sesuai. 

Saiz kasut
 



Kelebihan Kasut Pallas

Kalau beli kasut, korang nak yang cantik atau selesa? Kalau Marina nak dua-dua. Kenapa nak pilih salah satu kalau boleh dapat cantik dan selesakan? Tak bestkan kalau pakai kasut tapi bila berjalan terasa keras sebab pijak tulang kasut. Orang yang pernah melalui pengalaman macam ni, mesti faham apa yang Marina maksudkan nikan? Kalau mak-mak yang sayangkan anak-anak diorang, mesti pilih kasut sekolah yang selesa untuk anak-anakkan? Inilah sebabnya ramai mak-mak yang memilih kasut sekolah jenama Pallas. Rekabentuknya elegan, selesa dengan harga yang berpatutan. Kelebihan kasut sekolah Pallas :


Sistem Pengudaraan yang Baik

Sistem pengudaraan yang baik dapat memastikan kaki anak-anak cepat kering jika berpeluh atau basah dan bernafas dengan baik apabila anak-anak berada di sekolah pada jangka masa yang lama.


Arch Support

Corrective insole dibentuk untuk memberikan sokongan kepada bentuk kaki. Ia memberikan keselesaan optimum untuk semua jenis bentuk kaki. Ia juga melegakan ketegangan pada otot kaki semasa berjalan dan berdiri dalam masa tempoh yang lama.


X-Light

Kasut yang ringan dapat mengurangkan beban pada kaki anak-anak semasa ke sekolah, ia dapat membantu anak-anak membesar dengan kaki yang sihat.

 

Aliran Udara

Fabrik mesh meresap lembapan dan peluh dengan baik dan cepat. 



Kasut Pallas Pilihan Anak-Anak Marina

Banyak pilihan kasut sekolah yang boleh korang pilih di Pallas. Bukan anak-anak yang rambang mata, mak-mak yang rambang mata pilih kasut untuk anak-anak. Anak-anak terpaksa redha dengan pilihan mak. Siapa macam ni? Hahaha. Anak Marina 3 orang perempuan. Ketiga-tiga citarasa diorang berlainan. 


Pallas X Series School Shoes Lo Cut Shoe Lace PX37-025/1026 Black

Marissa, anak pertama, citarasa dia sekarang dah beralih kepada remaja yang nampak matang. Jadi kasut yang dipilih jenis bertali. Harga kasut Marissa RM43.99. Kelebihan kasut Marissa :

- Lace up front with eyelets
- Perforated knit upper for excellent breathability
- Knitted upper adapts to your foot for a superb fit
- Padded collar for extra comfort and protection
- Special insole cushion with "Arch Support" relieves strain on foot muscles
- Multi-directional traction outsole



Pallas X Series School Shoe Single Velcro Strap PX25/37-023 Black

Miza, anak kedua, dia jenis suka kasut jenis pvc dan strap. Kasut Miza . Harga kasut Miza RM39.99. Kelebihan kasut Miza :

- Affordable Pallas X-Series school shoe
- Velcro strap design
- Cooling feet with the unique ventilation system designed; upper made by mesh combined with PVC
- Foam lining for extra comfort protection
- Padded collar for extra comfort and protection
- Special insole cushion with "Arch Support" relieves strain on foot muscles
- Proven extra superlight weight "X-Light"
- "Stitched Sole" more durable and long-lasting wearing




Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 204-031 Black

Miqaila, anak ketiga, Kasut Miqaila. Harga kasut Miqaila RM34.99. Kelebihan kasut Miqaila :

- Velcro strap design with signature Jazz logo
- Durable canvas upper for long lasting wear
- Canvas lining for excellent breathability and extra comfort
- Rubber insole for superb comfort fitting and support
- Rubber outsole for excellent grip



 



Post a Comment

2 Comments

  1. kasut pallas ni memang boleh dipercayai. sekarang berkenan juga dengan kasut abaro sebab tahan lasak juga

    ReplyDelete